Thursday, 7 April 2016

ENCIK KUTUB UTARA - BAB 8



“Gelak, gelaklah puas-puas, mak cik. Serius, kau memang tak membantu langsung.” Sindirku geram melihat Afiqah yang sedang galak ketawa sambil menekan-nekan perutnya.
            “Kelakar gila, weh. Patutlah aku sampai-sampai rumah nampak kau tengah rolling badan kau dari hujung sana sampai hujung situ. Lepas tu, siap buat lompat bintang lagi. Mula-mula aku ingat kau tengah buang tabiat.” Balas Afiqah selamba.
            “Tak ada benda yang kelakarlah.” Balasku sebal.
Afiqah masih ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Dia sempat menepuk-nepuk bahuku.
Sure this will be out in the newspaper tomorrow. Dekat internet pun the paparazzi dah put up the announcement. Habislah kau esok dekat ofis. Kau akan diserbu oleh geng Kiah Propa.” Usik Afiqah seolah-olah apa yang berlaku kepadaku petang tadi hanyalah satu sitkom yang selalu terjadi.
“Aku tak kiralah mamat tu designer terkenal ke, anak guam aku ke, aku nak saman dia jugak. Nak saman malu!” Suhu badanku mula mendidih naik. Kalaulah tadi aku dapat membelasah mamat itu secukup-cukupnya, memang sudah lunyai dia aku kerjakan. Namun kutahan memandangkan geng paparazzi masih setia di situ. Aku tidak sanggup memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Sekurang-kurangnya aku akan selamat pada malam ini. Tetapi esok? Ngeri!
“Saman malu is not the right choice la dear. Aku takut kau yang lagi malu nanti.” Balas Afiqah, serius.
Aku terdiam sebentar, memikirkan kata-kata Afiqah. Betul juga. Sudahlah keadaan huru-hara dengan berita Benyamin Ziqri, seorang pereka terkenal mahu mengahwini aku, seorang peguam biasa yang sangatlah tidak popular. Keadaan mungkin akan bertambah huru-hara nanti.
“Habis tu, aku nak buat apa ni?” Aku sudah mula terasa mahu menangis. Fikiranku sudah buntu. Aku sudah tidak nampak jalan keluar.
“Kahwin jelah dengan dia. No harm done. Lagipun, kau bukannya ada siapa-siapa yang dah cop pun.” Cadang Afiqah, bersahaja.
“Gila kau! Banyaklah kau punya no harm done.” Aku sudah terjerit kecil. Hendak berkahwin dengan Benyamin Ziqri yang aku sangatlah tidak mengenali personaliti lelaki itu? Sudahlah dia muda setahun daripada aku. Dingin, beku macam ais dekat kutub utara pulak tu. Isy, tak nak aku!
“Dah tu? Kau nak buat apa? Buat press conference? Lari?”
Aku terus terdiam dan melepaskan keluhan yang terasa sangat berat. Aku terus teringatkan keluargaku di Langkawi. Mungkin paling awal, esok hari mummy akan menelefonku. Ataupun malam ini, memandangkan adikku, Aqwa sangat rajin melayari internet. Agak-agaknya mummy pengsan tak? Abah? Abah akan membebel tak?
“Perempuan lain, beratur nakkan dia. Dia nakkan kau. Sebab tu aku kata no harm done. Kau tengok Bella tu. Siap usung reporters bagai nak rak tapi at the end kau pulak yang dapat Ben. Mau tak hangin minah tu.”
“Aku tak rasa Ben tu betul-betul nak kahwin dengan aku.”
“Kenapa pulak? Eh, dia siap confess depan reporters tu la. That means he takes it seriously. Kalau dia tak buat apa yang dia dah confess tu, memang geng paparazzi tu akan kejar dia sampai dorang dapat the real story.”
“Aku rasa Ben tu nak selamatkan diri dia sendiri sebab Bella terlalu mendesak. Disebabkan aku yang ada dalam bilik tu, jadi dia bluntly je sebut nama aku. Semata-mata sebab nak selamatkan diri dia daripada terus diasak oleh Bella. Aku perasan dia ada hantar isyarat mata yang aku tak faham.”
Afiqah terdiam, mungkin kehilangan kata. Atau mungkin memikirkan sesuatu.
“Patutnya awal-awal aku dah angkat kaki dari situ. Sekarang ni, tak pasal-pasal aku kena heret sekali.”
“Ada satu lagi solution.”
Aku pandang Afiqah dengan wajah mengharap, mengharapkan kali ini betul-betul ada jalan keluar untukku.
“Kau jumpa Ben. Discuss dengan dia betul-betul. Tu yang terbaik buat masa ni.”
“Pergi hospital tu balik? Kalau geng paparazzi tu ada? Macam mana aku nak discuss?” Soalku lemah.
“Pandai-pandailah kau menyelinap masuk macam kau pernah buat time kat uni dulu.” Afiqah sempat mengenyit mata ke arahku.


