DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 2



KERETA berwarna putih itu diparking di seberang jalan. Maya melangkah keluar dari perut kereta. Cermin mata hitam berjenama Bonia yang dipakainya dibetulkan sedikit. Kepalanya mendongak memandang bangunan di depan mata. Wisma Putra. Hmm...boleh tahan tinggi.
Sudah lebih seminggu kembali semula ke tanah air, akhirnya hari ni adalah hari pertama dia bekerja. Kira bertuahlah sebab baru saja lulus sesi temu duga dua hari yang lalu, alih–alih sudah kena telefon petang semalam.
Rumah sewa pun dah settle seminggu yang lalu. Menyewa rumah teres dua tingkat dengan Nadia di Taman Permai, Kota Damansara. Jauh dari tempat kerjanya sekarang tapi kira okeylah, sekurang–kurang ada tempat berteduh. Tidak payah lagi nak bertapa di dalam bilik sederhana besar di Sheraton Hotel. Duit melayang–layang okey!
Dengan langkah yang ala–ala confident, Maya menyeberangi jalan dan masuk ke pintu utama bangunan. Wah, besarnya lobi.
Ting!
Pintu lif terbuka. Maya melangkah masuk ke dalam perut lif. Agak sesak bila semakin ramai yang masuk sama. Sempat lagi kakinya dipijak oleh perempuan yang berdiri di hadapannya. Tapi boleh pula buat muka selamba, nak minta maaf tu jauh sekali. Setakat menjeling ke belakang, kemudian tengok depan balik.
Sabar, Maya. Pujuknya di dalam hati.
Sampai di tingkat tujuh, Maya melangkah keluar. Nak balas dendam punya pasal,  dipijaknya kaki perempuan di hadapan.
“Ouch!”Perempuan berskirt pendek itu menjerit sakit. Ambik kau!
Semua mata bertumpu pada Maya yang baru sampai. Rasa malu tiba–tiba, takkan dah lambat. Jam di tangan dikerling, tepat jam 9 pagi.
“Good morning,” gadis yang memakai tag nama Nurul itu menyapa.
 Rasa tidak selesa bila mata–mata masih memandang Maya. Top hitam di dalam, casual blazer berwarna biru tua melebihi paras siku di luar dan dipadankan dengan skirt hitam paras lutut. Apa yang pelik?
Mula–mula Maya dibawa bertemu Encik Safri, Ketua Jabatan Bahagian Pemasaran. Kemudian, Encik Safri pula menjadi ‘pemandu pelancong’ membawa Maya untuk sesi suaikenal.
Habis sesi tersebut, Maya mengambil tempat duduk yang telah dikhaskan untuknya.  Perkara pertama yang dibuat Maya, gambar dia dengan Mia yang berpelukan berlatar  belakangkan musim luruh diletakkan di atas meja.
Maya tersenyum sendiri menatap gambar tersebut. Mialah semangatnya untuk terus bertahan hingga ke hari ini.
“Anak ke?,” tanya jiran sebelah.
Maya menoleh. Dia mengangguk kepala seraya tersenyum.
“Comel! She looks exactly like you.”
“Thanks.”
I’m Zahrah. Panggil Kak Zah je,” kata Kak Zah sambil menghulurkan tangan dan Maya sambut dengan hati terbuka.
“Maya Laila. Panggil Mama Mia.”
“Jadi si comel ni nama dia Mialah ye.”.
Maya mengangguk lagi. Mesranya Kak Zah. Kawan pertama Maya di tempat kerja. Tidak banyak kerjanya hari ini. Sesi suaikenal. Kemudian melawat jabatan–jabatan yang lain. Selebihnya, dia bersembang dengan Kak Zah di meja sebelah. Boleh tahan besar juga syarikat Cendera Science Consulting  ini rupanya, turut mempunyai anak syarikat di Kota Kinabalu dan Kuching.
“Cik Maya, bos besar nak jumpa kejap.”
Maya mendongak. Lelaki yang dia ingat namanya sebagai Faizal ketika sesi suaikenal tadi tercegat di depan meja sambil tayang senyuman lebar. Orangnya tinggi dan kurus sedikit, mesra alam macam Kak Zah. Senang nak dibuat kawan.
“Now?”
“Yup.”
Maya bangun. Belum pernah dia bertemu dengan bos besar. Masa interview hari tu pun bos outstation, jadi dia kira beruntung sedikit. Kata mereka, bos jenis yang leceh. Salah sikit  masa interview terus kena reject.
By the way, Faizal. Panggil saya Mama Mia, not Maya,” kata Maya.
