Tuesday, 5 April 2016

RAFIQUE'S GIRL- BAB 10



“Yang!”

Dhamira berpaling dari kaunter pendaftaran. Wajah Danial yang berkerut menyapanya. Dhamira terasa ingin melemparkan diri dan menangis dalam pelukan Danial. Mahu melampiaskan segala yang terpendam sejak malam tadi ke bahu adiknya. Melihat wajah Danial sahaja tubuh sudah menggigil sedikit.

Lengan Dhamira dicengkam lembut. “Fika, aku jumpa Mira kejap. Kau dah dapat kunci bilik kau mesej Mira nombor bilik nanti, ya?” Bagasi kepunyaan kakaknya diangkat mudah.

“Okey!” balas Shafika ringkas. Melihat wajah keruh Danial serta riak Dhamira yang berubah sebaik bertemu Danial, Shafika tidak menahan. Dia tahu ada sesuatu yang dua beradik ini perlu bincangkan.

Dhamira mengikut sahaja arah yang dituju adiknya. Langsung tidak perasan akan reaksi beku Rafique yang masih berdiri di lobi hotel. Dengusan hanya mampu dibuat di dalam hati. Tajam matanya melihat tangan Danial yang melekat di lengan Dhamira. Sehingga kelibat Dhamira tidak lagi kelihatan pun dia masih memandang ke arah laluan gadis itu tadi.

“Long? Along okey?” Pelik Shafique melihat wajah abangnya yang sedikit kemerahan. “Kunci dah dapat ni. Kalau along penat, jom la rehat dulu...”

Hmmm...” Tiada emosi. “Fika?”

“Dia pun dah dapat bilik. Jom...”

Mereka bertiga berjalan menyusuri koridor mencari bilik yang telah ditetapkan oleh pihak hotel. Seronok hati Shafika mendapat bilik yang bertentangan dengan bilik Shafique serta Rafique. Dahlah dapat bilik di tingkat yang paling bawah. Mudah untuk ke pantai, mudah untuk ke kolam renang dan mudah untuk ke tempat makan.

Usai solat zuhur dan asar secara jamak diimamkan abangnya, Shafique mula bersiap untuk keluar mencari makanan. Laparnya!

“Long? Tak nak makan ke?” soal Shafique sambil mata merenung belakang tubuh abangnya yang berdiri kaku di pintu gelangsar. Kedengaran alongnya itu melepaskan keluhan kecil.

“Shaf... kau suka pompuan yang macam mana?” Rafique berpaling. Sempat menangkap riak Shafique yang terkejut dengan soalan tidak semena-menanya.

Pompuan? Emmm... yang baik-baiklah kut? Entahlah... Shaf tak pernah fikir pulak... Nape long?” Punggung dilabuhkan di birai katil bujang buat seketika.

“Kau suka pompuan yang bebas bertepuk-tampar dengan lelaki? Yang boleh bergurau-senda sambil bersentuh-sentuhan?”

Shafique menggaru kepala. Bingung dengan perangai abang tunggalnya ini serta soalan-soalan yang dilemparkan.

Depends jugak long... Mungkin dia tak sedar pun dia buat semua tu. Mungkin dia takde rasa apa-apa pun, maksud Shaf, dia buat macam tu bukan untuk menggoda sesiapa tapi tindakan refleks yang tak terkawal... Lainlah kalau dia sengaja nak pegang-pegang tanpa sebab... Kalau pompuan tu pompuan yang baik, Shaf rasa benda tu boleh ditegur elok-elok. Lagi pulak kalau dah jadi bini sendiri. Kita la patut bimbing isteri kita nanti, kan? Shaf takde hallah...”

“Kau takde girlfriend, Shaf?” soal Rafique ingin tahu.

Shafique menggelengkan kepala. “Malaslah long. Shaf dah cukup pening dengan kerja Shaf sekarang ni. Dengan nak hadap orang yang asyik nak jatuhkan perniagaan abi... Yang dengki itu ini,” keluh Shafique. “Tak nak la tambah pening kepala lagi buat masa ni... Along pulak? Dah ada ke? Ibu asyik membebel je pasal along tau!”

