Sunday 26 June 2016

Hanya Milikmu - Bab 11

“HEI, perempuan! Kau jangan ingat, kau
dah dapat kahwin dengan aku ni hidup kau akan bahagia dan
gembira... Kau belum kenal lagi siapa Tengku Harith ni,
tahu?!” Tengku Harith terjerit kecil tatkala menghamburkan
kata-kata tadi kepada Balqis yang masih beriak tenang
sentiasa. Gadis itu tersenyum sahaja.
“Insya-Allah kita boleh bahagia jika kita selalu
mendoakan kebahagiaan dalam rumah tangga kita nanti.
Mesti harmoni, kan?” balas Balqis lembut.
“Hoi! Jangan nak perasanlah! Aku takkan berdoa
untuk kehidupan yang happy dan harmoni dengan kau!
Tolong sikit, weh perempuan tak sedar diri!” bentak Tengku
Harith lagi dengan kasar. Nasib baiklah mama dan papanya
masih berada di dalam rumah Balqis, kalau tidak tentu gadis
ini sudah kena makan pelempangnya. Mereka kini sedang
berbicara di luar rumah.
“Mungkin awak tak tahu lagi betapa indahnya
sebuah perkahwinan jika kita tahu menghargainya!”
“Hoi betina! Kau jangan nak bersyarah kat sinilah!
Kalau aku nak kena hargai perkahwinan aku dengan kau, nak
kena indahkan alam perkahwinan kita ni, memang kau hanya
harapkan dalam mimpi kau aje! Kau jangan nak berlagak
macam ustazah pula mentang-mentang pakai tudung labuh!
Kau ingat aku nak tertipu dengan penampilan luaran kau ni?
Entah-entah hati kau tu busuk lagi daripada hati binatang!”
cerca Tengku Harith lagi. Hampir terkeluar air mata Balqis
ketika itu.
“Kenapa awak selalu nak hina saya sampai macam
ni? Saya tak faham sebenarnya. Apa puncanya? Apa salah saya
kepada awak sebenarnya?” Soalan Balqis itu ternyata
membuatkan Tengku Harith terkedu. Betul juga, apa
sebabnya aku membenci dia ni? Tengku Harith sudah
menelan liur. Dia terdiam seketika.
“Ah! Ada aku peduli tentang sebabnya? Aku tau, kau
tu nakkan harta aje, kan? Dan yang pentingnya, aku langsung
tak suka kau ni! Daripada gaya kau aje, aku dah tau.. Kau ni
memang sengaja nak...”
“Awak dah tak ada ayat lain nak sakitkan hati saya,
ke? Asyik-asyik ayat sama aje? Cubalah awak guna ayat lain
pula, bosanlah macam ni...” perli Balqis sinis. Entah dari
mana datangnya kekuatan untuk dia melawan kata-kata
Tengku Harith. Ah, biarlah. Selagi lelaki itu belum bergelar
suaminya, selagi itulah dia dapat melawan cakap. Tetapi,
sekali Tengku Harith sudah bergelar suaminya nanti.. entah
apalah yang akan berlaku. Dia takkan boleh lagi nak melawan
cakap suaminya, hanya mampu bersabar.
“Kau dah pandai menjawab?! Kalau dah kahwin
nanti, kau nak menjawab macam ni juga?!” tempelak Tengku
Harith kuat. Kali ini kepala Tengku Ismail sudah terpacul
dari muka pintu rumah Balqis. Terus Tengku Harith
memaniskan muka dengan terpaksa apabila ternampak
papanya menjeling tajam ke arahnya. Tersengih-sengih
Tengku Harith kini secara tiba-tiba, membuatkan Balqis
terasa lucu. Hah, rasakan. Baru dia tahu!
Sudahnya Balqis tersenyum kecil memerhati wajah
Tengku Harith yang sedang tersenyum itu. Gayanya terkulatkulat.
Kelakar betul. Dan lelaki itu sungguh kacak ketika
tersenyum begitu. Balqis terus menundukkan wajah ke lantai
simen lalu mengukir senyum indah apabila renungan Tengku
Harith kembali merayap ke mukanya.
