Sunday, 10 April 2016

MAWAR-MAWAR CINTA - BAB 6

JAM di tangannya dikerling. Masih awal lagi
rupanya. Sejak dijatuhi hukuman denda membersihkan bilik
Hakimie yang berlagak itu, dia sudah tidak boleh lagi datang
lambat ke pejabat. Biasanya dulu dia suka datang pada masamasa
kecederaan sehingga membuatkan Puan Rohana naik
pening dengan tingkahnya itu. Tapi sekarang dia perlu lebih
awal daripada Hakimie.
Setelah kereta Proton Saganya diparkir di tempat letak
kenderaan yang tersedia untuk kakitangan Star Properties Sdn.
Bhd., langkahnya diorak menuju ke bangunan Star Properties
yang setinggi tiga tingkat itu. Ofis Zara terletak di tingkat dua.
Tingkat atas menempatkan bahagian pengurusan di samping
bilik Pengarah Urusan, Datuk Haji Omar manakala tingkat
paling bawah pula menempatkan kaunter penyambut tetamu,
stor, lobi dan kafe.
Langkahnya diatur dengan longlai. Tidak terkocohkocoh
seperti kebiasaan yang dia lakukan. Maklumlah… dia kan
sampai awal. Jadi tak payahlah dia nak terkejar-kejarkan masa
untuk ke bilik mamat poyo itu. Dia masih ada masa sebelum
Bab 6
Wardina Aisyah
71
mamat poyo perasan bagus itu masuk ke pejabat.
Dalam asyik berlenggang kangkung melangkah untuk
masuk ke ruang lobi bangunan mewah Star Properties Sdn. Bhd,
tiba-tiba ada seseorang memanggil namanya dari belakang. Dia
berpaling. Dengan jarak yang tidak berapa jauh daripadanya,
kelihatan Pak Cik Os sedang menghampirinya bersama
senyuman lebar di bibir. Kedua belah tangan disembunyikan ke
belakang.
“Pak Cik Os. Kenapa ye?” Zara bertanya sebaik saja pak
cik pengawal sudah berhenti di hadapan dia. Tersengih-sengih
orang tua sorang tu sehingga menampakkan giginya yang
hanya tinggal beberapa batang saja lagi. Yang lain… semua
sudah runtuh dek arus usia. Ngeee…
Pak Cik Os yang perasan segak itu tersenyum semakin
lebar lagi bila mendengar suara lunak Zara menegurnya.
Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Berdepan
dengan Zara ini membuatkan dia jadi gementar dan berdebardebar.
‘Cantik benar Zara hari ini. Macam bidadari.’ Dalam
hati Pak Cik Os memuji.
Dahi Zara berkerut. Pak Cik Os pandang dia tanpa
berkedip. Adakah terdapat sesuatu pada mukanya yang
menyebabkan pak cik sorang tu pandang dia sedemikian rupa?
Hmmm…
“Pak Cik Os…” Panggil Zara. ‘Berkhayal pulak pak
cik ni. Dah tu asyik tersengih saja. Kalau gigi tu lawa takpelah
jugak. Ini… hmmm…’ Hati kecil Zara mendesis.
“Ermmm… ni, abang nak bagi bunga ni khas buat
Zara.” Pantas tangan yang tersembunyi di belakang tadi dibawa
ke depan. Sekuntum bunga matahari dihulurkan kepada Zara.
Zara terkejut. Mujur rohnya tidak melayang ke mana-mana.
Uwek! Nak muntah rasanya bila Pak Cik Os yang tak
sedar diri itu membahasakan dirinya abang. Tak sedar diri.
Umur sudah menjangkau enam puluh tahun, tapi masih nak
berabang-abang dengan Zara yang baru nak masuk dua puluh
empat tahun ini. Abah Zara sendiri lagi muda jika hendak
dibandingkan dengan Pak Cik Os. Sudahlah tu, siap bagi bunga
segala. Bunga matahari pula tu. Ingat Zara ni penggemar bunga
matahari macam Jaafar Onn ke? Agak-agaklah Pak Cik Os oi!
