Wednesday, 22 June 2016

Encik Suami Mat Saleh Celup - Bab 14

LUGGAGE beroda yang bersaiz kecil itu diletakkan
di hadapanku. Aku memandang Ian dan dia pula memandangku.
“Please help me to pack my things,” pinta Ian.
“Awak nak bawak apa ni?” soalku.
“Important documents, winter jacket, a few shirts,
pants and toiletries. Basically, all those things,” jawab Ian lalu
menunjukkan barang-barang yang sudah dikumpulkan di atas
meja belajarku.
Aku sudah membulatkan biji mata melihat Ian yang
selamba mengambil tempat di atas sofa kecil.
“Dah siaplah barang-barangnya. Then, why do you still
need my help?” soalku pelik.
“I need your help to pack those things into my
luggage.”
Jawapan selamba Ian membuatkan aku hampir tercekik
air liur sendiri. Dia ni, kan! Mengada-ada betul tau!
“Tak boleh buat sendiri ke?” soalku sambil menahan
geram.
Ian hanya menggeleng.
“Isy, pemalas!” gumamku lalu bangun untuk
mengambil barang-barang Ian yang terletak di atas meja
belajarku.
“Pardon?”
“Pemalas. Berat buntut!”
“Hah?”
Aku mendengus.
“Forget it. I was saying that you are such a nice
person,” sindirku tetapi Ian hanya ketawa seronok.
USAI MENGEMASKAN barang-barang Ian, kami berdua
ditemani oleh angah untuk berangkat ke KLIA. Pada mulanya
aku mahu pergi berdua sahaja dengan Ian, tetapi mama
mula membebel. Mama risaukan aku yang nanti akan pulang
memandu sendirian.
“Serius ni angah tak kisah? Kata malam ni kena buat a
few readings?” ucapku kepada angah ketika kami bertiga sudah
berada di dalam kereta.
“Serius, angah kisah,” usik angah.
“Angah ni kan! Dah, dah. Turun sekarang!” balasku dan
angah ketawa.
“Ala, Iman ni. Nak gurau sikit pun dah tersentap.
Serius, angah tak kisahlah. Bahaya nanti bila balik Iman drive
sorang-sorang pulak. Dahlah waktu malam-malam macam ni,”
balas angah kemudian mula memandu keluar dari kawasan
pekarangan rumah.
“Okey! Mari kita memandu. Pak, bawak kereta hatihati,
ya,” balasku dan angah hanya ketawa.
Angah memandu sambil berbual-bual dengan aku
dan Ian yang duduk di bahagian belakang kerusi pemandu. Di
tengah-tengah perbualan, aku sudah tertidur. Sebaik sahaja aku
membuka mata, kepalaku sudah terletak elok di atas bahu Ian.
“Ibu, kita udeh sampai,” usik angah. Melalui cermin
pandang belakang, anak mataku menangkap senyuman
mengusik angah.
“Errr… Awak. Sorry!” ucapku kepada Ian sambil
membetulkan kedudukan jaket kulit hitam yang dipakai oleh
Ian. Tak ada air liur tumpah sewaktu aku tidur tadi, kan? Kan?
“No worries,” balas Ian sambil tersenyum.
Aku sudah terkebil-kebil. Eh, betul ke apa yang aku
nampak tadi? Biar betul? Sejak bila pulak ni?
“Iman, tak nak turun ke? Nak berkhemah dalam kereta
ke?” usik angah lagi.
“Nak turunlah ni. Cubalah bawak bersabar sikit,”
balasku lalu menutup pintu kereta.
Kami bertiga beriringan melangkah masuk ke dalam
pekarangan KLIA yang sentiasa sibuk setiap hari.
“You guys can do the maghrib prayer first. Angah, I’ll
meet you at the surau after I drop my luggage at the check-in
counter,” ucap Ian.
“Okay then. See you later,” balas angah lalu menarik
tanganku agar mengikut langkahnya untuk mencari surau.