Tengku Harith sudah pelik. Apa hal dengan betina
ni? Dah gila agaknya? Tentu gembira habis sebab dah dapat
kahwin dengan anak orang kaya! Hah! Kau jangan haraplah
nak hidup senang walaupun dah berkahwin dengan aku
nanti. Aku dah beri amaran awal, kau tak nak dengar! Kau
jagalah lepas dah kahwin nanti. Aku akan jadikan rumah
tangga yang kau impikan syurga, menjadi neraka buat kau!
Baru padan dengan muka kau! Kini giliran Tengku Harith
pula yang tersenyum sambil tertawa kecil.
Tengku Ismail dan Tengku Salmah yang memerhati
dari celah tingkap rumah Balqis, terus tersenyum sendiri
sesama mereka apabila melihatkan senyuman yang diukir
oleh Balqis dan Tengku Harith. Sangka mereka, Balqis dan
Tengku Harith sudah mulai suka-menyukai antara satu sama
lain. Pada hakikatnya…?
SHERRY mengeluh besar ketika itu. Mukanya sudah merah
menyala menahan amarah. Siapa yang tidak marah jika
kekasih dirampas orang? Berita mengenai Tengku Harith yang
bakal mengahwini seorang perempuan kampung ternyata
membuatkan Sherry berasa tidak senang duduk. Sakit betul
hatinya apabila membayangkan Tengku Harith yang menjadi
milik orang lain dan bukannya milik dia!
“You bawa bersabar, Sherry. Dia takkan tinggalkan
you, I yakin sangatlah! You cuba bayangkan, Si Harith tu
manalah sukakan taste macam tu. Perempuan kampung.
Lepas tu, kolot pula tu!” getus Nadia dengan harapan Sherry
dapat bertenang.
Nadia ialah sepupu kepada Tengku Harith. Sepupu
yang hanya ‘bau-bau bacang’ sahaja. Tetapi keluarganya dan
juga keluarga Tengku Harith sangat rapat. Hubungan Nadia
dan Tengku Harith sendiri sudah seperti adik-beradik. Nadia
tinggal berseorangan di Malaysia manakala papa dan
mamanya tinggal di United Kingdom kerana mempunyai
syarikat yang perlu diuruskan di sana. Nadia selesa berada
jauh dari keluarganya kerana tidak tahan dikongkong oleh
papa dan mamanya. Dengan menggunakan nama Tengku
Harith sebagai penjaganya, Nadia tinggal di Malaysia
berseorangan jauh dari keluarganya.
“Tapi you sendiri cakap, betina tu ada rupa juga! I
takut Harith akan jatuh cinta pula kepada betina kampung
tak sedar diri tuuuu… Eeee, ada hati nak rampas boy-friend
I! Dasar betina perampas!” bentak Sherry kuat. Sakitnya hati
Sherry ketika ini, sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.
Meluap-luap marahnya kepada gadis yang ingin dijodohkan
dengan Tengku Harith dalam masa terdekat ini.
“You tak yakin dengan diri sendiri ke? You tu jauh
lebih cantik berbanding perempuan tu! Seksi pula... takkan
Harith nak pandang perempuan kolot yang langsung tak
tahu bergaya tu? I dah tengok banyak kalilah gambar
perempuan tu! Langsung tak ada gaya. Taste parents Harith
tu memang kolot betul!” kutuk Nadia.
Memang dia pernah menilik gambar-gambar Balqis
ketika dia berkunjung ke rumah Tengku Harith semalam.
Tengku Salmah yang menunjukkan gambar-gambar tersebut
setelah Nadia meminta untuk melihatnya. Dan daripada
lawatannya ke rumah Tengku Harith semalamlah Nadia
mendapat tahu mengenai cerita Tengku Harith yang bakal
berkahwin. Sebaik balik dari rumah Tengku Harith, berita ini
terus disampaikan kepada sahabatnya Sherry.
“Macam mana rupa dia? You rasa, dia takkan
goyahkan iman Si Harith ke? I lebih lawa, kan? Lebih seksi
daripada dia??” tanya Sherry penuh rasa ingin tahu.
