Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 2




“Ambikla..seganla aku asyik naik free je,” Arleena masih lagi menghulur beberapa keping not duit kertas pada Nina.
“Ala ko ni. Nak berkira buat apa. Aku pun kerja kat situ juga.”
“Kalau ko tak ambik aku tak nak kawan ngan ko lagi,” ugut Arleena. Duit di tangan masih dihulur.
“Ko ni pun. Pasal duit minyak nak putus kawan.”
“Aku tak kira. Ko nak ambil ke tak?” Arleena masih berkeras.
“Yelah-yelah..” muncung Nina sambil tangannya menyambut huluran duit daripada Arleena.
“Setiap bulan aku nak ko terima duit minyak dari aku. Aku pun ada gajila..nanti aku beli kereta kita gilir-gilir pulak ek.”
“Ala..nak ke mana-mana pakai jelah kereta aku ni. Aku bukannya merayap ke mana pun.”
“Ada kereta sendiri senang sikit aku nak bergerak. Mana tau time ko balik rumah, aku nak keluar ke..”
“Eleh mana pernah aku tinggal ko sorang-sorang kat rumah tu. Aku balik rumah mama bawak ko sekali kan.”
“He..he..lupa.. sorry tukar channel.. mana tau aku nak pergi dating ke nanti..haha..” Arleena gelak besar.


Arleena ralit memerhatikan brochure kereta keluaran Perodua di tangannya. Alhamdulillah, ini yang dia mampu walaupun tidak dapat menandingi Honda Jazz aka Si Pinky milik Nina.
“Dah pilih ke yang mana satu kau nak?” tanya Nina. Dia juga turut meniarap di sebelah sahabatnya.
“Aku rasa nak ambil myvi la. Cun jer aku tengok.” Nina meneliti brochure di tangan Arleena.
“Cantik juga. Ambil warna macam aku la,” saran Nina.
Arleena menjeling Nina. Agak-agakla kereta nak warna pink. Nampak sangat jambunya. Dari jauh orang dah tahu itu kereta perempuan.  “Tak cukup lagi ke pink kat luar tu? Aku nak angkat putihla. Nampak ada class sikit.”
“Kutuk aku punya nampak!”
Nina dah tarik muncung. “Ala sentap ke? Gurau jelah. Aku mana mampu nak lawan si pinky ko kat luar tu..Nanti aku pesan kat si kontot aku ni jangan ganggu si pinky tu tau. Kami tak setaraf.” Usik Arleena lagi.
 Nina menunjal bahu Arleena. Seolah-olah myvi dia tu jantanla pulak.
“Esok teman aku ke outlet perodua boleh tak?”
“Boleh je,” balas Nina.
Thanks sahabat,” ujarnya pula.
“Tak payah nak syahdu la malam-malam ni. Jom tidur.”

