Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 12



Ian Rayyan berlegar di unit pemasaran. Jika sehari tidak melihat wajah gadis pujaannya, hatinya tidak senang untuk membuat kerja. Aura Arleena begitu kuat padanya. Untungla dia big boss jadi ke mana dia pergi stafnya tidak akan menyoal. Kalau ada yang bertanya, alasanya cukup klise, pemantauan terhadap staf. Padahal pergi mengusha staf. Ada sahaja alasan yang direka untuk membolehkan dia bercakap dengan Arleena. Bukannya dia tidak nampak mata-mata yang memerhatinya. Malah dia juga sedar Arleena juga naik segan dengannya. Ada dia kisah.
            Ian Rayyan buat bodoh sahaja dengan reaksi tidak senang yang ditunjukkan oleh Arleena. Hendak diluahkan mungkin Arleena segan dengannya. Bukannya dia tidak perasan riak tidak puas hati Arleena apabila dia bertanyakan perkara yang sama berulang-ulang. Yang dia mahu hanyalah mendengar suara gadisnya. Satu hari tidak mendengar dirasakan harinya tidak bersinar. Arleena diibaratkan matahari yang menyinari hidupnya.
            Sejak mengenali Arleena dia bertambah faham dengan sikap Arleena. Seorang gadis yang tegas walaupun nampak lembut. Senyuman yang sentiasa dihulurkan kepada sesiapa sahaja yang berselisih dengannya. Bijak mengawal keadaan. Yang penting pandai berkomunikasi. Sesiapa sahaja senang berurusan dengannya. Itu yang dia cemburu. Senyuman Arleena dirasakan cukup manis sekali. Membuatkan orang memandang lebih dari sekali. Malah nama Arleena cukup dikenali oleh kliennya.
            “Ish.. mana dia ni..” bebel Ian Rayyan apabila tidak melihat kelibat Arleena di unit pemasaran. Tak kan dia nak menunggu di hadapan bilik Arleena. Dia beredar ke biliknya setelah bertegur sapa dengan staf yang berselisih dengannya.


Berlari anak Arleena ke biliknya sebaik mendengar interkom di mejanya berbunyi. Mengeluh dia sebaik selesai mendengar arahan si pemanggil. Panggilan dari big boss yang meminta Arleena berjumpa dengannya.
“Ingatkan dia sibuk, legalah aku hari ni. Ni aku jugak yang kena mengadap dia.” Bebel Arleena sendiri.
            Arleena kurang senang apabila menerima panggilan daripada big bosnya tadi. Berfikir apakah lagi agenda big bosnya. Sedangkan tika ini dia banyak kerja yang perlu diselesaikan. Apatah lagi waktu lunch nanti dia perlu berjumpa dengan klien. Bukannya dia tidak tahu perangai big bosnya itu. Berbual benda kosong sahaja. Lebihnya muka dia yang ditenungnya. Alasan sahaja ada kerja yang perlu dibincangkan. Bukannya dia tidak perasan akan mata-mata yang memandang ke arah biliknya setiap kali big boss singgah di biliknya. Setiap hari wajib big bossnya itu datang ke biliknya. Memangla seronok memandang muka kacaknya tapi melayan punya pasal sampaikan kerja dia terbengkalai sama. Kalau dia jenis suka menggeletis dah lama rasanya dia tawan si big boss.
            Dengan rasa malas Arleena bangun dari kerusinya. Organizer dikelek. Segala maklumat dicatat dalam organizer itu. Ibarat nyawanya. Kalau hilang yang itu, tidak tahulah apa akan jadi padanya. Tidak bersemangat dia menghayun langkah ke arah bilik bosnya.
           
Pintu bilik Mr. Ian diketuk. Arleena melangkah ke dalam bilik Mr. Ian. Salam diucapkan. Ian Rayyan terpegun dengan gadisnya. Matanya tidak berkalih daripada melihat Arleena. Hari ini Arleena mengenakan baju kurung yang mengikut bentuk badannya. Cukup seksi baginya. Hatinya agak geram. Apalah reaksi staf-staf lelaki melihatnya. Bukannya dia tidak tahu ramai staf lelakinya yang berkenankan Arleena.  Kenapalah kamu cantik sangat wahai gadisku. Walaupun Ian Rayyan berkenan dengan Arleena tapi dia tidak meluahkannya. Baginya ucapan sayang terlalu berharga. Bukan senang-senang boleh diucapkan. Dia menunggu masa yang sesuai untuk menyatakan sayang kepada Arleena.
