KERETA berwarna putih itu diparking
di seberang jalan. Maya melangkah keluar dari perut kereta. Cermin mata hitam
berjenama Bonia yang dipakainya dibetulkan sedikit. Kepalanya mendongak
memandang bangunan di depan mata. Wisma Putra. Hmm...boleh tahan tinggi.
Sudah lebih seminggu kembali semula
ke tanah air, akhirnya hari ni adalah hari pertama dia bekerja. Kira bertuahlah
sebab baru saja lulus sesi temu duga dua hari yang lalu, alih–alih sudah kena
telefon petang semalam.
Rumah sewa pun dah settle seminggu
yang lalu. Menyewa rumah teres dua tingkat dengan Nadia di Taman Permai, Kota
Damansara. Jauh dari tempat kerjanya sekarang tapi kira okeylah, sekurang–kurang
ada tempat berteduh. Tidak payah lagi nak bertapa di dalam bilik sederhana
besar di Sheraton Hotel. Duit melayang–layang okey!
Dengan langkah yang ala–ala confident,
Maya menyeberangi jalan dan masuk ke pintu utama bangunan. Wah, besarnya lobi.
Ting!
Pintu lif terbuka. Maya melangkah
masuk ke dalam perut lif. Agak sesak bila semakin ramai yang masuk sama. Sempat
lagi kakinya dipijak oleh perempuan yang berdiri di hadapannya. Tapi boleh pula
buat muka selamba, nak minta maaf tu jauh sekali. Setakat menjeling ke
belakang, kemudian tengok depan balik.
Sabar, Maya. Pujuknya di dalam hati.
Sampai di tingkat tujuh, Maya
melangkah keluar. Nak balas dendam punya pasal,
dipijaknya kaki perempuan di hadapan.
“Ouch!”Perempuan berskirt pendek itu menjerit sakit. Ambik kau!
Semua mata bertumpu pada Maya yang
baru sampai. Rasa malu tiba–tiba, takkan dah lambat. Jam di tangan dikerling,
tepat jam 9 pagi.
“Good morning,” gadis yang memakai tag nama Nurul itu menyapa.
Rasa tidak selesa bila mata–mata masih
memandang Maya. Top hitam di dalam, casual blazer berwarna biru
tua melebihi paras siku di luar dan dipadankan dengan skirt hitam paras
lutut. Apa yang pelik?
Mula–mula Maya dibawa bertemu Encik
Safri, Ketua Jabatan Bahagian Pemasaran. Kemudian, Encik Safri pula menjadi
‘pemandu pelancong’ membawa Maya untuk sesi suaikenal.
Habis sesi tersebut, Maya mengambil
tempat duduk yang telah dikhaskan untuknya.
Perkara pertama yang dibuat Maya, gambar dia dengan Mia yang berpelukan
berlatar belakangkan musim luruh
diletakkan di atas meja.
Maya tersenyum sendiri menatap gambar
tersebut. Mialah semangatnya untuk terus bertahan hingga ke hari ini.
“Anak ke?,” tanya jiran sebelah.
Maya menoleh. Dia mengangguk kepala
seraya tersenyum.
“Comel! She looks exactly like you.”
“Thanks.”
“I’m Zahrah. Panggil Kak Zah
je,” kata Kak Zah sambil menghulurkan tangan dan Maya sambut dengan hati
terbuka.
“Maya Laila. Panggil Mama Mia.”
“Jadi si comel ni nama dia Mialah
ye.”.
Maya mengangguk lagi. Mesranya Kak
Zah. Kawan pertama Maya di tempat kerja. Tidak banyak kerjanya hari ini. Sesi
suaikenal. Kemudian melawat jabatan–jabatan yang lain. Selebihnya, dia
bersembang dengan Kak Zah di meja sebelah. Boleh tahan besar juga syarikat Cendera
Science Consulting ini rupanya,
turut mempunyai anak syarikat di Kota Kinabalu dan Kuching.
