Thursday, 7 April 2016

ENCIK KUTUB UTARA - BAB 6



Aku merebahkan tubuh di atas sofa panjang sambil menukar siaran televisyen ke Buletin Utama. Afiqah yang pulang ke rumah lebih awal daripadaku, sedang khusyuk membaca surat khabar. Aku sangat arif dengan rutin Afiqah. Setiap hari dia pasti akan membaca dua naskah surat khabar; Utusan Malaysia dan juga The News Straits Times.
            Weh, anak guam kau keluar paper kut!” Terjerit kecil suara Afiqah sambil tubuhku digoncang kuat.
            “Anak guam yang mana pulak?” Soalku sambil anak mata masih terpaku pada skrin leper televisyen. Makin bertambah pula kes jualan dadah oleh warga asing yang menyalahgunakan permit belajar mereka.
            “Benyamin Ziqri tulah.” Jawab Afiqah.
            “Biasalah tu. Dia tu kan designer yang famous dekat Malaysia ni. Tak hairan sangatlah.” Komenku malas. Aku ingatkan pasal siapa tadi.
            “Bukan keluar pasal tu.”
            “Dah tu?”
            “Ada gosip pasal dialah. Gosip dengan this one model, nama Bella. Kau tahu ke?”
Aku pandang wajah Afiqah yang bersih itu sambil menggelengkan kepalaku.
            “Kau tanya salah oranglah. Manalah aku tahu siapa minah model nama Bella tu. Kau tak ingat ke aku struggle jugak cari info fasal budak Ben tu?”
Afiqah sudah tersengih mendengarkan jawapanku. Baru teringatlah tu.
            Anyway, this paparazzi snapped a few pictures of them dan komen yang dorang sangat rapat. Kau kan selalu pergi Prince Court melawat Ben. Takkan kau tak pernah jumpa dengan model ni?” Soal Afiqah.
Daripada posisi berbaring, aku sudah duduk menegak dan wajah Afiqah yang sedang menagih jawapan itu kupandang lama.
            “Selalu sangatlah kan aku pergi Prince Court tu jenguk si Ben. Aku baru pergi dua kali kut. Mana ada selalu. Yang penting, aku tak pernah terserempak dengan model tu. Menjawab tak soalan kau tu?” Jawabku sambil kusyen kecil kubaling ke arah Afiqah tetapi disambut oleh Afiqah.
            Frankly speaking, that kid looks hot in person.” Afiqah sudah tersengih-sengih nakal.
            Hot pulak dah. Hari tu kau kata comel.” Sindirku.
            “Comel dalam gambar and hot in person.” Selamba Afiqah menjawab sambil kusyen kecil tadi dilontarkan semula ke arahku, tepat mengenai muka.
            “Sakitlah, mak cik!” Aku sudah terjerit kecil tetapi Afiqah hanya ketawa seronok.

******

Sewaktu aku melangkah masuk ke ruang lobi Prince Court Medical Centre, kelihatan setiausaha Benyamin, Muiz sudah menungguku. Awal betul encik setiausaha ini tiba. Sebaik sahaja aku berjalan menghampiri Muiz, dia tersenyum hormat.
            Sorry, saya terlambat ke? Saya dari court sebenarnya.” Sapaku sambil anak mata melirik ke arah jam tangan. Aku masih ada sepuluh minit sebelum waktu yang telah dijanjikan. Atau jam aku ni terlewat?
            No worries, Cik Nuha. Cik Nuha awal sebenarnya. Saya pun kebetulan sampai awal ke sini.” Jawab Muiz sopan. Aku menarik nafas lega. Menepati masa adalah salah satu prinsip kerja yang aku cuba amalkan dan pertahankan selama ini.
            “Kita nak terus berjumpa Encik Benyamin ke?” Soalku.
            “Boleh juga. Kita terus ke bilik Encik Benyamin lah.” Jawab Muiz dan kami beriringan berjalan ke lif.
            “A To Z memang ada its own lawyer ke atau based on contract?” Aku bertanya pada Muiz sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam lif.
            Kitorang tak ada lawyer sendiri tapi ada a few lawyers yang selalu A To Z berurusan.” Balas Muiz.
            “Oh, macam tu rupanya. Tapi kali ini Encik Benyamin nak saya uruskan pasal patent dan copyright design baru kasut-kasut A To Z pulak? Saya rasa ini first time berurusan dengan A To Z.” Balasku pula.
Ingin tahu juga mengapa tiba-tiba A To Z mahu menggunakan khidmatku sedangkan syarikat ini sudah mempunyai senarai nama beberapa orang peguam yang selalu berurusan dengan mereka. Aku tiba-tiba teringat ekspresi wajah Benyamin ketika kali pertama aku datang bertemu dengannya di pejabat. Riak wajah kurang yakin dan kurang percaya dengan aku masih terpahat kuat di dalam ingatan.
            “Mungkin Encik Benyamin nak bertukar angin. Atau Encik Benyamin percayakan kebolehan cik.” Jawab Muiz tenang.
Pulak dah! Aku tidak menyoal lebih lanjut dan hanya mengikut langkah kaki Muiz menuju ke bilik VVIP suite yang menempatkan Benyamin yang sudah lebih seminggu ditahan di hospital. Pintu bilik diketuk oleh Muiz sebelum kami berdua melangkah masuk.
            “Bos…” Bicara Muiz terhenti sebaik sahaja kelihatan seorang wanita cantik sedang mengenggam erat tangan kanan Benyamin.
Sekali lagi, aku datang berjumpa dengan Benyamin pada masa yang salah walaupun di tempat yang betul. Aku terus memandang ke bawah, tidak tahu ke mana lagi patut kupandang.
            “Minta maaf, bos, Cik Bella. Kami tunggu di luar dulu.” Ujar Muiz dan menghantar isyarat mata ke arahku supaya aku turut beredar dari situ.
Oh, itulah Bella! Benyamin yang jelas terkejut, hanya terdiam seribu bahasa. Hanya si model cantik jelita yang bereaksi dengan terjerit kecil.



No comments:

Post a Comment