“BUAT apa dekat sini?” soal Fayed lagi dengan
kaki mula melangkah menhampiri Ivy, Puan Fadhilah dan
Fatin. Matanya pula hanya terarah pada Ivy sahaja. Ivy kaget.
Tak tahu nak jawab ke tidak pertanyaan Fayed itu. Kalau
jawab, nak jawab apa?
“Saya tanya awak ni, cik kak minawel.” Suara Fayed
kedengaran tegas.
“Fayed!”
“Ayed!”
Puan Fadhilah dan Fatin bersuara serentak. Terkejut
dengan kata-kata Fayed. Puan Fadhilah memandang ke arah
Fayed dan Ivy silih berganti. Dah kenal lama ke budak berdua
ni? Fatin pula memandang ke arah Puan Fadhilah dengan
persoalan yang sama.
Ivy bangun berdiri memandang ke arah Fayed
dengan mata yang tajam. Hilang sudah rasa kaget, diganti
pula dengan rasa membahang. Gelaran apa pula yang Fayed
bagi dekat dia hari ni. “What did you call me?” soal Ivy dengan
nada tertahan.
Fayed terdiam. Baru tersedar yang dia tersasul
memanggil Ivy dengan nama minawel. Tangannya mula naik
mengusap belakang leher. Ivy menarik nafas dalam. Memang
silap besar dia datang ke sini hari ini.
“Acik Fad, Ivy balik dulu.” Ivy menarik tangan Puan
Fadhilah untuk bersalam. Kemudian dia bersalam dengan
Fatin pula. “Terima kasih sebab hidangkan akak air. Akak
balik dulu, Tin.” Usai berkata, Ivy melangkah ke arah pintu
yang terbuka luas. Puan Fadhilah dan Fatin pula hanya diam
memandang. Langsung tidak terkeluar suara dari mulut
masing-masing.
“Cik kak, wait.” Kata Fayed yang mengejar Ivy dari
belakang.
Ivy yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar
rumah menoleh ke arah Fayed. “Ivy. Nama saya Ivy.” Ivy
bersuara perlahan sebelum kembali melangkah ke keretanya.
Fayed mencapai lengan Ivy. Menghalang Ivy daripada
terus berlalu pergi. “Okay, fine! What are you doing here,
Ivy?” nama Ivy sengaja ditekankan.
Ivy memandang tangan Fayed yang melekat di
lengannya. Pertama kali... pertama kali Fayed menyentuh dia
walaupun berlapik. Hati mula tidak tenteram. “Not important
for you to know, Mister asam keping.” Jawab Ivy dengan mata
yang memandang tajam ke dalam anak mata Fayed. Seboleh
mungkin cuba menyembunyikan rasa hatinya.
“You!” Tangan Fayed di lengan Ivy semakin kemas
genggamannya. “Saya dah panggil nama awak elok-elok, kan?
Tak boleh ke awak panggil nama saya elok-elok juga?” soal
Fayed dengan marah.
“Awak yang mula dulu, okey? Minawel tu apa? Minah
sewel, kan?” soal Ivy dengan nada yang sama. Rasa marah
kepada Fayed kembali semula bila Fayed mengungkit tentang
nama.
“No!” Jawab Fayed dengan tegas, cuba berdalih.
“Huh! Jangan nak tipu la.” Ivy menarik lengan yang
masih dipegang oleh Fayed. Kemudian dia menyilangkan
tangan ke badannya. “Awak ingat awak je yang ada gelaran
macam tu untuk saya? Saya pun ada juga la.”
“Apa?”
Ivy senyum senget. “Aping!”
“What?” Mata Fayed membuntang. “A pink? Yang
K-pop tu ke?” soal Fayed dengan nada tidak puas hati.
Mata Ivy pula yang membuntang. “Awak tahu
K-pop?” soal Ivy dengan nada tidak percaya.
“Tin yang minat K-pop. Ish! But, why A pink? Awak
tahu tak yang A pink tu perempuan? Jangan nak mengarut la,
cik kak.” Marah Fayed. Kalau ye pun bencikan dia, janganlah
gelarkan dia dengan nama kumpulan perempuan macam tu.
Geli tahu tak.
“Hei, awak tu yang jangan nak mengarut sangat. A
pink apanya? Aping la. A-P-I-N-G... Aping!”
“Aping stands for asam keping?”
“Yes!”
Fayed angkat tangan tanda surrender. “Minawel is
much better than Aping though. I win.” Fayed gelak jahat.
Entah apalah yang minah depan dia ni duk mengarut.
“You!” Jari telunjuk Ivy tegak di hadapan Fayed.