            Suasana di dalam pejabat sudah riuh-rendah dengan suara Rina dan Laila yang bertanyakan itu dan ini. Surat khabar hari ini juga ditunjukkan kepadaku walaupun malam tadi Afiqah sudah menunjukkan benda yang sama yang telah dipaparkan di internet. Haru-biru sungguh!
            “Amboi, senyap-senyap ya, Nuha! Tup-tup, dah kena lamar dengan designer yang hot lagi famous di seantero Malaya.” Ujar Laila, seronok sambil bahuku dipeluk erat.
            Aku hanya tersenyum tawar. Kena lamar? Kena lamar apanya dengan cara macam tu. Itu namanya nak menyelamatkan diri sendiri.
            “Benyamin Ziqri ni dah macam artis tau, Nuha. Bukan dulu Nuha bagitahu kitorang yang Nuha tak nak kahwin dengan artis ke?” Soal Rina pula. Aku sudah mula pening kepala.
            “Sebab saya rasa designer tu bukan artis.” Jawabku. Takkan aku nak canang satu ofis yang Ben tu anak guam aku? Ataupun Ben buat macam tu sebab nak selamatkan diri daripada Bella? Mahunya lagi kecoh duo Laila dan Rina ini.
            Isy, korang ni! Cukup-cukuplah bersoal-jawab dengan Nuha. Pening kepala dia. Let’s get back to our work now.” Tegur Kak Aina.
            Aku memandang ke arah Kak Aina, tersenyum sebagai isyarat terima kasih. Jam di dinding kupandang, berselang-seli dengan skrin telefon bimbit. Mungkin berita mengenai apa yang terjadi semalam agak lambat sampai di Langkawi memandangkan aku tidak menerima sebarang panggilan dari rumah melainkan pesanan ringkas daripada Aqwa malam tadi. Aku meminta adikku itu mendiamkan diri terlebih dahulu sebelum aku menyelesaikan semuanya dengan Benyamin hari ini.
            “Nak pergi mana, Nuha?” Soal Laila memandangkan aku sudah mencapai beg tangan di tepi meja dan menutup suis computer.
            “Ada appointment dengan client at 11 a.m. Sebelum tu nak jumpa bakal suami.” Jawabku bersahaja. Bakal suami? Huh! Mintak jauh! Namun, aku ikutkan juga rentak Laila. Laila sudah tersengih-sengih sambil sempat melambai-lambai ke arahku.
            Aku terserempak dengan Adam di dalam lif. Dia kelihatan kemas dengan kemeja berlengan panjang berwarna putih dan berseluar slack hitam.
            “Pergi court ke?” Sapaku, melihatkan pakaiannya.
            Ha’ah. Ada hearing.” Balas Adam dan pintu lif tertutup secara automatik.
            “Nuha.”
            Yup.”
            “Betul ke apa yang reporter tulis dalam surat khabar tu? Pasal kau dengan that famous designer?
Aku terdiam lama sehinggalah pintu lif terbuka. Soalan Adam kubiar tidak berjawab. Kami mengambil haluan masing-masing di tempat parkir kereta.


