Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 7



     Syazwan lepas nafas lega sebaik mamanya berlalu pergi. Satu hal sudah selesai, tinggal lagi macam mana mahu meraih Maya kembali dan sekaligus mendapatkan Mia Shaza.
Mendongak ke langit gelap dan kemudiannya mata Syazwan jatuh pada kebun mini milik mamanya. Angin yang bertiup membuatkan bunga-bungaan milik mama yang sedang mekar berkembang bergerak bagai melambai-lambai. Ros merah, mengingatkan Syazwan pada winter di Sheffield.
Ros merah adalah hadiah pertama Syazwan untuk Maya dan dibawakan terus ke depan pintu apartment penginapan Maya.
“MAYA, tetamu datang. Nak bagi hadiah.” Suara Nadia menjerit kuat sebaik melihat Syawan bersama bunga ros di depan pintu.
Maya yang sedang duduk di kaunter dapur menjenguk ke luar. Wajah serius Nadia dan di belakang? Ngeee...jantung hati tak rasmi. Maya tersenyum dan bergerak ke arah pintu. Nadia sudah melabuhkan duduk di ruang tamu. Tak nak jadi tiang lampu.
“Saya mesej awak tak jawab pun,” kata Syazwan.
Maya terdiam sejenak. Oh! Tangan menepuk dahi sendiri.
“Phone is inside the room.” Maya tayang senyum membuatkan jantung Syazwan jadi dup dap dup dap. Tempo dah lari. Mata masih tidak lepas memandang gadis pujaan biarpun baru sehari tidak bersua muka. Angau? Agaklah.
“For you,” Syazwan menghulurkan ros merah di tangan.
Oh my! Membulat mata Maya dengan tangan kanan menekup mulutnya yang separuh terbuka.
“Untuk saya ke?” tanya Maya tidak percaya.
“Taklah. Untuk anak patung awak.”
Maya ketawa kecil. Alahai hati sudah berbunga warna–warni. Huluran bunga disambut dengan senyuman lebar.
“Thanks, that is so sweet of you.”
Syazwan tersenyum. Bersandar pada pintu apartment dengan senyuman buaya. Perempuan suka bunga. Jadi kalau nak bagi hadiah memang mudah. Apa–apa bunga pun boleh. Asalkan bukan bunga tahi ayam.
“Bersiap boleh tak? Nak ajak awak keluar,” pinta Syazwan. Bosan duduk di rumah hujung minggu begini. Lagipun memang dah plan awal–awal nak menyunting Maya menjadi kekasih hati secara rasmi.
Maya masih mencium bunga yang baru diberi. Harum dan segar. Mesti Syazwan beli dari kedai bunga di seberang jalan.
“Where to?” tanya Maya. Berdiri di depan Syazwan dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Meadowhall. Jalan–jalan. Then dinner luar. Okey tak? Vijay kata 7 Spices Balti sedap.”
Maya berkira–kira. Baru dua bulan kenal, Syazwan sudah pandai mengajak keluar. Dah naik satu level nampak. Maya mengangguk kepala.
“Tiga puluh minit. Saya tak mandi lagi,” pinta Maya.
Syazwan mengenyitkan mata, isyarat sanggup menunggu. Demi Maya. Syazwan melabuhkan duduk di anak tangga bila pintu ditutup Maya. Rokok sebatang dikeluarkan. Nak buang rasa bosan.
Pertama kali menunggu perempuan di tangga. Nak tunggu di dalam apartment memang ke lautlah jawabnya. Maya tak kasi. Nadia lagilah. Harimau jadian yang jarang–jarang tersenyum. Paling–paling pun cuma mengangkat kening ala–ala Ziana Zain.
     Datang bertandang di rumah anak dara bukan budaya kita.
     Ayat membunuh Maya bila dia datang untuk menghantar chicken pie hasil tangan sendiri ketika mula–mula dulu mereka kenal dulu. Terhenti langkah kaki, sudahnya dia hanya berdiri di muka pintu dengan muka yang buat–buat cool. Malu nak mampus bila kena tegur cara halus oleh Maya.
Dia tak kisah sebenarnya. Selama ini pun kawan–kawan perempuan yang lain tak pernah menegur. Masing–masing tutup sebelah mata biarpun tidak ada niat lain, setakat nak melepak chit chat untuk buang masa.
Tapi Maya dan Nadia? Biarlah. Dia hormat dan takkan main terjah masuk. Stok budak baik memang begitu.
Habis rokok sebatang, puntung rokok dibuang ke lantai dan dipijak dengan hujung kasut. Tak kisah nak buang di mana pun. Setiap hari memang ada pekerja khas yang akan membersihkan bangunan. Malam ni buang sampah di tangga, esok pagi dah bersih.
Jam tangan dikerling sekilas. Lamanya. Syazwan bangun dan menepis–nepis punggungnya. Kotor okey!
