Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 13




             Abang jangan lupa majlis kahwin Abang Zainal hujung minggu. Papa minta abang ambil cuti. Kita balik awal ke kampung – Qaira
            Mesej yang dihantar oleh adiknya dibaca berkali-kali. Sejak balik ke sini dia tidak pernah menjenguk saudara maranya di kampung. Malah suasana kampung pun dia tidak berapa tahu. Macamana dia hendak tinggal di kampung? Dengan siapa dia hendak bercakap? Rumah ada aircondkah? Runsing. Dari tadi Ian Rayyan tidak putus-putus memikirkannya.
            Sememangnya Ian tidak mempunyai kawan di sini. Dunianya hanya di hotel sahaja. Kebelakangan ini sahaja kelihatan Ian rapat dengan staf hotel yang bujang. Itu pun saranan daripada Arleena. Malah Arleena yang memperkenalkan dia dengan mereka. Katanya kasihan apabila melihat Ian tidak mempunyai teman. Dari situlah Ian rajin mengikut mereka bermain futsal.
Malah kadang-kadang Ian akan melepak di rumah bujang tersebut. Barulah ada life namanya. Arleena! Yes!! Dia mesti meminta tolong daripada Arleena. Arleena tidak pernah mengecewakannya. Dia bingkas keluar dari biliknya. Menuju ke bilik Arleena.
            Melilau mata Ian apabila Arleena tidak kelihatan di biliknya. Dia mengeluarkan telefon daripada poketnya. Nada deringan terdengar dari dalam bilik Arleena. Adui dia ni tinggal telefon pulak. Hendak bertanyakan staf lain di situ dia berasa segan pula. Dia masih berdiri di hadapan bilik Arleena. Melihat pandangan daripada staf-stafnya, Ian beredar daripada bilik Arleena. segan pula dipandang begitu. Hanya pesanan dihantar kepada Arleena. Meminta dia datang ke bilik. Dia tidak boleh bertangguh. Takut Arleena mempunyai program lain.
            Resah Ian menunggu di dalam biliknya. Fail di tangan tidak dapat ditelitinya. Tidak focus. Sekejap sekejap dia melihat telefonnya. Menanti sekiranya ada balasan daripada Arleena. Dalam dia termangu, kedengaran ketukan di pintu. Yes! Penyelamat aku dah datang. Laju Ian menyuruh masuk. Terjengul kepala Arleena di pintu. Ian menggamitnya.
            “Kenapa bos?”
            “Awak mesti tolong saya.” Ian mula bercerita kepada Arleena.
            “Agak-agakla bos. Saya ni bukan ada kena mengena dengan keluarga bos. Apa pula kata keluarga bos nanti.”
            “Tolong la saya, Aleen. Saya tak kenal sape-sape kat sana. Ada awak bolehla saya kawan dengan awak.”
            “Adik bos kan ada. Papa dan mama bos kan ada.”
            “Please Aleen. Takkan saya nak berkepit dengan mereka. Sampai kampung sudah tentulah mama dan papa saya akan join adik beradik diaorang. Qaira dengan sepupu kami yang perempuan. Saya kontang kanting sorang-sorang.”
            “Tak manis la bos. Kita bukan ada apa-apa pun.”
            “Please la Aleen. Saya tak pernah balik kampung. Saya tak tahu macam mana nak duduk kat kampung. Malu la saya.”
            “Bos ni lahir kat mana? Lupa asal usul nampak.”
Arleena menyindir bosnya. Payah sangat ke nak balik kampung.
            Ian Rayyan mencerlung kepada Arleena. Susah juga nak memujuk Arleena. Keras juga hati perempuan ni. Mukanya dah habis sayu dimimiknya. Tapi semua tidak dilayan Arleena. Dia tidak boleh berputus asa. Yang pasti Arleena mesti mengikutnya.  
            Please la Aleen. Kita berlakonla. Awak minta je berapa saya sanggup bayar sebagai upah.”
            “Susahla bos. Apa pandangan orang nanti. Saya ikut bos balik kampung. Dahla family bos pun ada sama. Lagila saya segan.”
            “Aleen. Ini arahan. Awak kena ikut saya hujung minggu ni. Be prepared!
            “Amboi bos ugut nampak. Nanti staf tahu saya ikut bos jatuhla saham saya. Tak de la lelaki hensem kat sini nak dekat dengan saya. Melepas saya.”
            “Jangan main-main Arleena. Saya ada. Kahwin jer ngan saya.” Sungguh-sungguh mimik wajah Ian. Memang itu isi hatinya. Tak kanlah Arleena tak faham-faham lagi.
            Arleena tercengang. Tidak sangka itu yang keluar dari bibir bosnya. Dia ni buat statement maut pulak. Kang aku mintak dia kahwin betul-betul ngan aku menangis. Dahla tak tahu duduk kampung.
 “Kampung bos ni macam mana? Bilik air dalam rumah ke kat luar? Ada perigi?” Cuak juga dia ni. Buatnya kena mandi air perigi. Saja-saja susahkan diri sendiri je nanti.