Walaupun hatinya sudah terasa sebal, namun Zara
tetap cuba untuk tersengih. Cuba menenangkan hatinya
sendiri. Dengan orang tua seperti Pak Cik Os ini, dia kenalah
tunjuk sikap sopan santun. Lagipun Pak Cik Os pengawal
keselamatan di sini. Tak baiklah dia berkasar dengan ketua
pengawal keselamatan itu. Lainlah kalau Pak Cik Os sudah
terlebih batasan. Itu memang dia punya hak untuk memarahi
lelaki tua nyanyuk itu. Kes seperti ini, dia kenalah pandai
mengawal emosi diri dan cuba bertenang biarpun rasa geli,
geram dan meluat dengan sikap gatal Pak Cik Os sudah mula
menyerang menguasai diri. Mencengkam-cengkam jiwanya
untuk menengking pak cik tak sedar diri itu.
“Zara ambillah bunga ni.” Sambung Pak Cik Os lagi
bila Zara langsung tidak menyambut bunga yang dihulurkan.
“Errr… takpelah pak cik. Saya tak suka bunga
sebenarnya.” Zara bagi alasan. Sebenarnya dia memang suka
bunga tapi takkanlah nak terima pula bunga yang diberikan
oleh Pak Cik Os tu? Nanti perasan pula pak cik sorang tu. Mesti
dia ingat dia ada harapan nak tawan hati Zara. Eiii… tak rela
you!
“Ambillah Zara. Abang beli khas untuk Zara.” Pak Cik
Os masih mendesak.
‘Belum sedar diri juga rupanya orang tua nyanyuk ni.
Patut ke nak berabang-abang dengan aku? Hesy… tak padan!
Kalau atuk tu memang layaklah!’ Hatinya mengutuk. Geram
pula dengan sikap miang-miang keladi Pak Cik Os.
‘Sabar Zara… sabar!’ Dia cuba menyabarkan diri
sendiri.
“Abang tahulah abang ni tak kaya. Tak mampu nak
belikan Zara bunga yang banyak berdozen-dozen. Tapi…
abang betul-betul ikhlas bagi bunga matahari ni kepada Zara.
Terimalah… ini tanda hati abang untuk Zara tau.” Pak Cik Os
mula buat muka sedih.
Zara mencebik. Rasa nak muntah depan Pak Cik Os
waktu itu juga. Boleh pula nak tagih simpatinya dengan buat
muka begitu. Ceh!
Dalam rasa terpaksa, Zara ambil juga bunga yang
Pak Cik Os berikan. Dalam hati dia sudah geram yang teramat
sangat dengan perangai Pak Cik Os itu. Orang tua itu benarbenar
sudah nyanyuk!
“Terima kasihlah ye pak cik. Susah-susah aje.” Zara
sekadar nak jaga hati Pak Cik Os. Sedangkan dalam hati dia
sudah berkata, ‘Huh! Kalau tak bagi aku lagi suka. Menyampah!’
Pak Cik Os sudah tersenyum lebar. Baru senang hatinya
bila Zara menerima pemberian daripadanya itu. Kembang
hatinya bila Zara sudi menerima bunga matahari yang dia
petik di halaman rumah jirannya awal pagi tadi. Tak sia-sia dia
memetik bunga matahari itu. Akhirnya, Zara sudi menerima.
Dia tak tahu perasaan sebal Zara terhadapnya ketika ini sudah
begitu menebal. Mujurlah Zara masih pandang Pak Cik Os itu
sebagai orang tua yang perlu dihormati, jika tidak memang dia
tak bagi peluang punya.
“Untuk Zara… abang rela bersusah payah.”
Eiii… yak! Tekak Zara benar-benar sudah loya.
Nampaknya pak cik sorang itu sudah nyanyuk.
“Zara pergi dulu ye pak cik. Assalamualaikum.”
“Walaikumussalam.”
Laju, Zara beredar dari situ. Geli-geleman dia dengan
tingkah Pak Cik Os. Meluat pun ada juga. Mujur tiada yang
nampak Pak Cik Os memberikan dia bunga matahari ini. Jika
tidak, memang tebal mukanya berinci-inci.
Sampai di hadapan pintu lif, Zara terus mencampakkan
bunga matahari itu ke dalam tong sampah. Huh… tak naklah
dia bawa bunga itu naik ke pejabatnya. Buat malu saja.
