Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 1



“Ladies and gentlemen, we are now approaching Kuala Lumpur International Airport where the local time is 10pm. At this stage you should be in your seat with your seatbelt firmly, fastened. Personal television screens, footrests, and seat tables must be stowed away and all hand luggage stored either in the overhead lockers or under the seat in front. Please ensure all electronic devices including laptop computers and computer games are turned off.”
Maya tarik nafas panjang. Sudah lebih empat tahun berlalu sejak dia meninggalkan bumi Malaysia, hari ini dia akan menjejakkan kaki kembali ke tanah air sendiri. Dikerlingnya buah hati di sebelah yang sedang nyenyak tidur. Kalau dulu dia pergi seorang, kini dia kembali berdua. 
Tubuh Nadia di tempat duduk berdekatan tingkap digoncang perlahan untuk mengejutkan teman baiknya itu.
“Nad, wake up. Kita dah sampai.”
Nadia membuka mata perlahan–lahan,  menggeliat sambil menguap besar. Perjalanan yang jauh sungguh memenatkan.
“Dah sampai ke?,” tanya Nadia.
Maya mengangguk kepala. Perlahan–lahan, tubuh kecil yang masih tidur di sebelah didukungnya. Kasihan si comel. Kecil–kecil sudah dibawanya terbang jauh.
Rentak jantung Maya berubah sebaik saja kaki melangkah keluar dari perut kapal terbang. Tidak sekata dan tidak selesa.
“Jangan risau sangat, Maya. You have me, you have Mia,” ucap Nadia lembut. Tak payah ditanya, dia tahu perasaan Maya bercampur–baur saat ini.
Maya menoleh. Nadia mengangguk kepala, memberikannya semangat. Betul, dia masih ada Nadia Sulaiman. Teman baiknya sejak menjejakkan kaki di bumi Sheffield lagi. Dan dia masih ada Mia Shaza, permata hati yang disayangi separuh mati.
Selesai urusan imigresen, mereka bertiga berlalu untuk mengambil bagasi. Tubuh Mia yang masih didukung Maya dibelai lembut. Tidak mahu anak kecil itu terbangun. Matanya melilau melihat sekeliling. KLIA tidak banyak berubah, masih sama seperti ketika dia meninggalkan Malaysia empat tahun yang lalu.
“Tunggu sini dengan Mia. Biar aku aje yang ambil,” kata Nadia sebelum menolak troli.
 Maya menunduk mencari wajah Mia bila tubuh kecil itu mula  bergerak–gerak. Mia sudah terbangun sambil memisat–misat matanya.
“Anak mama dah bangun?,” tanya Maya.
Mia angguk kepala dan merengek seakan mahu menangis. Mungkin tidak biasa dengan tempat baru.
“Dah capai umah?” tanya Mia pada mamanya.
“Belum lagi sayang. Tahan lagi sikit, kejap lagi kita sampai,” pujuk Maya.
Patung Angry Bird  dihulurkan pada Mia. Jaket Esprit Mia disarungkan ke badan si kecil. Pegangan Mia terlepas, menyebabkan anak patungnya bergolek jatuh ke lantai.
“Mama, Angly Bird atuh.” Mia tunjuk ke arah patung Angry Bird yang sudah mencium lantai.
“Kenapa boleh jatuh? Mia buang ke?”
Laju saja Mia geleng kepala sambil tayang muka tidak bersalah, membuatkan Maya mengukir senyum pada si kecil.   
Maya menunduk mahu mencapai Angry Bird tetapi tubuh Mia yang masih didukungnya menyukarkan pergerakan. Belum sempat  Angry Bird dicapai, ada tangan yang terlebih dahulu memintas. Maya dan Mia menoleh serentak. Susuk tubuh di depan mata dipandang tanpa kedip.
“Adik punya ke?,” tanya lelaki yang berdiri dengan tangan memegang patung Angry Bird tersebut.
Mia angguk kepala. Tangan kecilnya dihulurkan, meminta semula anak patung kesayangannya itu.