Nadia sudah tergelak-gelak kecil. Lucu betul mimik
muka Sherry ketika ini. Sahabat baiknya sejak zaman
persekolahan lagi Si Sherry itu. Memang Nadia sangat rapat
dengan Sherry. Perkenalan Sherry dengan Tengku Harith
pun, Nadia yang rancangkan. Bagi Nadia, Tengku Harith
memang sesuai dengan Sherry. Dan Sherry juga memang
kena dengan cita rasa Tengku Harith yang sememangnya
bercita rasa tinggi!
“You jangan risaulah! Dengan penampilan
perempuan tu, Si Harith tu takkan ada perasaan kepada dia
walau sebesar hama pun! Nanti I bawakan gambar-gambar
betina tu kepada you. I simpan beberapa keping hari tu untuk
you tengok. Jangan risau, I kenallah dengan Harith... I
dengan dia dah macam adik-beradik. Dia jenis yang sukakan
gadis-gadis moden yang seksi. Takkanlah dia nak pandang
perempuan macam tu? Sebelah mata pun belum tentu
Harith nak pandang dia tau? Lagipun, I sendiri dah telefon
tanya Harith pasal hal kahwin dia. Dia cakap, dia memang tak
setuju. Tapi terpaksa setuju kerana sebab-sebab tertentu...”
balas Nadia lagi.
“Sebab apa?”
“Entahlah. I tanya dia, dia tak nak jawab. Dia cakap,
ada sebab-sebab yang memang tak dapat dielakkan. I pun tak
tahu apa sebabnya. Yang I tahu, dia cakap dia takkan bahagia
dengan perempuan tu. Sampai masa nanti dia nak ceraikan
perempuan tu...” terang Nadia lagi panjang lebar,
mengundang anggukan demi anggukan Sherry. Gadis yang
seksi berbaju tanpa lengan bersama skirt pendek berwarna
hitam itu tersenyum kecil. Sherry tiba-tiba berasa puas hati
dengan penjelasan teman baiknya Nadia.
“Betul ni, Nad? I harapkan semua yang you
cakapkan ni betullah... Nanti you bawak gambar-gambar dia
ya?” tanya Sherry lagi, sengaja untuk memastikan. Nadia
mengangguk-angguk laju. Senyuman penuh makna diukir
sesama mereka.
“Betullah. Takkan I nak tipu pula? You tak payahlah
risaukan pasal perkara ni. I yakin 100% yang Harith akan
ceraikan perempuan itu tak lama lagi lepas dia orang kahwin!
Nanti kalau you tengok gambar betina tu, mesti you pun dah
tak risau lagi dah...” getus Nadia bersungguh-sungguh. Dia
memang yakin, Tengku Harith takkan sekali-kali sukakan
Balqis apatah lagi untuk mencintai gadis kolot seperti itu!
“RITH, you betul nak kahwin dengan perempuan tu? Habis I ni
macam mana?” soal Sherry dengan riak manja. Dia mengusap
pipi Tengku Harith dengan mulut sengaja dimuncungkan
sedepa. Tengku Harith terus tersengih sambil memegang
tangan Sherry.
“Sayang, you janganlah risau. You pun tahu I
takkan suka taste perempuan kampung macam tu. Lainlah
macam you ni… seksi… cantik… pandai bergaya… Macam
you ni barulah perempuan kesukaan I. Baru kena dengan
class I sebagai anak orang kaya...” pujuk Tengku Harith
sambil mencium pipi Sherry lembut. Diusapnya tangan gadis
itu yang berada di dalam genggamannya sedari tadi.
Sherry tersenyum manja. Dia puas hati kini dengan
pengakuan terus-menerus dari mulut Tengku Harith sendiri.
Kini barulah dia boleh yakin dengan apa yang Nadia
cakapkan kepadanya. Benarlah seperti yang Nadia terangkan
kepadanya, Tengku Harith takkan sukakan perempuan
seperti Balqis yang terlalu kekampungan dan kolot.