“Awal kau sampai hari ni beb. Ada mimpi benda baik
ke?” Tegur Wanie ketika Zara sudah sampai ke meja kerjanya.
Hari ini Wanie sekali lagi memilih tema pink untuk
penampilannya. Cuma kali ini pinknya dipenuhi dengan
fesyen polkadot pula. Hmmm… Cik Nur Hawanie ni memang
penggemar tegar warna pink sungguh!
“Takkan nak kena mimpi benda baik baru aku kena
datang awal ke pejabat.” Bersahaja jawapan Zara. Dia sudah
duduk di tempatnya.
“Bukanlah macam tu. Cuma… aku pelik bila kau
sampai awal di ofis. Biasanya kau tu, selalunya sampai dalam
masa-masa kecederaan aje. Jangan haraplah nak nampak batang
hidung kau awal-awal begini.” Wanie masih bersuara sambil
tercegat di depan meja Zara. Pagi-pagi begini sebelum hendak
memulakan kerja, dia memang suka bertenggek di depan meja
Zara untuk berbual kosong.
Cuma sejak akhir-akhir ini, sejak temannya itu
dijatuhkan hukuman kerana melukis gambar ketua mereka
dalam bentuk nates, sahabatnya itu selalu saja sibuk pada awal
pagi. Zara kena kemas bilik Encik Hakimie sebelum Encik
Hakimie masuk ke pejabat.
Malas Zara hendak membalas pertanyaan sahabatnya
itu. Setelah meletakkan begnya ke dalam laci, dia bergegas
pula untuk ke bilik Ketua Arkitek yang poyo itu. Dia perlu
membersihkan bilik mamat poyo itu sebelum lelaki itu masuk
ke pejabat pada pukul 8.00 pagi nanti.
Sebaik pintu bilik itu dikuak dari luar, alangkah
terperanjatnya Zara melihat susuk tubuh yang berada di atas
kerusi kulit berwarna hitam itu. Mahu melayang semangatnya.
‘Eh… bila masa lelaki ni sampai? Haish… malang
betul! Ingatkan dia belum sampai lagi.’ Hatinya menggumam.
Terkejut melihat susuk Hakimie yang sudah duduk di kerusinya.
“Errr… ermmm… Assalamualaikum Encik Hakimie.”
Ucap Zara. Serba salah pula dia. Sepatutnya dia yang kena awal
daripada lelaki itu, tetapi nampaknya dia terlewat.
“Waalaikumussalam.” Tidak bernada Hakimie
menjawab salam yang diberikan. Matanya masih tertumpu pada
skrin komputer. Kehadiran Zara langsung tidak diendahkan.
Zara mengerling jam tangannya. Baru pukul 7.30
minit pagi. Masih awal dan lelaki itu sudah datang lebih awal
daripada dia.
‘Hesy… leceh betullah! Susahlah nak buat kerja kalau
macam ni. Kalau dia takde, senang sikit aku nak buat kerja.’
Omel Zara dalam hati. Dia tak suka dengan kehadiran lelaki itu
di situ.
Dengan hati yang berbelah bahagi, dia melangkah juga
ke dalam. Kain lap dan bulu ayam yang dibawa, disapu atas meja
kopi. Meja kopi tersebut tiadalah kotor dan berhabuk sangat,
namun tetap juga dia bersihkan. Bagi berkilat lagi. Biar bersinar
memancar-mancar.
Kemudian dia mengemas pula kabinet yang
menempatkan fail-fail penting. Meja hias yang menempatkan
bingkai gambar juga dikemasnya. Bahagian ini dia ambil masa
sedikit. Baru dia perasan, ada gambar budak kecil pada bingkai
gambar tersebut. Diangkat bingkai gambar budak kecil itu. Dia
tersenyum. Comel benar budak kecil dalam gambar itu. Rasa
hendak dicubit-cubit pipi montel itu.
“Saya suruh awak mengemas, bukannya suruh awak
tilik gambar-gambar kat atas meja tu,” sindir Hakimie. Matanya
masih tertumpu pada skrin komputer.
