“Shaf... kau
perasan apa yang along buat tadi, kan?”
Shafique yang
sedang memandu mengilas pandang ke kirinya. “Hmmm... aku perasan...”
“Kau rasa?”
soal Shafika ingin tahu.
“Pelik...”
“Aku pun rasa
macam tu... macam ada sesuatu...”
“Hmmm...”
“Kau rasa along
suka kat Mira ke?” soal Shafika lagi.
Shafique
menjongket bahu. “Entahlah...”
“Want to find out?”
Kepala
dipalingkan seketika. “Kau nak buat apa? Kau nak match kan diaorang berdua
ke? Kau jangan buat kerja gila, Fika. Macam kau tak tahu Boy tu macam mana...”
Shafique melaungkan amaran kepada kakak kembarnya. “Kau takde masa Mira break down
dulu. Kau tak tengok Boy macam mana. Jangan ingat Mira je yang teruk... Boy pun teruk gak...”
Shafika
mengeluh. “Aku tahu... Kau pernah cerita dulu...”
“Dalam tempoh
dua tahun ni, sekali pun Mira tak pernah keluar dengan lelaki selain Boy atau
dengan budak-budak D’Jammerz tu. Boy memang jaga gila...”
“Tapi along
bukan macam Kuzim...”
“Aku tahulah
along bukan macam Kuzim, tapi kau sendiri yang panggil along mamat sejuk beku, kan? Takkan kau nak matchkan mamat sejuk beku tu dengan Mira?” Tak percaya Shafique dengan apa
yang terlintas di fikiran Shafika. Rafique memang kadang-kadang sejuk beku,
kecuali dengan ibu atau abi mereka. Dengan mereka berdua pun Rafique kurang
mesra. Mungkin kerana jarak usia mereka yang agak besar. Rafique sudah berusia
tujuh tahun ketika Shafika dan Shafique dilahirkan. Ketika mereka membesar,
dunia Shafique hanyalah Shafika. Dia seakan tidak memerlukan orang lain untuk
dijadikan kawan sepermainan. Rafique pula sudah mempunyai rakan-rakan sebayanya
sendiri dan apabila Rafique masuk ke sekolah berasrama penuh, hubungan mereka
adik-beradik kekal begitu. Tidak mesra.
“Aku tengok
along pandang Mira tak lepas kut tadi... Mungkin kau tak perasan sebab kau
tengah sibuk pujuk Mira buat iklan radio tu. Tapi aku perasan...” ujar Shafika
lagi. Masih terasa pelik dengan aksi abang sulung mereka. Boleh duduk semeja
dengan Dhamira dan Danial walaupun Rafique bukannya pernah mahu bergaul dengan
rakan-rakan mereka sejak zaman persekolahan lagi. Dan boleh pula menghabiskan
sisa makanan yang ditinggalkan Dhamira sehingga licin... yang ini memang dia
terkejut beruk!
“Licin roti
naan Mira along makan. Aku ingat dia nak makan bahagian roti yang tak diusik
Mira je. Rupanya along habiskan
semua!” tambah Shafika.
“Hah, yang tu
memang pelik. Yang tu memang buat aku terkujat!”
Shafique bersetuju dengan kata-kata Shafika.
“Aku rasa kan,
kalau along tanya kita pasal Mira ataupun Boy, then apa yang aku rasa dalam hati ni memang betul. Along minat kat
Mira... Dan bila along tanya je pasal
diaorang, kita buat macam selalu...”
Shafique terus
memandu sambil memberikan perhatian kepada bual bicara kakaknya. Dia mengerti
akan permintaan Shafika. Dia berfikir seketika.
“Biar along
tak tahu dan tertanya-tanya pasal hubungan Mira dengan Boy. Kita buat sama
macam masa kat kolej dulu...”
“Aku tak
tahulah... aku tak rasa along sesuai dengan Mira... Mira perlukan lelaki macam
Boy... bukan macam along...”
Shafika menggelengkan
kepala. “Aku tak setuju... aku rasa Mira perlukan lelaki macam along. Yang
tegas, serius and yes, sejuk beku!
Kau pernah tengok along mainkan pompuan?
Pernah? Tak, kan? Pompuan yang
mainkan dia, ada. Ibu pernah cerita. Pompuan
yang mula-mula syok kat along akan give
up tak lama lepas tu. Tak tahan dengan perangai along yang macam tu. Sudahnya
along asyik kena tinggal je. Aku
tengok Boy ni terlampau protective,
terlampau takut nak lepaskan Mira. Kalau macam tu, sampai bila-bila pun Mira
takkan berani nak melangkah ke hadapan kalau Boy asyik tahan...”
