Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 3




            “Assalamualaikum...” Satu suara yang begitu hampir di telinga Arleena menyebabkan dia berkalih selangkah ke kanan. Terperanjat. Suara itu ketawa kecil. Ooooii...terperanjat beruk. Dahla dia tengah ralit perhatikan hiasan yang telah dilakukan oleh kumpulannya. Boleh tahan juga hasil kerja mereka. Budak muda tentu banyak idea. Ini pun puas dia dan ahli kumpulan mengerah idea. Cuba mencari hasil yang terbaik.
            Ryzal telah lama memerhatikan gelagat Arleena. Arleena begitu comel. Terdapat sesuatu dalam diri Arleena. Belum pernah dia berasa teruja untuk mendekati perempuan. Sebelum ini hanya perempuan yang akan berebut untuk mendekatinya. Ryzal boleh berbangga dengan rupa paras yang kacak dan juga kedudukannya. Dengan badannya tinggi dan tegap membuatkan perempuan akan memandang dua kali ke arahnya. Siapa yang tidak mahu berdampingan dengan lelaki kacak kan. Tapi tidak dengan gadis di sebelahnya ini.
            “Awal encik sampai?”
            “Panggil saja Ryzal. Saya datang untuk melihat persiapan pihak awak.” Ryzal menghulurkan tangannya.
 Arleena hanya menundukkan sedikit badan tanda hormatnya. Mana mungkin dia bersentuhan dengan bukan mahramnya.
                “Maafkan saya,” ujar Ryzal. Melihat reaksi Arleena baru dia sedar, mana mungkin mereka boleh bersentuhan.
“Semuanya seperti yang dirancang.” Arleena menyatakan perkembangan persiapan kepada Ryal. Ryzal hanya mengangguk-angguk. Tunggu masa tetamu hadir sahaja. Seterusnya Ryzal bergerak untuk melihat keadaan sekeliling.
            Arleena memerhati Ryzal dari belakang. Boleh tahan juga mamat ni. Sempurna dari segalanya. Baru kini dia perasan Ryzal mempunyai raut wajah yang boleh tahan kacaknya. Mesti playboy ni. Tengok gayalah.
            Beberapa orang pekerja masuk ke dewan tersebut untuk menguruskan peralatan. Juruteknik juga sedang memeriksa PA System. Pelayan juga telah masuk ke dalam dewan. Air-air mineral disusun di atas meja. Makanan akan dihidang sebentar nanti.
Arleena menuju ke kumpulan pelayan tersebut untuk memberikan sedikit taklimat. “Assalamualikum semua...” salamnya dijawab oleh para pelayan yang berdiri di hadapannya.
“Saya nak sepanjang majlis awak semua berikan services yang terbaik. Pastikan setiap tetamu dilayan sebaik mungkin. Paling penting bahagian makanan jangan dibiarkan kosong. Sentiasa refill jika nampak kurang, faham?”
“Faham Cik Arleena,” balas para pelayan di hadapannya. Mereka terdiri daripada para pelajar kolej kulinari yang juga dibawah biayai Hotel Grenz.
“Ok awak semua boleh mengambil tempat. Jika terdapat masalah cepat-cepat jumpa saya.”
            Kelihatan beberapa orang kakitangan HR Global memasuki ruang dewan. Arleena berada di penghujung dewan. Ralit matanya memerhatikan para pekerjanya menjalankan tugas. Selagi majlis belum tamat, dia berasa agak gementar. Maklumlah ini kali pertama dia dia dipertanggungjawabkan menguruskan majlis. Kredibiliti mesti ditunjukkan kepada pihak atasan. Walaupun dia masih muda, dia mampu untuk menguruskannya. Sekali-sekala Harith datang kepadanya untuk bertanyakan sesuatu. Sebaik mungkin Arleena cuba memuaskan hati mereka.
            Sepanjang majlis berlangsung, ralit Arleena memerhatikan Ryzal. Tak sangka mamat kerek itu peramah orangnya. Penampilannya yang santai amat menarik sekali. Suka dia melihat senyuman Ryzal yang menawan. Kenapalah sebelum ini dia jarang menghulurkan senyuman ketika berurusan dengannya.
            Terasa diperhatikan, Ryzal mengalihkan pandangan ke penjuru dewan. Mata mereka bertembung. Dia memandang Arleena dengan tajam. Arleena tersentap. Seperti pencuri yang telah ditangkap oleh pemiliknya. Bagi mengelakkan rasa kalut, Arleena mengalih pandangan.