Cepat-cepat Zara meletakkan semula bingkai gambar
itu di tempatnya kembali. Dia mempercepatkan tugasan yang
diberi. Cepat dia mengemas, lagi cepat juga dia boleh beredar
dari bilik mamat poyo perasan bagus itu. Dia sendiri tidak
sanggup hendak berlama-lama di situ. Apatah lagi melihat wajah
selamba biawak jantan mamat poyo tersebut. Bertambahlah dia
meluat.
Setelah memastikan semuanya kelihatan bersih dan
berkilat, Zara mula bergerak ke pintu untuk keluar.
“Buatkan saya air nescafe.”
Zara yang baru hendak memulas tombol pintu terhenti
seketika. Laju dia berpaling ke arah Hakimie. Wajah lelaki itu
ditatapnya. Ketenangan yang terpancar pada wajah lelaki itu
benar-benar menyeksakan hati Zara. Benci sangat dia melihat
ketenangan mamat poyo itu.
“Boleh tolong ulang tak? Apa yang Encik Hakimie
katakan tadi?” Pinta Zara yang sudah buat-buat tersenyum.
Sedangkan dia benci sangat nak lemparkan senyuman buat
lelaki perangai kerek semacam itu.
‘Baru jadi Ketua Arkitek kat sini, sudah berlagak
macam Tuan Pengarah. Datuk Haji Omar yang Pengarah Urusan
itu pun takdelah kerek macam dia ni. Mengada aje lebih!’
Hakimie angkat wajah. Seperti selalu, air mukanya
sentiasa tenang bila berhadapan dengan Zara. Keningnya pula
dijungkit naik seperti The Rock. Itu yang buat Zara benci
melihatnya. Air muka Hakimie yang sebegitu seolah-olah
mengejeknya.
“Disebabkan awak lewat hari ini, saya tambah lagi
tugas khas untuk awak.”
“What?” Teriak Zara. Terkejut benar dia mendengar
kata-kata Hakimie. Kalau bukan fikir lelaki itu ketuanya, mahu
ditembaknya lelaki itu menggunakan senapang gajah. Biar
berkecai tubuh sasa Hakimie si mamat poyo. Sesuka hati nak
arah dia buat itu ini.
Dia sudah terlalu banyak kerja yang perlu dibuat,
takkan nak tambah lagi tugasnya? Ini tak adil!
“Boleh tak awak jangan menjerit??? Sakit tau telinga
saya dengar! Kalau jerit suara merdu macam Jaclyn Victor, saya
tak kisah jugak.” Tukas Hakimie sambil menenyeh-nenyeh
telinganya. Berdesing telinga dia mendengar volume Zara
yang melantun dengan nyaringnya. Kalau Cikgu Siti Hajar
dengar, sah Zara akan diambil sebagai pelajar. Suara Zara boleh
mengalahkan suara tinggi Jaclyn Victor tapi nadanya pasti
sumbang.
Kembang kempis lubang hidung Zara mendengar
kata-kata lelaki itu. Semakin sakit hatinya. Ikutkan hati yang
sudah panas, mahu dia menjerit lagi kuat daripada tadi. Biar
rosak gegendang telinga mamat poyo yang suka menyusahkan
hidupnya itu.
“Encik Hakimie tau tak saya ni dah banyak kerja nak
kena buat? Yang pergi tambah lagi tugas saya tu buat apa? Encik
Hakimie memang sengaja nak kenakan saya, kan? Sengaja nak
buat saya terseksa?” Bertalu soalan Zara hamburkan.
‘Hesy minah kelibang-kelibut ni, mulut macam bertih
jagung.’ Dalam hati Hakimie mengutuk.
“Suka hati sayalah nak suruh awak buat apa sekalipun.
Saya ketua awak! Saya ada hak nak suruh awak buat apa
sekalipun. Awak tak boleh nak ingkar arahan saya. Remember
that!”
Zara ketap bibir. Geram dia mendengar jawapan balas
daripada Hakimie. Selambanya kata-kata lelaki itu menerjah
gegendang telinganya.
“Lagipun… awak masih ada hutang dekat saya yang
awak belum langsaikan lagi.” Sambung Hakimie seraya
menyambung kembali tugasannya di hadapan komputer.