            Puan Salbiah menghulurkan fail berwarna kuning kepada Arleena.  “Ini kali pertama syarikat HR Global buat majlis di Hotel Grenz. Saya mahukan awak berikan khidmat yang terbaik supaya mereka berpuas hati,” beritahu Puan Salbiah, pengurus di bahagian pemasaran.
            “Baik puan. Saya akan bagi komitmen yang terbaik untuk event ni.” Arleena memberi keyakinan kepada Puan Salbiah.
            “Lagi satu, pada tarikh itu juga ada satu lagi majlis yang lain. Kalau tak cukup staf, macam biasa minta tolong budak kolej kulinari la. Tapi awak kena confirm awal-awal sekiranya nak ambil mereka. Dalam pukul tiga petang nanti, wakil dari HR Global akan datang. Kebetulan katanya mereka ada urusan di sekitar kawasan sini. Rasanya big bos sendiri yang datang nanti,” terang Puan Salbiah panjang lebar.
            “Baik puan. Nanti saya check jadual dengan Kak Yati  siapa yang free. Nanti saya akan bentukkan kumpulan saya. Apa-apa nanti saya akan maklumkan pada puan.”
            “Ok... ingat tau, teliti betul-betul butiran dalam tu. Big boss yang datang, kalau ditanya awak dah ready.”
            “Baik puan.” Arleena meminta diri daripada bilik ketuanya.
            Big boss yang turun baru senang kerja. Dia lebih suka berbincang dengan orang atasan ketika membuat sesuatu majlis. Kalau berurusan dengan wakil ni kadang-kadang menimbulkan miss communication terutamanya kalau konsep yang dikehendaki itu agak lain dari biasa.
            Kami di unit pemasaran bukan sahaja menguruskan mengenai program-program atau promosi yang dilakukan oleh pihak Hotel Grenz. Kadang-kadang kami juga dikehendaki membuat persiapan tema-tema tertentu jika diminta oleh pelanggan. Ada syarikat yang hanya meminta untuk disediakan dewan dan PA System sahaja.
            Arleena meneliti butiran yang terdapat dalam fail yang diberikan oleh Puan Salbiah. Agak rumit juga. Dewan harus dihias mengikut tema ala pantai. Jenuh pihak Arleena perlu mengerah tenaga nanti.
            Tepat jam tiga petang, pintu biliknya diketuk. Terpacul dua orang pemuda berdiri di situ. Arleena melontarkan senyuman. Sekali imbas macam kenal saja mereka berdua ini. “Wakil HR Global kan?” tanya Arleena kepada lelaki tersebut.
                Hanya senyuman dilemparkan oleh Harith sambil kakinya melangkah masuk. Harith tersenyum melihat wajah di hadapannya. Di bawah tadi dia telah bertemu dengan Nina. Siapa sangka rezeki mereka berjumpa lagi. Dan tidak siapa menyangka gadis yang dulunya mengaku sebagai penyambut tetamu adalah sebaliknya.
            Arleena hairan dengan senyuman yang dihulurkan oleh pemuda di hadapannya. Otaknya masih berfikir. Mencari di mana dia pernah melihat wajah itu.
            “Ingat saya lagi tak?” tanya pemuda tersebut.
Arleena mengerutkan keningnya. Dia kenal ker dengan mereka ni? Arleena tersenyum. Masih tiada jawapan di benaknya.
            “Ingat tak dua hari lepas awak ada tumpang meja masa makan tengah hari?” tanya pemuda itu lagi.
Spontan Arleena menepuk dahinya. Baru dia teringat. Patutlah dia rasa pernah melihat wajah mereka. Adui... bekerja dengan mamat kerek nampaknya dia kali ni. “Oppss...sorry. Patutla saya rasa macam pernah nampak,” akui Arleena. “Sila la duduk.” Pelawanya pula ke arah kerusi di hadapannya.
“Amboi, kata penyambut tetamu.” Harith mula berbasi.
Arleena hanya tersengih. “Majlis sempena apa ni?” tanya Arleena. Terus kepada fokus perbincangan.
               

            Setelah satu jam duduk berbincang, akhirnya kata sepakat telah dicapai. Agak cerewet juga pihak HR Global ni. Dahla segala urusan dari awal sampai akhir semuanya diserahkan kepada Hotel Grenz. Dari segi tempat, menu hinggalah dekorasi dewan. Majlis yang akan diadakan untuk meraikan anugerah pekerja cemerlang. Mereka mahukan tema ala pantai. Mahu pecah kepala jugala kumpulan Arleena nanti nak memikirkan dekorasinya. Bukannya senang dewan nak diubah ala pantai.  
            Bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan, Arleena harus memastikan maklumat yang tepat dan lengkap agar pelanggan akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Hotel Grenz. Sepanjang perbincangan itu Arleena agak tidak selesa kerana dia hanya diperhatikan oleh lelaki sebelah Harith. Mamat ni poyo tak habis-habis. Bentak hati Arleena.
Arleena jelek dengan Ryzal. Sepanjang mereka berbincang Ryzal tidak berkalih memandang wajahnya. Menyebabkan dia tidak selesa. Ingin dicucuk sahaja mata Ryzal. Nasib ada Harith yang menceriakan keadaan. Senang dia berinteraksi dengan Harith. Hairan juga Arleena, bagaimana orang seperti Ryzal boleh menjadi MD. Lelaki yang dirasakan fail dalam communication. Bagaimanalah mamat perasan bagus ni memberi arahan kepada para pekerjanya?
 “Ok tu saja. Saya rasa semua dah bincang secara terperinci. Harap awak dah faham kehendak kami,” ujar Harith menamatkan perbincangannya.
                “Kami akan cuba lakukan yang terbaik dan seperti yang kita telah bincangkan. Terima kasih memilih Hotel Grenz sempena majlis ini,” Arleena berbasi-basi dengan Harith.  

               

No comments:

Post a Comment