Patung diserahkan pada Mia. Sempat lelaki itu mencubit pipi si comel. Dengan sepasang mata bundar, berbulu mata yang melentik dan rambut yang diikat dua dan agak serabai. Serius comel! Macam anak patung. Kemudian matanya menoleh pula ke arah perempuan muda yang mendukung tubuh si comel.
Gulp!
Muka! Kalah – kalah muka anak patung Angry Bird. Tiada senyuman langsung terukir di wajah cantik itu.
“Cakap apa dekat uncle?,” kata Maya.
“ Thank you.”
Makin lebar senyuman si lelaki bila anak comel itu tersenyum padanya. Tapi mamanya? Macam singa betina. Mamalah kot sebab wajah si comel mirip wajah perempuan yang berbaju putih di hadapannya ini.
“Thanks.”
Menonong saja perempuan muda itu pergi bersama si comel. Kurang asam. Boleh pulak dia blah dengan muka iron face. Ucap thank you macam nak tak nak. Macam tak ikhlas langsung.
Perempuan memang begitu. Kalau dah cantik, sombong pun tak bertempat. Selesai mengambil beg, lelaki tersebut berlalu keluar. Sempat dia melambaikan tangan ke arah si comel yang merenungnya dari tadi.
 “Jom.” Nadia muncul  di sebelah Maya sambil menolak troli yang penuh dengan bagasi.
Tubuh Mia yang didukung Maya dipeluknya erat. Dia mesti kuat, tidak mahu lemah secepat ini. Takut dan resah menjadi satu.
“Nak balik mana ni? Rumah kau dulu ke atau rumah aku?,” tanya Nadia ketika mereka beriringan keluar.
“Aku perlu balik rumah aku dulu, Nad. Jumpa keluarga, itu yang paling penting.”
Nadia sekadar mengangguk. Kasihan pula dengan Maya dan Mia. Bukan nak mengharap tapi hatinya kuat merasakan yang dua beranak ini tidak akan diterima oleh keluarga Maya nanti.
“Apa kata aku hantarkan. Kalau pakai limousine  malam – malam macam ni, bahaya. Lagipun kalau kau tak jadi bermalam di rumah family kau malam ni, boleh terus pergi rumah aku,” cadang Nadia.
Maya tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala. Dia tidak mahu melibatkan Nadia dalam permasalahan antara dia dan keluarganya.
“Tak payahlah, Nad. Aku tak nak susahkan kau lagi. Aku okey. If anything, I’ll call you later.”
Nadia merengus. Maya memang tidak pernah kurang degilnya. Dari dulu, sehinggalah kini, degilnya tetap tidak mampu dicairkan.
“Kau okey. Tapi ni, dia okey ke tak?,” kata Nadia lagi sambil mengusap kepala Mia yang terlentok di dada mamanya.
Maya diam seketika. Dia okey, bermakna Mia pun akan okey. Susah senangnya bersama si comel kesayangannya itu.
“Kau ni risau sangatlah, Nad. Jangan risau, aku akan cari kau kalau ada apa–apa,” jawab Maya.
Tidak kisahlah keluarganya akan menerimanya semula atau tidak. Yang penting, dia mahu keluarganya melihat Mia. Nanti jika dihalau keluar, dia akan pergi. Jika diterima semula, dia akan tinggal.
Nadia hanya mampu memandang limousine yang membawa Maya dan Mia. Typical Maya, nak nasihat macam mana pun memang susah nak masuk otak. Besar doanya, moga tidak ada apa–apa yang buruk akan berlaku pada dua beranak itu.

MAYA melihat ke sekeliling. Banglo yang tersergam di depan mata dipandang. Tentu saja penghuninya  masih belum tidur sekarang ini biarpun jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Loceng di tepi pagar besi itu ditekan. Sekali. Dua kali. Pintu pagar terbuka perlahan–lahan.
“Mama, dah capai?,” tanya Mia.
Maya angguk kepala. Kakinya melangkah masuk ke dalam perkarangan banglo. Serius takut dan gelisah! Tapi dikuatkannya juga semangat untuk berhadapan dengan mama dan papa.
“Maya!”
