Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 10



Ian Rayyan tenang memandu ke Hotel Grenz. Seminggu dia berada di Sabah membuatkan hatinya terlalu rindukan Arleena. Kotak yang mengandungi kerongsang mutiara diletakkan di  atas dashboard Audi Q5nya. Hatinya amat berharap agar Arleena sudi menerimanya.
            “Hi dear,” terjojol kepala Ian Rayyan disebalik pintu bilik Arleena Sofea.
Tersentak Arleena yang sedang ralit meneliti program ditangannya. “Assalamualaikum, boooss...” perli Arleena.
Payah sangat dia ni nak beri salam. Mat salih betullah.
            Tergelak Ian Rayyan mendengar kata-kata Arleena. Tahu Arleena memerlinya. Rindunya pada wajah dihadapannya itu.
How’s your work?” tanya Ian Rayyan. Seminggu dia berada di Sabah. Setiap masa wajah Arleena tidak pernah hilang di matanya.
            Everything ok. I make a few program for the school holidays. Dah siap nanti saya tunjukkan kat bos.” Jelas Arleena. Nampaknya tempoh seminggu dia aman telah berakhir. Bermulalah hari-hari diganggu oleh Ian Rayyan.
            “Nah.. for you.” Ian Rayyan meletakkan kotak kecil bewarna coklat di hadapan Arleena. Arleena mengerut kening memandang Ian Rayyan. Suspen ni.
“Apa ni?” tanya Arleena.
“Mutiara sabah. I hope you suka.” Balas Ian Rayyan. Arleena merenung Mr. Ian suka sangat dia diberikan hadiah setiap kali bosnya itu outstation.
“Bos ni. dari dulu saya cakap. Tak payahla bagi saya apa-apa.”
“Ala.. untuk my best employee. Present for your tip top services.” Balas Ian. Aura menguratnya telah keluar. Mana boleh lupakan kamu wahai gadisku.
Your another staff?” saja Arleena menyoal. Bukannya dia tidak tahu. Kebiasaannya hanya dia sahaja yang akan dapat.
Ian ketawa kuat. “Of coursela. Kali ni saya baik hati. Saya belikan untuk semua my staff yang cantik-cantik. Kalau tak ada mereka susahla saya nak uruskan hotel ni. But for my dear special sikit la.”
Arleena tersenyum. Pelik je bosnya hari ni. Selalu nama je hari ni dear, dear lah pulak. “Bos ok ke?” tanya Arleena.
 “Saya ok je. Sihat. Kenapa?” tanya Ian Rayyan polos. Macam lah dia tak perasan riak muka Arleena berubah setiap kali dia panggil dear.
Nothing. Saya banyak kerja.” Jawab Arleena. Gila, takkan dia nak tanya kenapa panggil dear. Malu la dia.
Ian Rayyan melangkah keluar dari bilik Arleena. Arleena hanya memandang belakang badan bosnya.
“Dia ni la suka sangat buat aku keliru.” Luah Arleena.
Perhatian yang diberikan oleh bosnya itu kadang-kadang menyentuh hati perempuannya. Apatah lagi dia juga menaruh hati terhadap bosnya itu. Itu lah rasa yang timbul sejak kali pertama dia memandang wajah bosnya. Walaupun ketika itu hanya suara sahaja yang dia dengar, tapi tusukannya sampai ke hati. Hati rasa resah setiap kali berselisih dengan bosnya. Mata sering kali mencari apabila figura yang dicari tidak kelihatan. Walaupun mulutnya tidak pernah meluahkan rasa tapi harapan tetap ada. Hanya satu. Ingin memiliki figura tersebut. Hanya adab gadis Melayu menjadi benteng buat Arleena. Tidak mahu digelar perigi mencari timba. Hanya menanti dan menunggu magis itu terjadi.