            “Ada hal apa Mr. Ian minta saya ke sini?”
            “Saya nak tanya progress berkaitan dengan majlis Datin Mona.” Kata Ian Rayyan.
Oooq...aloh..yang ni lagi. Semalam baru tanya pasal ni. Dia tahulah Datin Mona tu   VVIP customer hotel ni. Lubuk emas. Takkanlah setiap hari nak tanya.
            “Masih dalam progress bos. Semuanya berjalan lancar. Hari ni Kimi akan serahkan quotation kepada Datin Mona. Ian Rayyan tersengih. Bukannya dia tidak tahu tapi saja nak mendengar suara gadis pujaannya. Asyik dia yang banyak bercakap. Kali ini biar Arleena pula yang bersuara. Terubat rindu di hatinya.
            “Bos ada apa-apa lagi? Kalau tak saya keluar dulu. Banyak lagi tugas yang saya belum siapkan.” Sengaja dia berkata demikian. Biar Mr. Ian sedar yang dia menghabiskan masa stafnya sahaja. “Satu lagi bos, nanti dah setel dengan Datin Mona saya akan beritahu bos. Jadi bos jangan risau yea...”
 Mr. Ian hanya ketawa. Tahu Arleena menyindirnya. Ada dia kisah!
            Lunch dengan saya nanti.” Selamba Mr. Ian mengajak Arleena.
Spontan Arleena menepuk dahinya. Ya Allah tak faham-faham lagi ker.
            “Maaf bos saya dah ada temu janji.” Arleena memberitahu dan cepat-cepat keluar dari bilik Mr. Ian. lagi lama di situ dia takut dia tidak dapat mengelak. Takut jika Mr. Ian mengeluarkan aura bosnya. Masa tu tak ada alasan la.

           
“Arleena, lunch nanti ikut saya. Ada klien nak jumpa.” Mr. Ian menelefon Arleena.
Belum sempat Arleena menjawab panggilan telah dimatikan.
Ian Rayyan ketawa kecil. Berjaya juga taktiknya. Kalau ditunggu lama mau Arleena mencipta pelbagai alasan.
Masuk sahaja waktu rehat Arleena cepat-cepat turun ke tempat parking kereta Mr. Ian. Tidak mahu banyak mata melihat. Kalau lambat takut pula Mr.Ian menjemput dia di bilik. Lagi haru jadinya. Enjin kereta bosnya telah kedengaran. Cepat pula mamat ni turun. Ingatkan dia paling awal. Tapi ok juga. Tak adalah dia jadi guard tunggu di kereta. Arleena mengetuk cermin kereta Audi Q5 milik Ian Rayyan.
“Masukla,” sapa Ian Rayyan sebaik dia menurunkan cermin yang diketuk oleh Arleena. 
Tanpa berlengah Arleena meloloskan badannya ke dalam Audi Q5 tersebut.  “Bos kita nak jumpa siapa ni?”
 Ian Rayyan tersengih.
Arleena pandang lain macam. Sah-sah dia kena kelentong lagi.
“Tak ada jumpa siapa-siapa..Pergi isi perut aje.” Ringkas sahaja jawapan Ian Rayyan.
“Bos takkan kita nak pergi makan berdua. Tadi bos kata nak jumpa klienkan.”
Ian Rayyan berpaling ke Arleena Sofea. Menghadiahkan senyuman yang betul-betul membuatkan hati Arleena cair. Alahai dia ni tahu-tahu jer kelemahan dia. Lomeh lutut eden macam ni!
Malas dia bertanya lagi. Lebih baik dia fikirkan alasan yang hendak diberikan kepada Nina nanti. Kalau Nina sahaja ok lagi. Buatnya balik ofis nanti dia diterjah Kak Yati, apa dia nak jawab. Kak Yati sekarang ni pun tengok dia dah semacam.
