Monday, 27 June 2016

1st Class Mistress - Prolog


“AKU merayu Ad. Tolonglah aku.”
“Tolong? Bukan kau pernah kata suatu ketika dulu
yang kau tak lagi perlukan aku? Yang kau tak lagi mahu
punyai apa-apa hubungan dengan aku? Apa sudah jadi Jay?”
“Aku dah buntu Ad. Aku tak tahu siapa lagi yang
boleh bantu aku. Kau jadi harapan terakhir aku.”
“Ke mana hilangnya ego dan sombong seorang Jay?
Mana maruah kau? Mana harga diri kau? Kau sanggup buang
aku demi perempuan tu. Kau sanggup mencemari kepercayaan
dan hubungan kita yang sudah terjalin bertahun-tahun demi
kepentingan diri? Sekarang, kau tak malu ke nak mengharap
kepada aku yang pernah buat kau jijik?”
“Maruah dan harga diri aku dah tak ada makna, Ad.
Yang paling penting adalah hidup dan mati keluarga aku. Aku
tak sanggup tengok anak isteri aku jatuh bersama-sama aku.
Mereka berdua segala-galanya bagi aku. Tolonglah aku, Ad!”
Ilai ketawa memenuhi ruangan bilik tersebut. Lelaki
yang sedang berdiri megah itu terus ketawa berdekah-dekah.
Kedua tapak tangannya yang lebar dicekak ke pinggang.
Hujung lidahnya sudah mula terasa lazat sebuah kemenangan.
Sedangkan lelaki yang satu lagi, sudah melutut dengan kedua
kakinya dengan wajah yang penuh ketewasan.
“Ya. Aku akan tolong kau. Tapi, pertolongan aku
bersyarat.”
“Apa syaratnya?”
“Aku mahu kau jadi hamba untuk aku selama yang
aku perlu. Pertolongan ini adalah tanda yang kau akan
kehilangan segalanya. Aku akan rampas semua milik kau,
sebagaimana kau pernah merampas segala yang menjadi
milik aku suatu ketika dulu. Aku menang, Jay. Kau... kau
akan tewas!”
“Aku reda. Aku sanggup. Buatlah apa saja. Yang aku
minta, selamatkan isteri dan anak aku. Selamatkan mereka
dari terus jatuh bersama-sama aku.” Air mata jantan menitis
di atas karpet mewah tersebut. Hidupnya sudah di ambang
kemusnahan.
Di sebalik pintu kayu jati yang tersergam itu, sesusuk
tubuh sedang memerhati dengan senyap. Air mata yang
mengalir di pipi dikesat dengan belakang tangan. Mata sudah
tidak sanggup melihat insan yang paling dia hormati menjadi
seperti pengecut, melutut di hadapan seorang manusia lain
yang bongkak dan jelas tidak berperikemanusiaan.
Daun pintu ditolak sekuat hati. Kedua orang lelaki
tersebut mengalih pandang ke muka pintu.
“Jangan mengalah, pa!”
“Argh!” Lelaki bernama Jay menekap dada sebelah
kiri. Mukanya berkerut seolah-olah sedang menahan rasa sakit
yang tidak tertanggung. Matanya mulai kabur. Susuk tubuh
anak kesayangannya mulai menghilang dari pandangan.
“Papa!”
Jay memandang sayu wajah di hadapannya. Tangan
lembut itu diusap perlahan ke pipinya. Firasatnya, dia tidak
akan dapat lagi menatap wajah itu buat selama-lamanya.
“Jaga diri baik-baik sayang. Maafkan papa. Papa
gagal.”
“Papa!!!”

No comments:

Post a Comment