            “ Perigi tu apa?” soal Ian Rayyan. Pertama kali dia mendengar perihal perigi.
            Arleena menepuk kepala. Lupa pula big bosnya ini membesar di luar negara. Manalah tahu semua ini.
“Kelambu? Pacat? Lintah? Sawah?” Arleena menyoal big bosnya.
Merah muka Ian Rayyan. Budak ni la. Dah dia kata tak tahu banyak tanya pula. Dia cekik juga Arleena nanti.
            “Arleena, awak tahukan yang saya tak tahu semua itu kan. Jadi tak payah nak tanya macam-macam. Sekarang ni yang penting saya nak awak ikut saya.” Tegas kata-kata Ian.
 Nampak bosnya tengah bengang. Arleena tersengih. Eleh nak kerek, tak tolong nanti baru tahu.
            “Nantilah bos. Saya fikir dulu. Nanti saya text bos. Saya minta diri dulu.”
            “Aleen thanks.”
            “Bos saya belum bagi persetujuan lagila. Jangan happy dulu.”
            “Saya dah anggap awak setuju. Pakej tiga hari dua malam. I paid 3K ok?”
Ian Rayyan cuba memancing Arleena.
            Arleena terdiam. Gila punya orang. Duit nak bazir macam tu jer. Ingat dia kaki kikis ker? Arleena hanya mengangkat bahu. Malas melayan Ian. Dia keluar meninggalkan bilik Mr. Ian Rayyan. Nak balik kampung pun susah ker?
           
Sepanjang tiga hari ini telefon Arleena tidak berhenti diganggu oleh Ian Rayyan. Sekejap-sekejap mesej memujuk dihantar. Kalau macam ni bagai mana la dia nak berfikir. Ini pun sebab Arleena ugut sekiranya Mr. Ian datang cari, dia tak akan tolongnya. Ingatkan habis di situ. Mana tahu telefon dia pula yang menjadi mangsa. Terdesak sungguh bos dia ni.
 Hari ini  giliran Arleena memandu. Sekali lagi mesej daripada Ian Rayyan diterima. Nampaknya dia perlu berbincang dengan Nina. Kasihan pula dia dengan si bos. Rasa-rasanya elok juga dia bawa Nina sekali. Takla segan nanti.
“Beb ko nak ikut aku tak?” 
“Ke mana?”
“Mr. Ian ajak aku temankan dia balik kampungla. Ada kenduri kahwin. Dia rasa tak selesa nak pulang. Tak ada kawan katanya.”
“Amboi ko ada apa-apa ker? Balik kampung bos tu.”
“Ko jangan nak fikir bukan-bukan. Dia nak bayar 3k tu.”
Arleena mengangkat tiga batang jari di hadapan Nina. Cuba memancing perhatian Nina. Mana tahu mengena.
Nina membulatkan mata sambil menunjukkan gaya yang sama kepada Arleena.
“Lama ker sampai bayar banyak macam tu?” tanya Nina.
“Katanya dia kena duduk kampung tiga hari. Itu yang aku tengok macam kucing hilang anak. Sekejap-sekejap hantar mesej kat aku. Pujuk aku temankan dia. Aku segan la beb. Apa kata family dia nanti. Kalau ko ada aku rasa lain sikit.”
“Sory la beb. Aku kena balikla. Mama aku baru call tadi. Aunty aku jemput ke majlis rumahnya. Alang-alang aku tak ada baik ko ikut bos. At least ko tak de la sorang-sorang kat rumah. Boleh berkenalan dengan keluarga bakal suami.” Nina ketawa riang.
“Beb... ko pernah makan sup gigi tak?” hangin dia dengan Nina. Keadaan terdesak macam ni boleh lagi nak main-main.
“Apa la aunty ko ni. Masa ni la dia nak buat majlis.”
“Stress aku macam ni. Apa aku nak jawab dengan bos.”
“Ala tak payah fikirla. Ko ikut ajer bos tu. Kot-kotla nanti korang boleh jadi couple betul-betul.”
Arleena menjeling Nina. Kembang kempis hidungnya. Meledak ketawa Nina. Arleena diam sahaja. Malas melayan ketawa Nina. Kepala ligat pusing memikirkan alasan yang perlu diberikan kepada big boss.
Esok saya bagi awak half day. Nanti saya datang ambil awak kat rumah.
“Alamak esok dah Jumaat ke?” cepatnya.
Selepas menamatkan perbualan dengan Mr. Ian dia mengemas pakaian. Baju-baju  yang agak baru diambil. Maklumlah hendak ke rumah kaum keluarga bos. Penampilan kena jaga. Dia memilih pula tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju tersebut. Setelah berpuashati dia memasukkannya ke dalam beg. Hanya tiga hari jadi beg pun tidaklah besar mana. Setelah semuanya siap dikemas, dia merebahkan badan di atas katil. Cuba membayangkan keadaan dia dengan famili Mr. Ian.

            Setelah bersarapan, dia mengemas meja. Nina ke hadapan untuk memanaskan enjin kereta.