Selambanya…
Rasa seperti sudah ada asap yang keluar dari hembusan
hidung Zara ketika ini. Tinggal nak keluarkan api saja lagi.
Hutang apa pula yang dia belum bayar pada lelaki itu. Setahu
dia, dia belum pernah lagi berhutang pada sesiapa pun. Wang
simpanan dan gajinya masih mencukupi untuk perbelanjaan
harian dirinya sendiri. Tak perlu nak hutang-hutang.
“Bila masa saya ada hutang dengan Encik Hakimie ni?
Encik Hakimie jangan pandai-pandai nak buat cerita pulak ye!”
Marah Zara. Yalah, siapa tak marah kalau dituduh ada hutang,
kan?
Hakimie kembali angkat muka. Ditatapnya wajah gadis
itu. Jelas terpancar kemarahan pada wajah Zara. Kelakar pula
dia lihat. Namun dia cukup bijak menyembunyikan senyuman
di bibirnya.
‘Tak lama lagi… adalah orang akan bertukar jadi She
Hulk.’ Hatinya sempat mengutuk lagi.
“Takkanlah awak ni dah nyanyuk Cik Zara Dania Binti
Muhammad Zainal? Takkan sudah lupa yang awak dah langgar
kereta saya dan awak belum lagi langsaikan pembayaran sampai
ke hari ini. Now… remember?” Hakimie mengingatkan Zara
akan kejadian dua minggu lepas.
Zara menggigit bibir. Dia benar-benar sudah lupakan
hal tersebut. Bukannya dia sengaja larikan diri daripada tidak
membayar ganti rugi, tetapi dia benar-benar terlupa.
“Saya tahu awak tentu tak cukup duit untuk bayar
ganti rugi yang beribu-ribu tu. Jadi… sebagai bayaran, awak
kena buat semua kerja yang saya arahkan tanpa bantahan.”
Sambung Hakimie dengan lagak angkuhnya. Yakin sangat
Zara tak mampu hendak membayar jumlah ganti rugi yang dia
perlukan.
Memang poyo!
Panas pula hati Zara bila lelaki itu mula nak tunjuk
angkuh depan dia. Secara terang-terangan pula nak menghina
dia kata tak mampu buat bayaran ganti rugi. Tahulah Hakimie
tu kaya-raya, tetapi janganlah nak over sangat cakap dia tak
mampu nak bayar ganti rugi itu pula. Setakat dua tiga ribu
tu, dia masih mampu bayar tau. Dia masih ada duit simpanan
dalam bank untuk langsaikannya.
‘Mentang-mentang anak buah big boss, berlagak nak
mampuih!’
“Beritahu saya berapa ganti rugi yang perlu saya
bayar?” Kalau Hakimie berlagak angkuh, Zara juga mula tunjuk
lagak bongkaknya. Konon-konon dia punya banyak wang untuk
buat bayaran ganti rugi. Dia tidak mahu mamat poyo itu
memandang rendah kepada dirinya hanya kerana dia ini pekerja
bawahan Hakimie.
“RM sepuluh ribu.”
Glup! Air liur ditelan. Gila apa nak mintak ganti rugi
sebanyak itu. Macamlah kereta dia tu ada kecederaan yang
teruk. Cuma sedikit aje. Itu pun cuma ada kesan calar yang
hanya sedikit. Takkan nak mintak bayaran semahal itu pulak?
“Awak tunggu apa lagi? Bayarlah sekarang. Saya nak
cash! Tak nak cek. Nanti cek tendang pulak!”
Zara merengus. Benci benar dia nak tengok muka
berlagak Hakimie. Mentang-mentanglah tahu yang dia tidak
ada RM sepuluh ribu itu, sesuka hati Hakimie hendak membuli
dia.
Dengan rasa sebal, dia keluar dari bilik berhawa dingin
itu. Hatinya cukup panas dengan kerenah Hakimie yang sengaja
mahu mengenakan dia. Ikut hati yang tengah panas ini, mahu
rasanya dia menghempas daun pintu bilik lelaki itu hingga
tercabut pintunya. Biar lelaki itu tahu, betapa marahnya dia
ketika ini.