Rafique menguak rambut ke belakang dengan jari-jemarinya. “Along pun malas nak peningkan kepala. Pompuan zaman sekarang ni too demanding! Belum apa-apa dah kuat control. Lepas tu nak layanan yang macam-macam. Perasan diri tu princess. Bila along buat derk, tahu pulak nak cabut cari jantan lain...”

Kuat tawa yang dilepaskan Shafique. “Along tu workaholic sangat. Siapa yang tahan?”

Rafique menyeluk saku seluar dengan kedua belah tangan. Tubuh disandarkan ke pintu gelangsar. “Muda-muda camni la kena kuat kerja, Shaf. Bila dah tua boleh goyang kaki!”

“Betul, long... tapi kena la ada balance...” Shafique menyuarakan pendapat. “Kerja, kerja jugak. Tapi aspek kehidupan kita yang lain pun, kena jaga...”

“Kau ni macam orang tua, Shaf!” tegur Rafique. Bibir koyak kecil.

Shafique tersenyum. Rasa terhibur berbual begini dengan abangnya. Seingatnya, mereka tidak pernah berbual lama begini. Mereka tidak banyak persamaan. Personaliti juga berbeza. Dia sempoi dan gila-gila manakala abangnya tegas dan terlalu serius... seakan tidak tahu untuk berseronok. Kegemaran masing-masing pun tidak sama. Jadi mereka tidak pernah mencuba untuk ‘mengenali’ antara satu sama lain sebelum ini.

“Along pernah serius dengan mana-mana pompuan?”

Lama Rafique berfikir sebelum kepalanya menggeleng perlahan. “Paling lama mungkin tiga bulan... Tak sempat nak serius pompuan tu dah cabut...”

Shafique tidak tahu sama ada dia perlu bersimpati pada nasib abangnya atau menghamburkan tawanya. Wajah serius abangnya sering membuat dia keliru dengan emosi sebenar yang dirasai abangnya.

“Masih ada ke orang yang nak jatuhkan abi?” soal Rafique perlahan. Abi mereka pernah menceritakan cubaan pihak luar yang mahu menggangu-gugat perniagaan mereka. Perniagaan yang sarat dengan persaingan. Semakin perniagaan abinya berkembang, semakin giat cubaan untuk menjatuhkannya. Beberapa kali abi mereka menerima tawaran daripada syarikat-syarikat di luar sana untuk mengambil alih syarikatnya. Namun abinya terlalu sayang untuk menjual hasil penat lelah yang sudah diusahakan bertahun-tahun lamanya. Apabila perniagaan masih kecil, tiada siapa yang mengganggu. Apabila sudah berkembang seperti sekarang, ramailah yang mula dengki.

“Ada, long. Personally, Shaf tak kisah pun kalau abi nak jual. Leave this textile business once and for all. Dah tiba masa abi pencen dan rehat je kat rumah. Pergi jalan-jalan dengan ibu. Tak payah pening-pening kepala dah...” luah Shafique.

Agak lama Rafique terdiam. “Along minta maaf kalau Shaf salahkan along tak nak join business abi...”

“Taklah... Shaf tak kisah pun. Shaf tak salahkan along...”

Sedetik kemudian, telefon Shafique berbunyi tanda ada pesanan yang baru masuk. Shafique mencapai telefonnya. “Fika mesej. Diaorang dah ada kat coffee house. Tengah tunggu kita. Jom, long? Shaf lapar...”

Rafique akur. Pintu bilik dikunci dan kaki menapak ke arah coffee house yang terletak tidak jauh dari kolam renang. Hampir terhenti langkah Rafique melihat wajah Dhamira yang sudah berubah ceria. Mata masih sedikit bengkak namun tawa yang dilepaskan ketika mendengar sesuatu yang diperkatakan Shafika menggegarkan kotak telinganya. ‘Cerianya dia! Dah jumpa si pemain gitar terus jadi happy macam ni?’

