Thursday, 23 June 2016

Kau Princess Aku Okay! - Bab 2

MEGA HOTELS AND RESORTS (MHR)
merupakan syarikat milik tunggal Puan
Sri Tengku Zanariah binti Tun Tengku
Iskandar yang bertaraf bumiputera 100%.
MHR mula beroperasi pada tahun 1953
yang diuruskan oleh Tun Tengku Iskandar
bin Tengku Abdullah dan merupakan hotel
pertama yang dibuka oleh bumiputera.
Pada tahun 1995, Puan Sri Tengku
Zanariah melantik anak tunggalnya,
Datuk Abdullah Harris bin Tan Sri
Abdul Aziz sebagai Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Pada tahun 2012, Encik Hakimy Rayyan,
anak sulung Datuk Abdullah Harris
dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif. Kini, MHR mempunyai
cawangan di setiap negeri di semenanjung
Malaysia dan berjaya meluaskan
cawangan di beberapa buah negara di Asia
iaitu Indonesia, Thailand, India dan Jepun.
Pada tahun 2011, MHR London pertama
di benua Eropah mula beroperasi. Projek
yang memakan masa beberapa tahun itu
bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan
Malaysia dengan United Kingdom,
malah mengharumkan nama negara.
MAKLUMAT mengenai Mega Hotels and Resorts
dibaca lagi beberapa kali. Gambar Datuk Abdullah Harris
bersama Hakimy Rayyan dipandang lama. Dia sendiri pernah
berjumpa mereka berdua. Tetapi saat itu, langsung tidak
terdetik persamaan antara mereka. Kenapa dia terlalu bodoh
untuk menyedari hakikat itu? Keluhan dilepaskan lagi.
“Thank you sir.” Raysha melangkah turun dari teksi
selepas membayar tambang. Dia mendongak tinggi. Terpanar
melihat ketinggian Mega Hotels and Resorts Kuala Lumpur
yang nyata berbeza 10 kali ganda daripada Mega Hotels
and Resorts London yang hanya lima tingkat sahaja. Malah
jumlah pekerja juga tidak ramai.
Di Mega Hotels and Resorts London, tingkat pertama
menempatkan ruang pejabat yang tidak terlalu besar. Dia juga
bekerja sendirian di bawah Marketing dan Communication
Department. Apabila ditukarkan ke Malaysia, jawatannya
tetap sama, cuma gajinya akan dinaikkan. Malah, dia juga
mendapat banyak keistimewaan dan elaun sampingan.
Mega Hotels and Resorts Kuala Lumpur sengaja
dibina hampir menyerupai Menara Berkembar Petronas
dengan ketinggian 40 tingkat dan jumlah bilik sebanyak 788
buah. Sebab itulah Mega Hotels and Resorts Kuala Lumpur
mempunyai dua bahagian ataupun wings iaitu Makmur wing
dan Sentosa wing. Di Makmur wing, lima tingkat di bawah
terdiri daripada lobi, kafe dan beberapa buah dewan. 10 tingkat
teratas Makmur wing merupakan ibu pejabat Mega Hotels
dan Resorts. Selebihnya pula ada bilik-bilik tetamu jenis suite
and lounge. Di Sentosa wing pula, hanya menempatkan bilikbilik
tetamu daripada pelbagai jenis termasuklah penthouse
di tingkat 40.
Raysha melemparkan senyuman pada penjaga pintu
utama yang nampak segak dengan pakaian seragam rasmi
Mega Hotels and Resorts yang bertemakan batik berwarna
merah. Kemeja dan berseluar slack hitam, manakala wanita
pula manis dan cantik berbaju kebaya dengan tema yang
sama. Dia cuba mengawal dirinya daripada terus terlopong.
Seni bina dan dekorasi dalam hotel lebih mengagumkan.
Hotel ini nampak sangat mewah.
“Hello. Welcome to Mega Hotels and Resorts Kuala
Lumpur. I’m Lavin Chia. Is it your first trip to Malaysia?”