Makcik Kiah, pembantu rumah mereka yang muncul di pintu utama meluru ke arah Maya dan memeluk tubuh tinggi itu. Jatuh air matanya melihat Maya di depan mata. Apatah lagi melihat anak kecil yang didukung Maya.
“Ini ke Mia?” Soalan Makcik Kiah dijawab Maya dengan anggukan kepala.
“Salam nenek, sayang.”
Mia menurut. Tangan tua itu diciumnya seperti mana yang diajar oleh mamanya selama ini. Tinggal di negara asing tidak bermakna budaya sendiri tidak diterapkan ke dalam diri Mia biarpun umur belum sampai tiga tahun.
Makin lebat air mata tua Makcik Kiah jatuh. Belum pun sempat dia memeluk tubuh kecil itu, satu suara nyaring berteriak di belakang.
“Apa lagi yang tercegat kat situ? Masuklah. Bukankah dah diberitahu  yang Maya tak boleh datang ke sini lagi?”
Fuh! Pedas kata–kata mamanya sendiri. Maya berpaling, wajah mama yang dirindui itu menyinga saja memandangnya.
Dengan muka yang tebal seinci, Maya melangkah masuk ke dalam rumah walau tidak dialukan. Serentak itu, semua mata tertumpu ke arahnya dan juga si comel.
 Suasana di dalam ruang tamu yang luas itu terasa menyesakkan. Tanpa dijemput, Maya duduk di sofa. Ni memang tak ubah macam pesalah yang menunggu untuk dihukum secukup rasa.
Arshad merengus kasar. Kalau diikutkan hati, mahu saja dihalaunya Maya saat ini. Anak yang betul–betul tak guna. Masih ada hati nak menjejakkan kaki ke rumah walaupun sudah hitam wajahnya diconteng Maya dengan perbuatan lampau anak sulungnya itu.
“Kenapa datang sini? Duit yang papa bagi dulu tu dah habis ke?,” tanya Arshad kasar.
Maya tunduk. Semua kekuatannya dikumpul sebanyak mungkin. Serasa tidak berdaya untuk menjawab soalan papanya.
 “Maya nak bawak Mia jumpa datuk dan nenek dia,” jawab Maya lembut.
“Siapa datuk dan nenek anak haram ni?! Bukan mama dan papa! Anak haram ni tak layak nak jadi cucu kami!,” Arshad bersuara lantang.
Tubuh Mia di sebelah mengecil dan menarik–narik baju mamanya. Nampak benar wajahnya beriak ketakutan.
Maya tarik nafas dalam. Dia bangun berdiri. Wajah bengis papanya ditenung tajam. Tidak mengapa kalau papanya ingin menghina dia tetapi jangan sesekali melibatkan Mia.
“Jangan hina Mia, papa. Mia anak Maya!”
Pandai menjawab nampak. Menggelegak marah Arshad. Maya sekarang dah layak untuk masuk kategori anak yang kurang ajar.
Pang!
Ringan saja tangannya menampar pipi Maya. Semua yang ada di situ terdiam. Maya sendiri jadi terkedu. Pedih di pipinya saat ini tidak dapat dibandingkan dengan pedih di hati bila ditampar papa sendiri. Nampak sangat papa sudah benci padanya. Nampak sangat papa tidak mahu dia kembali semula.
“Jangan nak jejakkan kaki ke rumah ni lagi, Maya. Kami tak perlukan anak macam kamu. Anak yang hanya tahu memalukan keluarga.”
Kata–kata itu membuatkan Maya sedar di mana dia di mata papanya. Saat itu juga, tubuh Mia dicempung Maya dan berlalu keluar dari rumah besar tersebut. Untuk apa ditunggu lagi jika dia sudah dihalau keluar.
“Maya.”
Panggilan adiknya dan Makcik Kiah tidak dipedulikan. Laju langkah kakinya bergerak ke arah limousine yang masih setia menunggu di luar.
“Nak ke mana puan?”
“Hotel terdekat,pakcik.”
Keluarnya dia dari rumah besar itu, maka matilah sudah Maya Laila. Yang tinggal kini hanyalah Mama Mia Shaza.