Rafique serta Shafique masing-masing menarik kerusi. Rafique sengaja mengambil tempat berhadapan Dhamira. Melihat wajah gadis itu yang mencemik sedikit membuat dia hampir melepaskan senyumannya.

Korang dah oder?” soal Shafique. Pelayan digamit agar menghampiri.

“Dah...” balas Shafika.

Shafique membuat pesanan. Rafique juga.

“Boy mana, Mira?” Shafique bertanya sambil mata diliarkan ke sekeliling coffee house.

“Tengah practise. Malam kang diaorang perform kat sini...” sedikit serak suara Dhamira. Seakan baru lepas menangis. Terjongket kening Rafique.

“Kau join diaorang tak malam ni?”

“Hesy! Tak kuasa! Biarlah Anis sorang je yang perform...”

Shafique menggelengkan kepala. “Aku tak faham kau ni la. Dulu elok je perform atas stage. Kalau ada talent show je, nama kau la yang pertama sekali akan masuk senarai. Tapi sekarang...” Shafique sengaja menggantungkan ayatnya.

“Shaf!” tegur Shafika. Matanya tajam mencerlung ke mata Shafique. Memberi amaran agar Shafique mengunci mulut.

Sorry, Mira...” ucap Shafique dalam nada bersalah. “Aku tak sengaja...”

Rafique perasan akan perubahan di wajah Dhamira. Mula-mula, agak terkejut dengan kata-kata Shafique sebelum garis-garis luka terbit di ruang mata. Kini wajah tenang dipamerkan. Hmmm... Shafique yang terlepas kata tadi telah memberi sedikit penjelasan tentang latar belakang Dhamira. Gadis itu memang minat menyanyi. Pernah suatu waktu dahulu, dirinya selesa membuat persembahan di atas pentas. Namun kini tidak lagi. Merakam suara dalam iklan radio pun dia tidak mahu, sekiranya tidak dipujuk oleh si pemain gitar. Maknanya, persembahan yang dilakukan pada malam resepsi temannya, Yusri, pun dia dipaksa? Hmmm... Interesting...

Dhamira diam tidak membalas. Hanya anggukan kecil menandakan ucap maaf Shafique diterima.

Santapan tengah hari dijamah dalam suasana sepi, namun sedikit santai. Dhamira sudah kembali lega pabila dapat menangis di bahu adiknya. Dan seperti biasa, Danial pandai memujuk. Kisah remaja bernama Amin yang didera keluarga sendiri benar-benar memilukan. Artikel yang ditulis Dhamira tentang Amin hampir tidak dapat disudahkan. Namun digagahkan juga tangan menaip kerana tidak mahu menghampakan Danial yang menanti kehadirannya hari ini.

“Nasib baik kita dapat check in awal kan? Padahal belum pukul 3.00...” Shafika tiba-tiba bersuara.

“Bilik banyak kosong kut. Sebab tu bilik kita dah ready. Tak perlu nak tunggu orang kemas...” teka Shafique.

“Fika?”

Shafika memanggung kepala lalu menoleh ke sebelah kirinya. Tubuh automatik berubah kaku. “Qib...” bisik Shafika. Wajah semakin kehilangan darah.

Berkerut dahi Rafique melihat Shafika yang kelihatan seperti baru terserempak dengan makhluk halus. Riak Dhamira serta Shafique di sebelahnya yang berubah tegang juga membuat dia tertanya-tanya. Siapa lelaki ini? Lelaki yang jelas dikenali oleh adik-adiknya serta Dhamira. Ya Allah... banyaknya yang dia tidak tahu tentang adik-adiknya. Hati dihentak rasa bersalah.

“Fika!” Wajah lelaki itu berubah ceria. “I dah lama cari you. Tak sangka kita dapat jumpa hari ni...”

