Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 6




Semua staff Hotel Grenz berkumpul di assembly area seperti emel yang diterima oleh setiap unit yang terdapat dalam Hotel Grenz. Hari ini pemilik Hotel Grenz akan memperkenalkan anaknya kepada kakitangan hotel sekaligus menggantikan tempatnya. Desas–desus mengatakan yang anak Dato’ Kamarudin boleh tahan hensemnya. Kalau dilihat kepada Dato’ Kamarudin sendiri, Arleena tidak merasa hairan kerana walaupun telah berusia namun wajahnya masih mampu menarik perhatian wanita-wanita di luar sana. Apatah lagi beliau berkahwin dengan wanita warga Australia. Sudah tentulah hasil perkahwinan campur mereka mampu melahirkan zuriat yang good looking…
Kelihatan Datuk Kamarudin menghampiri stage  di hadapan assembly area diiringi seorang pemuda di sebelahnya. Pemuda tersebut memakai kot berwarna kelabu. Arleena tidak dapat melihat dengan jelas wajah pemuda tersebut kerana kedudukan dia agak terlindung dan dihadang oleh seorang pekerja yang berbadan besar di hadapannya.
Seperti biasa majlis perhimpunan akan didahului dengan bacaan doa oleh pengurus bahagian pengurusan. Selepas itu dia menjemput pemilik Hotel Grenz untuk memberikan ucapan.
“Assalamualaikum W.B.T… semua sedia maklum tujuan perjumpaan kita pada pagi ini adalah untuk memperkenalkan anak saya bagi menggantikan tempat saya menerajui hotel ini. Kepimpinan daripada orang muda mungkin akan menaikkan lagi nama Hotel Grenz. Saya sudah lama  di hotel ini dan tiba masanya saya berundur. Saya perkenalkan anak saya Ian Rayyan bin Dato Kamarudin. Selepas ini beliau akan ambil alih tugas saya di hotel ini. Saya amat berharap agar kamu semua dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada beliau,” ujar Dato Kamarudin dengan panjang lebar.
Usai Dato Kamarudin berucap, pemuda tersebut bangun dan menundukkan diri tanda hormat kepada kakitangan hotel. Seterusnya pemuda tersebut berjalan ke hadapan untuk memberikan ucapan sebagai tanda pengenalan dengan kakitangan hotel.
“Terima kasih kepada Dato’ Kamarudin yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan deligasinya terhadap Hotel Grenz. Saya amat berharap tuan-tuan dapat memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha memajukan Hotel Grenz,” usai En. Ian Rayyan berucap dia berjalan menuruni stage dan bersalaman dengan kakitangan hotel.
Ketika pemilik baru hotel sedang berucap Nina mencuit siku Arleena. Arleena berpaling ke arah  Nina sambil mengerutkan kening tanda hairan dengan tingkahnya.
“Hensem siooot…” Nina menunjukkan muka terujanya.
“Ye ke?” dia menyoal Nina kerana pandangannya dihalang oleh pekerja yang berbadan besar di hadapannya.
Walaupun dia tidak dapat melihat dengan jelas namun suara garau itu menggetarkan hatinya. Dia berasa sesuatu apabila mendengar suara tersebut. Dia amat tertarik dengan suaranya. Garau dan serak-serak sedikit. Suaranya menusuk ke hati. Sesuatu yang tidak dapat Arleena gambarkan dengan kata-kata.
Arleena Sofea terpegun dengan keindahan kurniaan Tuhan terhadap insan di hadapannya. Kulit putih kemerahan, hidung mancung, tinggi, tegap..ni mesti ada six pack..cukup sempurna kejadiannya. Di tambah pula rambutnya yang dibuat ala Mohawk..begitu kena dengan wajahnya. Pakaian yang membaluti tubuhnya lebih  menampakkan imej korporat.
Setelah bersalaman hampir dengan separuh kakitangan hotel, Ian Rayyan, Dato’ Kamarudin serta beberapa pemegang saham mula meninggalkan assembly area.
“Ala…. Tak sempat sampai la turn kita.”
Arleena menoleh kepada Nina sebaik sahaja mendengar keluhannya.
“Relaksla…macam la selepas ni ko tak jumpa dia..”
“Jumpa memangla..tapi nak salam tu rasanya tak ada harapan la…Nina menggosok-gosok tapak tangannya..kalau aku jadi girlfriend  dia lainla…”
“Yang ko ni gatal sangat kenapa? Agak-agakla orang hensem macam tu tak der makwe.. haram tau tak bersentuh lelaki dengan perempuan.”
“Ala..relaks la..Aku gurau-gurau jelah.”
            “Jomla masuk kerja..tengok semua orang dah beredar tu.” 