“Cik Maya, bos besar nak jumpa
kejap.”
Maya mendongak. Lelaki yang dia ingat
namanya sebagai Faizal ketika sesi suaikenal tadi tercegat di depan meja sambil
tayang senyuman lebar. Orangnya tinggi dan kurus sedikit, mesra alam macam Kak
Zah. Senang nak dibuat kawan.
“Now?”
“Yup.”
Maya bangun. Belum pernah dia bertemu
dengan bos besar. Masa interview hari tu pun bos outstation, jadi
dia kira beruntung sedikit. Kata mereka, bos jenis yang leceh. Salah sikit masa interview terus kena reject.
“By the way, Faizal. Panggil
saya Mama Mia, not Maya,” kata Maya.
“Set.”
Faizal tunjuk ibu jari.
Maya mengatur langkah ke arah bilik
paling hujung. Pedulilah bos tu macam mana pun, yang penting dia dah dapat
kerja. Tahan ke tak, belakang cerita. Sampai di depan pintu, pintu bilik
diketuk Maya dari luar. Sempat membaca nama yang tertera di depan pintu.
SYAZWI ILMAN BIN KAMAL SAIFUDDIN.
Nama bos besar sudah tersemat di
dalam otak fikiran. Boleh tahan cantik namanya. Tuannya? Entahlah!
“Masuk,” jawab suara garau dari dalam
sebaik Maya mengetuk daun pintu.
Maya telan liur. Dengan lafaz doa,
dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk penuh hati-hati. Kelihatan ketuanya duduk membelakangi pintu sambil
membelek fail di tangan.
“Selamat pagi, tuan,” ucap Maya penuh
hormat.
“Selamat pagi. Have a seat.”
Maya menutup pintu dan bergerak ke
arah meja. Dia mengambil tempat duduk di hadapan ketuanya yang masih duduk
membelakanginya.
“So awaklah staff baru
tu?”
“Saya, tuan,” Maya menjawab gaya skema.
Dari suara, macam masih muda. Yang
Kak Zah bagitau, bos dah tua. Montel–montel sedikit, duduk kerusi hampir tak
muat. Tapi di depannya kini, tak penuh pun kerusi tu.
Baru Maya mahu panjangkan leher
menjenguk, kerusi dipusing menghadap ke depan. Kedua–duanya terus terdiam. Mata
membulat serentak. Masing-masing terkedu tanpa kata.
“Awak rupanya,” Syazwi bersuara. Riak
wajah terkejut dikawal sebaik mungkin. Malulah muka macho terlopong
mulut di depan pekerja baru.
Maya tersenyum nipis. Tidak sangka Kuala Lumpur sekecil ini.
Lelaki yang dia temui di airport tempoh
hari, kini menjadi ketuanya.
“Anak awak apa khabar?,” tanya
Syazwi.
Matanya ralit menjamah wajah di depan
mata. Berambut pendek gaya
slight swept haircut paras leher, mata hitam bundar, bulu mata
melentik panjang. Hidung separa mancung dengan bibir yang hanya dicalit sedikit
gincu. Sangat cantik sebenarnya mak singa ni.
“Sihat,” Maya menjawab sepatah.
“Umur dia berapa?”
“Almost three years.”
Walawei bos besar. Interview tentang anak dia apasal? Tapi Maya tak
hairan pun sebenarnya. Sesiapa pun boleh tertarik hati dengan Mia Shaza. Macam
anak patung bergerak, itu komen kawan–kawan di universiti dulu tentang Mia.
“How’s your first day at work?”
“So far okay. Kerja tak banyak
lagi,” jawab Maya.
Syazwi angguk kepala. Berpura–pura
melihat fail yang dipegang di tangan. Sesekali dia menjeling Maya di depan.
Dua–dua tidak bersuara.
“Saja nak jumpa
awak. Nak kenal staff baru,” kata Syazwi kemudian keduanya diam lagi.