Ramah Lavin menegur Raysha yang sudah tersenyum manis.
Dia terus menghidangkan segelas air lemon di atas kaunter
penyambut tetamu.
“Yes. I’m Esha Ebrahim. I have an appointment
with Mr. Syazlan Merican,” jawabnya pula. Bell boy yang
menolongnya tadi setia menunggu di sebelahnya dengan
senyuman panjang.
“Wait a minute please,” ucap Lavin dengan
senyuman sebelum beredar ke kaunter belakang. Seminit
kemudian, Lavin kembali.
“He asked me to guide you to his room. This is your
key. We will go to your room first and then I will bring you
to meet Mr. Syazlan,” ujarnya ramah. Senyuman masih kekal
menghias bibir. Kemudian dia berbisik kepada rakannya di
sebelah sebelum keluar dari kaunter penyambut tetamu.
Raysha mengangguk sahaja. Dia berpaling ke arah
bell boy yang mengikut mereka. Dia naik malu apabila
melihat kepala anak patungnya yang terkeluar dari beg kertas
miliknya itu. Oleh sebab dia tahu yang dia akan duduk lama di
Malaysia, dia mengambil keputusan membawa anak patung
itu. Tidak sanggup dia berjauhan.
“Good morning Mr. Kimy,” tegur Lavin mesra saat
dia hampir berselisih dengan seseorang.
Raysha tergamam. Menggeletar terus tangannya.
“Miss... are you alright?” Terus Lavin menyoal
apabila melihat wajah pucat gadis itu.
“Yes. I’m fine. Thank you for asking.”
“Good morning... err Lavin. I need your help. Please
don’t allow Miss Nurlisa access to come up to my room and
please inform the same to the Front Office staff.”
Lavin mengangguk sahaja. Faham sangat
arahan timbalan pengarahnya itu. Bukan kali pertama
dia diarahkan sebegitu. Malah hampir semua penyambut
tetamu diberi arahan yang sama. Dia kenal dengan Nurlisa
yang dimaksudkan. Gadis yang sering muncul dan meminta
bertemu dengan pengarahnya tetapi tidak pernah dilayan.
Cuma hadiah daripada Nurlisa terpaksa dia terima.
“But Mr. Kimy... if she insists to see you?”
“Damn! She is not to be allowed up here. I will notify
the Security Department about that.” Tegas suara lelaki itu.
“Okey Mr. Kimy.” Lavin nampak serba salah. Dia
menoleh memandang Raysha yang masih nampak pucat di
sebelahnya.
“Miss, are you really alright?”
Raysha mengangguk. Dia cuba melarikan diri
daripada memandang lelaki segak di hadapannya apabila lelaki
itu tidak lepas memandangnya dari atas ke bawah. Bukan kali
pertama dia berjumpa dengan lelaki ini, tetapi pertemuan
kali ini tidak dijangkanya. Lelaki di hadapannya ini punya
karisma tersendiri. Tubuhnya kurus, tetapi tegap. Tinggi
hampir 180cm. Rambutnya ikal berwarna perang gelap dan
sedikit panjang, tetapi disikat kemas. Warna matanya kelabu.
Raysha mengeluh. Tiba-tiba dia teringatkan
abangnya di Melbourne. Mereka hampir sama. Takdir apakah
ini ya Allah?
“Siapa ni?”
“Klien Encik Syazlan,” beritahu Lavin.
“Encik Syazlan? Kenapa saya tak tahu apa-apa pun.
Cantik, kan Lavin? Siapa nama?”
Lavin tarik sengih. Dia faham sangat dengan
perangai pengarahnya. Playboy!
“Siapa nama?” soal lelaki itu lagi kepada Lavin.
“Miss Esha,” jawab Lavin sambil tersenyum kepada
Raysha.
