Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 5




            “Cik Arleena!!” jerit Rajan sebaik sahaja melihat Arleena memasuki ruang legar Hotel Grenz. Arleena berpaling hairan ke arah Rajan. Rajan menggamit supaya Arleena menghampiri kaunter receptionist.
            Dia bersama Nina menghampiri kaunter receptionist. Mereka baru sahaja pulang daripada makan tengah hari di Warung Mak Jah.
“Untungla cik, ini hari lain yang datang.” Penuh ceria muka Rajan.
            Nina menepuk bahu Arleena. Dia cuba menahan gelak. Tak boleh blah la si Rajan ni.
            Ape?” tanya Arleena. Dia sendiri tidak faham dengan kata-kata Rajan.
            Rajan menghulurkan kiriman yang dihantar untuk Arleena. Ternganga mulut Arleena. Saling berpandangan dengan Nina. Coklat Ferrero Roche!! Nina menepuk bahu Arleena.
 Aik beb, tiga biji je?” soal Nina. “Kedekutnya. Selalu bunga je dia hantarkan?” tanya Nina.
            Arleena mengambil kad yang disertakan bersama coklat tersebut. Memang sah daripada Ryzal.
“Semalam aku tegah hantar bunga, hari ni dia hantar coklat pulak. Tiga biji lekat celah gigi je.” Ujar Arleena. “Ko nak ke?” tanya Arleena pada Nina.
“Tak nak la aku. Buatnya dia jampi melepasla Harith aku.” Balas Nina.
            “Agak-agakla ko pun.” Kata-kata Nina menyebabkan dia rasa gerun. “Nah Rajan, you ambil ni.” Arleena menghulurkan coklat tersebut kepada Rajan. Belum sempat Rajan bersuara, dia menarik tangan Nina supaya berlalu dari situ.
            “Asal ko tak ambil?” tanya Nina.
“Dah ko kata dia jampi. Biarlah Rajan terpikat dengan dia.” Jawab Arleena selamba.
            “Cuba ko bayangkan Rajan couple ngan Ryzal” Nina menjungkit-jungkit keningnya.....ha..ha..ha..gelak ketawa mereka memenuhi ruang lif. Nasiblah hanya mereka berdua yang berada di dalam lif tersebut.     
            “Ko tak kasihan kat Ryzal ke? Sungguh-sungguh nak tackle ko. Macam-macam dia buat, ko ni tak ada perasaan lak.” Ujar Nina.
            “Ko kenal aku kan. Aku kalau nak couple biar terus sampai kahwin.”
            “Dah memang Ryzal nak ajak ko kawin kan.” Tembak Nina lagi.
            “Macam mana aku nak cakap ek. Seru tak sampai lagi la, senang cerita.” Jawab Arleena. 
            “Banyakla seru ko.”
“Balik karang kita singgah Giant jap. Aku nak beli barang.” Ajak Arleena sebelum mereka membawa haluan ke ruang kerja masing-masing.
               

            Malam ini Arleena keseorangan. Nina keluar bersama Harith. Puas diajak, dia tetap menolak. Dia memerlukan ruang untuk bersendiri. Arleena memikirkan halnya dengan Ryzal. Dia bukannya bodoh untuk tidak memahami perhatian yang ditunjukkan Ryzal. Reaksi setiap kali berjumpa. Tutur kata apabila bercakap. Tetapi hatinya masih belum terbuka untuk mempunyai hubungan yang jauh. Cukup baginya sebagai rakan sahaja. Tapi dia tahu bukan itu yang dimahukan oleh Ryzal. Ryzal mahukan hubungan yang lebih serius. Ryzal telah mempunyai segalanya. Sedangkan dia masih baru bertatih. Masih belum cukup puas berbakti kepada keluarga. Dia takut sekiranya berkahwin awal, dia tidak dapat memberi komitmen kepada keluarganya. Apatah lagi dia anak sulung.

            “Beb..ko tolak lagi ek?” tanya Nina sambil melangkah masuk ke dalam bilik Arleena. Patutla beria Arleena menolak ajakannya tadi.
            Dia faham maksud Nina. “Entahla aku tak terbuka hati lagilah nak keluar dengan dia. Tak habis-habis ajak aku couple.”
            “Dia sungguh-sungguh nak kat ko. Lagipun aku tengok korang sepadan je. Frust dia tadi ko tak ada.”
            “Dia kaya la. Aku baru nak pegang duit sendiri.”
            “Itu bukan ukuranla. Dia mampu tanggung ko. Kasihan aku tengok dia. Kalau tak nak baik ko cakap awal-awal.”
            “Dah banyak kali aku cakap. Aku nak kami berkawan je. Tapi dia tu susahla nak faham.”
            “Nasib ko la Leen ooi.. sape pun pilihan ko, aku sokong je.”
“Aik, yang ko pulak yang monyok kenapa? Dah keluar date tak cukup lagi ke?” usik Arleena.
“Esok abang bucuk aku outstation la,” lemau suara Nina.
“Haha..patutla...”
“Agak-agakla wei..” geram apabila Arleena mentertawakannya.
Sebaik Nina keluar dari biliknya, Arleena bangun menuju ke meja soleknya. Arleena menarik laci mejanya. Satu persatu kad yang dihantar oleh Ryzal dibaca. Terdapat sekeping kad yang betul-betul mencuit hati Arleena sejak kali pertama dia menerimanya.

            Arleena,
            Senyum tawamu ibarat lagu yang indah
Pastinya menyinari hari-hariku
Ketahuilah mendampingi dan mencintaimu adalah sesuatu yang indah                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Nafasku dihembus kerana kamu....hanya kamu..
                                                              Setia menanti
                                                  -       Ryzal –
Kata-kata yang sedikit sebanyak menyentuh tangkai hati Arleena. Dia tau betapa tingginya harapan Ryzal terhadapnya. Tapi dia juga tidak dapat memaksa hatinya supaya menerima Ryzal lebih daripada seorang kawan. Arleena mengeluh entah untuk ke berapa kali dia sendiri tidak pasti.
           







No comments:

Post a Comment