Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 6



‘MAYA... Mia... Maya... Mia... Maya.... Mia....’
Kembali ke alam nyata, dua nama itu disebut Syazwan berulang kali. Dua nama yang berselang–seli di fikirannya. Boleh dikatakan sudah melekat di hatinya.  Dia taklah sekuat mana biarpun hanya sekadar melihat dari jauh.
Letih dan penat, Syazwan melangkah ke bilik air untuk mandi. Sebelah tangannya berpaut pada dinding dengan kepala yang menunduk, dia biarkan saja tubuhnya disirami air.
Lama dia begitu, sampaikan hujung jari dan kaki sudah berkedut sedikit. Kalau otak berserabut dengan tubuh yang letih macam nak tercabut segala skru, mandi dalam keadaan beginilah yang wajib untuk seorang Syazwan Imad.
Wajah Mia dan Maya berselang seli melintas di mindanya. Rupanya, budak kecil yang dilihatnya di depan bilik hotel sebelah bilik dia menginap bersama Tasya lebih seminggu lalu ialah anaknya sendiri,  Mia Shaza. Dan perempuan yang dilihatnya berdiri di balkoni bilik hotel tersebut ialah isterinya, Maya Laila.
Budak kecil yang ditemaninya melihat anak–anak patung di sebalik cermin kaca kedai di The Mines dulu adalah Mia Shaza. Dan mama yang budak kecil itu maksudkan ialah Maya Laila.
Syazwan pejam mata. Jatuh juga air mata lelakinya. Maya rupanya masih menunggunya selama ini. Tetapi dia? Masih tersesat dengan jalan yang dipilihnya sendiri. Takkan nak jumpa Maya dalam keadaan dia masih belum bersedia seperti dulu?  Ini bukanlah seperti yang dirancangkannya.
 “I love you both,” ucap Syazwan sendiri. Cintanya pada Maya Laila masih membara seperti dulu dan kini, baru beberapa kali bertemu Mia Saza, rasa kasihnya sudah bercambah buat anak itu.
Dia tidak kuat. Sungguh! Bagilah dia sedikit masa lagi.
Selesai mandi, Syazwan bersiap dan mencapai kunci kereta. Fikiran berserabut mengalahkan menteri. Kereta yang dipandu menghala ke jalan besar. Nak telefon Tiara, rasa malas. Mood tak ada nak layan perempuan gedik ketika ini.Tasya? Dah dibuang ke laut dalam.
Zouk! Itu saja yang ingin ditujunya. Namun, tiba di depan kelab, langkah kaki Syazwan tiba-tiba terhenti. Otaknya berkira–kira mahu menukar keputusan.
Shaz! Where have you been? Lama tak jumpa.
Malam ni boleh I  ikut you balik tak?
Kalau you nak, I boleh stay terus di apartment you.
Hoho! Syazwan berpatah balik ke kereta. Soalan–soalan begitu haruslah dielakkan jika moodnya hilang. Last resort? Rumah mama dan papa.


MAYA memandang Syazwi dan Mia di hadapannya. Sekejap saja anaknya itu sudah mesra dengan Syazwi. Tak kira siapa, Mia si anak patung bergeraknya memang mudah bergaul mesra.
Dikerlingnya Nadia di sebelah. Tak ada nak buat gaya control ayu, selamba saja meratah ayam KFC di hadapan Syazwi. Patutlah single sampai sekarang, tak ada lelaki yang berani nak usha.
Cadang nak ajak pergi Ikea tapi dua–dua malas memandu. Lalu saja Mia tunjuk cermin kereta kata nak makan ayam goreng KFC. Dan di antara banyak–banyak orang, dengan Syazwi jugalah mereka bertiga terserempak di situ. Tanpa dipelawa, Syazwi pula beria-ia nak join makan sekaki.
“Nak lagi?,” tanya Syazwi pada anak Mia yang seronok mengunyah cebisan ayam.
