Sunday 26 June 2016

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 8

LANGKAH deras makin menghampiri zon parkir.
Tubuh berlari-lari anak. BMW hitam milik Zita sudah
kelihatan di hadapan. Tangan Qistina laju menyelongkar
isi perut beg Coach yang tersangkut di lengan. Tunggang
terbalik. Masih tidak berjumpa. Ya Allah, mana pula kunci ni
pergi. Diseluk lagi ke dalam. Dikoyak lebih lebar perut
beg Coach.
Mencari di celah-celah. Mata turut sama menjengah
ke dalam isi perut tas tangan. Akal sedang berkecamuk
memikirkan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi.
Macam-macam rasa yang sedang menari-nari di lantai jiwa.
Janganlah buat pasal waktu-waktu macam ni. Please...
please... Bibir sudah menghambur ucapan-ucapan yang entah
apa-apa. Bencinya kala diri terperangkap dalam situasi begini.
Kepala laju menoleh ke belakang. Mata liar
memandang sekeliling dengan nafas yang laju memacu.
Paras adrenalin melantun deras... sudah tahap maksimum
dirasakan. Dada turun naik. Saat ditemuikan apa yang dicari,
laju ditekan punat. Dan serentak tangan mencapai pemegang
pintu. Tubuh pantas melolos masuk menghenyak perut
kusyen. Dilepaskan nafas. Tangan mengurut dada seketika.
Dijenguk kepala sedikit mencari lubang kunci. Enjin
mahu dihidupkan segera . Qistina mahu cepat-cepat beredar
daripada kawasan ini. Dan ketika diri masih di ambang
amukan rasa kelam-kabut dalam usaha menghidupkan enjin
BMW Zita yang dipinjam tatkala mahu keluar berjumpa Kamal
dan Zura tadi, pintu penumpang hadapan ditarik pantas
dari luar.
Jantung bagai terhenti sesaat bila tubuh tegap
berbaju-T hitam dengan Chrome Hearts yang terletak di mata
masuk melabuh duduk di sebelah. Mata terpanar. Tidak
berkelip. Tubuh tersentak. Tersandar dengan kunci masih di
tangan. Terkulai di jari-jemari.
Jeda.
Chrome Hearts ditarik dari pangkal hidung
perlahan-lahan. Wajah cantik di sebelah yang jelas sedang
terkejut ditatap Khalish. Tunak. Tidak beralih gerakan dan
kerlipan mata. Selama lima tahun dia menanti saat ini
kembali. Saat-saat yang paling ditunggu. Sukarnya
memadamkan hangat rasa itu di jiwa.
Benarlah apa yang dirasakan selama ini. Biar
dia cuba menafikan, hakikat tetap hakikat. Jiwa mereka
berdua sudah bersatu sejak sekian lama. Cinta itu tidak
pernah hilang. Cinta itu tidak pernah mati. Empunya
wajah di sebelahnya ini terlalu kuat menghantui
rentetan perjalanan hidup seorang Khalish selama
kepergiannya.
Hati dan jiwa Khalish jauh dibawa pergi
oleh ratnanya ini. Pemergian yang tercetus daripada
khilaf terbesar dalam diari hidup lelakinya. Ego yang
selama bertahun ini secara zahir kuat dipertahankan di
mata-mata yang memandang biarpun hati keras melarang.
Ego yang merantai langkah untuk pergi mencari belahan
jiwanya ini biarpun hati tidak pernah putus merayu.
Namun ego itu terdampar juga. Lebur dek desakan di
jemala hati yang tidak mampu membendung segala rasa
rindu yang mengulit jiwa setiap saat… setiap detik. Nafas
bagai sukar dihela. Kencang dengupan jantung kala sepasang
mata bundar cantik itu memanah pandangan mata.
Dua pasang mata saling bertentang. Qistina
hala wajah ke depan. Sekilas. Tiada kelibat manusia yang
melalui. Bagai memberi ruang dan peluang buat lelaki di
sebelahnya ini untuk menguasai keadaan. Tidak akan
dibenarkan. Tidak sama sekali! Qistina ketap bibir. Air liur
ditelan namun bagai tidak mampu menuruni
lembah kerongkong. Kembali dilontar wajah ke sebelah.
Masih tepat memanah renungan. Seketika hanya hembusan
nafas kedua-dua yang memenuhi ruang.
