Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 4




“Weh...menung jauh nampak!” sergah Harith. Dari tadi dia perhatikan sahabatnya itu.
“Kurus semangat aku.” Ryzal mengurut dadanya. Langsung dia tidak sedar kemunculan Harith di hadapannya. Sergahan daripada Harith memecahkan khayalannya.
 “Aku betul-betul nak pikat Arleena la..” Ryzal berterus terang. Muka habis serius memandang Harith.
Kah .. kah.. kah... Harith memuntahkan gelak. “Itulah dulu berlagak sangat. Kan dah kena jilat ludah sendiri.” ujar Harith yang masih galak ketawakan Ryzal.
“Woi.. pengotorla ko ni... Ini bukan jilat ludah. Ini soal hati dah tertawan.” Ryzal masih tidak mengalah. Senyuman mekar terukir di bibirnya.
“Ko kena ingat. Dia tu bukan macam perempuan-perempuan yang ko kenal sebelum ini. Dia ni bukannya kaki clubbing macam Rebecca, Irene or yang lain-lain tu aku sendiri pun tak ingatlah.” Harith mengingatkan Ryzal.
“Aku tahulah. Takkan  la pakai tudung kaki clubbing. Ko pun agak-agakla. Aku nak buat isteri. Yang lain-lain tu stok geli-geli aku jer.” Ujar Ryzal.
“Tengkorak ko stok geli-geli.” Mereka ketawa kuat apabila Harith melontar pen yang berada di tangannya ke arah Ryzal.
“Bro.. dah sampai masanya aku nak berubah. Aku rasa Arleena mampu bimbing aku.” Mengenali Arleena menimbulkan keinginannya untuk berkeluarga. Memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga. Mungkin Arleena adalah pembimbingnya.
Harith menarik nafas dalam. Tidak pernah sahabatnya itu berperangai sebegitu. Syukur kalau Ryzal ingin berubah. Meninggalkan gaya hidup sosialnya.
“Aku suka kalau ko nak berubah. Tapi ingat pesan aku. Kita lelaki, kita sepatutnya menjadi pembimbing. Lepas ni ko titik beratlah soal agama.” Walaupun Ryzal seorang yang suka bersosial, sahabatnya itu belum pernah menodai perempuan yang didekatinya.
“Apa plan ko?” tanya Harith. Playboy seperti Ryzal pastinya mempunyai banyak idea. Kalau tak manis mulut, manakan dia boleh bertukar perempuan setiap minggu.
“Adalaa...” Ryzal menjungkit keningnya. Menayangkan aksi berlagaknya kepada Harith.
Harith mencebik. “Malas aku nak layan. Jom makan. Aku dah lapar la.” Ajak Harith.
Ryzal melihat jam Tissot di pergelangan tangannya. Patutlah Harith datang ke biliknya. Sudah masuk masa makan tengah hari. “Jomlah..” bingkas Ryzal bangun. Mereka beriringan keluar daripada bilik Ryzal.