Raysha hanya memerhati. Dia tidak pasti sama ada
dua orang lelaki di hadapannya itu sedar bahawa dia juga
boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan memahami
perbualan mereka.
“Esha!”
“Uncle!” Mekar senyuman Raysha. Penyelamat!
“Lama uncle tunggu kat ofis. Risau uncle,” beritahu
Encik Syazlan dengan wajah bimbang. Raysha merupakan
anak kawan lamanya, sudah dianggap seperti anak sendiri
walaupun hanya beberapa tahun sahaja dia mengenali gadis
comel itu.
“Esha dah nak pergi. Tapi…,” balas Raysha sebelum
dia melepas pandang ke arah dua lelaki di hadapannya yang
sudah terlopong termasuklah juga bell boy yang sejak tadi
menjadi pemerhati.
“Kenapa Mr. Kimy? Tutup mulut tu.” Pelik Encik
Syazlan dibuatnya.
“Siapa ni?”
“Tak berkenalan lagi?” soal Encik Syazlan pula.
Pantas lelaki itu menggeleng.
Berkerut dahi Encik Syazlan sebelum tersenyum.
Dia melepas pandang kepada Raysha. Dia tahu Raysha
mengenali pewaris Mega Hotels and Resorts kerana sudah
beberapa kali mereka ke London. Rasanya dia juga pernah
memperkenalkan Raysha dahulu.
“Esha. Rasanya Esha kenal Hakimy Rayyan, kan? He
is our Executive Vice President.”
Raysha mengangguk sahaja. Sudah banyak kali dia
berjumpa. Tambah pula dia pekerja Mega Hotels and Resorts.
Tetapi mungkin Hakimy tidak menyedarinya. Dia bukanlah
sesiapa.
“Mr. Syazlan, she can speak Malay?” Sukar Hakimy
hendak mempercayainya. Gadis mat salih ini boleh bercakap
dalam bahasa Melayu? Damn! Malunya rasa!
“No doubt she can!”
Raysha angguk lagi.
“Why didn’t you tell me earlier?”
Lavin dan bell boy sudah disuruh menghantar
barang-barang Raysha ke bilik. Encik Syazlan pula terpaksa
beredar sebentar apabila namanya dipanggil oleh seseorang
di kaunter. Raysha dan Hakimy saling berpandangan. Kekok.
“You never asked me, Mr. Kimy. By the way, thank
you for your compliment.”
Merah padam wajah Hakimy menahan malu.
“I learnt Malay from my father. He’s Malay,” beritahu
Raysha. Dia sentiasa bangga dengan darah campuran dalam
dirinya walaupun tidak ramai mempercayainya. Dia terlalu
mewarisi gen arwah mummy.
“So, you are mixed?”
Raysha mengangguk sahaja.
“Saya tak sangka.” Tersengih Hakimy. Nasib baiklah
dia tidak terlajak kata tadi. “Saya rasa kita mungkin pernah
berkenalan, tapi tak berkenalan rapat. Sebab tu saya tak tahu
awak boleh bercakap bahasa Melayu. By the way, I’m Hakimy
Rayyan.” Tangan dihulur untuk berjabat tangan.
“I’m Esha.” Raysha terus menyambut huluran
tangan Hakimy. Dia cuba mengawal debaran dalam hati. Ya
Allah, secepat inikah aturan Allah kepadanya?
“Just Esha? Surname? I believe your real name is
not just Esha.”
Raysha garu kepala yang tidak gatal.
“Why? Is it a problem?”
“I just can’t remember your name and I’m your
boss. It is not a crime to know your name.” Sebenarnya
Hakimy cuba untuk mengingati semula nama pekerjanya
yang diluluskan untuk dipindahkan ke sini. Lagipun urusan
pemindahan itu memang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan
Sumber Manusia. Cuma dia ada dimaklumkan juga.
Raysha telan air liur. Serius pula wajah Hakimy tika
ini.
“Hmm… Jihan Raysha, Mr. Kimy.”