Bertudung labuh pula tu! Adakah kena dengan cita rasa
Tengku Harith sebagai anak orang kaya? Langsung tak ada
kelas!
Sherry tertawa sinis membayangkan Balqis yang
bertudung labuh dan berpakaian menutup segala-galanya.
Ada rambut, ada badan tak nak dedahkan dan gunakan untuk
goda lelaki. Apa gunanya badan dan rambut yang sedia ada
kalau tidak ditayangkan kepada orang ramai betapa cantiknya
rambut dan tubuh seorang wanita itu? Untuk mendapatkan
lelaki, begini sahajalah cara yang terbaik dan terpintas!
Setakat perempuan macam perempuan kampung tak tahu
malu itu, ada apalah sangat?
“You rancang nak buat apa kepada perempuan kolot
tu?” Sherry sengaja bertanya. Dia ingin memuaskan hatinya
jika Tengku Harith yang menjawab sendiri soalan
cepumasnya itu. Tengku Harith tertawa kecil sambil
merenung ke dalam mata Sherry yang bermekap tebal itu.
Siap berbulu mata palsu lagi tu. Pandangan Tengku Harith
jatuh pula pada tubuh seksi Sherry yang menggiurkan itu.
Air liur ditelan laju. Seksi pula perempuan ni hari ini!
“Nanti I akan ceraikan dia. Dan I akan kahwin
dengan perempuan yang ada class untuk berganding dengan
I…” balas Tengku Harith sambil merangkul pinggang Sherry.
Gadis itu tersenyum-senyum setelah renungan Tengku
Harith tertumpu kepadanya. Dia tahu, lelaki itu tentu
maksudkan dirinya. Dia amat pasti sekali!
“Siapa perempuan bertuah tu agaknya?” Sengaja
lagi Sherry bertanya.
“Siapa lagi? Ni, perempuan dalam pelukan I ni la!
Yang cantik, seksi dan bergaya ni...” ucap Tengku Harith
sambil mencium tepi leher Sherry apabila gadis itu sengaja
memeluk badan sasanya erat-erat. Sherry tersenyum puas
hati setelah Tengku Harith sendiri yang berkata begitu. Dia
terus memeluk lelaki itu sambil tersenyum penuh makna.
Tak lama lagi, aku bakal bergelar isteri kepada Tengku
Harith! By hook or by crook, I will hold the title!
“Bila agaknya you nak kahwin dengan perempuan
tu?” soal Sherry tidak sabar-sabar lagi. Tengku Harith
meleraikan pelukan. Dia memandang lagi wajah Sherry itu
yang boleh menggoyahkan iman mana-mana lelaki pun.
Sherry yang cukup cantik dan seksi. Dan perempuan seperti
inilah yang kena dengan cita rasa Tengku Harith sendiri.
“Maybe in two days from today! Parents I tu
memang dah tak sabar-sabar lagi nak tengok I kahwin
dengan betina tu... Tak apalah, I tak kisah juga. Lagipun,
nanti I akan buatkan betina tu sendiri yang tak tahan dan
mintak cerai daripada I...” ujar Tengku Harith dengan wajah
tenang. Dia tidak perlu lagi takut atau bimbang untuk
berkahwin dengan Balqis. Dalam mindanya, dia sudah
merencanakan agendanya tersendiri selepas berkahwin
dengan gadis itu.
“You dah rancangkan apa ni?”
“Adalah! You tak perlu tahu...” balas Tengku Harith
sambil tersenyum penuh makna.
“You takkan jatuh cinta kepada dia? You pasti?” soal
Sherry lagi, masih inginkan jawapan menggembirakan
daripada engku Harith. Lelaki itu tersenyum lagi sambil
menyentuh bibir merah Sherry lalu diusap-usap dengan jari
telunjuknya. Bibir itu memang sungguh menawan kalbu.
“Tolonglah! Soalan tu, you sendiri pun dah tahu
jawapannya. Logikkah I jatuh cinta kepada betina seperti itu?
You ni kan... Saja tau...” protes Tengku Harith sebolehbolehnya.