“Set.” Faizal tunjuk ibu jari.
Maya mengatur langkah ke arah bilik paling hujung. Pedulilah bos tu macam mana pun, yang penting dia dah dapat kerja. Tahan ke tak, belakang cerita. Sampai di depan pintu, pintu bilik diketuk Maya dari luar. Sempat membaca nama yang tertera di depan pintu.
SYAZWI ILMAN BIN KAMAL SAIFUDDIN.
Nama bos besar sudah tersemat di dalam otak fikiran. Boleh tahan cantik namanya. Tuannya? Entahlah!
“Masuk,” jawab suara garau dari dalam sebaik Maya mengetuk daun pintu.
Maya telan liur. Dengan lafaz doa, dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk penuh hati-hati.  Kelihatan ketuanya duduk membelakangi pintu sambil membelek fail di tangan.
“Selamat pagi, tuan,” ucap Maya penuh hormat.
“Selamat pagi. Have a seat.”
Maya menutup pintu dan bergerak ke arah meja. Dia mengambil tempat duduk di hadapan ketuanya yang masih duduk membelakanginya.
So awaklah staff baru tu?”
“Saya, tuan,” Maya menjawab gaya skema.
Dari suara, macam masih muda. Yang Kak Zah bagitau, bos dah tua. Montel–montel sedikit, duduk kerusi hampir tak muat. Tapi di depannya kini, tak penuh pun kerusi tu.
Baru Maya mahu panjangkan leher menjenguk, kerusi dipusing menghadap ke depan. Kedua–duanya terus terdiam. Mata membulat serentak. Masing-masing terkedu tanpa kata.
“Awak rupanya,” Syazwi bersuara. Riak wajah terkejut dikawal sebaik mungkin. Malulah muka macho terlopong mulut di depan pekerja baru.
Maya tersenyum nipis. Tidak sangka Kuala Lumpur sekecil ini. Lelaki yang dia temui di airport tempoh hari, kini menjadi ketuanya.
“Anak awak apa khabar?,” tanya Syazwi.
Matanya ralit menjamah wajah di depan mata. Berambut pendek gaya slight swept haircut paras leher, mata hitam bundar, bulu mata melentik panjang. Hidung separa mancung dengan bibir yang hanya dicalit sedikit gincu. Sangat cantik sebenarnya mak singa ni.
 “Sihat,” Maya menjawab sepatah.
 “Umur dia berapa?”
“Almost three years.”
Walawei bos besar. Interview tentang anak dia apasal? Tapi Maya tak hairan pun sebenarnya. Sesiapa pun boleh tertarik hati dengan Mia Shaza. Macam anak patung bergerak, itu komen kawan–kawan di universiti dulu tentang Mia.
“How’s your first day at work?”
So far okay. Kerja tak banyak lagi,” jawab Maya.
Syazwi angguk kepala. Berpura–pura melihat fail yang dipegang di tangan. Sesekali dia menjeling Maya di depan. Dua–dua tidak bersuara.
 “Saja nak jumpa awak. Nak kenal staff baru,” kata Syazwi kemudian keduanya diam lagi.
 “You may leave now,” arah Syazwi.
“Thank you.”
Awkward giler berdua–duaan begitu di depan pekerja sendiri. Macam tak ada idea lain saja nak buka topik cerita, tup–tup tanya tentang anak. Minta jauh–jauh, janganlah dia dicop pedophile oleh staff baru itu!
 “Maya.”
Maya yang baru mahu memulas tombol pintu berpaling semula apabila terdengar namanya dipanggil. Apa lagi?
“Forgot to introduce myself. Syazwi Ilman. Call me Shaz.”                
Maya tersentak. Membulat matanya melawan pandangan Syazwi.  Kemudian dia angguk kepala, berlagak tenang.
“Don’t call me Maya. Call me Mama Mia.”
Maya terus berlalu keluar. Syazwi bersandar pada belakang kerusi. Memang mak singa ni tak pandai nak senyum agaknya. 

LUNCH HOUR, Maya bergegas keluar dari bangunan pejabat. Mahu cepat sampai ke Midvalley. Nadia dan Mia berjanji untuk berjumpa dengannya di situ.
Sebaik masuk ke dalam perut Myvi, enjin kereta dihidupkan.  Reverse. Reverse. Reverse.
Dum!
Terkejut Maya. Terhenti jantungnya sesaat. Kereta kena tempek dari belakang ke? Cepat–cepat dia keluar dari perut kereta.
“Oh goodness!”
Hanya itu yang terkeluar dari mulut Maya. Elok–elok kereta berwarna putih itu menempel belakang keretanya. Sampai pecah lampu belakang.
