“APEK, tolong tangkap ini budak! Otak dia
manyak gilaaa!” Firas sudah menjerit-jerit sambil memanggil
Uncle Chong yang baru sahaja lalu di luar butik.
Salun rambut Uncle Chong sememangnya terletak
bersebelahan dengan butik pengantin milik mama. Butik milik
mama ini pula sudah berada di bawah jagaanku. Aku sudah
tergelak-gelak melihat telatah Firas yang riuh itu. Kan aku dah
kata, mesti mamat ni melatah punya!
“Kau gelak kenapa? Otak kau memang tercabut fiuslah!”
balas Firas. Dia sudah berdiri sambil bercekak pinggang.
“Kaulah yang kelakar! Kau menjerit terlolong panggil
Uncle Chong tu buat apa? Bukannya dia boleh tolong apa-apa.
Ke kau nak dia jadi pengapit kau nanti?” balasku dengan tawa
yang masih bersisa. Wajah Firas yang sudah merah padam itu
kupandang sekilas.
“Aku serius ni. Since aku tak jadi kahwin, kaulah yang
take over. 50 peratus preparation dah siap. Kau cuma kena
cover another 50 peratus je,” tambahku, serius.
“Kau ingat ni presentation macam kat uni dulu ke, cik
kak? Bila kau blank, aku take over? Ni kahwinlah!” balas Firas,
serius.
“Yalah, yalah... Aku tarik balik perkataan take over tu.
Sensitiflah kau ni!” usikku lagi. Haih, aku yang putus tunang,
tapi aku yang tengah sedap ketawa. Si Firas pula yang tengah
tarik muka.
“Tapi, aku betul-betul serius, Firas. Membazir kut
wedding preparation yang dah siap. Kau memang akan
kahwin dengan Nadia, kan? Except that, in this case, tarikhnya
diawalkan aje.” Aku masih tidak berputus asa memujuk Firas.
“Diawalkan aje?”
“Yalah. Awal dua bulan, kan? Tolonglah. Kau tak
kesian kat aku ke? Dahlah kat rumah along aku dah blacklist
aku. Sekarang ni kau pun tak nak tolong aku ke?”
“Jangan buat muka kesian kau tu.”
“Eh, aku tak buat muka apa-apalah! Sebenarnya kau
yang kesian dekat aku, kan? Kau nak tolonglah ni, kan? Kan?”
Firas terdiam kemudian dia mengeluh panjang.
“Bukan aku tak nak tolong, tapi memang tak boleh. Aku
pun kalau boleh nak awalkan wedding kitorang. Banyak dugaan
bila bertunang lama-lama ni,” balas Firas sambil tersengih.
“Gatal!”
“But seriously memang tak boleh nak ganti tempat
kau. Kitorang ada family matters yang nak kena settlekan,
which will take quite some time. Nak awalkan wedding kitorang
as early as two months memang susah.”
Giliran aku pula yang terdiam. Takkan nak memaksa
pula, kan? Bab kahwin-kahwin ni bukannya boleh dibuat main.
Otakku sudah membayangkan drama-drama yang bakal tercipta
apabila semua orang mengetahui perkahwinanku dibatalkan.
“Aku ada cadangan lain,” tutur Firas. Aku
memandangnya meminta penjelasan selanjutnya.
“Apa susah? Kau carilah pengganti si bimbo tu. Dah
ada pengganti, wedding kau berjalan macam yang kau nak.”
“Memang bergeliga otak kau! Kau ingat nak cari
pengganti tu macam nak beli stok bunga telur? Tengok, pilih
dan terus beli?” sindirku.
“Tak boleh ke buat macam tu?” soal Firas sambil
tersengih.
“Eh, siapa kata tak boleh? Boleh, boleh sangat!” Firas
ketawa pula.
“Nanti aku try tanyakan kawan-kawan kat office aku.
If ada yang nak menyahut seruan kahwin, aku kenalkan dekat
kau,” tambah Firas lagi.
“Kau jangan nak buat kerja gila. Aku tak nak sponsor
bunga telur kau nanti,” ugutku tetapi Firas hanya ketawa dan
terus ketawa.
Tiba-tiba aku terfikir, logik tak kalau aku nak iklankan
di dalam surat khabar yang aku nak mencari suami dengan
kadar yang segera? Erk, memang jatuh merundum saham aku
yang memang dah sedia jatuh ni. Siaplah! Kalau lepas ni aku
jumpa si Naim tu lagi, memang aku nak tendang dia masuk gol!