Hakimie yang berada di dalam sudah tersenyum tanda
menang. Puas hatinya kerana berjaya membuatkan Zara berapi.
“Macam seladang betina.” Ejeknya.
PANTAS LANGKAHNYA dibawa ke bahagian pantri. Dihentakhentak
kakinya ketika berjalan. Dah macam gergasi pula
lagaknya berjalan dengan kaki terhentak begitu. Itu tanda
dia tengah tunjuk perasaan. Memprotes pada sikap buli yang
semakin menjadi-jadi di Star Properties sejak kebelakangan ini.
“Mentang-mentang dia bos, sesuka hati saja dia buli
aku. Eiii… bencinya!!! Kalaulah aku ada kuasa magis, aku nak
ubah dia jadi lipas. Senang sikit aku nak pijak-pijak bagi lenyek.
Lepas tu masuk dalam tong sampah! Baru aman damai hidup
aku. Takdelah tunggang-langgang macam ini.” Zara sudah
marah-marah.
Mug dicapai. Kemudian dia membuka pula kabinet
yang menempatkan pek bungkusan minuman. Macam-macam
ada tetapi tangannya memilih Nescafe 3 IN 1 classic untuk
Hakimie. Dalam marah-marah, dia buat juga air Nescafe untuk
lelaki itu.
“Ikutkan hati aku ni… mahu rasanya aku letak racun
tikus dalam minuman dia ni. Biar dia mampus. Sejak dia ada
ni, hidup aku dah tak aman macam dulu. Suka sangat nak cari
pasal dengan aku. Aku tahu… dia memang sengaja datang awal
hari ni untuk kenakan aku dan buat aku macam ni. Macamlah
aku tak kenal dengan perangai dia yang suka cari pasal dengan
aku tu. Apa saja yang aku buat, semua tak kena pada matanya.
Aduh… rasa macam dah nipis sangat tahap kesabaran aku ni
bila berhadapan dengan dia. Rasa macam nak bunuh aje dia tu
hari ni jugak!” Zara meneruskan bebelannya.
‘Astaghfirullahal’azim… bawa beristighfar Zara.
Bersabar. Ingat Allah. Jangan kerana marah, kau jadi pembunuh
pula. Free-free kau masuk penjara sebab lelaki tak cukup wayar
tu. Ingat… Allah sayang pada hambanya yang sabar.’ Akalnya
membisikkan kewarasan. Cuba menenangkan jiwanya yang
sudah mula kacau dek sikap melampau Hakimie.
“Ya Allah, sabarkanlah hati aku ini.” Akhirnya dia
berdoa. Meminta kepada Allah S.W.T agar dia diberikan
kesabaran dalam menempuhi dugaan hidupnya ini.
“Apa yang dibebelkan tu Zara? Dari luar saya dengar
bebelan awak. Terpot-pet, pot-pet.” Teguran Farok membuatkan
Zara sedikit terperanjat. Terhenjut bahunya akibat kejutan itu.
“Kusss… semangat!” Ujarnya seraya mengurut dada.
Mujurlah mug di tangannya itu tidak terlepas. ‘Encik Farok
ni… suka sangat main kejut-kejut macam tu. Nasib baik tak
termelatah aku tadi.’
“Errr… maaf!” Pinta Farok setelah menyedari
tindakannya tadi membuatkan Zara terperanjat. Melihat wajah
gadis itu yang sudah pucat, dia jadi serba salah pula. Sepatutnya
dia bagi salam terlebih dahulu supaya Zara tidak terkejut
dengan tegurannya itu.
“Tak mengapalah Encik Farok. Saya okey. Ingatkan
siapalah tadi.” Sejujurnya Zara tak marah pun pada Farok. Dia
cuma terkejut saja.
Farok, duda anak satu itu tersenyum. Lega bila Zara
berkata begitu. Ingatkan Zara akan mengamuk kerana dia buat
gadis itu terkejut tadi.
“Dari luar saya dengar awak membebel. Kenapa? Siapa
yang sakitkan hati awak pagi-pagi ni?” Farok sudah bergerak ke
kabinet. Dia juga mahu membancuh air untuk dirinya sendiri.