 “Beb ko nanti gerak pukul berapa? Tanya Nina.
“Lepas zohor bos ambil aku kat rumah. Kenapa?”
“Ingatkan ko gerak dari hotel. Aku lepas kerja terus gerak. Macam mana aku nak hantar ko tengah hari nanti. Macam tak sempat jer. Aku hari ni banyak kerja.” Ujar Nina. Terasa serba salah kerana tidak dapat menghantar Aleen pulang nanti.
“Jangan risaula. Nanti aku ambil cab.” Arleena tidak mahu menyusahkan Nina.
“Jangan nak mengada la. Ko bawa beg terusla. Nanti ko suruh bos ambil ko kat sana la.
“Gila ko nak bagi satu hotel tahu ker?”
“Nanti aku minta bos hantar aku kat sini la. Dia nak minta tolong dengan aku, kena lah berkorban sikit, takkan aku dari pagi tak mandi.”
“Kampung bos kat mana?”
“Entah aku lupa nak tanya.”
Setelah mengunci pintu pagar, dia masuk ke dalam kereta. Nina menghalakan kereta ke arah jalan utama menuju ke Hotel Grenz.

Sebelum waktu lunch tolong hantar saya balik – Arleena
Alright- Ian Rayyan

Tepat jam dua belas tengah hari. Seperti dijanjikan Arleena keluar dari biliknya. Kaki diatur menuju ke lift. Arleena telah berjanji untuk berjumpa dengan bosnya di tempat parking. Minta-mintalah Mr. Ian telah berada di sana. Sepanjang perjalanan ke tempat parking hatiku agak berdebar. Maklumlah sebentar lagi lakonan mereka akan bermula. Bersusun ayat diatur di dalam kepala.
Menghampiri kereta Mr. Ian, kedengaran bunyi enjin kereta. Ternyata Ian telah berada di dalam keretanya lega. Tidak perlulah dia menunggu di bawah panas terik. Audi Q5. Dia kerja sampai tua pun belum tentu dapat membelinya. Sampai di tepi kereta, Arleena mengetuk tingkap. Kereta Mr. Ian bercermin gelap. Manalah dia nampak orang di dalamnya. Cermin tingkap diturunkan.
“Jom masuk,” pelawa Ian Rayyan.
“ Awak nak naik dengan parents saya or kita bawa kereta asing?”
“Manalah saya tahu. Bos tahu ker jalannya kalau nak drive sendiri.”
Mr. Ian menjeling Arleena. “Kan dah kata saya tak pernah pulang ke kampung. Mana lah saya tahu arahnya.”
“Habis tanya buat apa. Sekali dengan parents bos aja la.”
“Kampung bos kat mana?”
“Arleena saya tak tahu la.”
 Bengang Ian Rayyan dengan Arleena. Masih bertanya sedangkan dia tidak tahu apa-apa. Sebenarnya dia malu dengan Arleena. Pasti Arleena menganggapnya tidak ambil peduli pasal keluarga. Sebab itu dia tidak mahu Arleena bertanyakan apa-apa. Tugas Arleena hanyalah menemaninya sepanjang dia berada di kampung. Itu sahaja.
Arleena terdiam apabila Ian bersuara tegas. Nampaknya dia tersalah petik suis. Dia memalingkan muka ke arah luar tingkap. Hanya sesekali menunjuk arah kepada Ian untuk ke rumahnya. Apabila sampai, laju dia ingin membuka pintu. Ian menarik lengan Arleena.
Sorry. Saya tunggu di sini. Awak mandi dulu.” 
“Cepat sikit ye. Nanti lemas pula saya dalam kereta ni.”
Ian cuba membuat lawak. Ingin menyejuk semula hati Arleena. Buatnya Arleena tiba-tiba mengubah fikiran dia juga yang mati nanti. Sekarang ini hati Arleena perlu dijaga. Nasib ada Arleena yang boleh menemaninya. Kata orang sambil menyelam minum air. Boleh juga dia perkenalkan Arleena kepada familinya.
Masuk sahaja ke dalam rumah, cepat-cepat Arleena membersihkan diri. Tidak betah membuatkan orang menunggunya lama. Apatah lagi itu si big boss yang tengah menunggu. Setelah bersiap, Arleena mengambil beg yang terletak di penjuru katil. Arleena hanya mengenakan t-shirt polo lengan panjang, skinny jeans dan tudung half moon. Keluar sahaja dari rumah dia mengunci pintu pagar.
Ian Rayyan didalam kereta ralit memerhatikan Arleena. Dia suka melihat Arleena menggayakan pelbagai jenis tudung. Sentiasa kena dengan raut wajahnya. Alangkah indahnya kalau Arleena menjadi surinya. Hatinya tidak sabar ingin memiliki Arleena.
Arleena meletakkan beg pakaiannya di kerusi belakang. Selepas itu dia membuka pula pintu di sebelah Mr. Ian. Dia meloloskan diri ke dalam kereta.
“Maaf ya kalau menunggu lama.”
Ian Rayyan hanya melontarkan senyuman. Apa ada hal. Dia yang perlukan pertolongan Arleena, terpaksalah menunggu.