USAI SOLAT maghrib di surau, angah mengajak kami ke Coffee
Bean sementara menunggu flight Ian. Angah dan Ian memesan
kopi pilihan masing-masing sementara aku memesan Vanilla
Caramel ice blended.
“Coffee?” soal Ian.
“Nope, I don’t drink coffee,” jawabku.
“Eh, Ian tak tahu ke? Iman memang tak boleh minum
coffee. Kalau minum, nanti dia nampak bintang,” sampuk
angah sambil tersengih.
“Nampak bintang?” soal Ian.
“Maksudnya, nanti dia pening, sakit kepala,” jawab
angah sambil ketawa kecil.
“Oh… Ingatkan dia rasa macam pergi bintang!”
tambah Ian kemudian turut ketawa bersama angah.
“Amboi! Dah pandai join force, eh!” balasku lalu terus
mencubit lengan Ian.
“Dear, it hurts!” balas Ian kemudian tangan kananku
dipegang supaya tidak terus mencubit.
Wajahku terus terasa membahang. Mat salih celup
ni pun nak jugak buat drama sebabak dekat depan angah.
Melampau betul!
“Dah, dah. Ambil air masing-masing. Jom kita duduk,”
balas angah kemudian terus meninggalkan kami berdua untuk
mencari meja kosong.
“Lepaslah tangan saya ni. Angah bukannya ada dekat
sini,” bisikku lantas aku cuba menarik jari-jemariku yang
sedang digenggam erat oleh Ian.
Ian hanya menggeleng sambil tersenyum mengusik.
“Kenapa pulak? Ni tangan saya tau, bukan tangan
awak,” balasku geram.
“I know,” jawab Ian.
“Dah tu?” soalku lagi.
“Nanti kena cubit lagi,” jawab Ian selamba kemudian
terus menarik tanganku supaya aku turut mengikut langkah
kakinya bergerak ke arah angah yang sedang duduk menanti di
satu sudut.
Isy, macam-macam hal!
Aku mengambil tempat duduk di sebelah angah dan
berhadapan dengan Ian. Tak naklah aku duduk sebelah mamat
tu. Silap-silap hari bulan dia patahkan pulak jari-jemari aku
yang comel ni. Dahlah tadi tarik tangan orang macamlah
tangan aku ini diperbuat daripada getah. Kalau getah, rasanya
tangan aku ni dah panjang sebelah!
“Angah, kalau angah nak tahu, dekat sinilah ada orang
yang bertuah tu menyorok sampai berjam-jam. Kitorang yang
time tu jadi rescue team, dah ingat nak repot polis kalau tak
jumpa jugak,” ujarku sambil memandang wajah Ian.
“Iman, Iman. Still tak puas hati lagi ke pasal benda
yang dah lama lepas? Kan benda tu dah settle. Iman dengan Ian
pun dah jadi husband and wife sekarang ni. Ian pun dah minta
maaf, cakap dia tak sengaja,” tegur angah lalu bahuku dipaut
erat.
Ian memandang angah dan mereka bertukar senyuman.
Lepas tu siap boleh buat high five depan aku lagi! Geram betul
aku dengan lelaki dua orang ni. Aku memanjangkan kaki,
hendak memijak kaki Ian di bawah meja. Tetapi kakiku tidak
menjumpai sebarang kaki. Dengan rasa tidak puas hati, aku
mengintai ke bawah meja.
Bertuah sungguh! Laki aku ni sedang duduk bersila di
atas kerusi. Memang sampai bila-bilalah aku takkan jumpa kaki
dia dekat bawah meja ni.
“What’s wrong, Iman?” soal Ian dengan riak wajah
yang bersahaja sambil meneguk air kopi miliknya.
Aku pantas menggeleng. Sabar Iman, sabar!
“Ala, Iman. Marah lagi ke? Tak baik tau marah-marah
dekat suami sendiri. Cik abang awak ni dahlah nak pergi jauh.
Lama tak jumpa nanti,” tambah angah lagi.
“Angah ni, kan! Siapa yang sebenarnya adik angah?
Iman ke Ian?” soalku geram. Abang aku ni pun satu hal jugak.