“Oh my God!”
Tiba–tiba satu suara menjerit di belakang. Maya menoleh. Seorang perempuan keluar dari Lexus IS250  dan menuju ke arahnya.
“What have you done?!,” jerit wanita tersebut pada Maya.
Fuh! Muka! Mengalahkan langsuir yang baru keluar dari perut tanah di siang hari. Perempuan yang rambutnya mengurai panjang itu memandang Maya tajam.
“Macam mana ni?! You ni tak ada mata ke apa? Langgar kereta I apasal?!”
Panas hati Maya. Langsuir di depannya ini macam nak minta kena tenyeh hidup–hidup.
Hello! Siapa langgar siapa? Awak tu yang langgar saya. Bukak mata luas–luas. Tengok ni, kereta awak ni yang tempel belakang kereta saya. Jadi siapa salah? Hah?!” Suara Maya turut sama tinggi. Pantang sangat kalau dia kena jerit. Kalau diikutkan hati, mahu saja ditamparnya mulut lancang itu. Dahlah pendek, senang saja dia nak belasah dengan ketinggiannya yang 168cm itu.
Tasya menjuihkan bibirnya. Terdiam bila sudah tersedar diri sendiri yang salah apatah lagi bila disembur begitu.
“Jadi, macam mana ni?,” tanya Tasya bodoh.
“Macam mana apa lagi? Bayarlah ganti rugi! Kereta baru ni. Takkan senang – senang awak nak blah,” tengking Maya. Brand new okay!
Kecut terus perut Tasya digertak begitu. Lagak beraninya terus lenyap di telan suara nyaring wanita tersebut.
Wait. Wait. I call my baby jap.” Tasya berlalu ke dalam kereta dan mencapai telefonnya sebelum kembali semula kepada Maya yang marahnya sudah berguni–guni.
Hello, baby! Kereta you kena langgar,” kata Tasya dengan suara yang mendayu–dayu.
Membuntang  mata Maya. Kurang asam punya perempuan! Dengan sekuat tenaga, dirampasnya telefon Tasya. 
“Hei!”
“Kereta awak kena langgar ke kereta awak yang melanggar?!”, jerit Maya lantang. Sudah tidak peduli dengan mata–mata  yang mula memandang di tepi jalan. Waktu begini memang banyaklah penonton drama.
Tasya mencebik. Tidak berani melawan balik.
Maya mendekatkan telefon ke telinganya. Tahu takut. Belum lagi dia keluarkan aura singa dari benua Afrika.
“Hello.”
“Hello,” sahut suara di hujung talian.
 “Ni, langsu...perempuan yang pakai kereta awak ni sekarang dah terlanggar kereta saya. Jadi saya nak ganti rugi,” kata Maya.
“What?! Seriously?!”
“Seriuslah. Ingat saya nak main–main ke benda macam ni?” Maya naik geram.
“Kat mana ni sekarang?”
“Bangi.”
“Teruk ke kereta awak?”
Of courselah teruk kalau dah Lexus langgar Myvi,” jawab Maya. Lainlah kalau kereta dia jentolak jenama Komatsu atau Caterpillar. Langgar pokok ara pun belum tentu kemek.
Then awak hantar pergi bengkel kat Kota Damansara. Saya datang kejap lagi.”
Hah! Ini lagi satu buat hati Maya terbakar. Sabar Maya! Sabar. Maya tarik nafas kasar.
“Awak ingat jarak Kota Damansara dengan Bangi tu lima minit aje ke?,”  kata Maya geram. Walaupun rumah sewanya juga terletak di Kota Damansara. Tapi dalam keadaan tengah hari macam ni, boleh tersangkut tengah jalan. Jalan jammed lah, bro!
“Datang ajelah. Kalau tak saya tak nak bayar ganti rugi,” ujar suara lelaki di hujung sana.
“Fine! Kota Damansara then!”
Suara di hujung talian ketawa. Makin membara hati Maya. Kalaulah saat ini orang itu ada di depannya, mahunya dia hempuk dengan telefon yang terpegang di tangan.
“Your name?”
“Mama Mia.”

SYAZWAN menekan butang merah. Panas hatinya mendapat panggilan dari nombor Tasya. Memang perempuan yang menyusahkan. Menyesal bagi Tasya pinjam kereta kesayangan.
Lepas ni, haruslah Tasya dibuang ke tepi. Hampir dua minggu ini perempuan itu sudah cukup menyusahkan. Sesak nafas pun ada. Manja terlebih, tergedik–gedik tidak bertempat. Siapa yang tahan? Muka tak cantik mana pun, nak harap badan yang ala–ala pasu bunga tu saja.