Ian Rayyan mengarah pemanduan ke arah rumah orang tuanya. Pakaiannya telah siap dibawa sama. Kalau bawa Arleena ke kondonya pasti mengamuk Arleena. mana kan dia mahu masuk ke rumah lelaki yang bukan muhrimnya. Nak selamat dia akan bersiap dari rumah orang tuanya. Lagipun mereka akan bergerak nanti dari sana juga.
Arleena memerhati kawasan di sekelilingnya. Rata-rata rumah di kiri kanan mewah-mewah. Pagar tinggi-tinggi. Lagi hebat dari kawasan rumah Nina. cukup cantik seklai reka bentuk rumah di kawasan ini. Kereta yang melalui di kawasan ini juga mewah-,ewah belaka. Agak-agaknya kalau myvinya lalu jalan di sini ada orang hairan tak hihi...
Sampai di selekoh paling hujung Ian member isyarat ke kiri. Di hadapannya tersergam sebuah rumah. Dalam kiraanya mungkin tiga tingkat. Ini rumah ke istana. Adakah ini rumah bosnya. waduh besar bangat sih. Apa ada hal Dato Kamaludin kan jutawan. Kalau rumah aku di kampung macam ni mahunya kami semua tidak tidur malam. Takut dimasuki pencuri. Tapi di sini rata-rata aku perhatikan rumah mempunyai alarm sendiri. Gila rumah orang kaya tu..
Pintu pagar dibuka. Ian membawa Audi Q5nya masuk ke dalam. Di parkir di dalam garaj. Dia membuka seat belt. Memandang ke arah Arleena. comel pula apabila dia melihat Arleena terlopong melihat rumahnya tadi. Arleena berpusing kea rah big bosnya.
“Gila besar rumah bos. Ini rumah ke istana? Soal Arleena.
Ian mengekek dengan kata-kata Arleena.
“Hai Arleena. Rumah pun gila ker? Bukan orang saja ker gila?” Ian Rayyan bertanya. Sebenarnya saja hendak menyakat Arleena. Ini kalau Nina entah apa-apa bahasa yang akan keluar. Dia tersengih.
 “Bos seganla. Saya tunggu dalam kereta aje la.”
Arleena melontar pandangan ke dalam garaj. Bersusun kereta mewah. Yang dia tahu Alphard dan Bently..si cute Cooper pun ada. Yang lain dia tak tahu. Berapa orang yang ada dalam rumah ni. Banyak juga kereta ni.
“Jangan nak mengadalah. Jom turun. Nanti ada pula yang mati kepanasan dalam ni. My parent manusia la. Setakat ni tak makan orang lagi.”
“Memangla tak makan. Saya yang terasa dimakan.”
“Dahla jom turun. Saya nak mandi. Jom ikut saya mandi sekali.” Ian cuba menyakat.
Dijeling tajam oleh Arleena. Mentang-mentang rumah dia. Tak tolong baru tahu!! Arleena turut mengikut bosnya turun. Ala buat selumber jelah. Lepas ni dia tak datang sini dah.
Ian membuka pintu utama rumahnya. Dijemput Arleena masuk. Arleena terkesima melihat pemandangan di hadapannya. Ian menjemputnya duduk sementara dia menghilang ke bilik untuk mandi dan bersiap. Keadaan ruang tamu sunyi sepi. Agaknya macam ini lah rumah orang kaya eek. Terpegun dia dengan susun atur di ruang tamu tersebut. Bersih dan kemas.
Kelihatan seorang wanita yang anggun menuruni tangga. Rupa paras seperti kacukan. Ini mesti mamanya si bos aku. Arleena bangun sebagai tanda hormat. Apabila wanita tersebut hampir dengannya, dia menghulurkan salam, tanda hormatkan orang tua. Tanpa dipinta laju Arleena memperkenalkan diri. Tidak disangka mama bosnya ini ramah juga orangnya. Ingatkan orang kaya ni macam watak-watak dalam drama Melayu. Membezakan taraf. Kalau macam tu aku dah angkat kaki.
Nasiblah mama si bos rajin melayan. Kalau tak tentulah dia mati kesunyian menunggu diaorang ni bersiap. Rasanya tadi dia bagai lipas kudung bersiap, ini dia rasa dah lama dia menunggu. 
Sementara menunggu Arleena bertanyakan serba sedikit mengenai kampung mereka.  Tanjung Karang. Alahai bos. Bukannya jauh sangat dari Shah Alam ni. Ingatkan nun jauh di Kedah ke. Dalam rancak kami berbual turunlah Dato Kamarudin dan si gadis jelita.
Ini anak perempuan mereka atau teman wanita bos. Dia memberi tanda hormat kepada bekas majikannya. Berlainan sekali dia lihat penampilan Dato’ Kamarudin. Taida lagi kot membalut tubuhnya. Selalunya dia melihat dia lengkap bersut. Kemeja dan berseluar khakis. Amat berbeza. Tapi tetap berkarisma.