Perlahan-lahan Shafique bangun. Tangan mengepal penumbuk. “Get lost!” Arahan yang dikeluarkan dari celah gigi.

Naqib mengangkat kedua belah tangan ke atas. “Shaf... aku bukan nak buat apa-apa. Aku happy sangat dapat jumpa Fika...” Mata dikalihkan ke wajah Shafika. “Fika, can we talk?”

Get lost!” giliran Shafika menghalau Naqib.

“Fika, Shaf... kenapa ni?” Rafique bersuara.

“Kau baik blah, Qib, kalau kau tak nak penumbuk aku singgah kat muka kau!” gertak Shafique tanpa menghiraukan soalan abangnya.

“Fika, please...” rayu Naqib. Shafika sudah mengalihkan pandangan. Dia tidak sudi memandang ke wajah lelaki itu. “Okey... mungkin you masih terkejut jumpa I hari ni... Kalau you dah tenang semula, call me, okay? I kat bilik 206...” ujar Naqib sebelum lambat-lambat meninggalkan meja mereka berempat.

Can somebody tell me what’s going on?” Rafique sudah panas hati. Terasa diri dipinggirkan. “Siapa lelaki tadi?”

Shafika bingkas bangun. Mata sudah berair. Pantas dia beredar keluar dari coffee house. Kaget Dhamira jadinya. Dia berlari mengikut langkah temannya. Ingin memujuk. Ingin menenangkan. Ingin meminjamkan bahu serta telinganya...

“Shaf?”

Shafique berpaling ke arah abangnya. “Sorry, long. Lelaki tadi tu Naqib. A photographer...”

And?” soal Rafique tidak sabar.

Berat keluhan yang dilepaskan Shafique. “Fika kenal masa final year. Fika guna khidmat lelaki tu untuk assignment dia tahun tu...” Shafique menggelengkan kepala. “Selebihnya Shaf tak boleh cerita kat along. Kalau along nak tahu, along kena tanya Fika...”

Rafique mengetap bibir. “Shaf, did he hurt her?”

Berubah riak Shafique. “I can’t say...”

“Jomlah...” ajak Rafique. “Along nak tengok Fika kejap... Tadi nampak macam tak okey...”

Pelayan dipanggil. Bil dicajkan ke bilik. Mata mula mencari Shafika serta Dhamira yang tadi kelihatan seperti meluru menuju ke pantai. Matahari masih terik ketika ini. Rafique pula tidak membawa aviatornya. Perih matanya.

Seketika kemudian kelihatan kelibat Dhamira yang berlari-lari anak ke arah mereka. Riaknya sukar dibaca.

“Mira, kau nak pergi mana?” soal Shafique cemas. “Fika mana?”

“Shaf, kau pergi bawah pokok kelapa tu...” Mata mereka bertiga mengikut arah tunjuk jari Dhamira. “Fika kat situ. Aku ada hal nak settle! Cepat Shaf! She needs you!”

Tanpa berlengah, laju Shafique menyusun langkah ke arah pokok yang disebut Dhamira tadi. Meninggalkan Rafique termangu sendirian. Mata menjeling ke arah kanan, melihat tubuh Shafique yang semakin menjauh. Kemudian mata dialihkan ke arah kiri melihat tubuh kecil itu mendaki anak tangga naik ke atas. Entah mengapa naluri Rafique mengatakan yang Dhamira kini menuju ke bilik 206. ‘Hesy! Takkan nak biar dia sorang-sorang naik ke bilik lelaki tadi?’

Rafique bergerak ke arah kiri. Menjejaki langkah gadis tadi.

Tiba di tingkat 2, Rafique mendengar pintu bilik diketuk agak kuat. Dia menyusun langkah ke hadapan. Ke arah bunyi ketukan itu. Di hujung koridor yang membelok ke kiri dia berhenti. Dia menjengah kepala. Betul tekaannya. Dhamira sedang mengetuk pintu bilik tidak jauh dari tempat berdirinya. Janganlah gadis itu diapa-apakan!

