Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 1




“Nina cepatlah sikit. Ko ni terhegeh-hegeh. Nanti habis lauk kat Warung Mak Jah. Aku dahla lapar gila ni. Pagi tadi sempat minum horlicks je....Ko ni pun, time-time macam nilah nak pakai kebaya ketatlah, kasut tumit tinggilah...” leter Arleena Sofea kepada Nina yang asyik memegang kainnya sambil berjalan. Itulah tiba-tiba melaram nak pakai kebaya pulak hari ini.
“Amboi ko ni membebel tak ingat. Lapar sangat ke? Selalu bila dah mengadap kerja ko lupa makan. Time aku melawa nilah ko macam-macam.” Hangin dia dengan Arleena yang tidak menyempat. Dia dah naik semput nak mengejar langkah panjang Arleena.
Inilah ragam mereka berdua. Walau pun asyik bertekak tapi mereka tetap akrab. Dari zaman universiti sehinggalah sekarang mereka masih lagi bersama. Rezeki dia dan sahabatnya Arleena Sofea diterima bekerja sebaik sahaja mereka selesai menamatkan latihan pratikal di Hotel Grenz. Arleena Sofea si gadis tinggi lampai yang berasal dari pantai timur itu walaupun banyak mulut tapi Nina senang berkawan dengannya.
Sorry beb... Aku lapar sangat ni. Mula nak hangin jer.  Macam la ko tak kenal aku..” Arleena menunjal manja bahu Nina. Niat untuk mengusiknya. Maklumlah muka Nina nampak stress sangat. Tu la gatal sapa suruh pakai kebaya ketat lagi.
“Jap lagi aku belanja, ko bayar ok..hehe..”
Hampeh ko...sempat lagi nak ambil kesempatan. Apa guna gaji ribu riban tapi kedekut dengan member...” balas Nina. Itulah Nina. Suka sangat guna istilah mengikut sesedap mulutnya.
“Aik? Istilah baru nampak.. Mana cilok toot! Cepatlah kau ni pun, nanti habis ikan keli aku tu sapa nak tanggungjawab? Nanti ngan kau sekali aku makan nak? Montok-montok ni sedap jugak.”
“Tak hingin aku... Tu Mak Jah ko dah senyum panjang sambut ko. Kalaulah Mak Jah ada anak, mesti ko diambilnya jadi menantu.”
“Malas aku layan.” Arleena melangkah masuk ke dalam Warung Mak Jah.
“Mak Jah tengoklah kawan kita ni. Pakai macam nak catwalk kat pentas jer. Perut saya ni dah main macam-macam lagu. Cuma belum masuk cromox je lagi.”
“Amboi ko mengata tak hingat. Dari tadi membebel. Aku bagi makan sambal belacan Mak Jah ni baru ko tahu.”
“Hi....Hi...terasa ke? Sorrylah kawan,” ujarnya sambil mengambil pinggan kosong yang diletakkan bersebelahan termos hijau yang berisi nasi putih di dalamnya.
“Dah pergi pilih lauk ko tu. Kalau habis nanti ko merengek-rengek pula. Malas aku nak layan.”
Tanpa mereka sedari, dua pasang mata sedang memerhatikan gelagat mereka. Ryzal tersenyum nipis memandang gelagat dua orang gadis di hadapannya. Gurauan gadis tersebut mencuit hatinya. Hatinya juga tertarik dengan gadis yang memakai baju kurung berbunga pink dan juga tudung lilit yang berwarna sama tetapi gelap sedikit. Nampak kontra tapi menarik. Typical of girl..tak boleh dipisahkan dengan warna pink.
            “Mak Jah....ikan keli dah habis ker? Kempunan la saya macam ni.” Arleena mengeluh apabila tidak melihat bayangan ikan keli yang berada di rak hidangan.
