Sunday, 10 April 2016

MAWAR-MAWAR CINTA - BAB 5

SEBAIK melangkah ke dalam rumah, Zara terus
mencampakkan beg tangan hitamnya ke atas sofa. Kemudian
tubuhnya pula dilabuhkan di atas sofa panjang berkembar tiga
yang berhadapan dengan peti televisyen. Matanya dipejamkan
rapat-rapat. Dia cuba merehatkan badan dan mindanya yang
dipaksa bekerja berat hari ini.
Sudah satu minggu dia keletihan begini. Jika dulu,
tepat pukul 5.00 petang, dia pasti akan bergegas balik ke rumah.
Dalam setengah jam, dia sudah berada di rumah dan boleh
rehat-rehat dengan senang hatinya. Tapi kini, masa pulangnya
sudah tidak menentu. Jika awal ketuanya yang perasan bagus
itu pulang, maka awal jugalah dia akan pulang ke rumahnya.
Dapat jugalah dia berehat sebentar. Tapi jika lambat tuan ketua
poyo itu pulang, maka lambatlah dia. Sampai ke rumah kadangkadang
sampai pukul 8.00 malam. Semua gara-gara denda yang
terpaksa dia jalani sekarang ini. Entah sampai bilalah agaknya
denda itu akan berakhir?
‘Arghhh… mamat poyo tu sebenarnya memang
sengaja nak kenakan aku. Sengaja nak buli aku!’ Hatinya
mengamuk marah.
Perasaan bencinya kepada Hakimie juga semakin
membiak dengan banyaknya bagaikan bakteria yang membiak
dengan begitu cepat sekali. Kenapalah takdir hidupnya kena
berjumpa dengan lelaki itu? Cukup malang!
“Amboi… anak dara umi ni. Bukan main sedap lagi
dia landing atas sofa tu. Dah macam dugong betina pulak umi
tengok rupanya.” Suara Puan Inara yang menyapa dengan ayat
menyakat membuatkan Zara membuka mata. Luas matanya
terbuka tatkala mendengar perkataan ‘dugong betina’ yang
diguna pakai oleh uminya.
Puan Inara tersenyum sambil melabuhkan
punggungnya di atas sofa bertentangan dengan anak dara
kesayangannya itu. Wajah si anak ditenung penuh kasih.
“Alaaa… umi ni. Tak patut tau panggil orang dugong.
Panggillah duyung. Sedap juga halwa telinga orang ni dengar
kalau umi panggil orang duyung. Ini tidak… dugong! Huh…
tak masuk langsung.” Dengan manja Zara menutur kata.
Sememangnya, dia masih lagi anak manja umi dan abahnya
biarpun usianya sudah menjangkau dua puluh empat tahun.
Namun usia bukanlah penghalang untuk dia terus menjadi
anak manja.
“Yalah tu. Nak sangat jadi duyung, tapi pemalas dan
suka terlentang macam dugong. Umur dah nak masuk dua
puluh empat tahun, tapi perangai macam budak-budak baru
dua belas tahun. Entah bilalah Zara ni nak berubah jadi matang?
Sampai ke tua jadi kanak-kanak rebenalah jawabnya.” Ujar Puan
Inara.
Zara mendecit. Umurnya memang akan masuk dua
puluh empat tahun tidak lama lagi. Tapi… dia tetap muda
remaja. Heheheee… Perasan!
“Hesy… umi ni kan… bila masa orang malas dan suka
terlentang? Orang cuma nak rehat sebentar ajelah. Penat ni
umi. Banyak sangat kerja dekat ofis tadi.” Zara mengadu manja.
Dia benar-benar penat.
Puan Inara hanya membalas dengan senyuman. Dia
sendiri perasan. Anaknya itu sejak akhir-akhir ini sering saja
pulang lewat ke rumah. Jika dulu, dalam pukul 5.30 petang,
pasti batang hidung anaknya sudah kelihatan. Tetapi sekarang,
paling awal pun pukul 6.30 petang baru kelibat anaknya muncul.
Kalau tidak, sah malam baru anaknya itu pulang.
