Monday, 15 August 2016

Saya Sayang Awak - Bab 8



Ian Rayyan mula mengatur strategi. Misi memikat gadis melayu bak kata pembantunya. Dia tidak berasa malu untuk bertanya perihal Arleena dengan Kak Yati. Orang yang begitu rapat dengan Arleena. Melalui informernya itu dia dapat mengetahui kesemuanya mengenai Arleena.
            Siapa bilang gadis melayu tak menawan.. tak memikat hati...
            Ian Rayyan tersengih mendengar bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah itu. Kalau tidak disebabkan Kak Yati, mana dia tahu dengan penyanyi tempatan. Dia bukannya peka dengan dunia hiburan. Sejak diberikan lagu ini, berulang kali dia mendengarnya.
            “Hi.. Arleena kan?” sapa Ian Rayyan apabila bertembung dengan Arleena. Bukan dia tidak kenal, saja ingin mencipta perbualan dengan gadis yang dia anggap berat mulut. Berbeza dengan sahabat baiknya Nina.
            “Ya saya..,” balas Arleena malu-malu.
Tidak sangka pagi itu dia bertembung dengan big bossnya. Si pujaan hati. Haruman Ian Rayyan memenuhi ruang lif. Wanginya. Takkan sebotol sekali sembur. Omel Arleena dalam hati.
            “Awak orang mana ye?” tanya Ian Rayyan lagi.
            “Saya orang Terengganu.” Balas Arleena.
            Ian Rayyan menggaru belakang tengkuknya. Ligat mencari idea. Mata asyik memandang ke arah butang lif yang bertukar. Macam lah tinggi sangat pejabatnya. Masa bersama Arleena tidak mahu berlalu pergi. Arleena pun satu. Cuba lah jawab panjang-panjang sikit. Tak puas aku nak dengar suara dia. Bisik hati Ian Rayyan. Matanya cukup terpukau dengan penampilan Arleena.
“Orang Terengganu memang cantik-cantik kan.”
            Arleena memandang wajah bosnya.
“Bos pernah pergi Terengganu ke?” setahunya bos dia baru sahaja pulang ke Malaysia.
            “Tak pernah.” Selepas menjawab Ian Rayyan menutup mulutnya.
            “Macam mana bos tahu? Orang mana-mana pun sama je bos. Semuanya ciptaan Allah.” Balasan Arleena memerahkan muka Ian Rayyan.
            Ian Rayyan cuba mengawal malunya. “Awak bahagian pemasaran kan?”
            “Aah.. bos,” jawab Arleena. Kebetulan pintu lif terbuka. Arleena melangkah keluar. Ian Rayyan juga turut mengekor langkah Arleena.
            “Bos nak ke mana?” tanya Arleena.
            “Saya nak ke unit pemasaran. Saya nak serahkan satu majlis. So saya nak cari orang yang akan uruskan majlis ni.” Nasib baiklah dia memang hendak menyerahkan satu majlis yang baru sahaja diperolehi. Padahal segala butiran dia telah serahkan pada Kak Yati untuk diuruskan.
            “Awak ada uruskan apa-apa majlis ke?” timbul akalnya untuk menyoal.
            “Buat masa sekarang belum.” Telus Arleena menjawab.
            “Kalau macam tu saya nak serahkan satu majlis untuk awak uruskan.” Laju Ian Rayyan memberi arahan.
            Arleena ternganga. Betul ke tak bos dia ni. “Bos kena tanya ketua saya dulu. Biasanya dia akan serahkan tugasan pada kami.” Arleena beritahu cara mereka bekerja.
            “Oo..yeke..nanti saya bagitahu ketua awak. Sekarang boleh kita berbincang?” tanya Ian Rayyan.
            Ajakan bos siapa nak ingkarkan. “Kalau macam tu saya ok je. Bos nak bincang kat mana? Bilik saya atau bilik mesyuarat?” tanya Arleena.
            “Bilik awak la.” Ian Rayyan tersengih dalam hati. Bolehla dia menatap wajah pujaannya dengan lebih dekat. Mereka berlalu ke bilik Arleena.
            “Memandangkan fail saya tak bawa bersama, saya just bagi penerangan secara overall, yang terperinci nanti awak rujuk pada fail.” Ujar Ian Rayyan. Ian Rayyan mula memberi penerangan ringkas majlis yang akan diuruskan oleh Arleena.
            Arleena resah di kerusinya. Bukan risau dengan tugasan yang sedang diberitahu oleh bosnya tapi renungan tajam mata hazel itu membuatkan Arleena tidak senang duduk. Tusukan yang tepat ke organ dalamannya. Agaknya tika ini hati dan jantungnya beralih tempat. Seribu rasa.
            Ian Rayyan tersengih dalam hati. Bukannya dia tidak perasan Arleena tidak selesa di hadapannya. Sengaja dia menajamkan renungannya. Setiap inci wajah Arleena Sofea terakam kemas dalam hatinya.
            Ok..it’s clear to you?” tanya Ian Rayyan. Rasanya cukup dia mengusik buah hatinya. Kasihan pula melihat wajah Arleena yang merah.
            Arleena mengangguk.
“Terima kasih bos, Saya akan lakukan tugasan ini dengan baik.” Jawab Arleena. Cukup skema jawapannya.
            “Saya suka awak pakai macam ni.” Ian Rayyan menunjuk tangan dari atas hingga ke bawah.
            “Terima kasih.” Kembang apabila dipuji.













No comments:

Post a Comment