Sunday, 26 June 2016

Hanya Milikmu - Bab 3

“PAPA! Betul ke papa nak hantarkan
perempuan tu balik? Papa ada apa-apa ke dengan dia? Jangan
buat pasal. Nanti mama tahu, habislah papa!” ujar Tengku
Harith, sinis. Tengku Ismail menoleh laju. Matanya menatap
wajah anak lelakinya itu.
“Memang papa nak ada apa-apa dengan dia pun.
Nanti papa beritahulah kepada mama kamu...” Tersengihsengih
Tengku Ismail ketika ini. Wajah terkejut Tengku
Harith dipandangnya sekilas. Biar betul papa ni?
“Jomlah! Balqis dah datang tu...” ajak Tengku
Ismail sambil mencuit lengan anak lelakinya. Langkah Balqis
diperhatikan penuh perasaan meluat oleh Tengku Harith.
Berlakon baiklah tu! Dah tahu aku dan papa ni
orang kaya, nak ambil kesempatan? Kau jangan haraplah nak
merasa hidup senang, wahai perempuan tak tahu malu!
Memang dasar perempuan miskin dan kolot yang hanya tahu
nak mengikis harta orang-orang kaya... Tengku Harith
menanamkan prasangka buruk kepada Balqis sambil
menjeling tajam gadis itu yang kini tertunduk. Balqis takut
melihat pandangan mata Tengku Harith yang mencerlung
memandangnya. Dan Balqis tahu, lelaki itu tidak sedikitpun
sukakannya.
“Papa jalan dulu. Nak ambil kereta sekejap. Tunggu
kat luar, okey?” Tengku Ismail meminta diri awal, sengaja
ingin memberi peluang kepada Tengku Harith dan Balqis
berkenalan sesama mereka. Harapan Tengku Ismail, anak
lelakinya akan menyukai Balqis setelah mengenali gadis itu
walaupun dia tahu anaknya itu tidak sukakan perempuan
berpenampilan begitu. Harap-haraplah, Tengku Harith
memandang dari mata hati, bukanlah dengan pandangan
mata kasarnya.
“Apa kau nak?” soal Tengku Harith sebaik sahaja
Tengku Ismail berlalu pergi. Balqis tersentak lalu
memandang tepat ke wajah Tengku Harith yang juga sedang
merenung tajam ke arahnya.
“Maksud awak?”
“Maksud aku, apa yang kau nak dengan berlakon
baik depan papa aku? Kau memang dah rancangkan semua
ni, kan? Supaya papa aku berkenankan kau... Tengoklah cara
papa aku tadi tu... Puas dah hati kau bila papa aku layan kau
baik-baik? Sampai nak hantarkan kau balik pula tu? Kau
memang nakkan harta dia aje, kan?” perli Tengku Harith
sinis membuatkan Balqis terkedu dalam perasaan tidak
percaya. Mana mungkin dia berniat begitu terhadap
seseorang? Tambahan lagi seorang yang baik seperti Tengku
Ismail itu.
“Astaghfirullahal’azim... Kenapa awak tuduh saya
macam tu?” soal Balqis dengan hati yang pedih. Sampai
begitu sekali Tengku Harith menuduhnya. Semua orang
menuduhnya sebagai seorang perempuan jahat yang hanya
tamakkan harta benda! Mengapa agaknya? Air mata Balqis
mulai bergenang.
“Kau ingat, kau pakai tudung labuh macam tu, aku
nak terpedaya? Kau jangan haraplah! Kalau kau nak tipu
orang lain kau bolehlah... Tapi jangan harap aku akan
percayakan kau! Kau jangan bermimpi nak makan harta papa
aku tu... Semua harta dia milik aku, tau? Aku takkan setuju
kalau kau nak kahwin dengan papa aku tu... Kau jangan
ingat, kau dah berjaya!” hambur Tengku Harith lagi dengan
wajah tiada langsung berperikemanusiaan.
Air mata Balqis hampir gugur ketika tuduhan demi
tuduhan dilemparkan kepadanya. Hina sangatkah jadi
miskin? Sampaikan pergi ke mana pun orang mencaci,
mencela dirinya sampai begini? Pekerjaannya yang halal juga
dikatakan pekerjaan sama seperti pelacur! Mengapa agaknya