Seketika hanya tatapan dua pasang mata
yang berbicara. Dikalih kembali wajah ke depan. Lafaz
istighfar berlumba-lumba memenuhi ruang hati. Cuba diraih
tenang. Cuba dicipta kekuatan yang tercampak entah ke
mana saat renungan mata mereka mengambil alih ruang
jiwa. Dihela nafas panjang. Dalam-dalam. Sekian kalinya
lafaz istighfar dilontar. Lebih tenang.
“Tolong keluar.” Senafas suara dilontar. Nafas
yang terdesir menyapa cuping. Degupan jantung
masih lagi kencang. Cuba dikawal.
Khalish terus merenung.
“Qis...” Suara paling perlahan terluncur. Tidak
mungkin akan dilepaskan peluang yang sekian lama
ditunggu.
Dihela nafas dalam-dalam untuk ke sekian kali ini.
Qistina tahu dia perlu beredar dari sini. Semakin lama, akan
semakin merumitkan keadaan. Dia tidak mahu terperangkap
dengan segala apa yang cuba dikatakan lelaki ini. Untuk apa
lagi?
“Tolong keluar...”
“Qis, please...” Nada perlahan terus dibuai. Khalish
yakin Qistina pasti tahu apa yang dia inginkan. Qistina
dan kisah mereka dahulu takkan mungkin terhapus dari
hati gadis ini. Jiwa mereka sudah lama diikat. Hati mereka
sudah tersimpul dengan janji yang takkan mungkin mampu
terlerai.
Khilaf dahulu tidak akan diulang lagi. Dosa itu
terlalu berat bebannya menghentak pundak. Maafkan Khal,
Qis.
Khali. Qistina genggam jari-jemari erat. Perasaan
hati libang-libu saat telinga disapa dengan lontaran lembut
“We need to talk, Qis. Just give me a chance to say it.
Please…”
PANDANGAN mata dilontar semula pada wajah di sebelah.
Tajam. Wajah yang pernah meruntun kalbunya suatu masa
dahulu. Wajah yang dia puja dari banyak-banyak wajah
yang menagih kasih dan cintanya tanpa lelah. Wajah yang
sangat-sangat istimewa di hati seorang Annur Qistina.
Namun wajah inilah juga yang membuatkan mimpinya
sejak lima tahun dahulu hanya berlangitkan duka.
Wajah inilah yang telah menginjak maruah dirinya
hingga ke dasar lembah paling hina martabatnya. Inilah wajah
lelaki yang sedikitpun tiada belas ihsan saat menjatuhkan
hukuman paling berat dalam sejarah hubungan mereka
berdua. Dan kerana wajah inilah, dia hilang segala-gala
yang terindah dalam hidupnya. Semuanya kerana
lelaki ini.
“Talk?” Kening Qistina diangkat. Senyuman sinis
dilemparkan ke wajah tampan di sebelah. Apa lagi yang
mahu dikatakan. Sudah ditamatkan lima tahun dahulu
bicara antara mereka. Itu yang diputuskan Khalish. You
lupa rupanya kan, Khal. Senyum yang terukir makin lebar.
Kepala menggeleng perlahan. Mata dibawa kembali
memandang ke hadapan. Kunci di jari dibawa mencari
tempat buatnya bersemayam agar nafas enjin ini kembali
berdenyut semula.
Khalish hela nafas perlahan. Wajah di sebelah
yang sudah berpaling dari memandangnya dengan lontaran
senyuman sinis yang sangat dalam pengertiannya.
Khalish tahu gadis di sebelahnya ini wajar berbuat
demikian. Ruang parkir yang senyap bagai memberikan
sepenuh ruang untuknya agar tidak melepaskan peluang
ini. Peluang yang dia tunggu sejak sekian tahun.
“I knew it was my big mistake, Qis.”
Qistina dilihat tetap tidak berbunyi. Jauh sekali
memberi reaksi. Khalish raup wajah dengan kedua tapak
tangan. Dielus rambut lurus yang mencecah bahu perlahan.
Untaian rambut yang terjatuh di hujung mata pantas dikuis.
Nafas yang sedang berkecamuk cuba diredakan. Dia tahu
dia berdepan dengan Qistina yang baharu. Qistina
yang sudah lima tahun hilang dari tatapan mata.