SETIAP BUTIR bicara mama jelas di pendengaranku tetapi
semuanya masuk dan keluar dari kepalaku begitu sahaja.
“Iman dengar tak apa yang mama cakap ni?” soal
mama, lembut.
“Dengar, mama.”
“Apa yang Iman dengar?” soal mama lagi. Aku sudah
terdiam. Mama cakap apa tadi? Satu pun aku tak ingat! Asyik
sibuk termenung memikirkan perlu atau tidak aku pujuk Auni
atau Hafiy untuk menjadi pengganti majlis perkahwinan ini.
“Iman janganlah peningkan kepala sorang-sorang.
Mama kan ada. Papa, along dan angah pun ada,” balas mama,
lembut. Rambutku dielus mesra.
Along memanglah ada. Ada untuk menghamburkan
rasa marah dan tidak puas hati dia. Macam dia pulak yang kena
putus tunang! Detikku dalam hati. Cepat-cepat aku beristighfar,
membuang rasa kurang enak dalam hati.
“Mama dah bincang dengan Auntie Julia. Next week
anak dia balik sini, boleh kita bincang lagi,” beritahu mama.
Hah! Auntie Julia? Anak dia nak balik sini? Nak bincang?
Cerita apa pulak ni? Kepalaku terasa berputar kembali. Belajar
taxation kat universiti dulu pun tak rasa berputar macam naik
roller-coaster.
“Muka dia blur, mama. Sah, dia tak dengar apa yang
mama cakap panjang lebar dalam satu nafas tadi,” sampuk
angah. Mentang-mentanglah dia lawyer, semua benda nak kena
pastikan sah atau tidak.
“Bukan tak dengarlah, tapi tak melekat dalam kepala,”
jawabku lantas menyiku pinggang angah.
“Angah, pergi main jauh-jauh. Kata esok ada hearing
kat court. Yang sibuk bertenggek kat sini kenapa?” balas mama
membuatkan kami berdua ketawa besar.
“Yalah, mama. Angah nak pergi main jauh-jauhlah ni,”
usik angah sambil sempat mencium pipi mama sebelum berlalu
ke dalam biliknya di tingkat atas.
“Sorry, mama. Iman tak pay attention sangat dengan
apa yang mama cakap tadi,” tuturku lembut. Takut mama
berkecil hati pula tetapi mama hanya tersenyum manis seperti
biasa.
“Auntie Julia dengan mama nak jodohkan Iman dengan
anak dia yang second last tu,” ucap mama. Aku sangat terkejut!
“Mama, nanti apa pulak keluarga Auntie Julia cakap?
Iman ni dahlah bekas tunang orang. Lepas tu, anak dia pulak
yang kena jadi pengganti Naim,” ujar aku.
“Auntie Julia tahu cerita yang sebenar. Family dia pun
tahu. Iman janganlah fikir banyak sangat.”
“Nanti tak pasal-pasal family Auntie Julia yang dapat
malu disebabkan Iman.”
“Iman, janganlah fikir macam tu! Dah jodoh Iman
dengan Naim tak panjang. Kita sebagai manusia hanya mampu
merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya.”
“Anak Auntie Julia mesti tak setuju.”
“Anak dia setuju. Auntie Julia baru aje beritahu mama
pagi tadi. Lagipun Auntie Julia memang nak kahwinkan anak
dia yang tu. Dah lebih lima tahun tak balik Malaysia langsung.
Kalau dibiarkan, takut kahwin dengan minah salih pulak.”
Aku senyap. Otakku yang sedari tadi asyik berfikir
sudah tidak mahu menjalankan tugasnya sekarang. Berserabut
sangat rasanya.
“Iman ikut aje cakap mama. Mama yang tahu apa yang
terbaik untuk Iman. Selebihnya, Iman hanya mampu berdoa,”
tuturku lemah.
Aku penat berfikir terlalu banyak. Biarlah mama dan
papa yang membuat keputusan yang terbaik dan aku hanya
perlu mengikut. Mereka juga tentunya terlalu banyak berfikir
dan risaukan tentang diriku.
“Mama akan cuba pastikan yang terbaik untuk anak
mama ni. Iman kena kuat, okey? Jangan putus asa dengan
Allah,” balas mama dan tubuhku dipeluk erat. Kami saling
berpelukan dan sama-sama menangis di atas permaidani tebal
di ruang tamu.
No comments:
Post a Comment