Si gadis pula begitu rapat dengan Puan Serena. Ada iras bosnya. Adiknya kot. Dalam Arleena membuat andaian sendiri, gadis itu menghulurkan tangan bersalaman dengan dia. Apala ko Arleena ni dari tadi duk usha bekas majikannya sampaikan terlupa nak menyapa si gadis itu. Apa punya tetamu la macam ni.
“Hai saya Qaira.” Si gadis memperkenalkan diri.
“Hi, Arleena. Panggil Aleen saja.”
 “Cantik sangat.” Ujarnya lagi.
Kata-kata yang agak memalukan dia. Eleleh..sebenarnya kembang  kempis hidung Arleena. Orang cantik di hadapan memuji dia cantik. Macam tak kena jer.
 “Mana ada. Cik Qaira lagi cantik.”
Gila kacukan tak cantik. Sememangnya gadis itu terlalu cantik. Sama cantik dengan abangnya. Abangnya cantik ker? Haha... lantakla..
Dalam Arleena tersengih-sengih, Ian Rayyan turun ke ruang tamu. Aik  ingat dah tak jadi. Bukan main lama bersiap. Semua orang dah ada kat sini. Woow...rama-rama terbang riangla...kacaknya dia.. hanya jeans hitam dan juga t-shirt polo. Cukup santai. Cuup!! Sekejap.. sama warna dengan baju dia la pula..ni kalau orang ofis tengok mesti timbul gosip. Gosip la sangat. Perasan macam artis la pulak nak bergosip bagai. Lebih elok panggil Melodi. Sah-sah jadi isu hangat. Pekerja bawahan dating dengan bos besar!! Haha.. Gelak Arleena dalam hatinya.
“Abang ada awek cantik asal tak bagitahu.”
Tu diaa...boleh tahan juga mulut si Qaira ni. Bos hanya tersenyum. Nampaknya dia yang kena menjawab ni.
 Aik silap ni ...saya bukan awek bosla..staf saja.”
Arleena cuba menerangkan salah anggap ni. Gila buatnya parents diaorang dah ada calon, kering saja  dia dapat malu. Depan Dato’ Kamarudin pula tu. Adik dia ni mulut tak de insurans betulla. Buat malu jer.
“Ok semua dah siap. Jom kita gerak sekarang.” Dato Kamarudin bersuara. Nasib baik. Kami semua bangun dan bergerak ke arah pintu utama.
“Kita guna kereta papa saya. Awak tunggu sini, saya pergi ambil beg awak dalam  kereta.” Ujar Mr. Ian Rayyan.
 Gentleman juga bos ni. Setelah dia masukkan beg pakaian ke dalam bonet, kami sama-sama masuk ke dalam kereta. Nina ko jangan jeles. Aku naik Alphard ni. Dato’ Kamarudin memandu. Ditemani Puan Serena disebelahnya. Kami hanya penumpang. Apa la bos ni. Sepatutnya sebagai orang muda dia la jadi pemandu.
Arleena diapit antara encik bos dan adiknya. Sporting juga adiknya ni. Dia dah shy-shy cat ni. Dekat sebegini. Pastinya akan bersentuhan. Dah la dia alergik dengan orang hensem ni. Hatinya tidak keruan. Terpaksa menjaga tata susila. Ni kalau ibu tahu mati la. Sepanjang perjalanan mereka hanya berbual kosong. Arleena hanya lebih menjadi pemerhati sahaja. Hanya mendengar Dato’ Kamarudin bercerita mengenai kampungnya. Kadang-kadang disampuk oleh Qaira. Mr. Ian Rayyan hanya diam sahaja. Itu la sombong lagi dengan saudara mara, sekarang dah tak tahu nak cakap apa.
Arleena menjungkitkan kening ke arah Mr. Ian Rayyan. Seolah-olah terasa diejek oleh Arleena, Ian Rayyan mencubit sedikit peha kiri Arleena. Gatal lagi!!. Ish..pedihnya.. Arleena menahan rasa perit. Bulat mata dijenggil kepada bosnya. Ian Rayyan menahan gelak. Alahai kasihan la pulak.
Dalam keadaan macam ni pandai pula angkut dia sekali. Mintak-mintak lepas ni janganlah dia diangkut lagi..payment tiga ribu ni.. gaji dia sebulan ni. Masyuk! Masyuk! Paling seronok Nina. Dah bermacam-macam barang diangankannya. Gayanya dah kalahkan aku. Siapa  yang tolong sebenarnya ini. Tapi dia tak berkira dengan Nina. Itu la satu-satunya teman di perantauan. Sedih dan gembira semuanya bersama.
Kami sampai lewat petang. Kelihatan banyak kereta telah memenuhi halaman. Maklumlah majlis kahwin tentulah semua sanak saudara  akan pulang. Arleena sedikit gementar. Qaira menggenggam tangannya.
“Relaksla akak. Saya ada.” Arleena hanya tersenyum kepada Qaira. Mata sempat lagi berpaling kepada bos yang sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta. Dia juga kelihatan sedikit gugup.
            “Bos ok ker?”