“Qis...”
Sepi.
“I tahu you tak bersalah. I yang salah. I yang
terlalu mengikut rasa. I yang bodoh tidak boleh berfikir
waras untuk bezakan yang benar dan yang tidak. Semua
yang berlaku antara kita disebabkan I. Keadaan yang
memaksa you bertindak demikian Qis. I yang terburu-buru
menjatuhkan hukuman. I memang bodoh. I memang buta!”
Qistina memaling muka ke tingkap. Jendela hati
sedang terbuka menayangkan segala yang berlaku dahulu.
Hujan perasaan kembali membasahi jiwa. Rintik-rintik
kasarnya menendang pintu duka yang sedaya upaya dikunci
rapat sejak sekian tahun. Kerana rasa seorang Khalish
yang dangkal fikirannya saat itu, segala yang terjalin selama
ini antara mereka terlerai sekelip mata. Dan kerana bodoh
seorang Khalish, maruah Qistina tercalar, terhumban di
depan mata setiap tetamu yang datang di malam yang
paling bermakna buat mereka berdua.
Kerana lancang mulut you, diri seorang Qistina
tidak lagi berharga di mata setiap mata yang melihat.
Kerana tuduhan you, I hilang percaya seorang ayah. Sampai
hati you kan, Khal. Sampai hati you...
“Dan I sepatutnya lebih percayakan you atas
segala yang berlaku. Insiden tu bukan salah you. Nobody
want it happened, Qis. Nobody. Not even you and them.
Tapi I yang tak nampak semua tu. I yang terlalu mengikut
amarah hati yang menggila. I silap Qis. I silap...”
Qistina lontar ketawa. Silap konon. Just go to
the hell with your big mistakes, Khalish.
“Dah tak guna semua tu lagi. Takkan dapat you
kembalikan masa lalu I yang you rampas hanya kerana
kebodohan you, Khal. Kerana you I hilang segala-galanya.
Everything, Khal.” Deraian suara halus Qistina memecah
sunyi antara mereka. Khalish kemam bibir. Nafas bergetar
melihat wajah di sebelah ketawa. Ada hentakan yang
maha berat dirasakan menimpa lantai hati. “Qis, I know I
was wrong. But...”
Qistina hala tapak tangan yang diangkat lalu
dibentang ke wajah di sebelah.
“Qis, please.”
Jeda.
“Qis...” Khalish masih mengharapkan keajaiban.
Dia menoleh. Ditatap dengan pandangan yang
terlalu payah diluahkan rasanya. “There is nothing
more to talk, Mr. Khalish. Nothing. And...there is no ‘we’
between you and me. Got that? So please...” Mata dikerdipkan.
Tangan diunjuk lurus menghala ke pintu. “Keluar sekarang
dari kereta ni. I nak balik. “
Jeda. Khalish tunak dikerusi. Tidak berganjak
walau seinci. Qistina mula tidak tenteram. Bimbang hati
akan berbolak balik terhadap lelaki ini biar sudah dipasakkan
sumpah tidak akan sesekali membuka kembali lembaran
kisah antara mereka dahulu. Yang lepas dan berlalu
takkan mungkin akan mampu diubah lagi. Luka di hati,
parah di jiwa tidak akan kerana perbuatan lelaki ini
tidak akan dilupakan sampai bila-bila!
Nafas dihembus deras. Geram sedang bertamu
di mata. “Encik Khalish, sila keluar. Sekarang.”
Khalish menggeleng.
“I takkan keluar, Qis. No way. Selagi urusan
kita tak selesai I takkan keluar dari kereta you.”
Dengusan kecil dihambur. Qistina mula resah.
Rimas. Lelah.
“You tak faham bahasa ke ataupun you dah hilang
deria pendengaran, hmm...”
Khalish urut pelipis.
“Qis... I knew that was wrong. I mengaku. I minta
maaf dengan setulus hati I. Tolong Qis… I dah tak mampu
nak tanggung semua ini. I dah tak sanggup nak
berhadapan dengan beban di jiwa I ni. Tolong I, Qis...”
Qistina lontar senyum. Sinis. Mudahnya you minta
maaf dan harapkan kemaafan setelah apa yang you dah
lakukan kepada I pada hidup I. You fikir I apa, Khal?! Dada yang
bergetar makin kencang melonjak.