Dia ada juga bertanyakan kepada Zara, adakah anaknya
itu sibuk kerana kerja lebih masa? Kata Zara memang dia
terpaksa bekerja lebih sekarang ini tetapi bayaran gaji tetap
sama. Pening dia memikirkan kata-kata anaknya itu hinggalah
Zara mengatakan bahawa dia kini sedang menjalani hukuman
yang dikenakan oleh ketua baru di pejabatnya.
Macam-macam saja anaknya itu. Sudah bekerja pun
masih dijatuhkan hukuman juga. Ingatkan dekat sekolah dulu
saja Zara nakal dan sering didenda guru-gurunya, rupa-rupanya
sudah bekerja pun kenakalan anak itu masih lagi bersisa.
Hmmm… entah bilalah sikap nakal anak daranya yang seorang
ini akan hilang, dia sendiri tidak tahu.
“Banyak sangatkah kerja yang Zara buat kat ofis tu?
Sampai begini sekali penatnya.”
Hanya anggukan kepala saja menjadi jawapan
soalan uminya. Matanya dipejamkan semula. Dia benarbenar
keletihan. Dia sedar bosnya itu memang sengaja mahu
mengenakannya. Kalau setakat kemas meja aje tak mengapalah
juga. Ini disuruhnya Zara siap vakum biliknya lagi. Sudahlah
bilik besar gila. Cukup meletihkan.
“Sampai bila Zara kena denda ni?” Tanya Puan Inara
lagi.
“Tak tahu la umi. Orang sendiri dah tak sanggup lagi.
Cukup menyeksakan! Orang tahu… mamat poyo tu memang
sengaja nak kenakan orang. Pasal tu dia suruh orang buat itu
dan ini! Dia memang simpan dendam dengan orang!” Luah
Zara. Api kemarahannya terhadap Hakimie menyala kembali.
Memang dia tak boleh ingat lelaki perasan bagus itu, cepat saja
api kemarahanya mendidih.
“Mamat poyo mana pulak yang buat anak umi ni?”
Berkerut dahi Puan Inara. Lelaki mana pulalah yang dapat
hadiah nama comel daripada anak gadisnya itu.
“Mamat poyo mana lagi umi? Bos orang tu la! Dia la
mamat poyo yang paling poyo dekat dunia ni. Dia sengaja nak
buli orang. Suruh orang buat macam-macam. Suruh menyapu
la… suruh vakum la… suruh lap habuk la. Apa dia ingat Zara
ni tukang sapu ke? Eiii… benci betullah! Zara penat tau umi!”
Rasa mahu Puan Inara tergelak mendengar aduan
anaknya itu. Antara tiga puterinya, memang Zara paling tak
pandai buat kerja-kerja rumah. Anaknya itu tidak tahu memasak.
Malas mengemas. Yang dia tahu hanya duduk bersenang-lenang
depan televisyen menonton rancangan kartun Disney. Cakaplah
segala jenis kartun, semua dia sudah boleh hafal. Bosan
mengadap kartun, dia akan membaca novel. Sudah pelbagai
jenis novel yang dia ada memenuhi ruang almarinya. Sekarang
ni bila Zara dihukum dengan hukuman seperti itu, memang
hatinya tercuit. Heheheee….
“Tak baik bagi gelaran macam tu kat orang.” Puan
Inara cuba menegur sikap anaknya yang suka menggelarkan
orang itu.
Zara tarik muncung.
“Apa pula tak boleh? Gelaran tu la yang paling secocok
dengan dia tu. Menyakitkan hati!” Balas Zara lebih kepada
bebelan. Hatinya memang sakit kepada Hakimie. Lelaki itu
sudah mula diiktiraf sebagai musuhnya.
Puan Inara hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.
Nampaknya Zara memang bengang benar dengan bos barunya
itu.
“Tak baik menbenci orang lebih-lebih sangat Zara.
Nanti tersayang pulak. Mana tahu suatu hari nanti si bos Zara
tu jadi suami Zara pulak, hah… baru kena kat batang hidung
sendiri. Pasal tu orang tua-tua dulu selalu berpesan, jangan
benci berlebihan, nanti hati terjatuh sayang.”
Muncung Zara semakin panjang mendengar kata
uminya itu.