“Jerk!” Tahap kemarahan dia kini memuncak. Dahlah bagi
gelaran yang bukan-bukan dekat dia. Dan sekarang Fayed
perli dia pula. Macam manalah dia boleh jatuh suka dengan
lelaki tak semenggah macam Fayed ni. “Dahlah, saya nak
balik.”
Fayed kembali mencapai lengan Ivy. “Wait. Kenapa
datang sini?” soal Fayed. Seingat dia sudah hampir seminggu
Ivy diam membisu. Tup... Tup... Ivy muncul dekat rumah dia.
Itu yang dia pelik, terus terjah Ivy dengan soalan macam tu.
“Buat apa nak tahu?” Ivy menjeling. Fayed pula
sudah mendengus geram.
“Boleh tak kalau soalan saya jangan dijawab dengan
soalan juga? Ke awak ni memang jenis yang tak pandai nak
jawab soalan?” marah Fayed. Geram betul dia dengan Ivy.
Memang suka cari pasal betul.
Ivy turut mendegus geram. Geram dengan Fayed
yang tahu nak marah saja. “Orang datang sebab nenek, okey?
Bukan nak mengendap awak.” Jawab Ivy dengan sinis. Seperti
sudah dapat mengagak maksud di sebalik soalan Fayed.
Tangan dirapatkan ke dada dan mata merenung jauh
ke dalam anak mata Ivy. “Kenapa dengan nenek?” soal Fayed
lagi.
“Ish, banyak soalan betul la. Dahlah, saya nak balik.”
Ivy terus berpusing dan bersedia untuk kembali melangkah.
Namun langkah kakinya terhenti bila mendengar soalan
ketiga daripada Fayed.
“Kenapa dah lama tak mesej?” soal Fayed dengan
riak bersahaja. Kalau tak silap, sudah hampir seminggu Ivy
tidak menghantar sebarang mesej kepadanya. Memanglah
terasa aman bila langsung tiada gangguan mesej daripada Ivy,
tapi rasa pelik bila kebiasaan yang satu itu tiba-tiba terhenti.
Kalau ikutkan masa mula-mula dulu memang dia
agak annoyed juga bila Ivy asyik hantar mesej saja. Tapi
sekarang dia sudah terbiasa pula. Gigih juga budak ni mesej
dia walaupun dia langsung tak balas semua mesej tu. Seumur
hidup dia belum pernah jumpa perempuan pelik macam Ivy
ni. Yelah, macam mana nak jumpa kalau dah dari dulu yang
dia nampak si Lidiya saja. Apa motif sebenar Ivy mesej dia pun
tak tahu la.
“Well... well... well...” Ivy berjalan ke arah Fayed
dengan tangan bersilang ke badan. “Rindu mesej saya
ke, mister?” soal Ivy dengan riak nakal. Hati dia tiba-tiba
menggedik bila mendengar soalan yang tidak terduga
daripada Fayed. Nak gelak guling-guling boleh tak?
“Hell no!” Fayed angkat kedua belah tangan tanda
surrender. “Jangan nak perasan sangatlah, cik kak.” Jelingan
diberikan kepada Ivy. Menyesal pula tanya macam tu tadi.
“Eleh... malu pula nak mengaku rindu.” Ivy mencebik
sebelum tersenyum. Fayed rindu dia? Homaiii...
“Awak ni memang suka mengarut kan, cik kak?
Kalau bab mengarut bagi dekat dialah.” Fayed mengecilkan
mata.
“Mengarut apa pula?”
“Saya rindu awak.”
“Oh, really?” Ivy sudah tersengih. Kenapa macam
merdu saja kedengaran suara Fayed tadi.
Fayed tolak dahi Ivy dengan jari telunjuk. “Jangan
nak perasan!”
Ivy tarik muncung sebelum kembali tersenyum.
“Well mister, itu bukan mengarut. Itu kenyataan. Kalau
tidak, takkan awak tanya saya macam tu tadi, kan?” Ivy angkat
kening.
Fayed bergerak ke depan mendekati Ivy. Semakin
lama semakin rapat dengan mata yang memandang ke dalam
anak mata Ivy. Kaki dan tangan menjadi kaku dan jantung Ivy
mula berdentam dentum tak sudah. Fayed semakin tunduk
merapat. Mata Ivy tunak memandang ke arah mata Fayed.
Oh, Tuhan... Tangan Ivy melekap pada dada sendiri. Kenapa
makin lama makin galak pula jantungnya mengepam darah.
“Saya rindu awak? In your dreams, minawel.”