“Tak tahu la. Saya tak tahu macamana nak cope dengan diaorang ni.”
“Ala..bos ni. Gunalah communication skill bos tu. Kalau diaorang tak faham bos arah jer diaorang buat kerja. Bos kan bos!”  Arleena cuba mengusik.
Dah muka si bosnya cuak sangat. Ingat orang kampung ni teruk sangat ker. Dia pun orang kampungla. Habis Arleena bercakap laju pinggang dia dicubit. Pedih siot!
 “Apa bos ni main kasar nampak.”
Sakit tak hengat ni. Agak-agak kalau dia lempang bos ni kena buang kerja tak? Arleena mengusap tempat yang dicubit.
“Sakit ker. Sorry ingat slow tadi.”
Arleena hanya menjelingnya. Mengatur langkah ke arah Qaira dan keluarganya yang telah hampir ke tangga rumah. Tinggal kami berdua saja yang masih berada di belakang kereta.
            Sanak-saudara Ian Rayyan tidak melarikan pandangan dari melihatnya. Maklumlah dia sebelum ini mana pernah pulang ke kampung. Sudah tentulah sanak-saudara ingin melihatnya. Dia agak kekok. Papanya memperkenalkan dia kepada datuk dan neneknya. Ian Rayyan hanya tersenyum. Tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.
“Bos..salamla dengan mereka.” Bisik Arleena pada Mr. Ian Rayyan.
Mendengar kata-kata Arleena laju tangannya dihulur ke arah datuk dan neneknya. Malah kepada saudara maranya yang lain juga. Hai..la bos.. Kalau Jeneral Khalid tengok ni failed nak jadi menantu. Berangan la ko Arleena.
            Makan malam disediakan oleh saudara mara Ian Rayyan. Dia dan Qaira hanya berada di ruang tamu. Melihat jiran-jiran menyiapkan barang-barang hantaran di hadapan pelamin yang tersergam indah.
Bagi Arleena cukup cantik. Biarlah tidak semewah seperti yang diadakan di hotel-hotel. Dia cukup senang dengan semangat kejiranan yang diamalkan oleh masyarakat Jawa di sini. Semuanya ringan tulang. Kadang-kadang terdengar bahasa jawa yang digunakan, dia hanya berpandangan dengan Qaira. Masing-masing melontarkan maksud tidak faham. Hendak bertanya segan pula. Lincah Qaira membuat gubahan pada sejadah. Sememangnya minat Qaira ke arah itu.

            Usai makan malam. Kami menyambung semula menggubah barang hantaran. Dalam leka bergurau senda, Mr. Ian Rayyan mencuit bahunya. Aik bila masa pula dia ni ada dekat. Arleena memandang dengan pandangan hairan.
“Tolong buatkan saya air.”
Amboi ingat ni pejabat ker? Senang-senang order . Dah macam PA pun ada.
“Bos, itukan ada air teh. Ambillah.”
Arleena menjuihkan ke arah teko yang berisi air teh yang dihidangkan untuk jiran-jiran yang datang menolong. Bukannya jauh pun dari tempat dia duduk.
Ian menjeling. “Saya tak minum air panasla. Please buat neslo kaw!” Ian Rayyan menunjukkan muka kasihannya.
“Pergilah kak... nanti menangis pula baby tua tu...” Qaira mencelah.
Arleena tersengih apabila melihat muka Ian merah. Alahai pakai blusher ke bang! Sweetnya.
Ian Rayyan mencubit adiknya. Malu bila ada jiran-jiran yang tersengih memandangnya.
            Arleena bingkas bangun. Selagi tak dibuat, tak senang duduk pula dia. Ada saja yang merengek.
Ian tersenyum melihat Arleena bangun. Bagus dengar kata. Calon isteri mithali ni.

            Puan Serena juga berada di dapur. Melihat kelibat Arleena laju ditegurnya. Takut Arleena tidak selesa di sini. Tapi dari tadi dia perhatikan Arleena cukup pandai membawa diri. Alangkah bertuahnya kalau anak bujangnya itu benar-benar menyukai Arleena. Dari mula-mula melihat Arleena dia sudah menganyam perasaan itu dalam hatinya. Selagi anak bujangnya tidak bersuara, dia tidak akan memandai. Walaupun  dia teringin Arleena menjadi menantunya.
Sekilas melihat, dia tahu Arleena gadis yang baik. Nampak sahaja muda tapi tahu sesuaikan dengan keadaan. Pandai berkomunikasi dengan orang tua. Saudara mara mereka senang sekali dengan Arleena. Dia juga tidak kekok berada di sini. Cepat Arleena beramah mesra dengan ahli keluarganya. Sepertinya dia kenal lama dengan penghuni di rumah ini.
“Kenapa Arleena?” tanya Puan Arleena.
“Ian nak air neslo.”
Bosnya telah berpesan agar memanggilnya Ian sepanjang mereka di sini. Puan Serena tersengih. Tahu sangat dengan anak bujangnya itu. Tidak suka minum air panas. Dari mereka sampai tadi, mereka dihidangkan dengan air panas. Ian Rayyan belum lagi meneguk air sejuk. Macam budak kecil yang tidak dapat susu sahaja lagaknya.