“Sebab Boy
salahkan diri dia sendiri... Dia salah menilai Kuzim sampai biarkan Mira rapat
dan bercinta dengan Kuzim...”
“Bukan salah
Boy Mira jatuh cinta dengan Kuzim dan bukan salah Boy Kuzim tinggalkan Mira...
dan kalau Boy berterusan lindungi Mira macam ni, selama-lamanya Mira akan takut
untuk bercinta lagi...” tegas Shafika memberikan pandangannya.
Shafique
terdiam. Menyedari kebenaran di sebalik kata-kata kakaknya.
“She doesn’t need a man who smothers her,
Shaf, but a man with a firm hand...”
“Macam along?”
soal Shafique.
“Macam along!”
balas Shafika penuh yakin.
Shafique
mengeluh lagi. “Aku tak tahulah... Masih terbayang kesengsaraan Mira depan mata
aku ni. Kalau Mira kecewa pulak lepas
ni di tangan along, aku rasa Boy akan bunuh kau dengan aku-aku sekali...”
Shafika
tersenyum tawar. “Aku rasa Boy kena disedarkan dengan cepat la... kau pun
nampak macam mana dia cuba protect
Mira daripada along, kan? Dia layan Mira macam budak kecik. Sengaja panggil
Mira ‘Yang’ in public sebab dia tak
nak orang dekat langsung dengan kakak dia tu. Dia nak orang anggap yang ‘Yang’
tu singkatan untuk ‘sayang’, padahal, dia yang tak reti nak sebut ‘kak ngah’
masa kecik dulu. Sebab kakak yang sulung dia panggil ‘kak yong’, untuk bagi
mudah, dia panggil Mira ‘Kak Yang’. Bukan apa-apa pun...” gerutu Shafika.
“Jadi kau nak
aku cakap dengan Boy ke?”
Giliran
Shafika mengeluh. “Bukan senang nak cakap dengan Boy tu...”
“Tahu takpe!”
“Kita
berdualah cakap dengan Boy...”
Shafique
mematikan enjin setelah kereta selamat diparkir di dalam perkarangan rumah.
Wajah Shafika dipandang. “Kau yakin ke pasal perasaan along?”
“Nak kata
yakin 100% taklah... tapi kita boleh je
korek kan? Selagi kita tak yakin 100% kita jangan bertindak apa-apa. Kita
tunggu... dan lihat...” Yalah. Mana boleh suka-suka kenenkan Dhamira dengan
abang mereka. Sekali detik hatinya salah, memang akan kena pancunglah jawabnya
dengan si Danial. Tapi selama ni, mana pernah detik hatinya salah?
Sebelum sempat
Shafique membalas, cermin kereta bahagian pemandu diketuk. Shafique berpaling
dan melihat wajah yang terpacul di balik cermin. Dia membuka pintu.
“Kenapa tak
keluar lagi?”
“Saja berborak
dengan si Fika ni...” Shafique keluar dari perut kereta. Baru perasan kereta Mercedes
Benz C-Class Coupe kepunyaan Rafique sudah terparkir di belakang keretanya. ‘Hai...
bilalah aku dapat beli kereta macam along ni...’ angan Shafique sendirian.
Rafique
menyeluk poket. “Nah kunci rumah Shaf. Along nak ambik barang je sebenarnya...”
Kunci
disambut. Mereka bertiga berjalan menuju ke pintu utama rumah banglo rumah Haji
Abdul Khaliq serta Hajah Shafini. Shafique dan Shafika masih tinggal bersama
ibu dan abi mereka. Hanya Rafique yang tinggal berasingan.
“Along nak
balik ke lepas ni? Tak tidur sini je?”
soal Shafique.
Rafique
mengilas jam di tangan. Hampir pukul 12.00 malam. “Hmmm... macam malas nak balik. Penat. Mungkin along tidur sinilah
malam ni...”
Shafika masuk
ke dalam rumah. Terus menuju ke dapur. Tekak terasa kering. ‘Mesti mamak tadi
letak banyak sangat MSG dalam maggi goreng aku!’
Pemegang pintu
peti ais dicapai lantas dibuka. Apabila dia berpaling, terkejut dia melihat
kelibat alongnya di dalam dapur itu.
“Along nak
minum ke?”
Rafique
kelihatan teragak-agak. Akhirnya dia mengangguk.
Shafika
mencapai satu lagi gelas kosong dari atas kabinet dapur. Dia menuangkan air
sejuk kosong sebelum menghulurkan kepada Rafique. Shafika duduk di meja empat
segi di tengah-tengah dapur ini. Matanya melirik ke arah Rafique yang turut
menarik kerusi di hadapannya.
