Thursday, 7 April 2016

ENCIK KUTUB UTARA - BAB 4



Ketika aku dan Afiqah tiba di ruang menunggu Hospital Besar Kuala Lumpur, kelihatan Datuk Zamir dan Datin Farha sedang menunggu di luar wad ICU.
            “Assalamualaikum, datuk, datin.” Tegurku sopan dan bersalaman dengan Datin Farha. Aku melemparkan senyuman ke arah Datuk Zamir yang wajahnya beriak risau.
            “Cik Nuha kan? Lawyer arwah Abang Zakaria kan?” Balas Datuk Zamir.
            “Ya, saya. Petang tadi kan kita baru berjumpa, datuk.” Balasku hormat. Datuk Zamir kelihatan menganggukkan kepalanya.
            “Macam mana dengan Encik Benyamin?” Soalku ingin tahu memandangkan Benyamin merupakan anak guaman aku sekarang.
            “Saya pun tak pasti. Sejak tadi lagi doktor belum keluar. Apa yang dimaklumkan kepada saya, keadaan Ben agak kritikal. Dia tidak sedarkan diri dan mengalami hentakan yang kuat di kepalanya.” Jawab Datuk Zamir yang sedari tadi mundar-mandir di hadapan pintu wad. Datin Farha yang sedang duduk hanya memerhatikan tingkah laku suaminya tanpa bersuara apa-apa.
Aku dan Afiqah turut mengambil tempat bersebelahan dengan Datin Farha. Tidak lama kemudian, datang dua orang gadis yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dan seorang lelaki yang mungkin berusia lewat 20-an.
            Mummy, daddy! How’s abang Ben?” Soal si gadis yang memakai t-shirt berlengan pendek berwarna merah jambu.
            “Tak tahu lagi, Fifi. Doktor belum keluar lagi.” Jawab Datin Farha sambil membelai rambut panjang mengurai anaknya.
            “Ni siapa?” Soal anak perempuan Datuk Zamir yang seorang lagi ke arahku dan Afiqah. Lelaki yang kuagak mungkin merupakan abang mereka berdua, turut memandang ke arah kami berdua.
            “Saya Nuha Damia, Benyamin’s lawyer. Yang ni kawan saya, Afiqah.” Jawabku dan berdiri untuk bersalaman dengan Fifi dan yang seorang lagi.
            “Saya Fatin, ni kembar saya Fifi. Yang ni our brother, Raiyan.” Balas Fatin. Huluran tanganku disambut di hujung jari sahaja.
            “Tak tahu pun abang Ben ada private lawyer?” Soal Fatin pada Datuk Zamir. Dia kelihatan agak ragu-ragu dengan kehadiran aku dan Afiqah di situ.
            Daddy pun baru tahu this evening. Cik Nuha ni yang uruskan amanah arwah pak long dengan mak long kamu. Sepatutnya petang esok Cik Nuha nak jumpa kita satu family untuk terangkan mengenai hal amanah tu.” Jawab Datuk Zamir sambil sempat menoleh ke arahku dan aku mengangguk.
Fatin hanya senyap. Begitu juga dengan Fifi dan Raiyan yang sedari tadi hanya membisu. Seorang doktor lelaki keluar dari dalam bilik ICU. Datuk Zamir terus menerpa ke arah doktor yang sudah berusia hampir separuh abad itu.
            “Macam mana dengan anak saudara saya, doktor?” Soal Datuk Zamir kurang sabar.
            “Alhamdulillah, Encik Benyamin sudah berjaya melepasi paras kritikal. Walaupun terdapat hentakan kuat pada kepala Encik Benyamin, encik tak perlu risau. Kami sudah lakukan CT scan dan keputusan menunjukkan segalanya dalam keadaan normal. Bekalan bank darah kami juga cukup untuk Encik Benyamin memandangkan Encik Benyamin kehilangan banyak darah. Encik Benyamin masih belum sedarkan diri tetapi keadaan dia stabil sekarang. Insya- Allah, mungkin esok Encik Benyamin akan sedar.” Jawab doktor lelaki itu.
            “Alhamdulillah.” Datuk Zamir mengucapkan syukur sambil sempat meraup wajah.
            “Saya rasa lebih baik keluarga encik pulang berehat dan datang semula pada esok hari. Jika ada apa-apa perkembangan mengenai Encik Benyamin, saya akan hubungi encik dengan segera.” Tambah doktor itu lagi.
            “Terima kasih, doktor.” Balas Datuk Zamir sebelum doktor itu berlalu.
Kami yang sedari tadi memasang telinga hanya mampu mendiamkan diri. Aku lihat Datuk Zamir melangkah longlai ke arah Datin Farha.
            “Kita balik dulu, berehat. Lagipun, Ben masih belum sedarkan diri. Doktor akan call daddy bila Ben dah sedar. Cik Nuha, saya akan maklumkan pada awak if ada apa-apa perkembangan tentang kondisi Ben. Terima kasih sebab sudi datang malam-malam begini. Minta maaf sebab kami sekeluarga mengganggu.” Ujar Datuk Zamir.
            “Eh, tak mengganggu pun, datuk. Insya-Allah kalau esok saya free, saya akan datang ke sini lagi. Appointment saya dengan family datuk masih berjalan seperti biasa ya. Petang esok di pejabat datuk.” Balasku dan disambut dengan anggukan Datuk Zamir.
Aku dan Afiqah bersalaman dengan mereka sebelum kami berjalan beriringan ke kereta yang diletakkan di tempat parkir kereta.