“You may leave now,” arah Syazwi.
“Thank you.”
Awkward giler berdua–duaan begitu di depan pekerja sendiri. Macam tak ada idea
lain saja nak buka topik cerita, tup–tup tanya tentang anak. Minta jauh–jauh,
janganlah dia dicop pedophile oleh staff
baru itu!
“Maya.”
Maya yang baru mahu memulas tombol
pintu berpaling semula apabila terdengar namanya dipanggil. Apa lagi?
“Forgot to
introduce myself. Syazwi Ilman. Call me Shaz.”
Maya tersentak. Membulat matanya
melawan pandangan Syazwi. Kemudian dia
angguk kepala, berlagak tenang.
“Don’t call me Maya. Call me Mama
Mia.”
Maya terus berlalu keluar. Syazwi
bersandar pada belakang kerusi. Memang mak singa ni tak pandai nak senyum
agaknya.
LUNCH HOUR, Maya bergegas keluar dari
bangunan pejabat. Mahu cepat sampai ke Midvalley. Nadia dan Mia berjanji
untuk berjumpa dengannya di situ.
Sebaik masuk ke dalam perut Myvi,
enjin kereta dihidupkan. Reverse.
Reverse. Reverse.
Dum!
Terkejut Maya. Terhenti jantungnya
sesaat. Kereta kena tempek dari belakang ke? Cepat–cepat dia keluar dari perut
kereta.
“Oh goodness!”
Hanya itu yang terkeluar dari mulut
Maya. Elok–elok kereta berwarna putih itu menempel belakang keretanya. Sampai
pecah lampu belakang.
“Oh my God!”
Tiba–tiba satu suara menjerit di
belakang. Maya menoleh. Seorang perempuan keluar dari Lexus IS250 dan menuju ke arahnya.
“What have you done?!,” jerit wanita tersebut pada Maya.
Fuh!
Muka! Mengalahkan langsuir yang baru keluar dari perut tanah di siang hari.
Perempuan yang rambutnya mengurai panjang itu memandang Maya tajam.
“Macam mana ni?! You ni tak
ada mata ke apa? Langgar kereta I apasal?!”
Panas hati Maya. Langsuir di depannya
ini macam nak minta kena tenyeh hidup–hidup.
“Hello! Siapa langgar siapa?
Awak tu yang langgar saya. Bukak mata
luas–luas. Tengok ni, kereta awak ni yang tempel belakang kereta saya. Jadi
siapa salah? Hah?!” Suara Maya turut sama tinggi. Pantang sangat kalau dia kena
jerit. Kalau diikutkan hati, mahu saja ditamparnya mulut lancang itu. Dahlah
pendek, senang saja dia nak belasah dengan ketinggiannya yang 168cm itu.
Tasya menjuihkan bibirnya. Terdiam
bila sudah tersedar diri sendiri yang salah apatah lagi bila disembur begitu.
“Jadi, macam mana ni?,” tanya Tasya
bodoh.
“Macam mana apa lagi? Bayarlah ganti
rugi! Kereta baru ni. Takkan senang – senang awak nak blah,” tengking
Maya. Brand new okay!
Kecut terus perut Tasya digertak
begitu. Lagak beraninya terus lenyap di telan suara nyaring wanita tersebut.
“Wait. Wait. I call my baby
jap.” Tasya berlalu ke dalam kereta dan mencapai telefonnya sebelum kembali
semula kepada Maya yang marahnya sudah berguni–guni.
“Hello, baby! Kereta you
kena langgar,” kata Tasya dengan suara yang mendayu–dayu.
Membuntang mata Maya. Kurang asam punya perempuan!
Dengan sekuat tenaga, dirampasnya telefon Tasya.
“Hei!”
“Kereta awak kena langgar ke kereta
awak yang melanggar?!”, jerit Maya lantang. Sudah tidak peduli dengan mata–mata yang mula memandang di tepi jalan. Waktu begini memang banyaklah
penonton drama.