Hari pertama Ian Rayyan memulakan tugasnya sebagai CEO Hotel Grenz. Di usia muda, memegang jawatan ini memerlukan komitmen yang tinggi. Dia perlu memastikan Hotel Grenz  sentiasa berkembang maju. Bukannya satu kerja mudah yang perlu dilakukan. Perniagaan yang diusahakan oleh papanya sejak lebih tiga puluh tahun dulu.
Sebelum ini Ian Rayyan banyak menghabiskan masanya di luar negara berbanding dengan negara asalnya. Mamanya, Puan Serena berasal dari Australia.  Sejak dari kecil lagi dia sudah menetap di  Australia. Sekali sekala sahaja pulang ke tanah air. Sejak Puan Serena pulang menetap di Malaysia, dia tinggal bersama adik Puan Serena. Ian Rayyan tidak dibawa bersama pada ketika itu kerana dia dan suaminya sibuk menaikkan nama Hotel Grenz. Ketika itu masanya banyak dihabiskan di Hotel Grenz. Ian Rayyan ditinggalkan di Australia dan  membesar bersama-sama sepupunya iaitu anak Aunty Sally, adik kepada Puan Serena. Setelah menamatkan pengajiannya di London, dia terus pulang ke Australia. Tinggal bersama-sama sepupunya kerana papa dan mamanya sudah pulang ke Malaysia. Dia lebih selesa tinggal di sana. Bekerja di hotel milik bapa saudaranya.
Kebelakangan ini, papanya selalu memintanya supaya pulang. Papanya dikatakan sudah tidak larat bekerja. Mahu dia pula menyambung legasi Hotel Grenz. Apatah lagi adik bongsunya, Qaira tidak meminati bidang perhotelan. Adiknya lebih meminati dunia fesyen sama dengan mamanya. Membuka butik dengan jenamanya sendiri adalah impian adiknya.
Termakan dengan pujukan papanya dan ditambah pula semua sepupunya sudah berkahwin, akhirnya dia pulang juga ke Malaysia. Kesian dengan orang tuanya. Sampai bila hendak dibiarkan papanya bekerja. Dia sebagai anak sulung perlu menggalas tanggung jawab tersebut. Cuaca di sini dirasakan agak panas. Sebab itulah dia tidak suka pulang ke sini. ini menyebabkan dia tidak berapa rapat dengan saudara maranya.
 Tidak seperti adiknya yang lebih suka tinggal di Malaysia. Malah adiknya lebih mengenali saudara-mara mereka. Salah satu faktor yang papanya meminta dia pulang adalah disebabkan oleh ini. Papanya risau jika dia dan isterinya tiada nanti, sekurang-kurangnya anak-anak mereka masih mempunyai saudara mara untuk diminta tolong. Dia mahu anak sulungnya itu rapat dengan saudara maranya. Mengenali asal usul mereka.
Ian Rayyan memerhatikan kesesakan lalu lintas dari cermin tingkap di biliknya. Sejak dari tadi dia lebih suka berada di situ. Cuaca diluar agak cerah. Baginya lebih selesa berada di dalam hotel, cuaca sejuk. Kalau macam ni nampaknya selepas matahari terbenamla aku pulang. Memang dia tidak tahan panas seperti ini.
            Ian Rayyan berbaring di sofa. Sejak pulang dari Australia ini saja kerjanya. Masih mencari mood untuk sesuaikan diri. Dia bukannya mempunyai kawan-kawan di sini. Rykarl satu-satunya kawan yang dia ada di sini. Itupun Rykzrl berada di pantai timur. Menguruskan perusahaan chalet keluarganya. Rykarl juga berkecimpung dalam perniagaan yang sama dengannya. Sejak balik ke sini, dunia Ian Rayyan hanyalah Hotel Grenz dan rumah orang tuanya. Seharusnya Ian Rayyan mencari seorang teman di sini.