SYAZWAN memeluk erat pinggang gadis yang berbaju merah sendat di sebelahnya. Tasya sudah separuh mabuk, mana nak sedar dunia lagi. Syazwan tersenyum lebar.  Perempuan macam ni banyak kat luar sana tu. Petik jari, sepuluh mari yaw!
“Room number 901, sir,” kata pelayan tetamu di kaunter seraya menyerahkan kunci bilik kepada Syazwan.
“Thanks.”
Sempat dia mengenyitkan mata pada pelayan tetamu. Huh! Dah nama pun Syazwan Imad, raja segala buaya. Kalau boleh, semua pun mahu di ngap hidup–hidup. Sebaik saja pintu lif terbuka, dipapahnya tubuh Tasya yang sudah meracau bukan–bukan. Butang nombor 9 ditekannya.
“Wait. Wait.”
Satu suara dari luar cuba untuk menahan pintu lif. Tetapi belum sempat Syazwan menahan, pintu lif  sudah tertutup rapat.
“Sorry,” ucapnya sendiri dengan sengihan di bibir.
Maya mengeluh berat. Terlepas lif! Dia menunduk memandang wajah Mia yang terpinga–pinga. Kasihan Mia. Hampir terjatuh tubuh si kecil yang ditariknya semata–mata mahu mengejar lif.
Butang lif di sebelah ditekan. Butang nombor 9 ditekan Maya sebaik saja mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut lif. Nadia belum diberitahu lagi tentang reaksi keluarganya pada dia dan Mia. Nanti–nantilah baru bagitau, tidak mahu Nadia bersusah–payah untuknya. Nadia pun baru balik sepertinya, biarlah Nadia menghabiskan masa dengan keluarganya dahulu.
Sampai di tingkat sembilan, pintu bilik bernombor 902 dicari sebelum kunci hotel dimasukkan dan tombol pintu dipulas Maya.
Come, sayang.”
“Mama, kita dah capai?,” tanya Mia dengan tangannya yang masih dipimpin Maya.
“ Dah sayang.”
“Yea!!!”
Tubuh kecil itu terkial–kial memanjat naik ke atas katil sebaik saja masuk ke dalam bilik. Maya tergelak kecil. Kasihan Mia. Tidak tahu apa apa.
Di dalam bilik sederhana besar inilah mereka berdua akan berteduh untuk beberapa hari sementara mencari rumah sewa.
Ting tong!
Maya bergegas dan membuka pintu. Pekerja hotel yang membawa beg–beg mereka berdua dipelawa masuk.
Mia turun dari katil dan berjalan ke arah pintu yang sedang terbuka luas. Terkejut anak kecil itu saat melihat sesusuk tubuh tinggi sedang berdiri di pintu bilik sebelah.
Syazwan mengukir senyum. Dia bertinggung di depan Mia. Spontan tangannya naik mencubit pipi tembam itu. Mia tersenyum, menyerlahkan lesung pipitnya di sebelah kiri. Tergamam Syazwan sesaat. Senyuman yang terukir di bibir si kecil. Tak ubah macam si jantung hati.
“ Nama siapa?,” tanya Syazwan.
Tanpa menjawab, Mia berlari masuk ke dalam bilik semula apabila mamanya memanggilnya dari dalam.
Syazwan berdiri semula. Masih terukir senyum di bibirnya. Memang sudah agak pekerja hotel tersalah nombor bilik. Berkali–kali loceng biliknya berbunyi. Bila pintu dibuka, alih–alih rupanya pekerja  mahu ke bilik sebelah. Suara manja Tasya yang memanggilnya dari dalam memaksa dia untuk masuk semula ke dalam bilik.

TELEVISYEN di depan dipandang Maya dengan pandangan kosong. Hanya mata saja yang menatap skrin, tetapi fikirannya terbang melayang. Ditolehnya tubuh kecil Mia yang sudah berbungkus selimut tebal di atas katil.
Kasihan Mia. Letih sangat. Selepas makan malam tadi, Mia terus tertidur di atas ribanya. Ipod sengaja di pasang dan disumbatkan ke telinga. Bunyi bising dari bilik sebelah menganggu ketenteramannnya.