Tasya mencebik. Tidak berani melawan
balik.
Maya mendekatkan telefon ke
telinganya. Tahu takut. Belum lagi dia keluarkan aura singa dari benua Afrika.
“Hello.”
“Hello,” sahut suara di hujung talian.
“Ni, langsu...perempuan yang pakai kereta awak
ni sekarang dah terlanggar kereta saya. Jadi saya nak ganti rugi,” kata Maya.
“What?! Seriously?!”
“Seriuslah. Ingat saya nak main–main
ke benda macam ni?” Maya naik geram.
“Kat mana ni sekarang?”
“Bangi.”
“Teruk ke kereta awak?”
“Of courselah teruk kalau dah Lexus
langgar Myvi,” jawab Maya. Lainlah kalau kereta dia jentolak jenama Komatsu
atau Caterpillar. Langgar pokok ara pun belum tentu kemek.
“Then awak hantar pergi
bengkel kat Kota Damansara. Saya datang kejap lagi.”
Hah! Ini lagi satu buat hati Maya
terbakar. Sabar Maya! Sabar. Maya tarik nafas kasar.
“Awak ingat jarak Kota Damansara
dengan Bangi tu lima
minit aje ke?,” kata Maya geram.
Walaupun rumah sewanya juga terletak di Kota Damansara. Tapi dalam keadaan
tengah hari macam ni, boleh tersangkut tengah jalan. Jalan jammed lah, bro!
“Datang ajelah. Kalau tak saya tak
nak bayar ganti rugi,” ujar suara lelaki di hujung sana.
“Fine! Kota Damansara then!”
Suara di hujung talian ketawa. Makin
membara hati Maya. Kalaulah saat ini orang itu ada di depannya, mahunya dia
hempuk dengan telefon yang terpegang di tangan.
“Your name?”
“Mama Mia.”
SYAZWAN menekan butang merah. Panas
hatinya mendapat panggilan dari nombor Tasya. Memang perempuan yang
menyusahkan. Menyesal bagi Tasya pinjam kereta kesayangan.
Lepas ni, haruslah Tasya dibuang ke
tepi. Hampir dua minggu ini perempuan itu sudah cukup menyusahkan. Sesak nafas
pun ada. Manja terlebih, tergedik–gedik tidak bertempat. Siapa yang tahan? Muka
tak cantik mana pun, nak harap badan yang ala–ala pasu bunga tu saja.
Syazwan memecut laju ke bengkel yang
biasa dia pergi. Teringat sejenak pada pemilik kereta yang dilanggar Tasya
tadi.
Mama Mia. Nama pelik semacam, tapi
comel. Orang apa agaknya yang ada nama macam tu. Orang Melayu? Tak kot. Macam
tak ada maksud. Orang Cina? Tak mungkin. Orang India? Lagilah tak.
Tapi suara lembut ala–ala garang itu
mengingatkannya pada Maya. Maya yang sudah lama dia tinggalkan. Syazwan
tersenyum nipis. Seminggu dua ini nama Maya Laila kerap kali muncul di dalam
fikiran.
Kereta Syazwan membelok masuk ke
bengkel kereta milik Tauke Chong. Dapat dilihatnya Tasya sedang berdiri di tepi
keretanya dengan muka berlagak bagai nak rak. Syazwan menerobos keluar dari
perut kereta.
“Baby!”
Tasya mendapatkan Syazwan. Tegang
saja muka kekasih hati. Memang tak lama lagi pasti dia akan kena sembur depan–depan.
“What the heck did you do to my
car, Tasya?!”
Tasya tarik muka masam. Memang dah agak dah. Pegangan tangannya pada
lengan Syazwan ditepis lelaki itu kasar. Mulut Tasya panjang seinci.
“Sorry, bukan salah I.
Dia yang langgar I,” kata Tasya masih mahu membela diri.