“Dua-dualah. Kan Ian ni adik ipar angah. Adik ipar
sama ajelah macam adik sendiri. Kan, Ian?” jawab angah lalu
ber‘high five’ sekali lagi dengan Ian. Aku yang melihat sudah
terasa sakit hati dan sakit mata.
“Really, really, really sorry. Sincerely sorry to the
power of infinity,” tambah Ian lalu menepuk-nepuk lembut
tanganku yang berada di atas meja.
“Janganlah marah,” tambah Ian lagi. Kini berbahasa
Melayu pula. Wajahku dipandang dan dia tersenyum. Anak
mataku terus menangkap sesuatu. Betullah apa yang aku
nampak tadi!
“Kalau selalu marah nanti cepat tua,” tambah Ian lagi
sambil tersenyum mengusik.
“Ian!”
Ian dan angah terus ketawa serentak. Sah, ni mesti
angah yang mengajar Ian bercakap sebegitu. Dah tak ada orang
lain lagi.
KAMI BERTIGA mengatur langkah ke balai berlepas apabila
announcement board menunjukkan sudah sampai masanya
untuk para penumpang yang mengambil penerbangan ke
London berlepas.
“So Ian, take care okay. Come back in one piece. May
Allah ease whatever you want to do there,” ucap angah sambil
menepuk-nepuk bahu Ian.
“Insya-Allah. Thank you, angah. Please help me to look
after Amani,” balas Ian lalu bersalaman dengan angah.
“Of course. Hah, orang sebelah ni dah nak ‘hujan’,”
usik angah sambil menyinggung sikuku.
“Memanglah dekat luar tu tengah hujan lebat. Lagi nak
tanyalah angah ni,” balasku.
“Alolo, muka dia dah merah padam! Comel betullah
adik angah ni,” usik angah lagi.
Aku menjeling tajam angah yang sedang seronok
ketawa. Menyesal pulak suruh angah temankan datang ke KLIA
ini. Mulut dia betul-betul asyik pot-pet pot-pet sedari tadi.
“Make sure this Friday awak dah ada dekat Malaysia.
Jangan nak lari lagi,” pesanku, tegas. Ian ni bukannya boleh
percaya sangat. Buatnya kalau dia betul-betul tak balik sini lagi,
tang mana aku nak cari dia dekat London tu?
“I won’t run away. Don’t worry,” balas Ian, tersenyum
sambil mengusap-usap kepalaku dengan lembut.
Betullah encik suami ni ada lesung pipit! Kenapa harihari
menghadap muka dia, aku tak perasan langsung sebelum
ni? Takkan nak tanya pulak? Memang nak kena gelak free-free
dengan angah yang tersayang ni.
“Puan Iman, salamlah cik abang awak tu. Dia dah kena
masuk tu,” sampuk angah.
Aku pantas menghulurkan tangan untuk bersalam dan
selepas itu terus Ian memeluk erat tubuhku.
“Take care,” pesan Ian lalu pelukan dilepaskan.
Memang sekarang ni aku rasa macam aku nampak
bintang tengah berpusing-pusing di hadapan mata. Ah, sudah.
Iman Amani dah tak betul!
“LAMBAT BALIK hari ni, Iman?” tegur mama sebaik sahaja aku
melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Aku
lihat mama sedang menonton televisyen.
“Balik dari butik tadi Iman terus pergi ke rumah
umi. Umi minta tolong susun nama guests ikut table untuk
reception hari Sabtu ni. Lepas tu umi ajak dinner dulu lepas
solat maghrib tadi. Kitorang sambung balik susun nama tu
sampai tak perasan dah pukul 11 lebih,” jawab aku kemudian
aku baring di atas sofa panjang. Penat sangat rasanya hari ni.
“Guests pun nak kena susun nama ikut table ke?” soal
mama lalu mengambil tempat di sofa single seater.