Pinggang Sherry dirangkul semula lalu tubuh
gadis itu ditarik ke dalam pelukannya. Sherry tersenyum
manja sambil membalas pelukan Tengku Harith. Ya, lelaki itu
miliknya! Miliknya sampai bila-bila!
KALSOM tersenyum apabila Balqis kini duduk berhadapan
dengannya dengan wajah berseri-seri. Baju kurung labuh
berwarna putih dan juga selendang labuh yang menutupi
separuh tubuh gadis itu kelihatannya begitu cantik. Kecantikan
anak gadisnya itu sungguh terserlah kini. Balqis tersenyum
membalas senyuman ibunya yang sedang memekar walaupun
wajah tua itu sudah semakin kurus dan cengkung. Hati
kecil Balqis sebenarnya begitu sedih melihat keadaan ibunya
begitu, namun senyuman terpaksa diukir untuk membuatkan
ibunya gembira pada hari bahagianya itu. Hari di mana dia
bergelar isteri kepada seorang lelaki seketika nanti.
“Balqis, mak gembira. Terima kasih, ya sayang?
Terima kasih kerana buatkan mak terlalu gembira pada hari
ini...” ucap Kalsom dengan wajah riangnya. Dia terbatukbatuk
kecil selepas bersuara, membuatkan Balqis mengusap
lembut belakang ibunya itu.
“Mak okey tak ni? Hmm... Tak apalah, mak. Balqis
gembira sangat kalau mak gembira. Tapi mak okey ke ni? Nak
Balqis baringkan mak?” Prihatin benar Balqis ketika ini.
Kalsom yang mendengar, bergenangan air mata. Dia
menggeleng-geleng kecil.
“Sakit sikit aje, nak. Mak nak tengok kau lagi.
Belum puas mak tengok muka anak mak yang tersayang
ni…” balas Kalsom sambil terus memekarkan senyumannya.
Wajah Balqis yang disolek nipis itu, diusap-usap lembut. Air
matanya jatuh jua ke pipi tatkala itu. Terharunya rasa hati
Kalsom ketika ini. Betapa dia bersyukur kepada Allah SWT
kerana membenarkan dia melihat Balqis berkahwin sebelum
tiba hayat terakhirnya.
“Mak, kenapa menangis ni? Janganlah menangis,
mak...” ujar Balqis sambil menyeka air jernih di wajah
cengkung ibunya. Kalsom memegang tangan Balqis yang
sedang galak mengesat air matanya. Dia menggenggam
tangan itu erat-erat lalu dibawa ke dadanya.
“Balqis anak mak yang tersayang, akhirnya kau
terlepas juga dari neraka ni. Mak akan sentiasa doakan
kebahagiaan kau, nak. Walaupun sampai masanya nanti mak
pejam mata, mak dah gembira dan tenang. Mak selalu
harapkan yang terbaik buat kau, nak. Kaulah satu-satunya
anak mak yang tersayang… yang selalu mak sayangi sejak
kau dilahirkan lagi. Mak halalkan segala makan minum serta
air susu yang mak berikan kepada kau semasa kau masih
kecil dan mak ampunkan dosa-dosa kau walaupun sebesar
hama. Berbahagialah, sayang. Nur Balqis Maisara binti Abdul
Hamid. Nama anak mak yang tersayang… Nama yang
secantik tuan tubuhnya dan seharum keperibadiannya... Mak
yakin, dengan ilmu yang kau ada, kau akan dapat
meneruskan hidup ini dan mudah-mudahan kau akan selalu
dipelihara oleh Allah SWT...” ucap Kalsom dalam nada suara
yang lemah.
Dia tidak larat lagi untuk berkata-kata sebenarnya.
Tetapi kerana hari ini merupakan hari bahagia anak
kesayangannya, dia gagahi juga berkata-kata. Dia harapkan,
Balqis dapat mengingati kata-katanya ini buat selamalamanya
kerana ia mungkin adalah kata-kata terakhir
daripadanya buat Balqis.