            “Ada... Mak Jah dah simpan untuk kamu. Hari ni Mak Jah tengok ramai sangat pengunjung daripada biasa. Jadi awal-awal lagi Mak Jah dah ambil simpankan untuk kamu. Dah hafal sangat lauk wajib kamu tu.” Ujar Mak Jah.
            “Sayang Mak Jah.. kalau tak ada tadi, sah-sah saya yang akan jadi kelinya,” sakat Nina.
            Arleena menjuihkan bibir ke arah Nina sambil kaki mengikut Mak jah ke bahagian dalam warung. Ikan keli mana boleh dilepaskan. Tak ada yang tu, kurang seleranya. Setelah mengambil ikan keli, dia keluar semula ke hadapan warung. Kelihatan Nina masih berdiri sambil memegang pinggan yang sarat dengan lauk pauk. Amboi tadi yang lapar rasanya dia. Ni dah terbalik. Memang pengunjung hari ini kelihatan lebih ramai daripada biasa. Nak kata dapat gaji belum lagi. Sekarang baru pertengahan bulan.
            “Weh Nina, mana nak duduk ni? Kenapa hari ni penuh semacam je aku tengok.” Dia menyoal pada Nina.
            “Tu la..aku rasa hari ni memang hari lapar sedunia kot.”
            “Ko jangan banyak cakap. Cubalah intai-intai meja kosong. Cukup kita dua orang, tumpang meja pun tak pe.”
            “Hujung sana boleh tak? Kat situ ada dua kosong. Ala mengadap mamat tu tak pelah. Lagi lama kita berdiri masa rehat habis nanti. Ada kena sembur karang.” Tutur Nina.
            “Aku tengok mamat tu macam kerek jer,” nyatanya tidak puas hati.
            “Alaaa....ko ni. Bukan kita nak duduk lama pun dengan dia. Kita tumpang meja je. Meja lain aku tengok semuanya satu saja tempat kosong. Jomlah lepas makan kita angkat kaki.”
            Dalam terpaksa dia menurut langkah Nina. Memang pun meja lain semuanya hanya ada satu sahaja tempat kosong. Takkan mereka nak makan secara terpisah.
            “Maaf saudara, boleh kami tumpang duduk kat sini? Tempat lain semuanya dah penuh.” Nina bertanyakan kepada pemuda yang berada di meja itu.
“Boleh..boleh..duduk sajalah.” Balas pemuda yang memakai kemeja berwarna kelabu. Boleh tahan juga mamat ni. Detik  Hati Nina. “Terima kasih.”
Amboi sopan santun pula si Nina ni. Selalunya dia main redah saja. Tak pernah minta izin pun. Omel hati Arleena.
            “Ni air korang macam biasa.” Mak Jah datang menghantar minuman kepada mereka berdua.
Bestlah Mak Jah ni. Tak perlu pesan tup-tup air dah sampai,” ujar Nina.
Mau Mak Jah tak ingat air kamu berdua ni. Seorang jus tembikai. Seorang lagi jus epal.” Sampuk Mak Jah sambil meletakkan air di hadapan dia dan Nina.
            “Terima kasih Mak Jah.” Serentak dia dan Nina mengucapkan terima kasih kepada Mak Jah.
Arleena merenung belakang badan Mak Jah yang sedang melayan pelanggan di meja sebelahnya. Wanita pertengahan umur itu telah dianggap seperti ibunya sendiri. Banyak nasihat yang telah diberikan oleh wanita itu kepadanya.
            “Maaflah ganggu. Saudari siapa nama? Dari tadi saya tengok cik ni asyik mengelamun saja.” Tegur pemuda di hadapan Arleena.
Memecahkan lamunan Arleena. Ceh...dalam perut lapar sempat lagi dia mengelamun tadi. Apabila ditegur begitu, tiba-tiba dia rasakan mukanya merah semacam. Malu siot kena tegur dengan pakwe hensem.
            “Ko apa hal, tak jamah lagi nasi tu?” tanya Nina.