            Ian Rayyan bersiul melangkah ke biliknya. Barulah tenang apabila melihat pujaan hati.
 “Pagi bos.” Pembantunya Kak Yati menyapa.
“Pagi.” Cukup ringkas dia menjawab. Tangan memulas tombol pintu.
            Kak Yati memandang hairan. “Amboi senyum memanjang. Ni mesti baru lepas jumpa buah hati.” Ujar Kak Yati pada dirinya apabila melihat kelakuan anak bosnya itu.
            Ian  berdiri mengadap tingkap kaca biliknya. Pandangan jalan raya yang bersimpang siur di bawah. Semuanya mempunyai tujuan. Keluar awal pagi mencari rezeki. Kata-kata mamanya pagi tadi masih terngiang di telinganya.
“Bila la ada isteri yang mengurus makan pakai anak mama ni. Asyik mama je.” Dia tahu apa maksud mamamnya. “Sabar ye mama. Tak lama lagi abang akan bawa menantu untuk mama.” Janji  Ian Rayyan pada dirinya. Sebelum berkahwin dia ingin melengkapkan segalanya untuk bakal isterinya. perancangan terdekat, dia akan mencari rumah. Dia mahukan persekitan yang luas untuk isteri dan anak-anaknya. Kalau setakat dia dan isteri, sudah memadai kondo mewah yang didudukinya sekarang. 
            Sedang ralit Ian meneliti fail di tangan, konsentrasinya diganggu panggilan di telefon bimbitnya.
            “Hi dude... Lama tak dengar berita. Sejak balik senyap je?” Kawan di sebelah sana menerjah apabila panggilannya disambut.
            Mengekek Ian Rayyan apabila disergah rakannya.
“Assalamualaikum...” perli Ian. Kedengaran rakan di sebelah sana pula yang gelak besar.
            “Ian datang la sini. Dah lama aku tak menunggang dengan kau.” Ajak Khairi.
Rakan baik merangkap teman kuliah Ian semasa mereka belajar di Universiti Adelaide dahulu. Sejak sahabatnya itu pulang setelah menamatkan pengajian mereka tidak pernah bertemu lagi. Hanya emel dan whatsApp yang menghubungkan mereka.
            “Ada tempat endurance ke kat sana?” tanya Ian. Sejak pulang ke sini dia pun tidak pernah lagi melakukan aktiviti kesukaannya.
            “Agak-agakla. Ingat kampung aku teruk sangat ke? Kau datang dulu aku bawak tempat baik punya. Kau pilih je nak kat TER atau Lembah Bidong. Nak lagi mencabar kita pergi ke Marang. Boleh juga aku ajar ko bahasa tempatan. Tak ada la ko macam rusa masuk kampung.” cabar Khairi.
            You know me. Yang mencabarla baru best. Hello kawan. Jangan pandang sebelah mata. Aku dah tahu sikit-sikit bahasa sini. Aku dah ada pakar bahasa kat sini. Nanti aku akan call kau. Aku baru balik dari Sabah ni. Tak kanla aku nak cuti lagi. Mengamuk orang tua aku nanti.” Ujar Ian.
            “Haha.. Siapa.. Qaira ke? Lupala.. orang dah jadi big boss kan.” Usik Khari lagi. Dia juga mengenali adik kepada sahabat baiknya itu. Malah gadis itu juga mula mendapat tempat dalam hatinya. 
            “Ingat aku berkepit dengan dia je ke? Aku dah ada sifu la....” ketawa Ian Rayyan dapat mengena sahabatnya.
            “Ini menambahkan lagi keterujaan aku nak jumpa kau. Aku nak salute kat sifu yang berjaya mengubah kawan aku ni. Patutla aku dapat rasa ayat ko dah tak skema berbanding dulu. Sambil tu boleh aku kenalkan awek-awek Ganu. Awek sini lawo-lawo kaloh awek mata biru.” Mereka berborak sebentar sebelum masing-masing meletakkan telefon.
 Ian Rayyan tersengih. Teringat kata-kata Khairi. Nampaknya dia kena berguru lagi dengan Arleena. Menarik juga kata yang diucap oleh Khairi tadi walaupun dia tidak tahu apa maksudnya.