            Something smells fishy.” Komen Afiqah sebaik sahaja kami sudah berada di dalam kereta.
            Smells fishy? Apa bendanya yang berbau hanyir tu?” Soalku sambil menukar gear kereta dari ‘P’ ke ‘D4’ dan kereta mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan perkarangan hospital.
            “Yalah, Benyamin tu kena accident kereta hari ni. Hari yang kau bacakan amanah pada Datuk Zamir. Okeylah, Ada possibility yang accident kereta tu memang accident disebabkan kecuaian Ben ataupun pemandu kereta lain. Tapi,” Afiqah berjeda seketika.
            “Tapi?” Soalku.
            “Tapi, ada jugak another possibility yang accident kereta tu memang dah planned. Maybe Datuk Zamir’s plan.” Jawab Afiqah.
            Isy, kau ni! Tak baik menuduh Datuk Zamir tu. Kau pun tengok sendiri tadi kan macam mana Datuk Zamir tu. Dia betul-betul risaukan Ben.” Komenku kurang setuju.
            People can always act, Nuha. Show a good act to cover their true colours. This is the real world.” Balas Afiqah. Aku sudah menggelengkan kepala. Pesimis sungguh kawan baik aku yang seorang ni.
            “Tambah pulak Ben is the only beneficiary sekarang ni kan? Datuk Zamir pulak memang tahu kalau Ben mati, dia akan dapat semua aset arwah parents Ben. Kau tak rasa benda ni berkaitan ke?” Tambah Afiqah lagi.
            “Kau ni, tak baik tau cakap macam tu. Buat apalah Datuk Zamir yang dah memang sedia kaya tu nak buat macam tu? Dia pun dah ada harta dia sendiri.” Protesku sambil memberhentikan kereta apabil lampu isyarat sudah bertukar merah.
            “Manusia, Nuha. Kalau dah kaya, ada je possibility nak kaya lagi. Kita bukannya tahu.” Sangkal Afiqah.
            “Aku tak rasalah accident Ben tu was a planned one. Aku rasa accident kereta tu mungkin disebabkan kecuaian Ben sendiri. Yalah, kan bahaya drive malam-malam. Mamat tu bawak kereta laju ke. Kau sendiri tengok gambar kereta Audi dia yang remuk gila tu kan? Kan polis cakap dia langgar lori depan dia dan terus hilang kawalan. Sah-sah tu kemalangan kereta disebabkan dia cuai.” Ujarku panjang lebar.
            “Okeylah, mungkin jugak since police report dah state macam tu. Tapi, who knows kan.” Balas Afiqah lagi.
Aku sudah tertawa kecil sambil menggelengkan kepala.
            Babe, I think you have watched too many CSI or NCIS series la. Tu yang sampai terbawak-bawak dalam real life.” Usikku dan Afiqah hanya mengangkat bahu. Sudah malas berbalah denganku.

No comments:

Post a Comment