Thursday, 7 April 2016

ENCIK KUTUB UTARA - BAB 7



Aku dan Muiz duduk di bangku yang disediakan di luar. Keadaan hening di antara kami. Agaknya, memang betullah seperti apa yang diberitahu oleh Afiqah berdasarkan surat khabar yang dibacanya tempoh hari.
            “Saya minta maaf ya, Cik Nuha. Kita tunggu sekejap.” Ujar Muiz.
            “Eh, bukan salah awak. Jangan risau, saya faham.” Balasku, tersenyum ke arah encik setiausaha yang sangat professional dalam kerjanya.
Tidak lama kemudian, kelihatan Bella keluar dari bilik yang menempatkan Benyamin. Langkah kakinya kelihatan laju walaupun memakai kasut bertumit setinggi tiga inci! Muiz mengajakku supaya bertemu dengan Benyamin.
            “Yang ini dokumen-dokumen penting yang encik perlu tandatangan.”Ujarku dan meletakkan fail jernih yang mengandungi dokumen-dokumen penting di atas meja beroda. Meja beroda tersebut ditarik rapat ke arah Benyamin yang sedang duduk di atas katil.
            “Jadi, saya just tandatangan dekat bawah ni?” Soal Benyamin dan wajahku dipandang.
            “Ya, betul.” Jawabku.
Anak mataku memerhatikan Benyamin yang sedang menandatangani kesemua dokumen penting tersebut.
            “Ada apa-apa lagi?” Soal Benyamin sambil memerhatikan aku yang sedang menyemak semula dokumen-dokumen yang sudah ditandatangani oleh Benyamin sebentar tadi.
            “Tak ada.” Jawabku dan dokumen-dokumen tadi kusimpan semula ke dalam fail jernih.
Pintu bilik yang tadinya ditutup rapat, tiba-tiba ditolak kuat dari luar. Takkanlah ada angin taufan dalam kawasan hospital pulak?
            “Ben! You dah janji dengan I. I don’t care.” Bella muncul tiba-tiba dengan wajah yang masam mencuka.
Aku dan Muiz sudah saling berpandangan sesama sendiri. Drama apa pulak ni? Aku bertambah terkejut apabila menyedari Bella masuk ke dalam bilik dengan membawa beberapa orang paparazzi.
 Ah, sudah! This is soooo not good. Baik aku angkat kaki cepat-cepat sebelum drama swasta percuma bermula.
            “Bella. Behave yourself. Jangan buat hal dekat sini boleh tak? Kan I dah explain everything to you just now. You tak faham-faham lagi ke?” Tegas kedengaran suara Benyamin.
Geng paparazzi seronok mengambil gambar mereka berdua. Akalku sedang berfikir bagaimana aku mahu memboloskan diri memandangkan Bella berdiri betul-betul di hadapan pintu.
            I tak faham, I tak nak faham. I nak kahwin dengan you jugak. Sekarang ni, depan reporters ni semua, I nak you bagitahu perkara yang sebenar dekat dorang. Bagitahu mereka semua macam apa yang you dah janji dengan I sebelum ni.” Bentak Bella.
Benyamin tiba-tiba memandang ke arahku yang masih berusaha mencari jalan untuk keluar dari situ secepat mungkin. Dia menghantar isyarat mata yang sukar aku fahami. Mamat ni dah kenapa pulak? Aku ingin cabut lari secepat mungkin daripada menjadi penonton drama Sinetron Indonesia di sini.
            Fine. If you nak I tell the truth, I will. I will do that depan mereka ni semua kalau itu yang dapat puaskan hati you.” Balas Benyamin. Bella kelihatan tersenyum puas hati. Lensa kamera geng paparazzi kini difokuskan pada Benyamin.
            I want to confess that I already have a woman that I want to marry after I being discharged. The woman is here, in this room.” Benyamin berjeda seketika. Senyuman Bella semakin melebar dan cahaya flash kamera menyerbu merakamkan wajah Benyamin dan Bella.
            The woman is…
Bella semakin seronok, dia sempat melibaskan rambut perangnya yang panjang mengurai ke belakang. Aku dan Muiz sudah saling bertukar pandangan pelik.
            “Nuha Damia.”
Siapa pulak orang dalam bilik ni yang nama dia Nuha Damia? Aku bermonolog sendirian di dalam hati.
Eh, kejap! Tu kan nama aku! Aku sudah melopong. Fail yang kupegang sudah jatuh ke lantai.
Anak mata bundar milik Benyamin digamkan padaku dan dia tersenyum manis. Bella sudah menghentakkan kakinya dengan wajah yang tersangat masam. Dia menjeling tajam ke arahku. Geng paparazzi sudah berlumba-lumba ke arahku dengan cahaya flash yang menyimbah-nyimbah ke arah wajahku. Hari ni bukan 1 April kan? Tolonglah seseorang kejutkan aku daripada mimpi yang tiba-tiba bertukar ngeri ini.

No comments:

Post a Comment