Zara mendecit. Serta-merta wajahnya berubah.
“Huh… siapa lagi kalau bukan kawan baik Encik Farok
si mamat poyo itu la. Dialah orangnya yang buat saya marah
pagi-pagi begini.”
Semua kakitangan di situ tahu bahawa Hakimie
dengan Farok merupakan sahabat baik. Mereka sama-sama
menuntut di UM sebelum Hakimie melanjutkan pengajiannya
ke salah satu universiti di New York dalam bidang seni bina.
Tapi… Farok ini baik. Tidak seperti Hakimie yang temberang
nak mampus itu!
Farok tersenyum. Dia sudah mengagak, tentu Hakimie
yang telah membuatkan Zara naik angin lagi. Dia sudah sedia
maklum akan hubungan kurang baik antara Hakimie dan Zara.
Setiap hari, bagaikan ada saja yang tidak kena antara mereka
berdua. Hakimie pun satu hal juga. Suka sangat menyakiti hati
Zara. Kasihan Zara terpaksa buat itu dan ini atas arahan yang
Hakimie berikan. Siapa berani lawan anak saudara bos, kan?
“Kenapa dengan bos kita tu? Apa yang dia buat dekat
awak hari ni?” Tanya Farok.
“Dia tu… memang sengaja tau Encik Farok! Dia
sengaja nak kenakan saya. Boleh dia suruh saya buatkan air
nescafe untuk dia? Huh! Apa dia ingat saya ni orang gaji dia ke?
Macam-macam dia suruh saya buat.” Zara meluahkan rasa tak
puas hatinya kepada Farok.
Farok tersengih. Dah agak mesti ada lagi yang Hakimie
lakukan sehingga membuatkan Zara panas hati.
“Alaaa… awak toksah layan sangatlah Hakimie tu
Zara. Buat tak dengar aje. Dia memang macam itu. Cerewet!”
Bukannya Farok nak menghasut, cuma dia rasa tak patut Zara
melayan sangat sikap cerewet Hakimie itu.
“Ikutkan hati saya ni Encik Farok, memang saya malas
nak layan. Tapi mamat poyo tu suka sangat ugut macammacam.
Mentang-mentanglah dia ketua. Sesuka hati dia nak
membuli pekerja bawahan. Terutama saya ni ha.”
Benarlah tu! Dalam ramai-ramai staf dekat Star
Properties ini, Zara jugalah yang sering menjadi mangsa buli
Hakimie. Itu yang Zara geram dan tak puas hati. Kenapa dia
menjadi insan terpilih sebagai mangsa pembulian kejam
Hakimie?
“Mungkin Encik Hakimie tu syok dekat awak tak
Zara?” Farok cuba menyakat dengan suara yang diperlahankan.
Bibirnya tersungging senyuman nakal.
Zara menunjukkan isyarat hendak termuntah
mendengar kata-kata Farok.
“Takde maknanya Encik Farok. Ikut hati yang tengah
mendidih ni… mahu saja saya letak racun tikus dalam minuman
dia ni. Biar mampus! Sakit hati saya dengan arahan dia yang
merepek-repek tu. Saya ni kerja bukan untuk jadi tea lady dia.”
Tersenyum Farok mendengar omelan Zara. Makin
panjang berjela pula gadis manis itu membebel melepaskan
amarahnya kepada Hakimie.
“Biasalah Zara… Encik Hakimie tu kan bos besar. Kita
ni kuli aje. Kenalah ikut arahan bos. Kalau melawan nanti,
laporan prestasi hujung tahun akan jadi teruk pulak.”
Malas Zara hendak membalas. Bos macam itulah yang
paling dia tak suka. Bos yang suka mengambil kesempatan
kepada pekerja bawahan dan kaki buli.
“Okeylah Encik Farok, saya nak hantar air nescafe
Tuan Muda tu dulu. Nanti kehausan pulak Tuan Muda kita
tu tak minum pagi ni. Assalamualaikum.” Ujar Zara sambil
membawa mug berisi air nescafe yang sudah siap dibancuhnya
tadi. Asyik saja bersembang, hinggakan suam air nescafe
Hakimie dibuatnya.

No comments:

Post a Comment