“Nanti aunty bancuhkan.” Puan Serena bangun. Arleena menegahnya. Lagipun dia lihat Puan Serena agak sibuk semasa dia datang tadi.
“Tak apa aunty, Arleena buatkan. Cuma nak tahu kat mana barang-barang nak bancuhnya.” Kalau rumah sendiri senang. Sudah mahir tempat  letaknya milo dan Nescafe. Ini rumah orang takkan dia nak redah saja.
            “Kat almari hijau sana. Susu dalam peti ais.” Beritahu Puan Serena.
Arleena mengatur langkah ke almari hijau. Mencapai sebiji mug. Hampir siap air dibancuh, Ian masuk ke dapur.
“Asal lambat sangat.” Tanya Ian Rayyan.
Arleena hanya memandang dengan hujung mata. Badan kami hampir bersentuhan. Rapatnya dia ni. Arleena menghulur mug kepada si bos. Dia Meloloskan diri daripada Ian Rayyan. Apatah lagi hati dia telah berdondang sayang.
            Terdengar perbualan Puan Serena dengan saudaranya. Nampaknya mereka akan membuat pencuci mulut untuk hantaran. Masak-masak ni dia suka. Arleena duduk bertimpuh di sebelah Puan Serena.
“Nak masak apa?” Tanya Arleena ramah.
Manalah tahu boleh tolongkan. Tak ada lah dia ni tukang tengok sahaja. Kat depan tadi pun dia hanya jadi pemerhati sahaja. Dah macam PBB pun ada.
“Nak buat pencuci mulut. Tapi tak tahu nak buat apa.”
Salah seorang jiran yang berada di situ menjawab. Arleena melihat barang-barang yang terdapat di dalam plastik tersebut. Sebelahnya terletak bekas kaca. Mungkin untuk diletakkan pencuci mulut tersebut. Ini kalau buat puding triffle cantik juga. Dari luar dah nampak warnanya.
“Kalau buat puding triffle macamana? Letak dalam bekas kaca ni cantik. Dari luar nampak warna warni.” Arleena memberi cadangan.
            “Anak tahu ke? Tanya salah seorang mak cik yang berada di situ.
Arleena tersenyum kepadanya. “Senang saja. Meh Aleen buatkan.”
Arleena mencari bekas untuk meletakkan adunan. Mak cik-mak cik tersebut kelihatan teruja. Nampaknya sekejap lagi dia akan buka kelas masakan haha... satu persatu dia mulakan untuk membuat puding triffle. 
Arleena ke kiri, makcik-makcik itupun ke kiri. Dia ke kanan, mereka pun ikut ke kanan. Adui macam keretapi la pula. Termasuklah Mr. Ian. Panjang lehernya meninjau dari meja makan. Panjang ooo yang keluar daripada mulut makcik-makcik setiap kali Arleena memberi penerangan.
Setelah kastard dan jeli strawberi siap dimasak, Arleena mengangkatnya dan letakkan di atas meja makan. Bekas kaca tadi diambil.
“Kita susun kek gulung kat lapisan bawah. Lepas tu basahkan sikit dengan air cocktail ni. Barulah kita masukkan lapisan kastard dan jeli. Akhir sekali kita letakkan nata di coco di atasnya.”
“Oooo..” panjang mulut makcik-makcik tersebut.
            Nasib baiklah hasilnya menarik. Maklumlah dia membuat sambil diperhatikan, terasa juga gugupnya.
“Cantiknya. Lusa kita buat macam ni la untuk makan beradap.” Makcik yang memakai tudung biru bersuara.
“Issh..tak kan nak buat benda sama. Kita buat yang lain pula ye.”
“Arleena ada idea ker?” tanya Puan Serena.
“Kita buat puding oreo la. Kita letak dalam gelas yang berkaki. Cantik juga.” Arleena memberi cadangan.
Mr. Ian Rayyan mencebik ke arah Arleena.
Arleena mengerut kening. Aik asal pula orang tua ni.
 “Aunty ikut saja. Nanti Arleena senarai bahan-bahan esok balik dari rumah perempuan kita singgah pasaraya cari barang. Aunty nak cari bahan basah untuk buat hidangan pengantin.”
“Untung siapa dapat Arleena. Pandai masak,” puji Mak Ngahnya.
Ian Rayyan tersenyum lebar mendengar pujian daripada Mak Ngahnya. Dia teruja apabila melihat Arleena menerangkan cara-cara membuat puding tadi. Terkumat kamit mulut mereka melihatnya apabila Arleena menerangkan sesuatu pada mereka. Dah macam masterchef pun ada. Bravo la Arleena.
“Tau la awak ni orang marketing, pandai saja bercakap. Semua orang ikut sahaja.” Mr. Ian berbisik ke telinga Arleena. Aik salah ker dia nak tolong. Arleena mencebik ke arah bosnya.