terdapat orang-orang yang begitu kejam melayannya seperti
sesuatu yang tidak berperasaan? Balqis beristighfar panjang
apabila tersedar yang dia kini semakin melupakan Allah
sehinggakan sanggup mempertikaikan tentang takdir
hidupnya. Mungkin semuanya ini mempunyai hikmah
tersendiri, Balqis tahu itu. Ya Allah, sabarkanlah hati hamba-
Mu yang lemah ini...
“Awak, walaupun saya ni miskin sekalipun awak tak
berhak tuduh saya sampai macam tu sekali. Saya sedar diri
saya ni siapa, saya tahu saya memang tak layak langsung nak
bergandingan dengan orang-orang kaya dan ternama seperti
awak... Awak jangan menghina saya kerana saya miskin...”
ujar Balqis dengan nafas tersekat-sekat. Dia masih mampu
menahan air matanya daripada terhumban ke bumi.
“Baguslah kalau kau tu sedar diri... Perempuan
macam kau ni…”
Belum pun sempat Tengku Harith habis berkatakata,
kelihatan Mercedes papanya sudah berhenti di hadapan
mereka. Tengku Harith mendengus kasar sambil menjegilkan
mata kepada Balqis. Tertunduk Balqis tika terpandangkan
riak yang dibuat oleh Tengku Harith.
“Kau jangan buka mulut pasal tadi tu. Kalau tak,
tahulah nasib kau...” ugut Tengku Harith lalu cuba berpurapura
senyum kepada Tengku Ismail yang mula menurunkan
cermin tingkap keretanya.
“Rith! Apa yang kamu tunggu lagi tu tercegat kat
situ? Balqis, masuklah...” Tengku Ismail tersengih penuh
makna. Balqis membuntuti Tengku Harith memasuki perut
kereta. Pintu kereta dibuka oleh Balqis dengan perasaan
teragak-agak.
“Masuklah... Bila lagi nak merasa jadi mem besar,
kan?” sinis suara Tengku Harith. Dia sempat menjeling tajam
Balqis seraya mempelawa gadis itu masuk ke tempat duduk
belakang, manakala dia masuk ke tempat duduk penumpang
bersebelahan papanya yang menjadi pemandu.
Balqis hanya mendiamkan diri. Dia beristighfar
lagi, menyabarkan hatinya. Ya Allah, tabahkanlah hatiku...
bisik Balqis dalam hati.
Sesampainya mereka di rumah Balqis, Tengku
Ismail turun bersama Balqis lalu berjalan beriringan menuju
ke rumah Balqis. Tengku Ismail ada mengajak Tengku Harith
bersama namun anaknya itu menolak dengan alasan dia
mahu mengambil angin malam. Tengku Harith hanya
bersandar pada kereta Mercedes papanya ketika lirik matanya
sahaja yang menghantar Balqis sehingga gadis itu memasuki
perut sebuah rumah yang kelihatan usang.
Miskin benar rupa-rupanya gadis tu. Patutlah
terdesak sangat sampai papa aku pun dia nak goda! Papa pun
satu. Kenapa mudah sangat terpedaya dengan lakonan
mantap perempuan kolot tu? Konon-kononnya baiklah tu?
Tolonglah, aku takkan terpedaya dengan penampilan yang
nampak sangat kepura-puraan itu! Kutuk Tengku Harith
dalam hatinya.
Dia nampak papanya yang turut memasuki rumah
Balqis. Kata papanya, dia ingin berjumpa ibu bapa Balqis
untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku supaya ibu
bapa Balqis tidak berasa risau. Entah kenapa agaknya
papanya itu sampai boleh tertipu dengan seorang yang licik
seperti Balqis? Tengok muka pun dah tahu, muka tak boleh
dipercayai. Bukannya papanya tidak tahu sekarang ni kes-kes
penipuan sudah banyak berleluasa di negara ini. Butakah
orang tua itu untuk menilai sikap dan perangai seseorang?
Perempuan seperti Balqis terlalu mudah dijangka helahnya!

No comments:

Post a Comment