Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 11




            Arleena terbaring di sofa. Televisyen terpasang tapi apa siarannya tidak diambil peduli. Dia mengingatkan insiden tadi. Tak kanlah bersentuhan secara tidak sengaja menyebabkan organ dalamannya terbalik. Rasa semacam. Adakah dia mempunyai perasaan terhadap Ian Rayyan. Ooh, itu sudah pasti. Rasa yang bagaimana perlu dikaji semula. Yang penting sekarang bagaimana hendak menepikan rasa gundah tika ini. Makanan yang ditelan pula dapat digambarkan rasanya.
            “Alahai bos... cakapla...” geram pula Arleena dengan sikap bosnya ini.
Ya.. memang dia menyukai Ian Rayyan. Sejak hari pertama melihat big bossnya itu. Baginya hanya suka. Seperti dia menyukai pelakon-pelakon kacak. Malah rata-rata staf perempuan di Hotel Grenz menyukai Ian Rayyan. Berangan kononnya Ian Rayyan milik mereka. Termasuk juga dia dan Nina. Masing-masing berangan menjadi suri kepada pemilik wajah kacak itu.
            “Woi menung ker!” jerkah Nina kepada Arleena. Tersentak Arleena mendengar jeritan kuat di cuping telinganya. Laju degupan jantungnya.
“Apa ko ni. Nasib aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah jalan tau.” Marah Arleena sambil bangun duduk mengadap Nina.
            “Ha..ha..sebab tak ada aku buat, kalau ada aku tak buat...yang aku dari tadi gelak nak pecah perut ko sikit pun tak ada respon. Ko fikir apa?”
            “Mana ada apa-apa.”
Gila nak bagitahu dia tengah fikirkan Ian Rayyan. Mahu setahun Nina gelakkannya.
“Aku dengar siang tadi ada orang keluar dating.”
Lunch tadi dia keluar dengan Harith. Siapa sangka dia terserempak dengan Arleena. Sempat dia melihat aksi romantik kawannya itu. Nasib Arleena tidak melihatnya. Tapi teruk juga dia hendak menjawab dengan Harith.
            Aaa.. sudah. “ Siapa?” Arleena buat-buat tanya.
“Tak payah nak main hide and seek la ngan aku. Aku pun lunch kat situ juga tadi. Sempatlah tengok aksi romantik ko. Shy-shy cat la konon ko tadi. Dalam hati ngaaummm..” Terbayang aksi itu di matanya. Nampak keserasian antara Arleena dan big bosnya. Merah pipi Arleena.
“Ko pakai blusher ker?” usik Nina. Nina ketawa kuat. Suka hati dapat kenakan Arleena.
Arleena membaling bantal kecil yang dipeluk ke arah Nina. Dengan Nina ni dia tak dapat sembunyikan apa-apa. Hidung kucing betul. Dapat hidu saja apa-apa yang dia lakukan.
Nina ketawa kuat. Siaran di hadapannya tidak dipeduli. Soal kawannya ini lebih penting. Perbincangan dari hati ke hati.
“Ko dengan Mr. Ian ada apa-apa ker?
“Agak-agakla ko. Mana ada. Orang kaya tu beb.”
“Aku tengok tadi  korang serasila. Aku dengar dia hari-hari cari ko ek!” Gosip bosnya bersama Arleena telah tersebar di hotel. Tadi pun Harith bertanyakan mengenai hubungan Ryzal dan Arleena. Bukan dia tidak tahu Ryzal terlalu sukakan Arleena. Cuma Arleena sahaja yang bermain tarik tali dengan Ryzal. Kadang-kadang dia juga kasihan melihat keadaan Ryzal. Tapi soal hati Arleena dia tidak mahu masuk campur. Biarlah Arleena membuat keputusan sendiri.
“Ko sebenarnya dengan siapa? Ryzal or Mr. Ian?” tanya Nina lagi.
“Aku tak tahula beb. Nak cakap pun susah.”
“Tanya hati la beb. Kalau ko dengan Mr.Ian aku harap ko terus terang dengan Ryzal. Tak baik buat dia tertunggu-tunggu.”
“Aku tak boleh fikirla. Aku tahu perasaan Ryzal pada aku. Aku kasihankan dia juga. Tapi bila dengan dia hati aku biasa saja. Aku dah cakap dengan dia, jangan tunggu aku. kalau dia berjumpa dengan orang lain, aku minta dia teruskan dengan pilihan dia. Tapi kalau aku dengan Mr. Ian aku rasa berdebar semacam.” Luah Arleena.
“Kalau macam tu sah-sah ko sukakan Mr. Ian. Ko terus terangla ngan Ryzal. Tadi pun Harith ada tanya aku pasal korang. Dia mesti fikir juga pasal Ryzal. Macam kita berdua la.”
