Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - PROLOG





 Maya duduk bersimpuh di depan Syazwan. Rasa sebak sejak tadi sudah tidak mampu ditahan lagi.
“Awak pasti ke nak pergi, Shaz?” Air mata yang jatuh ke pipi diseka Maya dengan hujung jari. Hanya mampu memandang bila Syazwan menyusun pakaian ke dalam bagasi.
Syazwan tersenyum kecil, bangun mendekati Maya. Tubuh isterinya dipaut ke dalam pelukan dan dibelai lembut.
“Sorry, darling. I have to go.”
Maya terdiam. Keputusan Syazwan muktamad. Walau menangis air mata darah sekalipun, Syazwan tidak mungkin menariknya kembali.
Walau hatinya parah dengan keputusan Syazwan, Maya tetap menghantar pemergian suaminya hingga ke lapangan terbang.
Tiba di London Heathrow International Airport, Maya menangis lagi. Tubuh Syazwan dipeluk seakan tidak mahu dilepaskan.
“Shaz, saya nak ikut,” rayu Maya.
Syazwan tersenyum.  Payah nak pujuk Maya kalau dah merengek macam budak kecil. Air mata Maya diseka dengan jemari kasarnya.
Studies awak tak habis lagi, macam mana nak ikut?” Bibir Syazwan  mendarat di pipi dan bibir Maya.
Finish your studies then balik ke Malaysia.” Wajah Maya dibelai penuh kasih.
Maya apa lagi, memang menangis tanpa rasa malu. Kenapa mereka harus berpisah dalam keadaan begini?
“Awak akan datang sini semula kan, Shaz?” soal Maya dalam esak tangis.
Senyuman Syazwan semakin lebar. Wajah Maya dipandang dalam.
“Maybe,” ucap Syazwan sepatah.
“Janji?”
“Terpulang pada awak nak anggap sebagai janji atau tidak.” Mudah saja Syazwan menjawab. Tak ubah macam orang yang tak ada perasaan langsung.
 “Take care, sweetheart. Be strong.” Buat kali terakhir dua batang tubuh itu berpelukan lama  sebelum Syazwan melangkah masuk ke dalam balai berlepas.
“Please turn your back, Shaz,” Maya masih menaruh harapan. Kata orang, dia akan berpaling untuk kali kedua jika benar dia cinta.
Namun harapannya sia–sia. Syazwan pergi tanpa menoleh. Lelaki itu pergi meninggalkan dia di bumi asing tanpa janji.








No comments:

Post a Comment