“Hesy umi ni! Nauzubillah! Orang tak hadaplah dengan
Encik Hakimie tu. Poyo semacam aje tau. Umi janganlah cakap
yang bukan-bukan pulak. Nanti termasin pulak mulut umi
cakap macam tu. Macam mendoakan orang berjodoh dengan
mamat poyo tu pulak. Orang tak naklah. Kalau ya pun umi
nak mendoakan jodoh orang, doakanlah orang bertemu dengan
lelaki yang hensem, romantik dan baik macam Abang AA.”
Dahi Puan Inara mula berkerut lagi. Kali ini entah
siapa pulalah yang digelarnya sebagai Abang AA itu? Tak sudahsudah
nak bagi gelaran kepada orang.
“Abang AA? Siapa pulak tu?”
Ketawa Zara melihat kerutan pada dahi uminya. Dia
yakin umi sedang kebinggungan bila dia menyebut Abang AA.
“Umi… Abang AA yang orang maksudkan tu ialah
Aaron Aziz. Kalau jumpa dengan lelaki hensem dan romantik
macam Abang AA ni memang orang nak kahwin hari ni jugak.
Tapi bukan dengan si mamat poyo yang suka menyusahkan
orang tu!” Omel Zara.
Tergeleng kepala Puan Inara mendengar omelan
anaknya itu. Gila sangat dengan si Aaron Aziz. Asal ada saja
pelakon lelaki itu berlakon, memang Zara tak akan berganjak
dari depan televisyen.
“Hmmm… yalah! Abang AA Zara la tu. Macamlah Zara
tahu yang Abang AA Zara tu romantik dan baik hati kat luar. Tu
hanya lakonan la sayang. Dekat luar kita tak tahu lagi perangai
sebenar dia.”
“Alaaa… umi ni. Orang yakin Abang AA tu pasti seorang
yang baik dan romantik. Untung isteri dia dapat Abang AA, kan
umi. Bukan macam mamat poyo tu. Malang benar perempuan
yang jadi girlfriend dia. Dapat pakwe yang sewel dan gila kuasa.”
Sekali lagi kepala Puan Inara tergeleng-geleng
mendengar butir bicara Zara. Masih belum reda rupanya marah
si Zara kepada majikannya itu.
“Yalah tu. Dahlah tu sayang. Jangan nak marah lebih
sangat. Nanti tak pasal-pasal terkena penyakit darah tinggi
pulak anak manja umi ni. Dah! Pergi mandi. Lepas tu solat.
Insya-Allah lepas solat nanti, Zara akan lupa apa yang terjadi
dan rasa sakit hati pada bos Zara tu. Lagipun umi cukup yakin
yang anak umi ni mesti belum solat lagi, kan?” Seperti biasa,
Puan Inara tetap lembut melayan kerenah anak bongsunya
yang seorang ini. Dalam tiga puterinya, Zara merupakan anak
yang paling manja. Namun dalam kemanjaannya, Zara seorang
anak yang senang mendengar kata biarpun kadangkala degil.
Jika kena dengan caranya memujuk anak itu, degil Zara mudah
saja dilenturkan sebenarnya.
“Alaaa… kejaplah umi. Zara nak rehat-rehat jap. Penat
tak hilang lagi ni.” Zara sudah merebahkan semula tubuhnya
di atas sofa. Bukan main sedap lagi dia cuba menyelesakan
tubuhnya di situ.
“Jangan nak mengada. Pergi mandi dan lepas tu solat.
Nanti terlepas pulak waktu Maghrib. Dah selesai semuanya,
Zara nak tergolek ke… nak terlentang ke… umi tak kisah. Yang
penting sekarang, pergi mandi dan solat dulu!” Puan Inara
bertegas. Dalam bab-bab melibatkan solat, dia memang tidak
pernah berlembut dengan anak-anak. Solat tiang agama. Dan
tiang itu tidak patut dirobohkan.
“Yalah. Yalah. Zara pergi mandilah ni. Baru nak
rehat kejap pun dah kena leter.” Malas-malas Zara bangun
dari baringnya dengan bibir yang panjang menarik muncung.
Dengan langkah yang longlai, dia naik ke tingkat atas. Dia perlu
mandi dan menunaikan solat Maghrib sebelum waktu Isyak
pula muncul.
Benarlah kata umi… tak elok dia melambat-lambatkan
waktu solat. Nanti kat sana kena belit dengan ular besar. Hesy…
nauzubillah!

No comments:

Post a Comment