“Weh Harith tanya apa?” cuak juga dia.
“Ala..dia nampak korang serasi je tadi. Dia pun mesti fikir perasaan kawan dia jugak kan.”
“Masalahnya dia tak pernah luahkan rasa suka kat aku.”
“Biar betul. Bukan korang rapat ker?” hairan Nina dengan kata-kata Arleena.
“Memangla rapat. Kat mana dia pergi mesti text aku. Tak pernah miss. Apa-apa kat hotel mesti cari aku. Tapi dia tak pernah luah kat aku. Tak kan aku nak syok sendiri jer.”
“Berat juga macam ni.”
“Tahu pun ko. Yang tambah peningkan aku, ibu dah banyak kali mesej tanya aku bila nak kahwin. Katanya kerja dah ok. Nak tunggu sampai bila. Tak ada calon. Ibu boleh cari calon. Tak ker haru aku kalau ibu cari calon. Belum Ryzal kejar aku lagi. Mintak keputusan. Pening aku weh.” Luah Arleena.
Complicated juga ek. Patutla ko tadi menung macam orang mati laki jer.” Usik Nina. Arleena menepuk bahu Nina. Dalam keadaan macam ni pun nak lawak.
            “Ko bagi hint la sikit kat bos tu.”
            “Agak-agakla ko. Buatnya dia suka aku ni sebagai pekerja dia jer, tak ker aku ni nanti dikata gedik. Jatuhla saham aku. Macam mana nak berdepan dengan dia nanti. Lagi teruk kalau dia berhentikan aku kerja. Atas alasan cuba menggoda bos. Tak ker haru aku nanti.”
            “Takut jatuh saham juga ek. Bagi aku la dua-dua tu ok. Kerjaya, rupa semua lengkap. Cuma Ryzal tak la sekaya Mr. Ian. Walau dengan siapa pun ko kahwin aku rasa dua-dua mampu jaga ko. Kalau ko tak kerja pun Ryzal tu masih boleh tanggung ko.”
            Arleena mengiakan kata-kata Nina. Dua-dua punyai pakej yang menarik. Ikutkan sama-sama hebat. walaupun Ryzal tidak sekaya Mr. Ian tapi baginya itu bukan ukuran. Cukup baginya seorang suami yang mampu melindunginya. Yang sama-sama menuju ke jannah. Dia bukanlah manusia sempurna dan dia perlukan seorang suami yang boleh menyempurnakannya.  Sama ada dalam hidup ini mahupun di sisi Allah. Suami yang mampu menegurnya ketika dialalai dan alpa.
            “Aku bukan fikir kaya ke apa... bagi aku cukup seorang suami yang boleh aku jadikan tempat berlindung. Yang boleh bimbing aku bila aku lalai. Yang boleh terima keluarga aku. Aku ni bukannya kaya sangat. Jauh jika nak compare ngan diaorang. Ngan ko pun sama. Tapi aku mencari seorang imam dalam hidupku. Perkahwinan aku nanti biarlah kekal selamanya.” Luah Arleena.
            “Ala..ko ni layan syahdu la pulak.. siapa yang ko pilih, aku sokong jer. Yang penting ko bahagia. Banyakkan berdoa supaya Allah bukakan pintu hati kau untuk terima siapa pasangan ko. “
            “Agak-agak ko kalau nanti keluar wajah Harith aku nak buat macam mana?” usik Arleena.
Kembang kempis hidung Nina. Main kasar nampak.  “Ko pernah makan sup selipar tak?” ugut Nina. Selipar tidur Bunny di kakinya dikuis-kuis. Arleena ketawa kuat.
“Sayang juga ko kat Harith ek.” Mereka berdua ketawa.
            “Beb.. aku rasakan ko lebih sesuai dengan bos kita la. Aku tengok macam serasi sangat. Aku rasa dia pun sukakan ko juga la. Korang ni macam sweet-sweetla. Bak kata orang, tak ada depan mata cari-cari, bila ada depan mata jeling-jeling. Tak puas aku tengok korang tadi. Siap pegang tangan. Mata berpandangan. Dia memang ada hati dengan ko la.. tengok cara dia pandang ko pun aku dah tahu.” Nina tersengih gatal.
            “Memang ada orang tak sayang mulutla. Tapi memang aku suka dia la.” Gelak Arleena.
“Statement ko kami pegang tangan tak betul ok. Kami terrrpegang.” Sengaja dia panjangkan perkataan terpegang pada Nina.
            Malas melayan Nina, Arleena masuk ke dalam bilik. Menyambung khayalan di dalam bilik pula. Lagi privasi. Tak ada yang mengganggu. Tubuh direbahkan ke atas tilam. Wahai Mr. Ian Rayyan... luahkanlah..jangan buat aku ternanti-nanti... Arleena lena dengan angan-angannya.

No comments:

Post a Comment