Arleena berpusing ke arah para pelayan sambil mulutnya rancak mengarahkan mereka melayan tetamu. Macam mana boleh kantoi ni. Tu la sibuk lagi perhatikan orang. Tapi sememangnya Ryzal mempunyai tarikan. Tidak puas memandangnya.
            “Suka saya?” tegur suara di sebelahnya.  Macamana dia boleh datang sini. Cis ayat tak cover langsung. Direct terkena batang hidung dia. Kena cari ayat selamatkan diri ni.
Arleena berpaling kepada Ryzal dan berlakon seolah-olah terperanjat dengan kehadirannya.
“Ye, Encik Ryzal, ada apa-apa masalah ke?” Arleena cuba menyembunyi debar di dada.
            “Comel bila awak kalut macam ni.”
            Cis.!! Tak menjadi lakonan dia rupanya. Yang terror berlakon si Nina. Terasa apa yang dia pegang dan sentuh semuanya tidak kena. Harumnya bau perfume. Wahai hati, berhentilah berdebar.
Ryzal ketawa melihat kalutnya Arleena. Hampeh betul mamat ni. Desis hati Arleena.
Ryzal bergerak meninggalkan Arleena apabila dipanggil oleh stafnya. Fuh lega. Arleena menarik nafas.
            Dari jauh Arleena perhatikan Ryzal asyik memandang ke arahnya. Ini tidak boleh jadi. Arleena bergerak ke bahagian belakang dewan. Konon-konon memeriksa sajian. Memastikan makanan yang telah luak sentiasa ditambah. Sambil itu mata masih menjeling ke arah Ryzal. Kalau jeling-jeling macam ni, macam mana hati nak tenang, bentak hati Arleena.
            “Jom makan.” Sapa suara ditelinga Arleena. Adui dia ni suka sangat tegur macam ni.
            Sorry, saya tengah kerja. Encik Ryzal makan dengan staf Encik Ryzal. Dia orang pandang-pandang tu agaknya tunggu Encik Ryzal tu.” Arleena menunjukkan ke arah staf Ryzal yang menjeling kepadanya. “Eleh ingat aku nak sangat kat bos korang ni,” bentaknya dalam hati.
“Biarlah mereka. Yang penting saya nak berada bersama gadis cantik di sebelah saya ni.” Senyuman diukir kepada gadis di sebelahnya.
Mak oi...hensem siot.. hati Arleena mula menggatal.
            Ryzal suka berada di sebelah Arleena. Dia perasan stafnya menjeling perbuatannya. Malas nak dihiraukan. Yang pasti misi untuk mendapatkan gadis ini lebih penting. Dari tadi dia cuba mengorek perihal diri Arleena. Nampaknya Arleena agak sukar untuk didekati. Bukan mudah untuk menjawab soalannya. Ada sahaja jawapan selamat yang diberikan. Nombor telefon jangan haraplah. Tak apa. Ini Ryzal lah. Akan diusahakan sampai dapat.
Majlis selama dua jam setengah telah pun tamat. Lega. Segalanya berjalan lancar. Ryzal dan Harith menghampiri Arleena.  “Tahniah. Penganjuran majlis yang bagus.” Ujar Harith.
“Terima kasih. Lain kali bolehla buat kat sini lagi,” promot Arleena.
“Semestinya.. lebih-lebih lagi bila ada si manis yang organize.” Balas Ryzal sambil merenung Arleena. Senyuman masih mekar di bibir Ryzal.
“Kami minta diri dulu.” Harith menarik lengan Ryzal. Ryzal ni pun kalau suka janganlah tunjuk sangat. Bukan dia tak perasan mata Ryzal asyik merenung Arleena.

               
Setelah selesai majlis, Arleena bergerak ke lobi hotel. Memandangkan jam sudah pukul enam lebih, dia malas untuk naik ke bilik.
Aku tunggu kat lobi – Arleena
Pesanan ringkas dihantar kepada Nina. Hari ini giliran Nina memandu. Terpaksalah dia menunggu.
Telefon di tangan berdering. Tiada nama pemilik yang keluar. Hanya nombor yang tertera. Aik siapa pula ni. Arleena menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.. siapa ni?” 