Syazwan memecut laju ke bengkel yang biasa dia pergi. Teringat sejenak pada pemilik kereta yang dilanggar Tasya tadi.
Mama Mia. Nama pelik semacam, tapi comel. Orang apa agaknya yang ada nama macam tu. Orang Melayu? Tak kot. Macam tak ada maksud. Orang Cina? Tak mungkin. Orang India? Lagilah tak.
Tapi suara lembut ala–ala garang itu mengingatkannya pada Maya. Maya yang sudah lama dia tinggalkan. Syazwan tersenyum nipis. Seminggu dua ini nama Maya Laila kerap kali muncul di dalam fikiran.
Kereta Syazwan membelok masuk ke bengkel kereta milik Tauke Chong. Dapat dilihatnya Tasya sedang berdiri di tepi keretanya dengan muka berlagak bagai nak rak. Syazwan menerobos keluar dari perut kereta.
“Baby!”
Tasya mendapatkan Syazwan. Tegang saja muka kekasih hati. Memang tak lama lagi pasti dia akan kena sembur depan–depan.
“What the heck did you do to my car, Tasya?!”
Tasya tarik muka masam.  Memang dah agak dah. Pegangan tangannya pada lengan Syazwan ditepis lelaki itu kasar. Mulut Tasya panjang seinci.
Sorry, bukan salah I. Dia yang langgar I,” kata Tasya masih mahu membela diri.
Mata Syazwan merenung Tasya tajam. Rasa macam nak hempuk Tasya dengan tayar kereta. Dia membongkok melihat keadaan kereta kesayangan. Ada calar di bahagian depan. Lampu juga ada kesan crack sedikit.
“Mana kereta yang kena langgar tu?,” tanya Syazwan.
“Tu.” Tasya menunding jari ke arah belakang.
Syazwan menoleh. Dia mendekati Myvi putih itu. Agak teruk juga rupanya. Mana tidak, pecah lampu belakang. Bumper belakang pula hampir terbuka. Agak kuat juga rupanya impak kesan perlanggaran.
“Where’s the owner?,” tanya Syazwan kasar.
“Ada kat dalam.”
Syazwan menuju ke bahagian belakang bengkel untuk ke pejabat. Dah biasa dengan Chong Flywork Workshop ini sebab geng kamceng dengan tauke bengkel.
“Tauke, mana owner Myvi kat depan tu?,” tanya Syazwan pada Tauke Chong yang seronok melayan Jackie Chan di skrin tv.
 Aiyaaa... Lu manyak lambat la, bos. Itu olang sudah balik. Kasi tinggal itu kereta sini saja.”
“Dah lama ke dia balik?”
“Baru saja. Neh, lu cari luar. Mungkin belum jalan lagi.”
Zoom! Terus saja Syazwan meluru keluar. Liar matanya mencari tapi tiada sesiapa pun di situ kecuali Tasya dan beberapa orang pekerja bengkel. Mata Syazwan kemudiannya tertacap pada  perempuan yang sedang duduk di perhentian bas. Pasti yang tu!
Laju langkahnya diatur ke situ. Namun belum sempat dia sampai, perempuan tadi sudah menyusup masuk ke dalam kereta Perdana yang baru saja berhenti.
Vroom!
Syazwan terkaku. Perdana berwarna merah gelap itu menderum laju. Jantungnya berdetak pantas. Cepat otak cuba mencerna. Maya ke? Ketinggiannya, bentuk tubuhnya, fesyen baju yang dipakai. Sebijik Maya. Rambut saja yang berbeza. Syazwan berlari semula ke dalam pejabat bengkel.
“Tauke, owner tu ada bagi phone number tak?,” soal Syazwan yang sudah terpacak tegak di depan skrin tv Tauke Chong.
“Ada.”
“Boleh bagi saya tak?”
“No problem.”
“What’s her name?”
“Mama  Mia.”
Syazwan mengeluh hampa. Dia mengharapkan Maya Laila. Bukan Mama Mia.

MAYA menyusun barang–barangnya di atas meja. Tepat jam 5 petang, dia mengangkat punggung. Kak Zah di sebelah juga begitu.
“Kak Zah, jom balik,” kata Maya girang.
“Amboi Mama Mia. Balik aje terus happy,” seloroh Kak Zah.
“Kak Zah pandai tipu ye. Tadi Mama Mia pergi jumpa bos, mana ada macam yang Kak Zah cakap tu.”