“Mak, terima kasih. Terima kasih kerana telah
membesarkan dan mendidik Balqis selama ini. Jasa dan budi
yang telah mak taburkan tak dapat Balqis balas semuanya di
dunia ini. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mak... Balqis
sayangkan mak! Mak jangan cakap macam ni lagi, mak.
Balqis rasa macam mak dah nak tinggalkan Balqis. Balqis
masih mahu menatap wajah mak, Balqis nak peluk mak
selalu... Balqis hanya ada mak seorang dalam dunia ni...”
balas Balqis dengan air mata yang bercucuran. Kalsom juga
kini mengalirkan air mata. Dia memeluk bahu Balqis yang
kini melabuhkan punggung di sebelahnya. Dahi anaknya itu
dicium sepenuh kasih.
“Balqis bakal ada suami nanti. Balqis tak
keseorangan kalau mak dah tak ada nanti. Mak yakin, Harith
itulah jodoh terbaik buat kau, nak. Mak dah tak risau lagi
kalau kau dah berkahwin. Sekurang-kurangnya, dah ada
orang yang boleh jagakan kau untuk mak. Seorang lelaki
yang bakal melindungi kau daripada segala dugaan yang
mendatang. Dia yang bakal membahagiakan hidup kau
selepas ini, nak...” jawab Kalsom sambil mengusap kepala
Balqis. Gadis itu semakin sebak lalu menjatuhkan kepala ke
atas paha Kalsom.
Tidak, mak. Lelaki itu mungkin akan menyebabkan
Balqis terus berada di dalam neraka dunia ini, mak. Balqis
tidak akan terlepas jika lelaki itu mengotakan apa yang dia
pernah cakapkan kepada Balqis dulu! Lelaki itu mungkin
bakal menzalimi Balqis, tetapi Balqis reda dengan ketentuan
Allah SWT ini. Balqis akan cuba segala-galanya untuk
menempuhi dugaan yang bakal mendatang selepas ini. Balqis
yakin dengan apa yang Allah takdirkan terbaik buat Balqis.
Balqis reda andainya lelaki seperti itulah jodoh Balqis! Balqis
bermonolog dalam hatinya ketika kepalanya masih berada di
pangkuan ibunya. Air matanya sudah membasahi kain batik
yang dipakai oleh Kalsom.
“Kenapa menangis macam ni pada hari kau dah nak
bergelar isteri orang ni? Mak tak mahu kau sedih-sedih, ya?
Kau jangan sedih kalau mak tak ada sekalipun. Mak harapkan
Balqis Maisara boleh berbahagia selalu. Mak sayangkan anak
mak ni. Tersangatlah sayang! Jangan ada air mata lagi yang
tumpah selepas kau dah berkahwin nanti, nak...” Kalsom
mengusap kepala Balqis yang masih berada di pangkuannya.
Anaknya itu kelihatan mengangkat kembali muka lalu
menatap lemah wajahnya. Air mata Balqis diseka perlahanlahan
dengan jemarinya yang sudah berkedut seribu.
“Mak, Balqis juga sayangkan mak. Terlalu
sayang…” ujar Balqis sambil mencium tangan ibunya. Dia
kemudiannya mengucup kedua-dua belah pipi ibunya apabila
wanita tua itu tersenyum kepadanya.
“Dahlah, nak. Dah habis solekan kat muka kau tu.
Nanti suruh mak andam tambah sikit bedak kat bawah mata
tu. Dah macam sembap aje...” tangan Kalsom meniti ke
bawah mata Balqis yang comot lalu dilap sedikit dengan tisu.
Balqis cuba tersenyum, namun pahit.
“Nanti Balqis bawakan kerusi roda untuk mak, ya?
Mak tunggu kejap...” getus Balqis sambil mengangkat
punggung lalu menghilang ke luar bilik ibunya. Kalsom
mengelap air mata terakhir yang mengalir di pipinya. Ya
Allah, Engkau bahagiakanlah hidup anakku Balqis selepas dia
berkahwin. Berilah dia kehidupan yang lebih sempurna
setelah lama hidupnya sengsara di rumah ini. Ya Allah, hanya
kepada-Mu aku berserah segala-galanya…

No comments:

Post a Comment