Mia angguk kepala.
Isi ayam dicarik–carik kecil oleh Syazwi dan diletakkan di atas pinggan Mia. Seronok benar dia melayan anak comel itu. Sesekali disuapnya isi ayam ke dalam mulut Mia. Terasa macam jadi seorang ayah sekejap.
“Milo, please.”
Sebelum sempat Maya mengambil air yang diminta Mia, Syazwi terlebih dahulu mencapainya. Milo ais diberikan pada Mia, dengan tangannya yang masih memegang bekas yang sama. Tangan budak–budak tak kuat, takut terjatuh dari pegangan Mia.
“Minum pelan–pelan sayang,” tegur Maya pada Mia yang rakus menyedut air dari straw.
Mia tersenyum. Kepalanya dianggukkan, faham dengan teguran mamanya.
“Uncle Sawi, chicken,” pinta Mia dengan jari telunjuknya menunding ke arah ayam.
Burrrrrr!
Tersembur air dari mulut Nadia mendengar nama yang disebut Mia. Saat yang sama ketawa Maya terhambur keluar.
“Sorry. Sorry.” Kalut Nadia memohon maaf.  
Meja yang basah dilap Nadia. Mulutnya juga turut dilap. Nasib tidak tersembur Syazwi yang duduk betul–betul di hadapannya, percuma saja sayur sawi kena siram air. Naya!
Why? Apa jadi?,” tanya Syazwi hairan sambil mata memandang Nadia dan Maya silih berganti. Mata–mata di sekeliling bertumpu pada meja mereka berempat. Mana tidaknya, ketawa Maya dan Nadia tak ubah macam benda berbaju putih yang terbang–terbang di atas atap dalam cerita hantu.
Mia di sebelah juga turut ketawa melihat Aunty Nadia yang ketawa  sampai terbatuk–batuk. Oh si comel yang tidak tahu apa–apa.
“Mia, siapa nama uncle ni?,” tanya Nadia pada Mia yang menggaru kepalanya, membuatkan rambut yang diikat dua jadi senget sebelah.
Uncle Sawi.”
Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Mia juga turut ketawa sambil bertepuk tangan.
“Comelnya!” Pipi Mia dicubit Syazwi geram.
“Kau dengar tu Maya. Boleh–boleh anak kau panggil dia sawi,” kata Nadia. Keluar air matanya kerana banyak sangat ketawa. Thanks to Mia, buat dia ketawa sungguh-sungguh hari ini.
Not Uncle Sawi, sayang. Uncle Syazzzz...wi,” kata Maya dengan sisa ketawa.
Uncle Shaaaa...wi,” Mia menurut  penuh semangat.
Pecah lagi ketawa mereka bertiga memenuhi ruang restoran segera itu. Mia pula makin seronok sambil bertepuk tangan siap tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.
Sorry, Shaz. Lawak sangat.” Tangan kanan Maya naik memegang perut yang sudah mula sakit.
Nadia tak usah nak cakap. Kalau boleh, mahu saja dia ketawa bergolek–golek di atas lantai. Ketawa seorang minah yang memang no mercy kata orang.
“Muka punya hensem macam ni, selamba aje Mia panggil sawi,” bisik Nadia ke telinga Maya.
 Innocentnya dia. She’s damn cute.” Pipi Mia dicubit Syazwi berkali–kali. Agak–agak kalau dia culik anak Maya ni semalam dua jadi anak patung kat rumah dia, Maya bagi tak?
Mia, stop making jokes. Finish your chicken, sayang.”
Mia angguk kepala sambil tersenyum. Arahan mamanya dipatuhi. Perlahan–lahan si kecil mengunyah daging ayam yang sudah dicarik Syazwi.
“She looks exactly like you,” kata Syazwi. Bertaut seketika matanya dengan mata Maya.
“Mestilah. Dah nama pun anak Maya, takkan macam muka saya pulak.” Nadia tiba–tiba menyampuk siap tayang muka selamba.