“Nah makan ni dulu. Boleh hilang stress tu.” Ian Rayyan menghulurkan coklat Toblerone kepada Arleena.
Arleena menilik coklat yang berada di dalam tangannya. Macam best je coklat ni.
“Makanlah. Coklat ni terapi untuk hilangkan stress. Kembalikan mood awak tu semula.” Ujar Ian Rayyan lagi.
“Betul ke bos?” soal Arleena tanpa memandang Mr. Ian.  “Agak-agak bos kan kalau makan ni sampai berkotak-kotak, kerja kat meja saya tu boleh setel sendiri tak?” Sindirnya pula. Amboi senangnya. Stress makan coklat. Tapi dia pernah dengar kalau tengah  period pain, terapinya adalah coklat. Nantilah dia google kesahihannya.
Ian Rayyan hanya tergelak. Dalam diam, berani juga Arleena mengenakannya. Ada dia kisah. Janji dia dapat keluar dengan dia. Bukan senang nak keluar dengan minah ni kalau bukan disebabkan soal kerja. Ian Rayyan bermonolog dalam hatinya.
Adui..dia ni kalau anggap dia ni kekasih dia ok juga. Laju saja dia setuju untuk keluar. Tak adalah orang nak salah anggap. Dia sebenarnya mahukan Ian Rayyan, sebab itulah dia tidak bisa menolak ajakannya. Hatinya ingin juga berada di sisi Mr. Ian. Tapi dia masih lagi tahu membataskan diri. Menghadkan pergaulan antara majikan dan pekerja. Hati siapa tidak terbuai apabila dilayan sebegitu rupa. Nasib dia masih waras untuk membezakannya. Sepanjang perjalanan itu saja yang berlegar dalam fikiran Arleena.
“Saya nak hilangkan stress awak tu. Ambil angin dulu. Barulah awak boleh fokus dengan kerja-kerja yang bertimbun tu.” Ian memandang Arleena di sebelahnya. Payah sangat nak ajak keluar. Kan dah kena paksa.
“Bos.., makan la angin banyak mana pun. Otak saya ni duk fikir kerja kat opis tu.” Luah Arleena lagi. Kalau aku ni asyik kena ganggu, bila la kerja dia nak siap.
Ian Rayyan memberhentikan keretanya di Restoran Rumbia. Ian Rayyan membuat pesanan. Kegemaran Arleena telah dihafal.
Macam mana dia asyik teringatkan si Ryzal ni. Jangan lah mereka bertembung. Arleena melontar pandangan ke serata restoran. Manalah tahu kelibat Ryzal ada di sini tapi kenapa hati dia tiba-tiba teringatkan Ryzal. Hati Arleena mula tidak senang. Seperti dia membuat salah. Tapi dia keluar dengan bos. Dia pun bukannya teman wanita Ryzal. Dia saja yang anggap begitu sedangkan aku tidak beri apa-apa keputusan lagi.
Setelah pesanan tiba, kami menjamu selera. Arleena makan dengan cepat. Supaya Ian Rayyan tidak mempunyai masa untuk berlengah. Terus lupakan soal Ryzal. Dalam  menjamu selera, satu mesej telah masuk ke telefon Arleena. Aduh siapa pula ni. Dia mengeluarkan telefon dari tas tangan. Butang kunci di buka. Mesej daripada Nina.
You owe me! Jangan lupa balik karang story mory.....jangan nak ngelat...
Masaaak....dia macam ni.. Nina dah bagi amaran awal. Bahasa yang digunakan pun boleh tahan juga. Story mory macam panjang jer. Siapa tak kenal Nina. Selagi dia tidak berpuas hati jangan harap dapat lari. Aduh..fening la fening... macam mana nak story ni.. sebelum ni baik aku cover dari dia. Hidung kucing betul la dia ni.
“Siapa mesej?” Mr. Ian bertanya.
 “Nina...” Nasib Mr. Ian tidak bersoal panjang.
            “Bos.. thanks belanja. Tapi bos lepas ni bos tak payahlah ajak saya kalau tak ada apa-apa hal. Saya tak mahu jadi buah mulut pula nanti.”