“Dah dapat investor untuk business Fika nanti?” soal Rafique. Kali ini dia benar-benar ingin
tahu. Bukan sekadar membuat ‘small talk’
dengan adiknya ini. “Kalau belum, along boleh tolong...”
Gelas di
tangan diletak kembali ke atas meja. “Insya-Allah dah ada. Abi, Fika dengan
seorang lagi investor...”
“Siapa?”
“Ada la... dia
private investor. Dia tak nak
dikenali... jadi Fika kena rahsiakan identiti dia...” Sedar yang Dhamira tidak
suka mendedahkan latar belakang dirinya, Shafika memilih untuk merahsiakan
gerangan pelabur yang ketiga itu.
Berkerut dahi
Rafique. Timbul tiga garisan antara kedua-dua keningnya. “Anyone I know?”
Shafika
menggeleng. “Not really...” Betul la
tu kan? Abangnya mana kenal Dhamira secara rapat?
“Dia ni serious investor ke?”
Kali ini
Shafika mengangguk.
“Fika kena
berhati-hati. Jangan sampai kena tipu. Make
sure ada proper agreement semua.
Jangan mudah percaya pada orang luar...”
Membulat mata
Shafika. Alongnya sedang memberikan nasihat serta pesanan ke ni? Biar betul!
Dan kalau betul, dia benar-benar terharu...
“Ya, long...
jangan risau. Fika percaya pada dia ni...” Memang dia percaya. Percaya pada
Dhamira. Sehingga sedia bertaruhkan nyawanya...
Rafique
mengangguk. “Kalau Fika perlukan bantuan, just
let me know... Along kenal ramai pelabur kat luar tu...”
Tambah
terharu. “Thanks, long...”
Shafika
menghabiskan baki air di dalam gelasnya. Dia penat. Mahu tidur. Seharian dia
mengikut ejen hartanah untuk mencari lokasi yang sesuai untuk membuka butiknya.
Masih belum berjumpa. Esok dia akan berjanji temu sekali lagi dengan ejen
hartanah yang lain pula.
Shafika
bangun. Gelas dibawa ke singki.
“Fika...” seru
Rafique. Shafika berpaling. Dia mengulum senyum. Seolah-olah dapat meneka
mengapa riak abangnya teragak-agak begitu.
“Errr... Kawan Fika tadi tu penyanyi
sepenuh masa ke?” Terluah jua soalan yang berlegar-legar di minda sejak minggu
lepas.
Haaa
kan dah kata? Dah agak dah along nak tanya pasal Mira...
“Taklah...” balas Shafika sepatah. Diam. Sengaja tidak menghuraikan dengan
lebih lanjut lagi.
“Dia kerja apa?”
“Penulis...”
“Dengan majalah mana?”
“Macam-macam... Dia freelance...”
“Oh... Dah lama ke dia dengan si pemain gitar tu?”
Shafika mencapai tuala kecil yang disangkut di tingkap dapur lalu mengelap
tangannya sehingga kering. Wajah serius abangnya dikerling. “Lama gila!”
Memanglah lama along oi! Sejak Danial lahir kut...
Rafique melarikan mata. Dia menelan air liur. Kesat.
“Kenapa along tanya?”
“Saja... nampak pun macam hubungan diaorang
dah lama, tapi...”
Shafika menjongket kening. Tapi?
“Diaorang nampak macam tak
sesuai...”
Sukarnya bagi Shafika untuk menyembunyikan senyuman. ‘Shaf, aku betul Shaf.
Aku memang betul!’
“Hmmm... tapi Danial tu sayang
gila dengan Mira...” Shafika menambah perisa. Ingin melihat perubahan riak di
wajah abangnya.
Rafique mendengus. “Sayang apa kalau dia tak jaga maruah orang yang dia
sayang?” gumam Rafique perlahan namun dapat ditangkap oleh telinga Shafika. Di
mata terlayar adegan Danial mengusap belakang tubuh Dhamira tadi. Rafique
bangun. Kerusinya tertolak ke belakang. “Along naik dulu... esok kerja...”
Dalam sekelip mata sahaja Rafique sudah hilang dari ruang dapur.
Terkebil-kebil Shafika jadinya. ‘Tak jaga maruah?’ Shafika keliru. Apa maksud
abangnya tadi?
‘Hesy! Ni kena cerita dengan Shaf...’ Hampir berlari Shafika keluar dari
dapur. Dia berlari-lari anak menuju ke tingkat atas. Bilik Shafique di sebelah
biliknya dituju. Ada cerita panas yang ingin dikongsikan bersama kembarnya itu!
*********
“Aku dah dapat pelabur untuk saham syarikat Gemilang tu...” ujar Zaid
sambil menghirup kopi-o panas.