Pintu bilik dibuka. “Mira... Hai!” sapa suara lelaki tadi. Namun Rafique tidak dapat melihat figuranya kerana Naqib masih berdiri di dalam bilik.

“Qib... tolong jangan kacau Fika lagi. Please stay away from her!” Rafique mendengar suara itu merayu.

“Mira... tolong aku. Aku nak sangat jumpa Fika. Aku nak jelaskan semuanya pada dia...”

“Kau dah pernah jelaskan pada dia dulu, Qib. Takde bezanya dulu dan sekarang. Keadaan takkan mengubah apa-apa. Tolonglah! Leave her alone!” Suara Dhamira berubah keras.

“Aku tak mampu, Mira. Aku dah lama cari Fika. Aku tahu dia sambung belajar ke Paris. Tapi aku tak tahu dia dah balik. Ini peluang aku nak betulkan semuanya, Mira. Tolong aku...”

No! Cukup apa kau dah buat dulu. Aku nak warning kau! Kau jangan sekali-kali dekat dengan Fika. Kalau Shaf takde nak tumbuk muka kau, penumbuk aku yang akan singgah dulu, faham?” gertak Dhamira. Tanpa menunggu balasan Naqib, Dhamira berlalu. Rafique membelakangkan sedikit tubuhnya kerana sedar Dhamira akan menggunakan laluan tempat dia berdiri kini.

“Aduh!” jerit Dhamira. Terkejut tatkala tubuhnya berlanggar dengan tubuh seseorang sebaik sahaja dia membelok ke kanan. Tubuh terhentak dengan sesuatu yang keras dan dahinya terasa perit.

Are you okay?”

Suara itu! Dhamira mendongak. Dahi diusap perlahan. Keras betul badan mamat ni! Terasa macam baru melanggar tembok!

“Apa awak buat kat sini?”

“Ikut awak...”

“Kenapa?”

To make sure you’re safe...”

Dhamira terkedu. Tidak menjangkakan jawapan pantas daripada lelaki itu. Mengapa jawapan itu buat dia rasa senang? Rasa seperti dilindungi?

“Betul ni tak sakit?”

“Mestilah sakit! Keras macam batu!” Ayat terakhir digumam perlahan. Namun masih bisa ditangkap telinga Rafique. Terjongket keningnya. Dhamira mengambil satu langkah ke belakang tatkala menyedari kedudukan mereka yang begitu rapat. Ingin berdiri pada kedudukan yang lebih selamat.

“Saya nak tanya ni...”

Dhamira menjongket kepala menyoal apa.

“Awak ahli silat ke?”

Berkerut dahi Dhamira cuba memahami soalan lelaki itu. Akhirnya dia menggeleng perlahan.

Black belt tae kwan do?”

Geleng lagi.

“Karate?”

Geleng.

“Ahli gusti WWE?”

Dhamira bercekak pinggang. Bibir diketap. Ni sudah lebih!

“Awak rasa awak ni kebal ke?”

Mencerlung mata Dhamira.

“Kalau jawapan kepada semua soalan saya tu ‘tidak’, yang awak berani sangat tadi tu kenapa?” Suara Rafique berubah keras. “Awak terjah lelaki tadi, sorang diri takde teman, kat bilik dia pulak tu... awak tak sayang nyawa ke apa?” Tajam mata Rafique menikam ke anak mata Dhamira. “Kalau dia tarik awak masuk dalam bilik tadi, awak nak buat apa? Nak layangkan penumbuk awak tu? Badan katik macam pokok bunga ada hati nak layang penumbuk! Entah-entah penumbuk awak tu pun tak sampai nak hinggap ke muka dia! Nak kena panjat kerusi baru sampai!” Pedas.