            “Lantak la apa orang nak kata.”
            “Kita hidup dalam satu organisasi bos. Perlu juga ambil kira pandangan orang lain. Saya nak kerja lama kat situ bos. Takut pula saya dituduh nak tackle bos.”
            “Kalau betul apa salahnya. Saya bukannya ada sesiapa pun. Masih mencari juga.” Balas Ian Rayyan selamba. Takkan lah Arleena tak faham dengan layanannya.
            “Jom couple,” kata-kata yang hanya berlegar dalam benak Arleena. Kalaulah dia lelaki, bosnya sudah diajak bosnya itu couple.
            “Agak-agakla bos. Saya ni kuli je.” Kata-kata Arleena tidak dibalas oleh Ian Rayyan.

Balik dari keluar makan dengan Mr. Ian, Arleena menumpukan perhatian kepada kerjanya. Tidak lama lagi musim cuti sekolah. Dia perlu merangka promosi untuk menarik pengunjung ke Hotel Grenz. Esok unitnya akan mengadakan mesyuarat dengan Mr. Khoo. Sebelum masuk mesyuarat perlulah melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat penting.
            “Oit.. ada orang keluar date la..” Kak Yati muncul di pintu bilik Arleena.
            “Mana ada kak. Jumpa klien je. Lunch terus.”
            “Eleh.. jangan nak tipu akak la. Bos tu mana ada temu janji hari ni. Macam mana ada sesi luahan hati tak?” tanya Kak Yati lagi.
            “Tak ada lah kak. Kami makan-makan je. Cakap soal kerja. Mana ada cakap soal hati ni.”
            “Lembapla bos tu. Jenuh akak ni bagi hint kat dia. Tak faham-faham lagi. Nanti melepas baru gigit jari.”
            “Ada-ada saja akak ni. Akak ada hal ke cari saya?”
            “Tak ada la. Saja singgah. Kot-kot ada berita sensasi.” Ujar Kak Yati sebelum berlalu dari bilik Arleena. Arleena hanya menggeleng. Masakla kalau Kak Yati dah berkias.
            Dalam dia ralit menyusun idea, satu mesej masuk ke dalam telefon bimbitnya. Arleena melihat nama tertera di skrin. Big boss.... Adui apa lagi la yang dikehendaki oleh mamat ni. Dia tengah banyak idea ni. Jangan la dia panggil masuk mengadapnya.
            Thank you for accompany me...
Adui ini saja ker yang difikirnya. Membaca mesejnya membuatkan dia berfikir sejenak. Maksudnya dia hanyalah penema
Saya akan outstation. Take care...
            Awak dah makan. Take care...
            Sweet dream my princess....gonna miss you
            Ini lah antara mesej yang dia terima daripada Mr. Ian. Bagai manakah dia tidak menganggap dia menyukai aku. Hati perempuan mana tidak terbuai dengan semua ini. Tapi yang musykil, dia tidak pernah mengucapkannya.            Tak kan cukup dengan dia faham memahami maksudnya tanpa diluahkannya. Bagi aku itu bukannya cara yang bagus. Apatah lagi pemahaman manusia berbeza. Dia tidak mahu disalah anggap. Jika dia menyukai aku biarlah keluar dari mulutnya sendiri. Barulah aku pasti. Ini aku seolah-olah diawangan! Menanti sesuatu yang belum pasti!
Bukan itu sahaja, setiap kali keluar Mr. Ian akan meminta dia memegang cluth bagnya. Bagi Arleena itu adalah benda personal yang perlu dijaga. Tidak bagi Ian Rayyan. Seolahnya barang-barangnya hendak dikongsi bersama Arleena. Malah kereta Audi Q5nya diminta Arleena pandu.
Ryzal pun tak pernah tawarkan Harriernya untuk dipandu oleh dia. Itu orang yang sah-sah anggap dia sebagai kekasih.
            Sekali lagi kedengaran mesej di telefon bimbit miliknya. Adakah sebab dia tidak membalas mesejnya membuatkan Mr.Ian Rayyan menghantar lagi mesej kepadanya.