Pintu apartment dibuka, membuatkan Syazwan berpaling. Maya muncul dengan skinny jeans berwarna hitam dan trenchcoat Mango berwarna merah. Sling bag Carlo Rino berwarna hitam tergantung cantik di tubuh. Gaya santai seorang Maya Laila.
Sorry lambat. Jom,” kata Maya. Baru kakinya mahu melangkah turun, Nadia menjenguk keluar.
Maya, magic ada bawa tak?” tanya Nadia dengan dahi berkerut.
Maya angguk kepala sambil menunjukkan ibu jari. Don’t worry, babe. I’ll be fine!
Hanya pandangan mata Nadia saja yang menghantar Maya dan Syazwan menuruni tangga. Janganlah Maya terlupa. Magic tu penting. Sangat berguna di kala kecemasan. Lagi-lagi bila keluar berdua dengan spesis lelaki seperti Syazwan. Nak tegur lebih, takut Maya terasa hati. Dia yakin Maya boleh jaga diri. Kalau ada apa–apa terjadi pada Maya, dialah orang pertama yang akan timbus Syazwan hidup–hidup di dalam pasir.
Magic tu apa?” tanya Syazwan ingin tahu. Mereka berdua beriringan keluar dari pintu utama blok mahu menuju ke Meadowhall. Nak dating di taman sekarang bukan musim yang sesuai, mahunya nanti dia dan Maya tak beku satu badan. Tapi dia sanggup hangatkan tubuh Maya kalau Maya nak, dia sangat berbesar hati.
“Pepper spray.” Maya tergelak. Nak sangat tahu kan?
“Huh?” Terdiam sejenak Syazwan. Jangan main–main, siap ada perisai lagi si Maya ni.
Sampai di Meadowhall, Syazwan mencapai tangan Maya dan digenggam erat. Hangat terasa biarpun tangan Maya masih dibaluti gloves. Buat–buat tak peduli bila Maya menoleh dan memberikan pandangan ‘erk’ padanya.
“Acting like BFGF is sometimes fun, Maya.” Syazwan berkata selamba sambil mengenyitkan mata.
Maya tergelak. Tangannya membalas genggaman Syazwan.
 “Maya, awak asal mana?”
Maya menoleh semula.
Ice breaking ke?” tanya Maya.
Syazwan tergelak. Sudah dua bulan kenal Maya, tak banyak yang dia tahu tentang gadis di sebelahnya ini. Yang dia tahu cuma nama penuh Maya. Full stop!
“Mama dan papa asal Ipoh. Menetap di KL,” jawab Maya. Mata melilau–lilau melihat sekeliling. Hujung minggu begini memang banyak pengunjung yang menghabiskan masa di Meadowhall, salah satu pusat membeli belah yang terletak di tengah bandar Sheffield.
“Saya asal KL. Sekarang duduk di PJ,” balas Syazwan.
 PJ dengan KL tak jauh pun. Bolehlah berjumpa kalau cuti summer nanti. Otak Syazwan sudah mencerna rancangan di luar alam.
“Maya, that red rose I gave you. Ada makna tu.” Syazwan mula membuka mukadimah agenda utama untuk hari ini.
“Meaning?”
Alahai Maya. Buat–buat tak tahu. Red means love!
“Be my girl, Maya.”
Hah?! Maya terkedu. Syazwan dipandang tanpa kedip.
“Awak dan saya, sama–sama suka. So let’s just be more than friends. BFGF,” kata Syazwan lagi. Straight to Ampang point terus!
“Hari ni April Fool ke?” soalan bodoh Maya.
Syazwan ketawa kecil. Dia tahu Maya gelabah.
“Saya sayang awak Maya. Be my girl,” ulang Syazwan.
Maya senyum plastik. Malunya. Pipi sudah terasa merah semacam.
“Yes or no?” tanya Syazwan.
Maya diam seminit. Tanpa menoleh ke arah Syazwan di sisi, dia mengangguk kepala.
Syazwan tersenyum lebar. Maya sudah berjaya ditawan. Dengan rasminya mereka berdua kini sudah naik satu pangkat, BFGF–Boyfriend Girlfriend.
“How do you feel now? Happy? ”tanya Syazwan sambil tersengih. Bahu Maya dipeluk mesra.
Maya tergelak. Dia menoleh ke sisi, bersabung mata kedua–duanya. Syazwan tersenyum lebar.“Eye smile’ yang membuatkan Maya jatuh sayang.
“My heart goes sha la la la la,” jawab Maya.
Pecah ketawa Syazwan. Bubbly Maya!
Maka bermulalah kisah cinta di antara Syazwan Imad dan Maya Laila. Kisah yang bermula dengan sebuah persahabatan yang singkat, kini bertukar menjadi  percintaan yang akan berakhir dengan kisah tersendiri.
Hati Syazwan berkata : In love with you and to only you, I definitely will Maya.
Hati Maya berkata : In love with you and to be yours, I wish my fate is you, Shaz.







No comments:

Post a Comment