“Kejap aku nak cuba fahamkan profil syarikat ni...” Rafique merenung
dokumen di tangan. “Pemegang saham sekarang beli syarikat ni daripada Tengku
Dahlan dan tiga orang anak dia. Dia beli pada harga RM100 juta, walaupun nilai
syarikat ni lebih tinggi daripada tu. Syarikat ni takde pinjaman daripada bank dan semua aset dia clean. Takde cagaran...”
Zaid mengangguk.
“Lepas Tengku Dahlan ni jual, dia dapat RM40 juta sebagai pemegang saham
40% dan setiap anak dia dapat RM20 juta setiap seorang. Betul?”
“Yup...”
“Sekarang pemegang saham baru nak cari co-investor?
Untuk expand business syarikat ke
China?”
“Ya, dan aku dah jumpa pelabur yang berminat. Syarikat ni hebat betul, bro. Dua puluh tahun lebih Tengku Dahlan
bangunkan syarikat dia. Aku dengar cerita daripada orang dalam yang anak-anak
dia tak minat nak take over. Dan dia
tak nak paksa. Jadi dia buat keputusan untuk jual semuanya. Walaupun anak-anak
dia pemegang saham tidak rasmi je dan
langsung tak terlibat dalam urusan perniagaan syarikat, dia tetap bagi RM20
juta kepada setiap seorang anaknya. Fuh!
Kayo siot! Muda-muda lagi dah kayo...”
“Berapa umur Tengku Dahlan tu?”
“Tak tua sangat, bro. Masa dia
jual syarikat tu, umur dia 55 tahun. Tapi yang sedihnya... lepas tiga bulan dia
jual syarikat dia tu, dia meninggal. Dengarnya sebab sakit...”
Ya Allah! Kesiannya...
“Aku suspect dia mungkin tahu kut
yang dia sakit. Tu yang dia jual semua saham syarikat dia tu. Lebih-lebih lagi
bila seorang pun anak dia tak minat nak ambik
alih...” sambung Zaid lagi. “Maknanya, anak-anak dia dapat lagi portion harta daripada arwah selepas dia
meninggal. Entah berapa jutalah sorang...”
“Kau kata anak-anak dia pemegang saham tidak rasmi kan? Maksud kau nama diaorang ni tak tersenarai dalam senarai
ahli pemegang saham syarikat ke?”
“Ya...” balas Zaid. “On paper
nampak macam Tengku Dahlan ni pegang 100% saham syarikat tapi sebenarnya 60% tu
dia pegang sebagai pemegang amanah untuk anak-anak dia. Aku rasa ada sebab
kenapa dia sorokkan nama-nama anak dia, tapi aku tak tahu. Yang aku dengar he is a very private man. Orang tahu
pasal dunia business dia je, tapi pasal personal life, tak ramai yang tahu...”
“Hmmm... dia nak lindungi
anak-anak dia kut,” teka Rafique. “Berapa banyak klien kita ni nak daripada co-investor?”
“Dalam RM50 juta. Dapat ni, komisen kita 2%,” jelas Zaid.
“Kalau macam tu kau teruskan jelah...
Aku dah tengok report yang kau buat
tu. Aku okey. Takde apa-apa...”
Rafique menyerahkan kembali dokumen di tangan kepada Zaid. “Good job, Zaid. Lepas close deal ni, kita ambik cuti ek? Aku
penatlah...”
Zaid ketawa. Rafique penat? Cuti? Biar betul!
“Tak salah ke telinga aku ni, wei?
Kau biar betul Raf... Orang macam kau ni mana pernah kenal istilah penat dan
cuti? Perkataan baru tu, bro yang
keluar dari mulut kau!” Zaid mengenakan rakan kongsinya.
Rafique langsung tidak ketawa. Lantaklah! Sudah lama dia tidak mengambil
cuti. Asyik kerja, kerja dan kerja. Sejak dia semakin kerap singgah ke rumah
ibu dan abinya, hubungan yang dulu agak kaku dengan Shafique dan Shafika kini
berubah ke arah yang lebih positif. Perlahan... tapi baiklah ada daripada takde langsung...
“Ikut suka kau la, Raf. Kau nak cuti, bila-bila pun boleh. Tak payah tunggu
deal ni close. Aku ada. Aku boleh handle.
Aku selalu jugak ambik cuti. Kau tu je tak pernah...”
Betul. Zaid selalu mengambil cuti. Membawa isteri serta anak-anaknya
bercuti ke merata tempat. Kadang-kadang dia cemburu dengan Zaid. Kehidupannya
nampak begitu sempurna berbanding dirinya... Adakah peluang untuknya menikmati
kehidupan berkeluarga seperti Zaid? Entahlah...
No comments:
Post a Comment