Pecah ketawa Kak Zah mendengar kata-kata Maya. Dia sengaja mahu mengusik Maya sebenarnya.
“Apa yang Kak Zah cakap?,” tanya Kak Zah. Buat–buat  tak tahu.
“Bos gemuk. Duduk atas kerusi pun tak muat. Tua. Lepas tu..”
“Lepas tu apa?”
Mati terus ketawa Kak Zah. Mulut Maya juga terkunci. Dua–dua menoleh serentak. Bos besar berdiri betul–betul di belakang. Jaws dropped!
“Bos siapa yang macam tu Maya?,” tanya Syazwi. Tenang saja tapi tegas. Matanya bersilih ganti dengan Kak Zah dan Maya di hadapan.
“B..b..bos..yang..”
“Sejak bila awak gagap ni?”
Oh my! Kantoi depan–depan memang tak boleh blah!
“Balik dulu ya, tuan. Mama Mia, jumpa esok.”
Zoom! Kak Zah sudah terlebih dahulu pergi, meninggalkan Maya dengan Syazwi di situ. Hampeh Kak Zah. Contoh terbaik untuk kisah dua sahabat yang bertembung dengan beruang di dalam hutan. Yang naik panjat pokok adalah Kak Zah, dia pula adalah yang buat–buat mati di depan beruang demi untuk menyelamatkan diri.
“Nak balik ke?”
Maya menjawab soalan Syazwi dengan anggukan kepala.
“Mari, kita jalan sama,” pelawa Syazwi. Maya diam dan mengangguk kepala lagi.
Dari dalam pejabat hinggalah masuk ke dalam perut lif, kedua–duanya hanya mendiamkan diri.
 “Macam mana dengan kereta awak tadi?,” tanya Syazwi akhirnya memecah sunyi. Kekok pula rasanya tapi berlagak selamba.
“Dah hantar bengkel.”
“Berapa lama?”
“Tak tau lagi. Dua tiga hari lagi kot.”
Masing-masing diam seketika.
“Bos..”
“Maya..”
Kedua–duanya bersuara serentak. Diam beberapa saat sebelum terhambur ketawa mereka berdua.
Sorry, bos. Saya tak sengaja kutuk tadi,” kata Maya dengan senyuman di bibir. Kutuk secara tak sengaja? Ada tak istilah begitu? Ayat nak cover line seorang Maya Laila.
Terpana Syazwi. Senyuman yang membuatkan dia terkedu. Pertama kali melihat mak singa tersenyum.
“Tak apa. At least awak kutuk depan–depan. Saya lagi tak suka dari belakang–belakang,” balas Syazwi.
Makin lebar senyuman Maya, makin kuat jantung Syawzi berdegup. Sebaik saja pintu lif terbuka, Maya dan Syazwi menoleh pada suara yang memanggil.
“Mama!”
Tubuh kecil Mia meluru ke arah mamanya. Rambutnya diikat dua seperti biasa. Hari ini dia mengenakan blouse merah jambu, sedondon dengan warna ikat rambut di kepala.
Maya menyambar tubuh kecil itu dan mendukungnya erat. Mengekeh Mia bila wajahnya menjadi sasaran ciuman mamanya. Syazwi di sebelah mengukir senyum.
“Lama dah sayang tunggu?,” tanya Maya.
Mia angguk kepala dengan matanya merenung Syazwi tanpa kedip.
“Salam uncle, sayang.”
Mia menurut. Makin terpikat hati Syazwi dengan dua beranak di depannya kini. Bila tangannya dicium Mia, spontan dia mencium pipi tembam itu.
“She’s so adorable!,” puji Syazwi.
“Tengoklah mama dia siapa,” kata Maya dengan senyuman di bibir.
Syazwi ketawa besar. Memang betul. Like mother, like daughter. Hatinya jatuh suka dalam sekelip mata.
“Siapa datang ambik? Husband ke?”
Hampir mati senyuman Maya. Bertukar menjadi senyuman plastik. Husband? Dia ada suami ke?
“Tak, dengan kawan,” jawab Maya seraya menunjukkan ke arah Nadia yang sedang  duduk di lobi sambil melambaikan tangan.
Husband awak tak datang sekali ke?”
Terdiam Maya mendengar soalan ketuanya. Dia menjawab dengan gelengan kepala. Tak ada soalan lain ke nak tanya?
“Saya balik dulu, tuan. Bye bye uncle, sayang.”
“Bye, uncle.”
Mia senyum sambil menghadiahkan flying kiss kepada Syazwi. Oh! Syazwi rasa hatinya dibawa pergi bersama.





No comments:

Post a Comment