Mata Syazwan merenung Tasya tajam.
Rasa macam nak hempuk Tasya dengan tayar kereta. Dia membongkok melihat keadaan
kereta kesayangan. Ada
calar di bahagian depan. Lampu juga ada kesan crack sedikit.
“Mana kereta yang kena langgar tu?,”
tanya Syazwan.
“Tu.” Tasya menunding jari ke arah
belakang.
Syazwan menoleh. Dia mendekati Myvi
putih itu. Agak teruk juga rupanya. Mana tidak, pecah lampu belakang. Bumper
belakang pula hampir terbuka. Agak kuat juga rupanya impak kesan perlanggaran.
“Where’s the owner?,” tanya Syazwan kasar.
“Ada kat dalam.”
Syazwan menuju ke bahagian belakang
bengkel untuk ke pejabat. Dah biasa dengan Chong Flywork Workshop ini
sebab geng kamceng dengan tauke bengkel.
“Tauke, mana owner Myvi kat
depan tu?,” tanya Syazwan pada Tauke Chong yang seronok melayan Jackie Chan di
skrin tv.
“Aiyaaa... Lu manyak lambat la, bos.
Itu olang sudah balik. Kasi tinggal itu kereta sini saja.”
“Dah lama ke dia balik?”
“Baru saja. Neh, lu cari luar.
Mungkin belum jalan lagi.”
Zoom!
Terus saja Syazwan meluru keluar. Liar matanya mencari tapi tiada sesiapa pun
di situ kecuali Tasya dan beberapa orang pekerja bengkel. Mata Syazwan
kemudiannya tertacap pada perempuan yang
sedang duduk di perhentian bas. Pasti yang tu!
Laju langkahnya diatur ke situ. Namun
belum sempat dia sampai, perempuan tadi sudah menyusup masuk ke dalam kereta
Perdana yang baru saja berhenti.
Vroom!
Syazwan terkaku. Perdana berwarna
merah gelap itu menderum laju. Jantungnya berdetak pantas. Cepat otak cuba mencerna.
Maya ke? Ketinggiannya, bentuk tubuhnya, fesyen baju yang dipakai. Sebijik
Maya. Rambut saja yang berbeza. Syazwan berlari semula ke dalam pejabat
bengkel.
“Tauke, owner tu ada bagi phone
number tak?,” soal Syazwan yang sudah terpacak tegak di depan skrin tv
Tauke Chong.
“Ada.”
“Boleh bagi saya tak?”
“No problem.”
“What’s her name?”
“Mama
Mia.”
Syazwan mengeluh hampa. Dia
mengharapkan Maya Laila. Bukan Mama Mia.
MAYA menyusun barang–barangnya di
atas meja. Tepat jam 5 petang, dia mengangkat punggung. Kak Zah di sebelah juga
begitu.
“Kak Zah, jom balik,” kata Maya
girang.
“Amboi Mama Mia. Balik aje terus happy,”
seloroh Kak Zah.
“Kak Zah pandai tipu ye. Tadi Mama
Mia pergi jumpa bos, mana ada macam yang Kak Zah cakap tu.”
Pecah ketawa Kak Zah mendengar kata-kata
Maya. Dia sengaja mahu mengusik Maya sebenarnya.
“Apa yang Kak Zah cakap?,” tanya Kak
Zah. Buat–buat tak tahu.
“Bos gemuk. Duduk atas kerusi pun tak
muat. Tua. Lepas tu..”
“Lepas tu apa?”
Mati terus ketawa Kak Zah. Mulut Maya
juga terkunci. Dua–dua menoleh serentak. Bos besar berdiri betul–betul di
belakang. Jaws dropped!
“Bos siapa yang macam tu Maya?,”
tanya Syazwi. Tenang saja tapi tegas. Matanya bersilih ganti dengan Kak Zah dan
Maya di hadapan.
“B..b..bos..yang..”
“Sejak bila awak gagap ni?”