Syazwi dan Maya sama–sama tergelak. Nadia memang. Lawak yang tak seberapa pun nak tunjuk kat orang.
“Ada iras papa dia tak?” tanya Syazwi.
Sengaja? Yup! Nak korek sedikit info tentang papa Mia. Kalau dah meninggal dunia, haruslah dia bersimpati. Kalau dah bercerai? Memang itulah lelaki paling bodoh. Tapi kalau memang tak pernah ada papa yang sah? Okey, itu belakang cerita.
Maya tersenyum dan matanya beralih pada Mia. ‘Eye smile’ Mia sebijik Syazwan! Tapi dia cuba menafikannya.
“Tak ada. Dia mirip mama dia.” Maya berbohong. Satu pembohongan yang menyakitkan hati sendiri sebenarnya. Oh, pleaselah!
Nadia di sebelah sekadar diam. Berpura–pura menyedut milo ais dari straw, dah habis pun sebenarnya. Manakala Syazwi sekadar mengangguk. Tidak mahu bertanya lebih.
‘Papa Mia mana?’
‘Mia kenal tak papa dia?’
Takkan nak tanya soalan begitu? Silap hari bulan Maya tercekik tulang ayam mendengar soalan cepumasnya. Tak pun kena hempuk Nadia dengan botol sos cili Thai di atas meja.
“Mama, done,” mulut si comel memberitahu mamanya.
Maya bangun dari kerusi dan mendukung tubuh Mia. Kaki menghala ke arah sinki di sudut restoran. Comot sangat muka Mia, cebisan ayam boleh melekat sampai ke rambut. Tangan tak usah nak cerita, berminyak habis.
“Dah lama kenal Maya?” tanya Syazwi pada Nadia.
Awkward tiba–tiba bila mereka berdua saja yang ditinggalkan di meja. Baru beberapa kali berjumpa. Itupun setakat Hi Bye, sembang panjang memang tak pernah.
Nadia mengangguk. Tubuhnya bersandar pada belakang kerusi. Dah kenyang, perut pun rasa penuh buncit semacam. Jarang–jarang dia dan Maya makan di tempat begini. Nak jaga badan, kenalah makan makanan yang berkhasiat ye tak? Esok pagi harus pergi jogging.
“Dari zaman uni lagi,” jawab Nadia.
“Jadi awak kenallah papa Mia?”
Dah agak dah! Nadia menjeling sekilas. Tak berani tanya Maya depan–depan, dia yang dijadikan tempat untuk mengorek cerita.
“Kenal,”  jawab Nadia pendek.
Cakap terus terang lebih baik dari menipu. Dia kalau menipu memang epic fail. Muka keras dengan hidung kembang kuncup. Sangat ketara okey! Syazwan Imad siapa yang tak kenal masa zaman universiti dulu. Antara spesis homosapien yang termasuk di dalam senarai ‘not my type’ Nadia Sulaiman.
Syazwi diam. Cukup setakat itu saja. Tidak mahu bertanya lebih. Nanti kena cop kepochi. Haish, lagi satu soalan!
“Dah berpisah ke?”
Soalan terakhir Syazwi tidak dijawab Nadia. Soalan begini patutnya tanya Maya, bukan dia. Berpisah ke tak, Maya saja yang berhak menjawab. Bab ni kalau boleh dia tak nak sentuh langsung. Semua cerita di sebalik tabir Maya, hanya dia saja yang tahu. Dan sebagai teman baik Maya, disimpannya saja di dalam memori. Tak jaja pada sesiapapun, termasuklah Syazwi Imad yang tiba–tiba banyak tanya di hadapannya ini.
“One little two little three little fingers, four little five little six little fingers, seven little eight little nine little fingers, ten little fingers have I.”