“Haah, mama. Kalau buat dekat hotel, memang kena
buat macam tu sebab pihak hotel sediakan meja bulat untuk
para tetamu makan. Satu meja cukup-cukup untuk sepuluh
orang. Contohnya, kawan-kawan business walid dekat satu
meja, kawan-kawan umi pulak table yang lain and so on. Buat
macam tu supaya ahli setiap meja tak adalah rasa awkward
sesama sendiri,” jawabku dan mama kelihatan menganggukangguk.
Kenduri kahwin di sebelah pihak lelaki akan diadakan
di hotel milik walid di Shah Alam. Walid sudah meminta para
pekerja hotel untuk menyediakan bilik untuk ahli keluarga
bermula pada hari Jumaat sehingga hari Ahad. Kata walid,
lebih mudah begitu kerana kami semua tidak perlulah untuk
berulang-alik dari rumah.
“Ian ada call tak?” soal mama sambil anak matanya
terpaku semula pada drama Melayu yang sedang dimainkan di
kaca televisyen. Mama kalau dah dapat tengok drama, memang
mata dia takkan berganjak. Aku terus tersenyum sendiri.
“Time dia dah selamat sampai tu, adalah Ian call,”
jawabku sambil menutup mata.
“Lepas tu?” soal mama lagi. Aku hanya menggeleng.
Mataku masih lagi terpejam.
“Iman tak naklah kacau Ian. Ian mesti sibuk uruskan
hal dia dekat sana. Dahlah time zone lain. Mama jangan risaulah,
hari Jumaat ni mama akan jumpa Ian balik,” usikku.
“Iman, nak tidur tu pergi masuk bilik. Dah jadi isteri
orang pun suka sangat tidur merata-rata,” bebel mama apabila
aku mahu melelapkan mata.
“Ala, mama. Mana ada Iman suka tidur merata-rata.
Yalah, Iman naik atas dulu. Nak mandi, solat and terus tidur,”
balasku sambil bangun dari sofa. Sebelum aku berlalu ke tingkat
atas, aku sempat mencium pipi mama.
DERINGAN TELEFON bimbit yang berlagu kuat membuatkan
mataku terus terbuka. Sempat aku melihat jam di dinding.
Sudah pukul 3 pagi! Tanganku meraba-raba telefon bimbit yang
mungkin sudah berjalan masuk ke bawah bantal. Kelihatan
nombor pemanggilnya panjang berderet. Siapa pulak yang
telefon pagi-pagi buta ni?
“Assalamualaikum,” tuturku dengan mata yang
terpejam.
“Waalaikumussalam. Amani, are you awake?” balas
satu suara yang sangat kukenali sejak sebulan yang lepas.
Mataku yang tadinya terpejam, sudah terbuka luas.
Aku terus duduk di atas katil.
“Ian?”
“Yes?”
Aku mengeluh. Dia tahu tak sekarang ni pukul berapa?
Aku ni dahlah penat sepanjang hari ini.
“Awak tahu tak sekarang ni pukul berapa?” soalku
sambil membetulkan rambut yang sudah kusut-masai.
“8 p.m,” jawab Ian bersahaja.
Isy, dia ni, kan!
“Not in London, but here, in Malaysia,” balasku geram.
Ian terus ketawa. Aku tak tahulah apa yang lawak
sangat pagi-pagi buta ni. Takkanlah sebab aku bertanya pukul
berapa, dia sudah tergelak sakan?
“Awak tahu tak sekarang ni dah pukul 3 pagi? 3 pagi tu
waktu orang tengah tidur tau,’’ sindirku sambil menahan sabar.
“I know.”
“Dah tu, awak nak apa pagi-pagi buta ni?”
“I want to know your shoe size.’’
Aku sudah mahu ketawa.
“Awak call saya pagi-pagi buta ni semata-mata nak
tahu saiz kasut saya? Buang tabiat ke?” balasku walaupun aku
kurang yakin yang Ian akan memahami maksud ‘buang tabiat’
itu.
“I am serious, Amani.”
Pulak dah!
“Kalau ikut standard saiz Malaysia, saya pakai saiz 4.”
“Is that the size of your shoes or your palm??” usik Ian.
“Ian!” Aku sudah terjerit dan Ian hanya ketawa seronok.

No comments:

Post a Comment