            Setelah urusan di dapur selesai, kami semua beredar ke dalam rumah. Malam sudah lewat. Jiran-jiran pun sudah minta diri untuk pulang. Esok tenaga mereka masih diperlukan. Di ruang tamu kelihatan Qaira sedang membentang toto. Banyak helai juga yang telah dibentang. Anak-anak kecil sudah ada yang berbaring di situ. Aik tidur kat depan ni ker? Arleena mencuit bahu Ian Rayyan.
“Kena tidur kat sini ker?” tanyanya pada Ian Rayyan.
“Takut ker? Kalau takut nanti saya peluk.” Amboi gatal pula bos dia ni.
Dia dan Ian Rayyan hanya berdiri memerhati Qaira menyudahkan kerjanya. Kebanyakan cucu-cucu nenek adalah lelaki. semuanya telah bergolek di bawa mimpi. Ada juga yang hanya berbaring sambil memandang televisyn.
“Akak kita tidur dalam bilik.” Ujar Qaira.
“Abang macam mana?” Ian Rayyan bertanya dengan riak tidak bersalahnya.
“Abang tidur kat sinilah.”
“Alahai dik..takkan tak ada bilik.” Tadi beg pakaiannya ditumpangkan di dalam bilik yang dihuni oleh mamanya. Bilik lain telah digunakan oleh sepupu-sepupunya. Takkan dia nak tidur sekali dengan mama dan papanya. Mahu kena terajang nanti dengan Dato’ Kamarudin. Buang tabiat apa. Lagipun dia mana pernah tidur ramai-ramai macam tu. Ian Rayyan menggaru kepalanya. Mata dililar sekeliling ruang tamu. Mencari mamanya.
“Alahai abang ni. Tak pandai langsung sesuaikan dengan keadaan orang kampung. Dari sampai tadi hanya mengekor sahaja Kak Arleena. Bukannya dia hendak menolong orang lelaki di luar rumah. Penyegan betullah dia ni.” bebel Qaira.
“Nah ambil selimut ni. Tidur elok-elok ya bang. Jangan merayap pula. Nak tidur bilik kena kahwin ngan Kak Aleen dulu.”
Laju Ian Rayyan mengetuk kepala adiknya dengan selimut manakal Arleena pula menepuk bahu Qaira. Ambik ko. Dua-dua menyerang sekaligus. Tindakan refleks mana boleh ditahan. Qaira hanya ketawa.
“Jom kak. Penat dah ni.” Mereka mengatur langkah ke bilik.
Tinggallah buah hatinya di ruang tamu. Alahai kasihan pula melihat mimik muka Mr. Ian ketika ini. Macam nak ambil gambar sahaja. Macam nak ajak masuk tidur sekali jer haha...
            Ian Rayyan berbaring di hujung sekali. Itu saja tempat kosong yang ada untuknya. Badan direbahkan di atas toto. Berkeriut bunyi sendinya. Leganya dapat membetulkan tubuh. Kelihatan si pengantin keluar ke ruang tamu. Membawa bantal dan selimut. Aik pengantin pun tidur luar ke? Ian Rayyan memandang ke arah Abang Zainal. Dari sampai tadi dia kurang bercakap dengan sepupu-sepupunya. Bukannya sombong tapi dia tidak tahu macam mana hendak memulakan bicara.
            Abang Zainal meletakkan bantal di sebelah Ian Rayyan. Sepupu yang baru kali pertama bersua muka. Dia hanya tua dua tahun dari Ian Rayyan. Nampak sangat kekoknya berada di kampung. Itulah lama sangat berada di luar negara.
“Tak tidur lagi ker?” Abang Zainal menyapa Ian Rayyan.
“Belum. Baru saja baring ni.” Ian Rayyan membetulkan suaranya. Tiba-tiba pula suaranya serak. Tidak sangka pengantin akan menegurnya. Selagi mata belum mengantuk lebih baik dia berbual sekejap.
“Kenapa abang tidur kat luar?” soal Ian Rayyan. Mula mencari rentak untuk berbual.
“Malasla nak kacau bilik pengantin. Tunggu pengantin datang dulu la.” Abang Zainal tersengih. Begitu juga dengan Ian. Nampaknya mereka memahami maksud yang sama.
Ian Rayyan berbual dengan Abang Zainal sambil berbaring. Mendengar  perbualan antara mereka berdua, sepupu-sepupunya yang lain juga turut menyampuk. Apa lagi mengusik si pengantinla. Agak riuh juga keadaannya. Barulah timbul keserasian dalam diri Ian Rayyan dengan sepupunya.
Bagi mereka Ian Rayyan merupakan orang yang ramah juga. Mungkin disebabkan dia tidak biasa di kampung membuatkan dia nampak kekok. Mereka juga telah membuat anggapan yang Ian Rayyan sombong orangnya. Setelah mengusik pengantin,  Ian Rayan pula menjadi mangsa usikan.  Mestilah mengenai sikap sombongnya semasa sampai tadi. Ada yang mengajuk gaya Ian Rayyan. Masing-masing ketawa. Malam menginjak ke pagi barulah mereka tidur.

No comments:

Post a Comment