Bisik Fayed sebelum mengenyitkan mata dan berlalu pergi
meninggalkan Ivy.
Ivy menarik nafas dalam dengan mata yang
terpejam. “Tak guna punya asam keping.” Tangannya naik
mengetuk kepala sendiri. “Apa yang kau dah buat ni Ivy?
Kenapa menggedik sangat dengan si Aping tu?” bebel Ivy lalu
melangkah ke arah kereta yang diparkir di luar pagar rumah
Fayed.
Berdentum bunyi pintu kereta yang ditutup dengan
kuat. Tangannya diletakkan pada dada sebelah kiri. “Kenapa
jantung aku ni dari tadi tak nak rileks. Asyik dup dap dup dap
saja. Oh Tuhan, kenapa dengan aku ni?” Ivy menghantukkan
kepala pada stereng kereta. Enjin kereta dihidupkan dan
kereta dipandu laju meninggalkan kawasan perumahan
Fayed.
FAYED BERDIRI di sebalik langsir, mencuri pandang kereta
Ivy yang menderu laju meninggalkan rumahnya. Keluhan
lemah dilepaskan. Entah kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu
yang tidak kena dengan Ivy. Kemunculan Ivy di rumahnya
secara tiba-tiba sangat mencurigakan.
“Intai apa Ayed?” soal Fatin dari arah belakang.
Fayed menoleh ke belakang. “Umi mana, Tin?”
“Umi ada dekat atas dengan Kak Farah. Aina dari tadi
asyik nangis tak berhenti, kenapa entah.”
Fayed melangkah ke arah sofa berdekatan dan
melabuhkan duduk di situ. Bayang Ivy sudah hilang tetapi
kenapa dia rasa seperti ada sesuatu yang tersekat di sini, di
dada kiri.
“Ayed intai siapa? Kak Ivy mana Yed? Dah balik ke?”
soal Fatin. Padahal Ivy dah beritahu tadi yang dia nak balik.
“Dah balik dah.” Fayed menyandarkan badan ke
belakang dan kepala dijatuhkan pada belakang sofa. Mata
dipejam rapat, cuba melapangkan dada dan menenangkan
fikiran. Minggu yang memenatkan dan penuh misteri. Rasa
bersyukur tak terhingga bila dapat merehatkan diri macam
ni.
“Ayed...” Seru Fatin bila abangnya hanya berdiam
diri. “Ayed, Tin nak cakap sesuatu ni.” Sambung Fatin bila
tiada tindak balas daripada Fayed.
“Cakap la, Ayed dengar.” Kata Fayed dengan mata
terpejam.
“Ayed tak pernah terfikir ke nak cari pengganti
Kak Lidiya?” soal Fatin perlahan. Bimbang abangnya terasa
dengan soalannya.
Fayed membuka mata. Imej siling ruang tamu
direnung tajam. “Why so random, Tin?” soal Fayed kembali
tanpa memandang ke arah Fatin. Adik dia yang seorang ni
jarang mengambil tahu tentang hal peribadi dia, lebih-lebih
lagi bila melibatkan soal hati dan perasaan.
“Tin nak tahu je, Yed. Bukan apa, Tin tengok Ayed
dengan Kak Ivy tu macam ada sesuatu je. Am I right?”
Fayed memandang ke arah Fatin. “Apa yang betul?”
soalnya dengan kerutan di dahi.
“There is something between you and Kak Ivy.”
Pantas Fayed menggeleng. “Jangan nak mengarut
la, Tin.” Tangan disilangkan ke belakang kepala. “Tahu tak
hari ni dah berapa kali Ayed sebut perkataan mengarut tu?
Dengan Ivy tu tadi pun dah tak terkira. Tin ni samalah dengan
Ivy, suka cakap mengarut. Kadang sampai malas dah nak
melayan. Tapi orang buat tak layan pun dia tetap macam tu
juga.” Fayed menggelengkan kepala bila mengingat kembali
gelagat Ivy. “Ivy yang unpredictable dan suka mengarut.”
Sambung Fayed dengan bibir yang tercuit senyuman.
Fatin mengecilkan matanya yang sudah tersedia
kecil. Tadi cakap dia mengarut, sekarang dah senyum-senyum
pula. Sesuatu sangatlah Fayed ni. “Ayed, Tin rasa Ayed
dengan Kak Ivy tu macam sesuai je. Walaupun baru pertama
kali jumpa, tapi Tin macam dah jatuh suka dengan Kak Ivy
tu. Alangkah seronoknya kalau Kak Ivy jadi kakak ipar Tin.”