Nina ralit memerhatikan mamat di hadapannya. Dari tadi mereka asyik bermain mata. Nina yang kecoh tiba-tiba bertukar menjadi pemalu. Melihat pemuda tersebut, seperti rama-rama terbang riang dalam perutnya. Tidak disedari yang rakan di sebelahnya belum menjamah hidangan di dalam pinggan.
            “Ya lah. Aku makan ni. Tadi aku ralit pandang Mak Jah tu. Teringat mak aku kat kampung.”
 Sebelum memulakan suapan dia memandang sedikit ke arah pemuda yang berada di hadapannya. Jika dilihat dari mata kasar, mereka ibarat seperti pasangan kekasih. Mana taknya masing-masing duduk mengadap antara satu sama lain. Macam berjanji pula.
            “Saudari sapa nama?” tanya lelaki di hadapannya.
Dari tadi bertanya kalau tak jawab tu faham-faham jelah. Kami ni nak tumpang meja sahaja. Bukan nak berkenalan. Ingin sahaja Arleena tutur sebegitu.
            Sorrylah wak.. kawan saya ni kalau lapar dia memang  blur macam ni.” Nina menjawab bagi pihak Arleena.
Ini bukan menolong. Ini mengata secara terangan namanya. Jeling Arleena pada sahabatnya itu.
            Tiba-tiba pemuda di hadapan Nina memuntahkan gelaknya. Kuat pula tu. Lawak sangat ker? Tanpa dapat menahan Harith ketawa apabila mendengar ucapan daripada mulut gadis di hadapannya. Nampak pemalu tapi apabila bersuara tepat ke sasaran. I like it. Sebenarnya dari tadi Harith tertarik dengan gadis di hadapannya. Baginya gadis tersebut memberikan aura tersendiri kepadanya. Ingin mengenali gadis di hadapannya dengan lebih dekat lagi. Bukan senang Harith hendak menyukai seseorang.
Dari zaman universiti sehinggalah sekarang, banyak gadis yang berurusan dengannya cuba mendekati. Semuanya dianggap sebagai business associate sahaja tapi tidak bagi gadis di hadapannya. Gadis tersebut mampu membuatkan matanya tidak berkalih dari menatap wajah di hadapannya. Adakah ini cinta pandang pertama? Pheweet...peluang jangan dilepaskan.
            Kurang asam keping betullah. Nina pun satu. Kalau dah bercakap tak der cover langsung. Dia kuis kaki Nina. Nina  hanya tersengih. Siap ko lepas ni Nina. Arleena memberi amaran melalui jelingan matanya.
            “I’m Nina. Ni kawan saya Arleena.” Nina memperkenalkan diri mereka.
            “Ooo..nice name. I’m Harith. This is my friend Ryzal. Selalu ker makan kat sini?” tanya Harith pula.
“Oo..setiap hari kami lepak kat sini. Lagipun dekat dengan tempat kerja kami,” ujar Nina.
            “Kerja kat mana?” tanya pemuda di hadapan Nina lagi.
            “Kami ni penyambut tetamu saja.” Arleena pantas mencelah sebelum Nina membongkarkan lagi perihal mereka. Bagi Arleena, mereka hanya menumpang meja, jadi tak perlulah nak bercerita semuanya. Dia tidak hiraukan jelingan Nina.
            Pemuda di hadapan Arleena mencebikkan bibirnya. Oh ... sungguh sinis gayanya. Amboi ingat penyambut tetamu tak ada class ker? Berlagak betul mamat ni. Agak-agak dia ni kerja apa yea? Tengok daripada penampilan, memang sempurna la. Mesti lelaki ini berjawatan besar. Patutlah memandang rendah pada kerja penyambut tetamu. Eleh macam la office korang tak de penyambut tetamu. Jangan nak kerek sangatlah. Bentak hati Arleena.
            Selepas itu tiada lagi pertanyaan daripada pemuda tersebut. Haha... terkena ke bang!