 Salam Sunshine... how  your day?- Ryzal
Busy!! – Arleena

Ryzal tersengih membaca balasan pesanan ringkas daripada Arleena. “Punyalah panjang aku mesej, ini je dia jawab. Betul-betul sibuk ni...” omelnya.  Ryzal mula melancarkan sesi mengayatnya.
Dah makan?- Ryzal
Arleena membaca pesanan yang baru sahaja diterimanya. Alahai mamat ni tak mengalah nampaknya. Hari ni panggil dia Sunshine. Semalam Sweetie. Lepas ni ape pulak. Jangan panggil dia bucuk sudahla. Mau mutoh ijo dia nanti. Arleena membiarkan sahaja mesej Ryzal. Tidak berniat untuk membalasnya. Dia tahu perangai Ryzal. Kalau dilayan akan melarat seperti semalam. Gara-gara membalas mesej yang dihantar Ryzal, hampir satu jam dia terpaksa melayan Ryzal. Tidak cukup dengan mesej, Ryzal menghubunginya pula.
Take care. Jangan lupa makan – Ryzal
Sekali lagi mesej daripada Ryzal masuk ke telefon Arleena.  Arleena mengeluh. Bukannya dia tidak faham apa yang dimahukan Ryzal, tapi hatinya masih belum terbuka untuk menjalin hubungan yang lebih serius. Dia tidak mahu memikul komitmen yang lebih berat. Belum masanya lagi.
Ryzal merenung telefon bimbitnya. Tiada balasan mesej daripada Arleena. Adakah Arleena betul-betul sibuk? Sabar Ryzal, jangan gelojoh. Ryzal menenangkan hatinya. Puas menilik telefon di tangan, dia meletakkannya di atas meja. Fail hitam d hadapannya dibuka. Menyambung semula kerja-kerja yang tertangguh tadi.
Sedikit sebanyak kehadiran Ryzal kebelakangan ini menyebabkan Arleena tidak selesa.     Bermula dari saat dia menguruskan majlis syarikatnya, Ryzal semakin berani mendekatinya. Itulah dulu pandang dia sebelah mata. Sekarang ni setiap hari tidak sah kalau Ryzal tidak menghantar mesej kepadanya. Nampaknya lelaki itu benar-benar ingin menjalin hubungan dengannya.
            Ryzal tidak pernah putus asa untuk mendekati Arleena. Baginya Arleena adalah gadis yang mempunyai aura tersendiri. Telah banyak gadis dikeleknya namun tidak ada yang menyerupai Arleena. Tidak ada lagi gadis yang bisa membuatkan hatinya bergetaran hebat. Timbul perasaan rindu. Setiap masa dia ingin menatap wajah Arleena. Sebelum ini hanya perempuan yang menggilainya. Siapa yang tidak gilakan lelaki yang kacak dan tampan malah poketnya juga sentiasa penuh. Sesuailah title MD yang disandangnya. Dengan Arleena dia pula yang terpaksa bekerja keras. Segala skill kasanovanya terpaksa digunakan demi memiliki sekeping hati milik Arleena.
            Lunch nanti saya jemput. Bagitahu Nina. Harith ada sekali-Ryzal
            Arleena forward mesej Ryzal kepada Nina. Pandai juga Ryzal ni. Kalau dia seorang dah sah-sah dia tak nak pergi. Diangkutnya Nina sekali. Bukannya dia tidak perasaaan Nina dan Harith sentiasa bermain mata. Suka tengok gelagat mereka. Shy-shy cat hihi.. Nina yang kaki redah tu pun boleh control ayu depan Harith. Nampak sangat dia menyukai Harith. Diakui mereka berdua sepadan. Kedua-duanya berasal dari keluarga yang berada. Tidak seperti dia dengan Ryzal. Walaupun dia tidaklah miskin mana, tapi jika dibandingkan dengan keluarga Ryzal jauh juga bezanya. Lagipun penatla nak ulang-ulang cerita Melayu ni. Konflik orang kaya dengan miskin.
            Arleena mengeluh teringatkan insiden pagi tadi. Tidak tahu bagaimana lagi dia hendak mengelak daripada Ryzal. Setiap masa Ryzal memburunya. Rimas!!
“Hai kakak cantik...” tegur budak penghantar bunga apabila Arleena mendekatinya. Banyak kali dia membuat delivery untuk gadis bernama Arleena Sofea tapi belum pernah bersua muka dengan empunya badan. Ingin juga dia melihat gerangan si penerima. Setiap hari ada sahaja kiriman yang dihantar kepada Arleena Sofea. Hari ini dia bernasib baik kerana Arleena tidak sibuk. Kalau tidak dia terpaksa meninggalkan kiriman kepada penyambut tetamu seperti sebelum ini. “Mmm..cantiknya patutla ada secret admir.”
            Arleena hanya tersenyum mendengar kata-kata daripada pemuda di hadapannya. “Adik, nanti pesan kat abang ni, jangan hantar lagi. Kakak tak suka bunga la.” Tidak perlu melihat nama pengirim, Arleena sudah tahu siapa pengirimnya. Siapa lagi kalau bukan si Ryzal. Lelaki yang sedang mengambil hatinya. Alahai ingat dia ni spesis makan bunga ke apa.  
             “Akak cantik mestilah abang hensem sayang.”
            Kata-kata daripada penghantar bunga menimbulkan gelak kepada pekerja di bahagian receptionist. Mereka juga ingin melihat gerangan yang menghantar kiriman kepada Arleena. Sepadankah dengan cik Arleena yang cantik manis?
            “Untung la cik Arleena.. hari-hari dapat bunga. Ni yang syok jadi orang cantik.” Rajan salah seorang pekerja di bahagian receptionist mengusik Arleena.
            “Hi, Rajan. Ingat saya ni spesis kaki empat tu ke makan daun. Saya  ni makan nasi. Ni habis duit banyak-banyak bukan boleh kenyang pun. Nah!! Bagi kat awek awak.” Arleena menghulur jambangan bunga ros merah di tangannya kepada Rajan.
            “Banyak rugilah kakak ni. Kasihan abang hensem,” ujar Rajan.
            “Oit.. mana tahu hensem?” Arleena membesarkan matanya.
            “Itu tadi budak cakap.” Bukannya dia tidak mendengar kata-kata penghantar bunga tadi.
Arleena menahan gelak dengan ayat Rajan. Dia ni SPM Bahasa Melayu agak-agak dapat berapa ek? Dia pun kadang-kadang kurang faham hendak mencerna percakapan Rajan. Tapi kalau speaking, dia salute pada Rajan. Setiap manusia tentulah ada kelebihan dan kekurangan.   
            “Lain kali kalau dia datang hantar bunga lagi, awak ambil ye.” Beritahu Arleena sebelum meninggalkan kaunter. Banyak lagi kerjanya yang belum selesai.
            “Cik Arleena!!! Bunga ni.” Jerit Rajan apabila Arleena berlalu tanpa membawa sekali jambangan bunga yang diterimanya. Arleena hanya menggunakan isyarat tangan supaya Rajan mengambil atau membuangnya.
            Arleena duduk di kerusinya. Dia tahu sekejap lagi pasti telefonnya menerima mesej daripada Ryzal. Seperti yang dijangka, dia menerima mesej daripada Ryzal.
            Salam...gorgeous... dah terima bunga? – Ryzal
            Stop sending flowers to me..- Arleena
            Why??? – Ryzal
            I tak makan bunga!!!! – Arleena
            La.... kenapa tak cakap - Ryzal
            Cih!! Apa punya orang la...bebel Arleena.

No comments:

Post a Comment