Jelas nampak perubahan wajah Hakimy.
Renungannya tajam menikam wajah gadis di hadapannya.
“Jihan Raysha? Your name is Jihan Raysha?” soal
Hakimy nampak tidak percaya.
Raysha resah. Air liur ditelan payah. Dia masih tidak
bersedia. Dia betul-betul tidak bersedia walaupun itu tujuan
utama dia ke Malaysia sebenarnya.
“Yes. That’s my real name.”
“Could you spell your name?” Hakimy masih beriak
serius.
Raysha terkedu.
“Why?”
“Just spell your name,” suruh Hakimy bertambah
serius.
“Err… J.I.H.A.N. R.A.Y.S.H.A.”
Mata Hakimy membulat. Tangannya sudah
memegang bahu Raysha.
“Eh, Mr. Kimy. What are you doing? Let me go!”
Raysha cuba menepis tangan Hakimy. Dia menjadi gerun
pula melihat mata kelabu Hakimy yang tajam merenung
matanya. Air liur ditelan payah.
“Your father’s name?” soal Hakimy. Dia masih tidak
mahu melepaskan tangannya walaupun dia perasan semua
orang sudah memandang mereka. Lagipun mereka di lobi
hotel.
“His name is Meor Muhammad Ebrahim Meor
Esmail. Do you know him?”
“No. I don’t. Are you sure that's your father's
name?” Hakimy masih nampak tidak berpuas hati. Tajam dia
merenung wajah putih gebu itu yang semakin memerah.
“Of course I’m sure of my father's name! His name is
Meor Muhammad Ebrahim Meor Esmail. Tak mungkin saya
lupa nama daddy saya sendiri,” balas Raysha sedikit gugup
apabila melihat Hakimy masih merenungnya dengan tajam.
Dia berpura-pura membetulkan cermin matanya.
Hakimy mengeluh. Tidak mungkin gadis ini mahu
menipu nama bapanya sendiri. Dia memerhatikan lagi wajah
Raysha. Tangan dilepaskan akhirnya.
“Err… I’m sorry. Sampaikan salam saya pada ayah
awak.”
Raysha tarik nafas. Lega. Tindakan Hakimy memang
di luar kawalannya.
“I’m sorry Mr. Kimy. I afraid I can’t.”
“Why?” Berkerut-kerut pula dahi Hakimy.
“He passed away two months ago.”
“Oh, I’m sorry!” Hakimy terkejut.
“Sebab itulah saya tangguhkan pertukaran saya ke
sini. My dad sakit tenat,” beritahu Raysha. Entah kenapa,
boleh pula mereka berborak panjang.
“I’m so sorry to hear about that. My condolences
to you then. Hmm… actually, your name sounded very
familiar. Tak sangka kat London pun ada orang nama Jihan
Raysha, kan?” Tersenyum Hakimy. Tapi tidak semanis seperti
pertama kali mereka bertemu tadi.
“Mr. Kimy kenal ke sesiapa lagi dengan nama seperti
saya ni?” Raysha tayang muka pelik.
Hakimy tarik nafas. Kelu lidah hendak menjawab.
Dia pandang lama anak mata Raysha. Hazel. Cantik. Dia tidak
pasti sama ada itu warna contact lens ataupun warna mata
Raysha yang sebenarnya. Tetapi kalau dah pakai cermin mata,
tak mungkin rabun lagi kut?
“Mr. Kimy?” Raysha masih menagih jawapan.
Hakimy berdeham.
“My sister.”
“Oh, I hope I can meet her one day. But I never
knew that you have a sister. Bukankah Encik Kimy hanya
ada seorang adik kembar aje?” Raysha tayang muka pelik.
Dia genggam tangannya, cuba mengusir satu perasaan yang
sukar diungkap.
Hakimy tersenyum. Soalan itu tidak mampu dijawab.
“Esha, let’s go!” Muncul Encik Syazlan.