            “Maaf saudara, kami minta diri dulu. Kalau kami tak ada susah pula bos kami. Maklumlah tak ada yang nak melayan tetamu nanti.” Arleena bersuara sambil mencuit lengan Nina. Mereka berdua bangun lalu beredar dari situ.

            “Ko tengok, aku cakap kita ni penyambut tetamu, terus diam mamat tu. Muka berubah tu. Tadi bukan main rancak. Sekali sentap la beb. Harap muka saja hensem tapi hampeh.” Arleena meluahkan rasa geram. Sungguh dia tidak berkenan dengan lelaki begitu.
            “Betulla.. aku tengok kawan dia tu pun semacam. Muka kerek! Tapi aku tengok dia curi pandang kat ko jer. Aku rasa la kan ni mesti kes jatuh hati pandang pertama.” Usik Nina. Arleena hanya mengembangkan hidung pada Nina. Malas nak layan.
            “Agak-agakla ko. Kalau yang tu baik aku cari lain. Macam bagus sangatla.”
            “Ko jangan benci sangat. Kata orang tua awal-awal benci, lama-lama yang tu jadi suami.” Nina cuba menakutkan dia.
            “Ke situ pula perginya. Tak hingin aku.” Marahnya pada Nina.
            “Diorang memang kerek. Tapi yang satu ni tak dapat nafikanlah. Memang tepat.” Nina tersengih-sengih.
            “Apa dia?” tanyanya pada Nina.
            “Mamat depan aku tadi tu. Hensem. Badan six pack. Bayangkan hari-hari dalam pelukannya..peergh...” Nina mula berkhayal.
Arleena menjentik dahi Nina. Sedarlah sikit. Macamla mereka kenal dengan mamat tadi. Berangan saja lebih.

            Sementara itu di meja makan tadi Ryzal dan Harith saling berpandangan. “Cun macam tu memang taraf penyambut tetamu la.” Ryzal mula bicara. “Dari gaya macam educated tapi sekali penyambut tetamula.” Sambung Ryzal lagi.
            “Aku berkenanla dengan Nina tadi. Walaupun dia cakap lepas, nampak jujur jer.” Harith menyuarakan rasa hatinya.
            Ryzal memandang Harith. Biar betul. Banyak perempuan yang berebut nakkan Harith takkan yang ni jadi pilihannya. Memang dia akui dua-dua cantik. Dia pun dari tadi asyik curi pandang pada gadis di hadapannya. Tidak puas memandang. Cukup elok semuanya. Tidak ada yang kurang. Tapi kerjaya gadis tersebut membunuh niatnya. Takkan dia pengurus besar hendak berdampingan dengan penyambut tetamu.
            “Tak baik ko judge diaorang macam tu. Manalah tahu diaorang tu berpelajaran tinggi. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja.” Harith kurang setuju dengan sikap Ryzal. Memang dia tahu Ryzal lebih mementingkan kedudukannya.
            “Ko tak  minat ker? Aku tengok mata ko asyik nak pandang depan jer tadi. Tapi Nina tu aku punya. Ko ambik kawan dia. Aku tengok macam ada chemistry je korang berdua.” Usik Harith pada Ryzal. Ryzalkan pantang berjumpa gadis cantik. Playboy kotaraya ni.
            “Agak-agakla.. Aku nak cari yang sama standard dengan aku. Paling kurang bila aku cakap tentang sesuatu isu, dia pun tahu. Ini setakat penyambut tetamu yang pasti soal gosip artis la diaorang expert. Tak berkembang langsung.” Luah Ryzal.
            “Berlagakla ko. Jangan cakap besar. Buatnya ko terbekenan dia nanti baru ko tahu. Jangan nanti ludah jilat balik la weh.”
            Ryzal menilik jam Tissot di lengannya. “Jomlah... nanti lewat pula. Kita solat zohor kat sana jelah.”




No comments:

Post a Comment