Sekejap bunyi ketawa, sekejap mengekeh, sekejap merengek lain macam. Tidaklah bising sangat tapi masih mampu untuk menjengah gegendang telinganya. Tak senonoh okey!
Maya bergerak ke arah balkoni bilik. Pemandangan di depan mata dihayati sepuas hati. Pemandangan yang sudah lama tidak dilihatnya dan udara Kuala Lumpur yang sudah lama tidak dihirupnya.
Fikirannya kini hanya sarat dengan Mia. Jatuh simpatinya pada Mia. Apalah yang anak kecil itu tahu selain dari bermain dan gembira. Apa agaknya yang terlukis di dalam fikiran Mia bila mamanya ditampar di depan mata. Kemudian dihalau keluar dari rumah sendiri tanpa disuruh kembali.
Argh! Dia tidak mahu Mia kenal erti derita dan sengsara di dalam usia seawal ini. Jalannya masih panjang. Mia masih perlukan dia. Syazwan? Entah, tiada berita sejak Syazwan pulang dulu.  Tapi di dalam hati masih terselit rasa mengharap agar Syazwan kembali semula. Bukan Syazwan yang dulu, tapi Syazwan yang baru.
  Hati Maya berkata, ‘Awaklah cinta pertama saya. Dalam hati saya tiada istilah benci. Sebab cinta saya melebihi segalanya.  Bukti cinta yang pernah kita milik dulu adalah anak kecil yang comel ini. Dan bila kita bertemu lagi, jangan panggil saya Maya. Panggil saya Mama Mia Shaza.’
Maya berpaling mahu masuk ke dalam bilik. Resah yang bertandang di hatinya cuba dibuang jauh.
Di balkoni sebelah, Syazwan melangkah keluar. Hampir tercabut jantungnya melihat sesusuk tubuh perempuan berbaju tidur paras lutut yang berwarna putih di balkoni bilik sebelah.
 Belum sempat dia mengamati wajah itu, perempuan itu sudah membelakanginya dan masuk ke dalam bilik. Panjang lehernya menjenguk tapi hampa. Sliding door sudah ditutup rapat. Melepas nak skodeng!
Terasa sejuk tubuhnya yang tidak berbaju apabila disapa angin malam sambil membuang pandang pada pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat sembilan Sheraton Hotel. Habis sebatang rokok dihisap, dia masuk semula ke dalam bilik.
Di atas katil terbaring sekujur tubuh yang tidur dengan pulas. Syazwan tersengih sendiri. Baginya, mendapatkan perempuan adalah semudah 123. Pilih saja yang mana mahu. Pakai sampai puas dan bila sudah bosan, tukar dengan yang baru.
Dia mempunyai pakej yang lengkap. Yang semua perempuan inginkan. Siapa yang tak nak?
Syazwan duduk di atas sofa di hujung bilik. Dia single? Agaklah. Fikirannya menerawang jauh mengimbas kenangan yang pernah dia tinggalkan dulu. Maya Laila. Nama yang secantik tuannya. Nama yang dulu dipuja–puja oleh semua lelaki yang sebayanya. Segalanya adalah sempurna tentang Maya Laila.
Rindukah dia?–Ya.
Sayangkah dia?–Ya.
Cintakah dia?–Ya.
     Tapi untuk kembali semula pada Maya, dia belum bersedia. Dia masih lagi seorang Syazwan Imad yang dulu, yang tidak layak untuk Maya Laila. Dia masih lagi seorang lelaki yang tidak layak untuk dianggap sebagai suami dan bapa yang baik.
Hati Syazwan berkata, ‘A guy who truly loves his girl doesn’t need to unbutton her shirt to get a better view of her heart, Maya but unfortunately I’m not that kind of guy. One day, when I get back to you, I’ll make sure it’ll be the better me for my Maya Laila.’
Jauh di sudut hati walaupun harapan teramatlah tipis, tapi dia masih mengharap agar Maya masih setia menunggu. Tanpa dia sedari, Mayalah yang menghuni bilik sebelah. Bersama anak mereka berdua yang dia sendiri tahu kewujudannya






No comments:

Post a Comment