Riang saja suara Mia menyanyi sambil bertepuk tangan. Bila sudah didudukkan semula di tempat tadi, selamba saja Mia mengelap tangannya yang masih basah ke baju Syazwi.
“Mia! Don’t do that!”
Mak singa menjegilkan mata. Mia tersenyum dan menoleh ke sisi.
“Sorry, uncle.”
Pecah ketawa Syazwi. Mia memang mencuit hati!

LANGIT gelap malam ini. Tanpa bintang. Prediction. Hujan akan turun. Maya berpaling dan menjenguk ke dalam bilik. Jantung hati sudah terlena. Letih sangat agaknya mengekeh sepanjang malam dengan Syazwi dan Nadia.
Mia Shaza. Baru kenal Syazwi sudah pandai minta didukung. Lepas ni mesti minta teddy baru, Barbie, cinnamon bun. Dan senarai akan terus panjang ke belakang.
Telefon di atas meja kecil di sebelah berbunyi. Laju saja tangan Maya mencapai, takut tidur Mia terganggu.
Membaca pengirim pesanan ringkas di  skrin, dahi Maya berkerut. Patutlah malam ni mendung. Petanda Syazwan hantar sms.
     I’m sorry, Maya.
Maya tersenyum nipis. Syazwan kalau bab minta maaf memang payah. Sekarang ni apa kes?
Meeting Mia?
Maya membalas. Mana tahu Syazwan mengubah fikiran. Takkan dengan anak sendiri pun tak nak jumpa macam hari tu?  Kira yang ini satu lagi peluang untuk Syazwan.
     Sorry, Maya. Not now.
Jawapan Syazwan buat Maya kecewa. Habis tu bila Shaz? Lama Maya diam merenung skrin telefon di depan mata. Jawapan seorang Syazwan Imad, macam dia tak biasa. Not now bermaksud tak nak jumpalah tu. Hati Maya tercalar lagi.
Then let me go, Shaz. For good.
Maya balas lagi. Syazwan takkan pernah bersedia. Jadi, lepaskan saja dia dan Mia. Lagipun dia tidaklah sekuat mana untuk melihat lelaki yang dicintai berkepit dengan perempuan lain di depan mata seperti di bengkel tempoh hari.
            Membaca pesanan balas dari Maya, Syazwan meraup wajahnya. Duduk seorang diri di gazebo mama sambil merenung langit. Gelap. Bulan pun tak nampak. Tak nak jumpa sekarang tak bermaksud tak nak jumpa terus, Maya. Dia perlukan masa. Lepaskan Maya? Tak akan!
“Anak mama duduk sorang–sorang malam ni. Tak ada teman ke?”
Muncul Rafaniah di belakang dengan dua mug di tangan. Syazwan mengukir senyum. Faham sangat dengan sindiran halus mama. Datang rumah mama dan papa hanya bila dia bosan tahap gaban.
“Mama, mama ada cucu.” Syazwan bersuara.
Membulat mata Rafaniah memandang Syazwan. Salah dengar ke apa? Cucu datang dari celah mana?
“Bila masa?” tanya Rafaniah.
Syazwan bangun dan bergerak ke arah tiang gazebo. Bersandar di situ dengan gaya santai.
“Dah lama dah. Umur dia tiga tahun,  not exactly but almost.”
Rafaniah geleng kepala. Syazwan buat lawak selalu tak menjadi. Sama macam sekarang. Tak lucu langsung wahai anak mama!
“Lame joke, my boy.”
“Seriuslah, mama.” Syazwan berpaling menghadap mamanya.
Wajah si anak ditatap Rafaniah. Tenang saja. Tak ada aura bergurau.
“Mama nak jumpa kalau betul ada.” Dalam hati sudah mula berdebar. Jangan cakap Syazwan ada kekasih gelap sampai mengandung pulak. Yang tu dia tak dapat terima. Atau anak Syazwan dengan Maya Laila ke?
Syazwan angguk kepala. Orait!

No comments:

Post a Comment