Oh my!
Kantoi depan–depan memang tak boleh blah!
“Balik dulu ya, tuan. Mama Mia, jumpa
esok.”
Zoom!
Kak Zah sudah terlebih dahulu pergi, meninggalkan Maya dengan Syazwi di situ. Hampeh
Kak Zah. Contoh terbaik untuk kisah dua sahabat yang bertembung dengan beruang
di dalam hutan. Yang naik panjat pokok adalah Kak Zah, dia pula adalah yang
buat–buat mati di depan beruang demi untuk menyelamatkan diri.
“Nak balik ke?”
Maya menjawab soalan Syazwi dengan
anggukan kepala.
“Mari, kita jalan sama,” pelawa
Syazwi. Maya diam dan mengangguk kepala lagi.
Dari dalam pejabat hinggalah masuk ke
dalam perut lif, kedua–duanya hanya mendiamkan diri.
“Macam mana dengan kereta awak tadi?,” tanya
Syazwi akhirnya memecah sunyi. Kekok pula rasanya tapi berlagak selamba.
“Dah hantar bengkel.”
“Berapa lama?”
“Tak tau lagi. Dua tiga hari lagi
kot.”
Masing-masing diam seketika.
“Bos..”
“Maya..”
Kedua–duanya bersuara serentak. Diam
beberapa saat sebelum terhambur ketawa mereka berdua.
“Sorry, bos. Saya tak sengaja
kutuk tadi,” kata Maya dengan senyuman di bibir. Kutuk secara tak sengaja? Ada tak istilah begitu?
Ayat nak cover line seorang Maya Laila.
Terpana Syazwi. Senyuman yang
membuatkan dia terkedu. Pertama kali melihat mak singa tersenyum.
“Tak apa. At least awak kutuk
depan–depan. Saya lagi tak suka dari belakang–belakang,”
balas Syazwi.
Makin lebar senyuman Maya, makin kuat
jantung Syawzi berdegup. Sebaik saja pintu lif terbuka, Maya dan Syazwi menoleh
pada suara yang memanggil.
“Mama!”
Tubuh kecil Mia meluru ke arah
mamanya. Rambutnya diikat dua seperti biasa. Hari ini dia mengenakan blouse
merah jambu, sedondon dengan warna ikat rambut di kepala.
Maya menyambar tubuh kecil itu dan
mendukungnya erat. Mengekeh Mia bila wajahnya menjadi sasaran ciuman mamanya.
Syazwi di sebelah mengukir senyum.
“Lama dah sayang tunggu?,” tanya
Maya.
Mia angguk kepala dengan matanya
merenung Syazwi tanpa kedip.
“Salam uncle, sayang.”
Mia menurut. Makin terpikat hati
Syazwi dengan dua beranak di depannya kini. Bila tangannya dicium Mia, spontan dia
mencium pipi tembam itu.
“She’s so adorable!,” puji Syazwi.
“Tengoklah mama dia siapa,” kata Maya
dengan senyuman di bibir.
Syazwi ketawa besar. Memang betul. Like
mother, like daughter. Hatinya jatuh suka dalam sekelip mata.
“Siapa datang ambik? Husband ke?”
Hampir mati senyuman Maya. Bertukar
menjadi senyuman plastik. Husband? Dia ada suami ke?
“Tak, dengan kawan,” jawab Maya
seraya menunjukkan ke arah Nadia yang sedang
duduk di lobi sambil melambaikan tangan.
“Husband awak tak datang
sekali ke?”
Terdiam Maya mendengar soalan
ketuanya. Dia menjawab dengan gelengan kepala. Tak ada soalan lain ke nak
tanya?
“Saya balik dulu, tuan. Bye bye
uncle, sayang.”
“Bye, uncle.”
Mia senyum sambil menghadiahkan flying
kiss kepada Syazwi. Oh! Syazwi rasa hatinya dibawa pergi bersama.
No comments:
Post a Comment