“Eh, dah lama ke Encik Syazlan kenal Esha?” soal
Hakimy ingin tahu. Dia tertarik pula mahu mengenali lebih
lanjut gadis yang mempunyai nama yang sama dengan
adiknya itu.
“Sebenarnya Esha ni anak arwah kawan baik saya.
Saya pernah kenalkan Esha pada Encik Kimy last year. Lepas
arwah meninggal dunia, Esha ambil keputusan datang sini.
Jadi saya dah rasa macam tanggungjawab saya jaga Esha bagi
pihak arwah. Lagipun Esha ni memang tak pernah datang
Malaysia. Encik Kimy dari mana?”
Hakimy tersengih pula.
“Jumpa client.”
“Jumpa client atau girlfriend?” tebak Encik Syazlan,
tersenyum sinis. Hal peribadi Hakimy itu memang sangat
diketahuinya. Nasib baiklah Hakimy merupakan seorang anak
muda yang tahu membezakan urusan peribadi dan pejabat.
“You know me very well.”
“Jom Esha. Uncle hantar Esha kat bilik. Esha
rehat-rehat dulu. Petang nanti kita jumpa semula. Uncle
jemput kat bilik.”
Raysha mengangguk.
“Encik Kimy nak pergi mana?” soal Encik Syazlan
dengan formal.
“Saya nak tinjau cafe sekejap. Ada laporan tadi.”
Encik Syazlan mengangguk. Hakimy walaupun
punya perangai yang agak ‘nakal’, tetapi dalam usia 25 tahun,
Hakimy sudah dihormati kerana mampu menguruskan
Mega Hotels and Resorts walaupun tanpa pengawasan Datuk
Abdullah Harris. Memang Datuk Abdullah Harris sangat
beruntung mempunyai anak seperti Hakimy.
“Kalau macam tu, kami pergi dulu.”
Hakimy pula mengangguk dan sempat dia
mengenyitkan mata kepada Raysha. Encik Syazlan yang
perasan hanya tersenyum dan menggeleng sahaja.
PINTU lif tertutup rapat. Raysha mengeluh panjang. Lega.
Dia seperti tidak boleh bernyawa apabila berhadapan dengan
Hakimy tadi. Kenapa semudah itu dia berjumpa dengan lelaki
itu? Permainan takdir?
“Uncle... where’s Datuk Abdullah?” Wajah Encik
Syazlan dipandang lama.
“Datuk jarang datang hotel. Selalunya dia datang
petang sebab Puan Sri Tengku Zanariah tak sihat sekarang.
Tapi, sekarang dia di US sehingga Raya Haji nanti sebab ada
kerja. Esha balik London ke Raya Haji nanti?” soal Encik
Syazlan. Tidak lama lagi Hari Raya Aidil Adha.
“Never thought about it. Hmm… balik kut.”
Encik Syazlan tersengih mendengar perkataan
‘kut’ dari bibir Raysha. Nampaknya sedikit sebanyak dah
terpengaruh dengan anak bongsunya, Sofiyya. Kalau dia ke
London, selalu juga dia membawa isteri dan anak bongsunya
itu. Hubungan Sofiyya dan Raysha juga agak rapat. Dia
sebenarnya tidak pernah berjumpa anak sulung Encik
Ebrahim kerana setiap kali di London, Daniel berada di
Melbourne.
“Sebenarnya uncle baru nak ajak Esha sambut raya
dengan keluarga uncle aje. Takpelah. Next time pun ada masa
lagi, insya-Allah. Hmm… auntie tak sabar nak jumpa Esha.
Malam ni Esha datang rumah uncle, nak? Kita dinner sekali.”
“Thanks uncle. Maybe not today. I’m quite tired.”
“Okey. Lain kali ya?” Encik Syazlan memang faham
Raysha masih penat. Siapa yang tidak penat menempuh
perjalanan panjang dari Kuala Lumpur ke London, kan?

No comments:

Post a Comment