           
Dato Kamarudin sedang berehat di ruang tamu. Rumahnya sunyi. Maklumlah dia hanya mempunyai sepasang anak sahaja. Ian Rayyan masih belum pulang. Diperhatikan anak bujangnya itu masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Ian Rayyan akan pulang pada waktu malam. Setelah matahari menghilangkan diri. Isterinya telah memberitahu yang anaknya itu mengadu tidak tahan dengan cuaca panas di sini. Anak manja. Anak sulungnya nampak sahaja kuat tetapi manjanya kadang-kadang mengalahkan adiknya. Qaira lebih kelihatan matang dari usianya. Namun begitu dia bersyukur anak-anaknya sentiasa mendengar kata. Baik Ian mahupun Qaira. Sejak kecil mereka berdua tidak pernah menyusahkan dia dan isterinya. 
            Sebab itulah dia mahukan Ian Rayyan menetap di tanah airnya sendiri. mahu membentuk jati diri melayu dalam diri anaknya. Tapi dia bersyukur, walaupun dinesarkan di luar negara anaknya itu tidak terpesong dengan budaya barat.
Dia berharap Ian Rayyan akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Dia tidak mahu anaknya itu berasa tidak selesa. Anak sulungnya itu bukannya jenis suka bercerita. Lebih suka memendam perasaan. Tidak seperti Qaira yang lebih suka berterus terang. Itulah sebab Ian Rayyan sentiasa mengalah terhadap adiknya.  Itu ragam ketika mereka masih kecil. Walaupun Qaira sentiasa berjauhan dengan abangnya, hubungan mereka sangat rapat. Sentiasa berhubung antara satu sama lain. Dia juga bersyukur walaupun masa anaknya banyak dihabiskan di luar negara, Ian Rayyan masih mengetahui adat resam budaya melayu.
            Puan Serena keluar daripada dapur. Menatang segelas kopi. Kebiasaan suaminya apabila menonton televisyen. Dulu suaminya akan meminta kopi ketika menyelesaikan kerja-kerja pejabat di dalam bilik kerjanya. Sejak semua urusan diserahkan kepada anak sulungnya, suaminya lebih banyak berehat. Lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah. Dia juga berasa lebih tenang sekarang. Mereka akan ke masjid bersama-sama. Kadang-kadang ditemani anak gadisnya.
Yang penting, suaminya kini lebih banyak menghabiskan masa dengannya. Setiap petang menemaninya melayan pokok-pokok bunganya. Cukuplah selama ini suaminya telah bekerja keras. Biarlah usahanya disambung oleh Ian Rayyan. Dia juga percaya anak sulongnya itu mampu mengendalikan Hotel Grenz secekap papanya. Bapa borek anak rintikkan.
            Mengingati anak sulungnya itu dia agak gusar. Ian Rayyan tidak meluahkan mengenai perasaannya. Sepertimana anak muda lain yang tika ini sibuk kelek teman wanita. Sejak balik ke sini tidak pernah Ian Rayyan keluar malam. Tidak pernah bercerita mengenai wanita idaman. Tidak terbukakah hati anaknya untuk mencintai dan dicintai? Takkan sekacak Ian Rayyan tidak ada perempuan yang meminatinya. Ketika Ian Rayyan masih berada di luar negara, dia sering bertanyakan adiknya mengenai Ian.
Ian Rayyan tidak pernah membawa perempuan balik ke rumah. Menurut adiknya juga tidak pernah Ian Rayyan menyebut nama perempuan yang dianggap istimewa. Tidak seperti sepupu-sepupunya yang lain. Jauh di sudut hatinya berdoa agar suatu hari nanti Ian Rayyan akan mempunyai keluarganya sendiri.
            “Airnya bang.”
Puan Serena meletakkan dulang yang dibawanya di meja hadapan suaminya. Matanya melirik ke arah jam di dinding. Menghitung waktu anak bujangnya pulang ke rumah.
“Abang tak kesian ker dengan Ian?” tanya Puan Serena kepada suaminya.
Dato Kamarudin mengalihkan pandangan ke arah isterinya. “Apa maksud mama?”  
“Kasihan kat Ian. Mama rasa nak carikan dia kawan. At least tak adalah dia sorang-sorang kat sini. Ada juga dia keluar. Ini hotel dengan rumah saja lifenya. Keluar pagi balik malam. Takut panas pun ia.” Panjang lebar Puan Serena meluahkan perasaannya.
 “Mama jangan nak plan apa-apa yer. Papa rasa kita biarkan Ian sesuaikan diri dulu. Anak kita tu masih puteri lilin. Tak tahan panas.”
Risau juga Dato Kamarudin kalau isterinya ingin memperkenalkan anak kawan-kawannya. Baginya biarlah Ian tentukan sendiri hidupnya. Ian sanggup pulang ke sini pun dia sudah berasa syukur. Puan Serena terdiam. Tidak menjangka rancangannya dapat dibaca oleh suaminya. Sebenarnya dalam kepalanya telah ada beberapa orang anak gadis kenalannya untuk dikenalkan kepada anak bujangnya. Nampaknya dia terpaksa menangguhkan dahulu hasratnya.
             Dalam mereka berborak, kedengaran bunyi kereta memasuki halaman rumah. Ian Rayyan telah pulang. Puan Serena bergerak ke arah pintu. Menyambut anak sulongnya. Sepatutnya dalam usia begini, isteri yang akan menyambut kepulangan Ian. Ian tersenyum ke arah mamanya yang setia menunggunya di muka pintu. Dia bersalaman dengan mamanya. Inilah rutin mamanya sejak dia pulang ke sini. Tidak pernah lupa untuk menyambutnya pulang.
“Abang dah makan?” Di rumah Ian dipanggil abang. Qaira pula dipanggil adik. Ian Rayyan hanya menggeleng kepala. Tahu sangat Puan Serena dengan sikap anaknya itu. Sudah tahu mempunyai gastrik yang agak teruk tetapi dia tidak pernah menjaga makannya.
“Pergi mandi mama panaskan lauk.” 
“Tak payah panaskan mama. Abang nak makan sekarang.” Tegah Ian Rayyan kepada mamanya. Dua beranak itu menyusung ke arah meja makan. Sebelum itu Ian bersalaman dengan papanya yang berada di ruang tamu.








No comments:

Post a Comment