“Haa tengok tu, mengarut lagi. Kami memang tak
sesuai la, Tin. Tiap kali jumpa asyik gaduh je. Tin sendiri pun
dah tengok tadi, kan?”
“Tiap kali jumpa? Meaning, Ayed memang dah
selalulah jumpa dengan Kak Ivy?” soal Fatin penuh minat.
Dia dah agak abang dia memang dah kenal dengan Kak Ivy.
Kalau tidak takkan terus tanya macam tu bila nampak Kak
Ivy tadi.
Fayed terdiam. Hati dia kuat mengatakan yang Fatin
sedang mencungkil sesuatu darinya. Menyesal pula terlepas
kata dengan Fatin. Tanpa dia sedar, panjang pula bicaranya
tentang Ivy kali ini. “Adalah beberapa kali.”
“Bila? Dekat mana?”
“Tin...” Tegur Fayed. Kurang senang dengan soalan
Fatin.
“Sorry. Tin cuma nak tahu je.”
“Tak penting pun, Tin.” Kata Fayed. Kurang
berminat untuk meneruskan bicara tentang Ivy. Cukuplah
dia sudah terlepas cakap pada Fatin tadi.
Fatin memandang ke arah Fayed. Faham dengan
isyarat yang Fayed berikan. “Leona apa cerita? Dia ada call
Ayed tak?” Fatin cuba menukar topik perbualan mereka.
Fayed menggeleng. “Kenapa Tin tanya macam tu?”
Fatin menarik nafas dalam sebelum mula bercerita.
“Leona call Tin dua hari lepas. Dia cerita dekat Tin yang dia
gaduh besar dengan Papa Luq.”
“Gaduh kenapa?” Fayed membetulkan duduk.
Berminat untuk mendengar cerita Fatin yang selanjutnya.
“Leona marah bila Papa Luq nak Ayed kembali pada
Kak Lidiya.”
Fayed mendengus lemah. Lagi-lagi topik itu yang
dibincangkan. Tak ada topik lain lagi dah ke dalam dunia ni
yang boleh dibicarakan. “Kenapa dia nak marah pula?”
“Seriously, Ayed?” soal Fatin dengan nada tidak
percaya.
“What?”
“Serius Ayed tak tahu yang Leona sukakan Ayed?”
“This is ridiculous! What nonsense are you talking
about, Tin?” marah Fayed. Lepas satu, satu. Kecelaruan
apakah ini?
“This is the truth, Ayed. Kan Tin dah cakap dekat Ayed
tentang hal ni hari tu.” Fayed diam berfikir. Baru dia ingat,
Fatin memang ada beritahu dia tentang perasaan Leona dekat
dia. “Leona sukakan Ayed dan dia cakap yang dia akan tentang
sehabis daya usaha Papa Luq untuk menyatukan Ayed dengan
Lidiya. I thought she called you sebab hari tu dia cakap nak
bincang tentang hal ni dengan Ayed.”
“No she didn’t. Tapi untuk apa dia nak bincang
tentang hal ni? Ayed dah penat la, Tin. Penat nak melayan
kerenah Papa Luq sekeluarga.” Fayed mengeluh lemah.
Sungguh dia tak faham kenapa mereka semua beria nak
dia kembali pada Lidiya. Langsung tidak pernah terlintas di
dalam fikiran yang dia dengan Lidiya kembali bersama.
“Tin ada satu jalan untuk lari dari semua masalah
ni.”
“Apa? Lari dari rumah?” terjah Fayed.
“Itu kerja budak sekolah la, Ayed. Kerja orang dewasa
macam Ayed ni, kahwin.” Jawab Fatin tanpa teragak-agak.
“Kahwin dengan siapa? Ingat kerja nikah kahwin
ni kerja senang ke? Calon pun tak ada.” Fayed kembali
menyandarkan badannya pada sofa.
“Fatin ada calon yang sesuai untuk Ayed.”
“Siapa?”
“Kak Ivy.” Fatin angkat jari tanda peace.
Fayed baru saja duduk bersandar pada sofa dan
sekarang dia sudah kembali duduk tegak. “Tin jangan nak
sewel macam Kak Ivy tu, ye? Karang tak pasal Ayed panggil
Tin Minawel Junior.” Marah Fayed sebelum bangun dan
berlalu meninggalkan Fatin sendirian.
Fatin hanya memandang langkah abangnya. “Eleh,
marah konon. Dia juga yang senyum masa cakap pasal
Kak Ivy tadi. Mengelatlah Ayed selagi mampu.” Fatin tarik
senyum. Semoga dia dapat kakak ipar yang baru nanti. Tak
naklah yang recycle.
No comments:
Post a Comment