Thursday, 7 April 2016

ENCIK KUTUB UTARA - BAB 5



 Selesai berjumpa dengan keluarga Datuk Zamir di pejabatnya, aku memandu kereta ke Prince Court Medical Centre memandangkan Benyamin sudah dipindahkan ke sana sebaik sahaja dia sedarkan diri pagi tadi.
Aku sedang berdiri di hadapan pintu VVIP suite yang menempatkan Benyamin. Tangan kanan memegang bakul rotan berisi buah-buahan dan sebelah lagi tangan masih teragak-agak untuk memulas tombol pintu. Aku mula terasa agak takut berserta kecut perut untuk melangkah masuk berjumpa Benyamin yang mungkin lebih kurang mesra alam berbanding semalam. Yalah, emosi orang sakit kan lebih senang terganggu berbanding orang sihat.
Akhirnya, kugagahkan juga tangan kiri untuk memulas tombol pintu. Sewaktu aku melangkah masuk, kelihatan encik setiausaha Benyamin sedang menunjukkan sesuatu pada Benyamin.
            “Assalamualaikum. Err, sorry kalau menganggu. Maybe, I should come in later?” Tuturku satu persatu sambil anak mata difokuskan kepada Muiz, setiausaha Benyamin yang sentiasa tersenyum manis. Takut pulak nak pandang bos dia yang tak pandai nak senyum tu.
            No worries, Cik Nuha. Have a seat. Kitorang pun dah nak habis discussion ni.” Kedengaran suara Benyamin membalas. Aku sudah terkebil-kebil. Sejak bila dia dah pandai ada adab dan sopan sedikit ni?
            So, Muiz, just proceed dengan this month punya batch production as what we have planned earlier. Inform pada sales department pasal amendment tu. And satu lagi, please inform Khairul yang saya nak jumpa dia as soon as possible.” Ujar Benyamin pada Muiz yang ralit mencatat pada tablet miliknya.
            Noted, bos. Anything else?” Soal Muiz. Aku sangat kagum melihat mana-mana setiausaha lelaki menjalankan tugas mereka.
            That’s all, for now. Thanks a lot.” Jawab Benyamin.
            “Saya harap bos cepat sembuh dan kembali ke A To Z bersama kami. Kami di sana sentiasa doakan agar bos dikurniakan kesihatan yang terbaik oleh Allah.” Tambah Muiz lagi.
            “Amin! Insya-Allah, tak lama lagi saya akan boleh bekerja seperti biasa. Sampaikan salam saya pada yang lain-lain juga.” Pesan Benyamin pada Muiz sebelum setiausahanya itu meminta diri, meninggalkan aku dan Benyamin di dalam bilik berdinding putih yang bersaiz besar itu.
            So, Cik Nuha, you came here as my lawyer or as a friend?” Soal Benyamin tiba-tiba.
Eh, aku ni boleh dikira sebagai kawan dia jugak ke? Rasanya tempoh perkenalan kami belum mencapai tempoh 24 jam.
            As your lawyer.” Jawabku tenang. Wajah Benyamin yang kelihatan lebam di sana-sini itu sempat kupandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan pada bakul rotan yang kubawa tadi. Bakul rotan itu kuletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil Benyamin. aku melabuhkan duduk di kerusi yang terletak di sisi katil
            “Macam mana dengan keadaan encik?” Soalku. Rasanya, perlu juga aku mengetahui perkembangan kesihatan anak guaman aku ini sekarang.
            Better than yesterday, alhamdulillah. Cuma I tak boleh berjalan macam biasa. The doc said yang ni temporary injury je. Sooner or later I boleh jalan macam biasa semula.” Jawab Benyamin dan aku pandang kaki kanannya yang berbalut.
            “Oh,ya! Kereta encik ada di bengkel. The condition was quite worst.” Beritahuku memandangkan aku menerima panggilan telefon di pejabatku pagi tadi. Pelik juga mengapa aku yang perlu menguruskan hal kereta mamat ini.
            I knew. Polis yang datang pagi tadi tunjukkan gambar kereta tu. Tak payah repairlah. I can use my other car.” Balas Benyamin.
            “Yalah, lupa pulak tengah bercakap dengan orang kaya. Kereta banyak, tak perlu susah nak repair kereta yang rosak.” Gumamku seorang diri.