Arleena membuka butang kekunci. Alamak Ryzal la.
Shall we dinner tonight – Ryzal
Ok – Arleena
Tq.. By 8.00 pm I will arrive- Ryzal
Adui dah macam playgirl pulak. Keluar silih berganti. Last-last pastinya kantoi. Jangan dua-dua melepas dahla. Ini dikatakan tak de penyakit gatal cari penyakit.
            Hari ini giliran Nina memandu. Awal-awal lagi Arleenna telah menunggu di kereta. Hanya bersandar. Lagipun dia tak ada mood nak buat kerja. Sebab itulah awal-awal lagi dia dah keluar. Lepas ni nak mengadap Nina pula. Nina tersengih-sengih menuju ke arahnya. Alarm kereta ditekannya. Dia membuka pintu kereta. Biarkan haba panas di dalam kereta keluar dahulu.
            Nina menghidupkan enjin kereta. Masih tersengih. Arleena memandangnya hairan.
“Ko ni apa hal. Buang tabiat?”
 “Eleh ko jangan buat tak tahu ek. Sampainya hati selama ni ko tipu aku kan. Kata jumpa klien. Padahal korang pergi berasmaradana.” Ujar Nina panjang lebar.
Tu dia ayat power dari Nina sudah keluar. Tengok Nina  sengih semacam dia dah tahu.
“Agak-agakla cakap macam tu. Ingat aku jahat sangat ker?”
Nina ketawa kuat. “Eleh tak payah nak selindungla. Ko ni ngan siapa sebenarnya. Ryzal ke bos!”
Soalan maut  daripada sahabat baiknya.
“Weh aku keluar dengan bos jumpa klien la.” Masih berselindung.
“Eleh Kak Yati dah story mory ngan aku tadi. Ko jangan nak kelentongla. Takkan Kak Yati tak tahu. Diakan PA big bos.” Nina menyambung lagi katanya.
 “Patutla ngan Ryzal ko buat tak layan. Dah dapat yang baaiik punye.” Penuh gaya Nina menuturkannya.
Ala Kak Yati dah tahu ker. Malu la dia macam ni. Dahla Kak Yati tahu dia berkawan dengan Ryzal.
            “Ko jangan gosip aku dengan bos ek. Aku tak ada apa-apa dengan dia la.”
Dah memang betul kami tak ada apa-apa. Takkan dia nak cakap dia sukakan bos.
“Ko dengan Ryzal aku rasa sepadan. Kalau dengan Mr. Ian lagi sepadan haha..”
Nina terbayangkan rupa anak kawannya itu. Dua-dua jejaka kacak. Ditambah pula dengan Arleena yang cantik. Pasti anak mereka cute-cute. Kalau dengan bosnya pasti anak Arleena bermata hazel. Cutenya!! Arleena memandang ke arah Nina. Hairan melihat rakannya itu tersengih.
“Ko ni kenapa? Buang tabiat ke? Malam tadi kan aku dah cakap.”
Nina ketawa kuat. Nampak sangat muka bengang Arleena. Tapi sweet juga. Dah orang cantik, dalam keadaan macam mana pun tetap cantik. Ikut ko la Aleen....nasib badan la jadi orang cantik. Ramai peminat.
            “Malam ni aku keluar dengan Ryzal.” perlahan Arleena beritahu Nina.
            “Muka monyok asal. Oklah tu..” balas Nina pula.
            “Ini yang buat aku pening. Sah-sah malam ni dia tanya soalan yang sama.” Keluh Arleena.
            “Dia berharap sangat dengan ko. Tapi aku faham, mungkin ko rasa belum ada keserasian antara korangkan.”
            Follow the wind jelah..” balas Arleena. Malas dia hendak berfikir. Biarlah masa yang menentukannya.
            “Malam nanti jangan ko buat perangai pulak. Dah janji nak keluar tu layan Ryzal elok-elok walau pun ko tak suka dia. Muka tu jangan tunjuk ketat sangat. Kasihan Ryzal tu.” Nina mengingatkan sahabatnya itu.
           




No comments:

Post a Comment