            Interkom di meja Arleena berbunyi. Selepas mendengar arahan daripada pemanggil, Arleena meletakkan gagang. Dia mengeluh. Keluar makan dengan bos lagi. Apa lagi alasan yang hendak diberikan kepada Nina. Nak tak nak dia menaip pesanan untuk Nina. Kata-kata bos tidak boleh dibantah.
            Tepat jam satu petang, Arleeena  melangkah keluar dari biliknya. Kaki diatur ke lift. Senyuman dilebarkan apabila berselisih dengan rakan-rakan yang juga ingin keluar makan. Keluar daripada lif dia mengatur langkah ke bahagian parking di bahagian bawah hotel. Mata melilau mencari kereta Audi Q5 milik Ian Rayyan. Senyum bibirnya apabila yang dicari ternampak di mata.
            Semakin hampir dia dengan kereta Ian, tingkap kereta Audi Q5 diturunkan. “Kenapa lambat?” soal Ian apabila Arleena menjenguk di tingkap.
            Pintu kereta dibuka dari dalam. Arleena masuk lalu menutup pintu. Tingkap dinaikkan.
“Kita nak berjumpa siapa bos?” tanya Arleena. tadi belum sempat dia bertanya Ian telah menamatkan panggilannya.
            “Ada la. Nanti dah jumpa awak tahu la.” Ian melirik memandang gadis pujaannya. Kalau dah sah nak saja aku pegang jari dia ni.
            How your work? Everything ok?”
            “Ok..” jawab Arleena ringkas.
            “Kenapa ni? Marah saya ajak keluar?” Ian bersuara sambil menanggalkan kot dari badannya. Kot diberikan kepada Arleena. Tali leher dirungkai. Juga diberikan kepada Arleena. Lengan baju dilipat sedikit hampir ke siku. Arleena suka gaya Ian begitu. Santai saja. Ian mula menggerakkan keretanya. Menuju ke destinasi yang dia sahaja tahu.
            “Ke mana ni bos?” soal Arleena apabila mereka melepasi restoran kebiasaan mereka.
            “Hari ni saya nak bawa awak jauh sikit.” Ian Rayyan memandu laju ke Tasik Putrajaya.
            “Sempat ke masuk office semula bos. Ini dah satu setengah.” Arleena mengingatkan bosnya.
            “Apa nak hairan. Saya kan bos. Orang tanya awak jawabla kita jumpa klien.”
            Arleena merenung Ian Rayyan. Kalau beginilah jawabnya memang sah-sah tak ada jumpa klien. Dah la dia banyak kerja. Bebel Arleena dalam hatinya.
            “Suka brooch saya bagi tadi?” tanya Ian selepas pelayan meletakkan pesanan mereka di atas meja. Seperti biasa nasi goreng nanas untuk Ian dan nasi putih bersama tom yam campur untuk Arleena.
            “Thanks bos. Cantik.” Maklumlah tadi dia tak sempat ucapkan terim kasih.
            “Simpan baik-baik tau. Macam awak jaga hati saya.”
Satu ayat yang menyebabkan Arleena berasa hilang darah. Apa maksudnya? Arleena menanti kata-kata Mr. Ian seterusnya. Hatinya ingin melonjak gembira. Adakah bosnya itu akan meluahkan perasaannya. Tapi hampa. Ian kelihatan cukup berselera menikmati hidangan nasi goreng nanas di pinggannya. Arleena mengeluh perlahan.
            Arleena ralit melayan perasaan. Tersentak dengan bunyi deringan dari telefon bimbitnya. Tangannya menggagau ke dalam beg tangannya. Telefon bimbitnya dicapai. Sebaris nama di skrin dibacanya. Ryzal. Jejaka yang dikenali secara tidak sengaja. Siapa sangka dia dan Ryzal kini berkawan baik. Baginya hanya sebagai kawan tetapi tidak bagi Ryzal. Dia tahu Ryzal inginkan hubungan yang serius dengannya.
“Alahai Ryzal... sabarla...” Arleena mengurut keningnya.
Keluar keluhan kecil dari bibirnya. Arleena tidak menjawab panggilan daripada Ryzal. Tiada mood untuk bercakap dengan Ryzal. Sudah dijangka dengan soalan Ryzal. Pastinya memujuk dia memilihnya. Ryzal seorang lelaki yang tidak mudah mengalah. Kadang-kadang dia juga kasihankan Ryzal. Sentiasa mengharapkan penerimaannya. Sedangkan dia masih belum bersedia untuk mempunyai hubungan yang lebih dari kawan. Malas mahu memikirkan komitmen selanjutnya.
Bagi Arleena setiap hubungan yang dijalinkan mesti berakhir di jinjang pelamin. Dia tidak mahu menghabiskan masa bertahun tapi tiada kesudahannya. Oleh sebab itulah dia perlu memikirkan semasaknya pelawaan Ryzal. Mahu berfikir agar keputusan yang bakal diambil adalah yang terbaik. Arleena hanya memerhatikan deringan daripada Ryzal berhenti. Kedengaran mesej pula yang masuk ke dalam telefon bimbitnya. Pastinya dari Ryzal juga. Arleena tidak menghiraukannya. Maafkan aku Ryzal. Bukan ketika ini.
Ian Rayyan masih tidak mengalih pandangannya daripada menatap wajah Arleena. Menimbulkan rasa ingin tahu apabila Arleena mematikannya panggilan tersebut. Terdetik rasa cemburu. Adakah gadis di hadapannya ini telah dimiliki? Rasa tidak enak mula bermain di tangkai hatinya.
“Siapa?” laju sahaja mulutnya bertanya.
Arleena memandang wajah Mr. Ian Rayyan. Perasan dari tadi bosnya itu tidak mengalih pandangan daripada memerhatinya. Nak cerita ke tak nak? Dia faham dengan reaksi bosnya itu. Pastinya inginkan penjelasan. Alahai Ryzal ni mematikan mood sajalah.
“Panggilan tak penting.” Akhirnya Arleena bersuara.
 Mr. Ian Rayyan hanya mengangguk. Rasa ingin tahu tidak kesampaian. Akhirnya masing-masing menyambung semula menjamah makanan mereka.









No comments:

Post a Comment