Thursday, 7 April 2016

ENCIK KUTUB UTARA - BAB 3



“Fiqah, kau pernah dengar brand A To Z tak?” Soalku sebaik sahaja Afiqah melabuhkan duduk di sebelahku.  
            Brand A To Z? Brand apa tu?” Soal Afiqah sambil tangannya mencapai remote tv di atas meja dan menukar siaran berita ke siaran TV3 yang menyiarkan Buletin Utama.
            Isy, kau ni. Aku tanya kau, kau tanya aku balik.” Usikku dan Afiqah ketawa.
            “Mak cik, kau tanyalah pak cik Google. Pak cik tu kan serba tahu.” Ujar Afiqah sambil tersengih.
Samsung tablet yang terletak di atas meja, kuambil dan mula mencari mengenai A To Z melalui carian Google. Aku mula membaca. Mataku membulat sebaik sahaja artikel yang sedang kubaca berkisar mengenai Benyamin Ziqri Tan Sri Zakaria.
            “Wow!” Tuturku spontan.
Afiqah yang sedang menonton televisyen berpaling ke arahku. Dia mengerutkan dahinya, tetapi tidak bertanya.
Aku meneruskan bacaan. Rupa-rupanya jenama A To Z merupakan jenama tempatan yang berjaya menempa nama di merata negara terutamanya England, Perancis dan Itali. Jenama yang dicipta sendiri oleh arwah Tan Sri Zakaria dan isterinya, Puan Seri Adelia sejak 20 tahun yang lepas. Perniagaan yang tertumpu pada pembuatan beg tangan dan kasut. Selain itu, jenama ini turut menghasilkan dompet lelaki, purse wanita, scarf dan lain-lain. Di Malaysia, jenama ini boleh dijumpai di tiga tempat iaitu KLCC, Pavillion dan Sunway Piramid. Selepas Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Adelia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, perniagaan mereka diambil alih oleh Benyamin Ziqri yang berkelulusan dalam rekaan fesyen.
            “Kau baca apa sampai ber’wow’-‘wow’ sakan?” Soal Afiqah akhirnya. Tangannya spontan mengambil tablet yang sedang kupegang.
            “A To Z ni posh brand la. Sebab tu non-fashion maniac macam kita ni tak tahu menahu. Padahal brand ni dah lama rupanya. Komen Afiqah. Matanya masih terpaku pada skrin tablet.
            “Benyamin Ziqri ni siapa pulak ? Apsal kau search pasal dia jugak ?” Soal Afiqah lagi.
            “Bacalah dulu.” Pintaku.
            “Mak aih! One of the hottest young bachelors in Malaysia. A famous Malay designer for handbags and shoes. The current owner of A To Z.” Afiqah menyambung bacaanya. Berkerut dahinya memandangku.
            So, kenapa kau tetiba interested nak tahu pasal Benyamin Ziqri ni? Bukan tadi kau tengah search pasal A To Z ke?” Soal Afiqah lagi. Tablet yang dipegangnya tadi, dipulangkan semula kepadaku.
            “Aku pergi Subang Jaya tengah hari tadi sebab nak jumpa dengan budak nilah.” Jawabku. Di dalam kepala masih terbayang-bayang raut wajah Benyamin yang tidak pandai untuk tersenyum. Panggil aku ‘kakak’ pulak tu. Sayang betul, muka dah tersangat okey tapi kurang mesra alam.
            “Budak? Budak mana?” Soal Afiqah.
            “Ni, Benyamin Ziqri nilah. Budaklah, sebab dia muda lagi dari kita. Jawabku.
            “Patutlah muka nampak macam budak-budak je. Comel!” Balas Afiqah sambil tersengih.
            “Kalau kau jumpa dia in person, barulah kau tahu budak ni comel ke tak. Harapkan muka je. Anyway, aku search pasal A To Z sebab budak ni sekarang jadi client aku.” Tambahku.
            “Oh, yang kau kata ada appointment dengan dia pasal trust tu eh?” Balas Afiqah. Aku angguk.
            So, how is this cute kid in person?” Soal Afiqah sambil tersengih. Aku sudah menggelengkan kepala melihat telatah Afiqah. Telefon bimbit yang tiba-tiba menjerit mematikan perbualan kami.
            “Kenapa, Nuha?” Soal Afiqah agak cemas apabila melihat reaksiku selepas menerima panggilan telefon lewat malam sebegini.
            “Tolong teman aku pergi hospital sekarang.” Jawabku dengan perasaaan terkejut yang amat sejak tadi.
            “Hospital? Siapa yang sakit?” Soal Afiqah, semakin pelik dengan tingkahku.
            “Budak yang kau sibuk cakap comel tulah.”
            “Hah ! This Benyamin Ziqri ? Kenapa ?”
            Yes, that Benyamin Ziqri. Dia baru accident kereta. Jom, jom.”










No comments:

Post a Comment