“Qis. please. Talk. We need to talk.”
Qistina toleh sekilas. Lirikan tajam dihambur.
“You fikir semudah itu? You fikir I semurah itu?
You fikir you siapa? You fikir I akan lupakan segala yang
dah berlaku? You fikir I akan lupakan apa yang dah you
lakukan pada I...pada maruah I? You ingat I patung yang
tak ada perasaan? I ni manusia Khal. I ni ada hati…
ada jiwa. Jangan you mimpi I akan lupakan apa yang
terjadi dahulu. I yang harung semuanya. Hidup sendiri dan
terbuang. Di mana you selama ini? Di mana, Khal?!”
Khalish telan nafas. Dalam dalam. Memang dia
yang bersalah. Memang dia yang bodoh. Memang dia
yang lancang. Memang dia yang terlupa makna sabar.
“Qis… I...”
“Stop it, Khal…”
Jeda.
Qistina di sebelah tidak lepas dari pandangan. Dilihat
Qistina diam namun gerak-geri tangan gadis itu tetap
mendapat perhatiannya. Diperhati. Tangan kiri Qistina
sedang mencari brek tangan. Dilepaskan perlahan.
Gear ditolak. Stereng dikawal penuh hati-hati. Khalish di
sebelah langsung tidak dihiraukan. Dan serentak
punat pintu berbunyi tanda sudah terkunci secara
automatik. Khalish tenang walaupun tidak pasti apa
yang cuba dilakukan gadis di sebelahnya ini.
Bibir Qistina diketap. Kuat. Just wait and see
what gonna happened, Mr Khalish Ariq. Tali pinggang
keselamatan ditarik merantai tubuh. Qistina menjatuhkan brek
tangan. Gear ditolak perlahan. Pedal minyak sudah ditekan.
BMW diundur penuh hati-hati dari kawasan parkir sebelum
meluncur laju.
Tiada sepatah kata yang terucap. Hanya desiran nafas
yang berbicara. Dibawa BMW meluncur memasuki ruang
pintu utama One World Hotel. Dihentikan kereta betul-betul di
hadapan pengawal yang bertugas. Tali pinggang dileraikan.
Saat tubuh mahu diangkat keluar dari perut kereta,
namanya terdesir di cuping.
“Qis...” Khalish angkat kedua-dua tapak tangan
separas bahu. Cuba melorek senyum biar dirasakan teramat
payah.
“Okey, I keluar. No need to call the security. “
Sapaan lelaki di sebelah membuatkan tubuh
dihenyakkan semula. Dikalih wajah memandang ke cermin sisi.
“We’ll meet again, Qis...”
Qistina terus memaku bibir. Diam.
“I takkan putus asa. Kerana I tahu hati kita
masih satu. Perasaan you pada I, dan perasaan I pada
you tak pernah berubah. Dan I sangat pasti tentang itu.”
Qistina ketap bibir. Sukar mahu disanggah apa juga yang terluncur
keluar daripada bibir lelaki di sebelahnya saat ini.
Arghhh... damn you, Khal!
“Tolong keluar sekarang.”
Khalish angguk. Pintu dicapai. Ditolak keluar. Mata
memandang sekali lagi pada wajah yang sekian lama dia rindu.
Wajah gadis yang paling dia cinta seumur hidupnya. Dan rasa
cinta itu tidak sedikitpun berkurang malah makin mekar.
“Qis...” Tubuh diangkat. Pintu dikuak lebar.
“Just go, Khal… out!”
Senyum. Akhirnya nama Khalish terluncur juga
daripada ulas delima merah itu. Sapaan yang sekian lama dia
rindu.
“I missed you so much, Qis....and...” Senyum
manis dilontarkan. “...welcome back my beautiful
Barbie Doll..”
Kepala Qistina menoleh. Khalish kenyit mata.
Qistina ketap bibir. Ditarik pintu penumpang deras walau
tubuh di sebelah belum keluar sempurna. Tubuh Khalish
terhumban sedikit ke belakang. Tersentak namun senyum
puas terukir di bibir. Dia tahu rasa itu masih kuat di jiwa
Qistina. Pandangan mata bundar itu sudah menceritakan
segala-galanya. BMW hitam yang laju meluncur ditatap tidak
berkelip.
Welcome back my sweet Barbie Doll.

No comments:

Post a Comment