“Waalaikumussalam.....tahniah atas majlis tadi..saya Ryzal..”
“Aik macamana encik boleh dapatkan nombor telefon saya?” Arleena menggaru keningnya. Sebelum ini dia berhubung dengan HR Global menggunakan talian hotel.
“Nak, kena usahala kan..Take care. Lain kali kita jumpa lagi.” Ryzal menamatkan panggilannya. Ryzal tersengih merenung telefon bimbitnya. Cukup untuk hari ini.
“Macam mana semua ok?” tanya Nina sambil menepuk bahu Arleena.
“Beres...tengok siapa handle.”
“Ek eleh....” mereka berdua hanya ketawa. Dah faham sangat fiil masing-masing. Cakap tak pernah nak kalah. Tapi hanya cakap di mulut sahaja bukannya simpan kat hati. Setelah alarm kereta ditekan, mereka meloloskan badan ke dalam kereta.
“Ko bawak laju sikit. Aku penat gila ni.” Arah Arleena.
“Amboi....arahan.”
Sampai di rumah, Arleena menuju ke biliknya. Tak sabar nak bersihkan diri dan baring sekejap.
Usai solat maghrib, Nina ke dapur. Tidak dijenguknya Arleena. Biarlah Arleena berehat. Lagipun sekarang Arleena tengah bulan mengambang. Selepas dia masak nanti dia akan panggil Arleena. Nina membuka peti ais. Melihat bahan basah yang boleh dijadikan lauk mereka malam ini. Sementara menunggu bahan-bahan basah lembut, dia menanak nasi. Semenjak tinggal dengan Arleena dia telah rajin ke dapur.
Malam ini Nina menyediakan sambal udang dan sayur campur sahaja. Cukup ringkas. Menu di hari bekerja. Kalau hujung minggu barulah mereka akan memasak yang agak berat sedikit. Nasib dia dan Arleena tidak memilih makanan. Kalau tidak jenuh hendak sediakan makanan mengikut citarasa masing-masing. Hujung minggu  mereka akan melayari internet mencari resepi-resepi terkini. Tambahan pula Arleena suka mencuba pelbagai jenis masakan.
Setelah makanan siap dihidang, Nina menuju ke bilik Arleena. Tangannya memulas tombol pintu bilik Arleena. Tidak berkunci. Dia masuk untuk mengejut Arleena makan. Arleena bangun dan mengikutnya ke dapur. Setelah membasuh muka, Arleena duduk di meja makan bersama Nina.
“Aku penat betullah. Baru sekali. Kalau berderet majlis macamana la kan?” adu Arleena pada Nina.
“Cepat makan. Nanti ko sambung tidur. Nasib baik esok tak kerja. Kalau tak mesti ko tuangkan. Dia orang macam mana tadi? Kerek tak?” tanya Nina.
“Ok je. Tak sangka pulak mamat kerek peramah juga rupanya. Bukan main senyum dengan staf dia.”
“Ha..ha..baru padan muka mamat tu kan. Berlagak sangat. Mentang-mentangla dia bos. Kita penyambut tetamu tak mahu dilayan.” Nina tergelak mengingati pertemuan pertama mereka. “Tapi kawan dia tu boleh tahanla. Aku suka. Tak ada pula dia call aku,” ujar Nina.
“Ko aja lah yang call.” Saran Arleena.
“Gila ko. Nanti senang-senang dia cop aku perempuan murah.” Nina menggelengkan kepala.
“Tahu pun ko.” Prinsip Nina hanya satu. Dia hanya akan melayan lelaki yang diminatinya sahaja. Sepanjang dia berkawan dengan Nina, belum pernah Nina menyuarakan rasa suka begini. Nampaknya Harith benar-benar menepati pilihan Nina. Bukannya senang Nina hendak menerima lelaki. Bertuah Harith.
Usai makan dia dan Nina melepak di hadapan televisyen. “Jom layan cerita korea.” Usul Nina sambil menunjukkan cd di tangannya. 
“Mana dapat?” tanya Arleena.
 “Aku minta ngan Kiki hari tu. Dia cakap best.” Mmm...kalau dengan Kiki memang stok korea sahajalah. Apalah yang disukanya dengan artis korea. Dia tengok macam nak sama dengan perempuan sahaja. Kalau keluarkan statement macam tu depan Kiki, mampus dia diceramahnya.

No comments:

Post a Comment