Dhamira ternganga. Matanya membulat. Baru sedar tindakan yang telah diambil sebentar tadi bukanlah sesuatu yang bijak. Tindakan berlandaskan emosi semata-mata. Kalau Danial tahu, pasti luruh telinganya kena bebel kerana mengambil langkah melulu! Langsung tidak memikirkan keselamatannya atau kesan ekoran tindakannya. Tapi... tak perlu ada Danial kut. Sindiran Rafique pun sudah cukup membakar telinganya. Wajahnya memerah. Kata-kata Rafique seakan tamparan di wajahnya. Begitu panjang lebar. ‘Apa dia kata? Aku katik? Kureng!’

“Yang awak nak membebel ni kenapa?”

“Awak sedar tak awak buat apa tadi?”

Dhamira mengeluh perlahan. “Tadi tu saya tak fikir langsung pasal saya. Saya tengok Fika nangis je, saya terus bertindak... Saya dah tak boleh nak fikir apa-apa. Saya sedar sekarang... It was reckless of me to do so...” Dhamira mengakui kesilapannya.

You love her that much?” Suara Rafique sudah berubah lembut. Betul-betul terkesan dengan pengakuan Dhamira.

“Siapa? Fika?”

Rafique mengangguk.

Ada senyuman sayu singgah di bibir Dhamira. Shafika seperti darah dagingnya. Sayangnya kepada Shafika melebihi sayangnya kepada Damia, saudara kandungnya sendiri. “Of course...”

Rafique menelan liur. Ada kejernihan di mata Dhamira. Tiba-tiba, terasa ada rasa sayang yang singgah di hatinya buat gadis di hadapannya ini. Tidak lain, hanya kerana gadis itu terlampau sayang akan adiknya... hanya kerana itu. Bukan atas sebab lain!

“Boleh awak ceritakan pada saya tentang lelaki tadi?”

Sorry... not my place to tell you...” tolak Dhamira.

Lama Rafique mengamati wajah Dhamira. Sama seperti Shafika yang memegang rahsia Dhamira, begitu juga Dhamira memegang rahsia adiknya. Gadis ini seorang yang boleh dipercayai. Teman yang sejati! Jelas kini di mata Rafique mengapa Shafika begitu menyayangi Dhamira.

“Kalau saya tanya Fika, awak rasa dia mahu bercerita pada saya?” soal Rafique perlahan. Sedikit teragak-agak.

Dhamira terdiam. Mengapa hatinya tambah sayu mendengar pertanyaan Rafique? Ada keikhlasan di wajah tampan itu. Teringat kata-kata Shafika tentang abangnya yang jelas sedang berusaha untuk memperbaik hubungan mereka bertiga. Ya... Rafique memang sedang mencuba...

“Saya tak pasti...”

Rafique mengangguk.

But there’s no harm in trying...” Dhamira cuba menitipkan semangat.

That’s true... Jomlah. Saya nak cari Fika...”

Dhamira pula mengangguk. Rafique bergerak ke kanan agar Dhamira boleh berlalu. Dhamira tidak tunggu lama. Jiwa terasa sesak berdiri berdua-duaan begini dengan Rafique.

Baru beberapa langkah berlalu, namanya diseru perlahan. Dia berpaling.

Thanks...”

Terjongket kening Dhamira. “Untuk apa?”

For loving my sister this much... Fika bertuah dapat kawan macam awak...”

Terharu. Dhamira tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. Matanya masih bertaut dengan mata Rafique.

“Tapi kalau awak bertindak terburu-buru lagi macam ni, awak tunggu jelah apa yang saya akan buat!” sambung Rafique yang membuat Dhamira berkerut seluruh wajahnya.

“Apa hal pulak? Takde kena-mengena dengan awak pun!”

Tanpa membalas, Rafique menyusun langkah melepasi Dhamira. Terpinga-pinga Dhamira jadinya. ‘Eeee mamat sejuk beku ni! Aku lasing nanti baru tahu!’gerutu Dhamira tidak puas hati. Meniru tagline watak Haji Bakhil daripada cerita Labu Labi. Menyampah!

No comments:

Post a Comment