Aku tiba di perkarangan Prince Court Medical Centre dengan jantung yang berdegup kencang. Mataku melingas ke kiri dan kanan. Risau juga jika ada geng-geng paparazzi lagi. Aku menarik nafas lega. Selamat! Aku terus masuk ke dalam kawasan hotel, mencari lif dan menekan butang nombor aras yang menempatkan VVIP suites.
            Jika kali pertama sewaktu aku datang berjumpa Benyamin di sini, aku berdebar-debar takut sewaktu hendak masuk ke dalam bilik ini. Sekarang? Aku rasa macam nak terus rempuh masuk ke dalam. Memikirkan idea itu kurang logik, aku mengetuk juga pintu sebelum melangkah masuk.
            Kelihatan Benyamin baru selesai diperiksa oleh seorang doktor lelaki dan jururawat. Mereka berdua sempat tersenyum penuh makna ke arahku sebelum berlalu keluar. Haih! Darah panas terasa menyerbu naik ke wajah.
            “Nuha.” Kedengaran suara Benyamin menegurku. Tiada lagi panggilan ‘Cik Nuha’ seperti selalu. Sah, mamat ni dah buang tabiat.
            “Atau nak panggil Kak Nuha?” Benyamin mengangkat keningnya.
            Aku sudahlah seperti termometer yang cecair merkurinya sedang mendidih naik, budak ni boleh pulak buat lawak antarabangsa dia yang tak lawak langsung itu.
            “Saya ada benda nak discuss dengan awak. This is a serious matter.” Balasku tegas dan terus duduk tanpa dipelawa.
            Okay, sure.” Benyamin membetulkan sandar kepalanya pada kepala katil. Dia seolah-olah dapat menjangka kedatangan aku pada pagi ini.
            “Awak buang tabiat ke apa semalam? Orang tua-tua cakap, kalau orang yang tiba-tiba buang tabiat, maksudnya dah tak lama tu.” Sindirku geram. Tak kisahlah mamat ni nak terasa hati memandangkan aku sedang panas hati. Tanpa kuduga, Benyamin terus ketawa.
            I don’t expect that to come out from a lawyer like you.” Balas Benyamin sebaik sahaja tawanya reda.
            But, I do really mean what I said yesterday. I am a man of my words. Saya serius pasal semua benda yang saya cakap pada paparazzi tu semalam.” Raut wajah Benyamin bertukar serius seperti yang selalu ditunjukkan.
            Aku mengetap bibir.
            “Saya peduli apa dengan apa yang awak cakap semalam. Who are you to mess with my life? Saya tak nak kahwin dengan awaklah.” Balasku geram.
            Nope. Awak kena kahwin jugak dengan saya.” Balas Benyamin, bersahaja dengan raut wajahnya yang sangat menyakitkan hatiku.
            “Awak ingat saya tak tahu ke yang awak nak selamatkan diri awak sendiri daripada Bella? And you drag me along with it. Saya boleh saman awak tahu tak.”
            Sure, go on with the legal action. I don’t bloody care.”
Huh! Serius mamat ni hati keras, hati batu.
            “Dan ya, saya nak selamatkan diri daripada Bella. Puas hati?”
Sekarang aku betul-betul rasa nak cekik anak guam aku ni sendiri. Aku menahan diri dengan mengenggam kuat kedua-dua buku limaku.
            “Saya tak nak kahwin dengan awak. Noktah!” Suaraku sudah naik satu oktaf.
            “Kan saya dah cakap, you have to.”
            “Kenapa awak pasti sangat yang saya ni bukan orang lain yang punya?”
Benyamin tersenyum menyenget. Mungkin kalau perkara ini semua tidak terjadi antara kami, aku mungkin akan terasa berdebar-debar memandang wajah itu sekarang.
            Firstly, there is no ring on your ring finger. That means you are not someone’s fiancée or wife. Girlfriend orang? I don’t think so.”
            What make you to think so?” Aku sudah mengetap gigi.
Benyamin tidak menjawab dan mengangkat keningnya kembali. Mengundang kesabaran sungguh dia ni!
            Look, there will be many negative consequences to you if you don’t want to get married to me.” Anak mata bundar itu menikam wajahku.
            “Lelaki lain takkan nak masuk line dengan awak. In other words, awak takkan laku dah. Secondly, the paparazzi won’t stop chasing after you. Their camera’s flash will chase after you. Thirdly, the public already know about it. You will no longer live in peace. These are the consequences, just to name a few of them.
            Argh! Aku benci! Marah dan geram sudah bercampur. Kenapa lelaki ini begini? Aku teringat arwah ibu bapa Benyamin yang aku kenal sebagai orang kaya yang sangat berbudi pekerti. Anaknya? Huh! Budi bahasanya sudah ke laut.
            Aku memegang kepalaku yang sudah terasa berpusing-pusing. Janganlah aku pengsan di sini pula.
            Fine. Let’s get married. But, with one condition.” Ujarku sambil merenung tajam ke arah wajah yang putih bersih itu.
            Sure. Nak buat kontrak kahwin macam trend novel Melayu sekarang?” Sindir Benyamin.
            Aku terlalu penat untuk melayan sindiran Benyamin.
            “Bukan, kahwin kontrak tu mempersendakan konsep perkahwinan yang Allah dah susun cantik-cantik untuk hambaNya.” Benyamin terus terdiam.
            Instead, I will make you suffer.” Tambahku sambil memandang tajam wajahnya.

No comments:

Post a Comment