            I beg your pardon?” Soal Benyamin.
Eh, dia dengar ke tadi? Aku membebel untuk kepuasan diri sendiri je sebenarnya.
            Nothing, sir.” Jawabku bersahaja, sempat tersenyum. Hari ini pun, encik kutub utara di hadapanku ini masih dingin membeku. Sakit sangat agaknya sampaikan nak tersenyum pun susah.
            “Selain dari gambar tu, polis inform me some other shocking information.” Tambah Benyamin. Wajahku dipandang tepat dan aku mula berasa tidak sedap hati dengan apa yang bakal diberitahu oleh Benyamin.
            “Apa lagi yang pihak polis bagitahu?” Soalku.
            My accident was not a normal accident.” Jawab Benyamin.
            Not a normal accident? Maksudnya?” Soalku lagi dan dalam masa yang sama ingatanku terbang semula kepada perbualan aku dan Afiqah malam tadi.
            It was a planned one.” Jawab Benyamin dengan suara yang berbisik.
            The culprit potong tali brek saya, malfunction my handbrake. Rancangan dia berjalan lancar bila saya tak dapat nak brake or guna handbrake kereta supaya tak rempuh lori besar dekat depan. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa saya.” Tambah Benyamin lagi.
Aku sudah terdiam, tidak menyangka apa yang diduga oleh Afiqah malam semalam betul-betul terjadi. Sejujurnya, aku sangat tidak menyukai siri CSI atau Crime Scene Investigation di dunia realiti.
            “Kenapa awak bagitahu saya semua ni?” Soalku sambil berpeluk tubuh. Tolonglah jangan minta aku mencari siapa si jahat itu. Tugas aku hanyalah menjaga amanah arwah Tan Sri Zakaria sahaja.
            “Sebab saya rasa all these things related dengan amanah yang saya bakal dapat tu.” Jawab Benyamin.
Aku mengerutkan dahi, tidak faham.
            “Kalau ditakdirkan saya meninggal dunia dalam kemalangan semalam, awak rasa siapa yang akan dapat the benefit?”
Aku terdiam.
            I know, I don’t have the right to point fingers tapi saya cuma rasa.” Balas Benyamin tenang.
            “Tak semestinya berkaitan dengan amanah tu, Encik Benyamin. Boleh jadi awak ada musuh lain yang mungkin dengki dengan awak.” Sangkalku, cuba menyuarakan kebarangkalian yang lain. Benyamin pantas menggeleng.
            “Selama saya take over bisnes arwah parents saya, saya tak ada negative or bad relationship dengan orang lain. Tak ada orang nak blackmail saya or buat something similar as that. Cuma bila semalam lepas awak infrom pasal amanah tu, accident ni jadi.” Protes Benyamin.
Aku terdiam, tidak berani memberi sebarang komen.
            Besides, I am not really in a good relationship with pak su’s family. Walaupun saya anak yatim, saya dijaga oleh pengasuh saya. Saya membesar dengan belajar berdikari sendiri.” Tambah Benyamin lagi.
            “Macam nilah, Encik Benyamin. Saya boleh minta tolong kawan saya yang lebih pakar berkaitan civil cases untuk bantu encik. Civil cases bukan kepakaran saya, jadi dia lebih tahu. Buat masa sekarang, encik berehat dulu. Jangan fikirkan sangat accident semalam. Yang penting, encik dah selamat. Saya boleh minta bodyguard untuk pastikan keselamatan encik selama encik berada di hospital ini jika encik mahu.” Balasku.
            No, I don’t prefer that. Insya-Allah saya selamat dekat sini.” Balas Benyamin.
            So, saya akan update encik for further information.” Aku sudah bangun dari dudukku dan ingin meminta diri.
            Thanks.” Balas Benyamin membuatkan aku kagum sebentar. Reti rupanya nak mengucapkan terima kasih. Aku ingatkan tak pandai nak sebut perkataan terima kasih tu.
            You’re welcome. Take care.” Pesanku.

No comments:

Post a Comment