IQA tayang muka sepuluh sen tengok aku yang
masih leka dengan dokumen di tangan.
“He’s crazy.”
“Absolutely yes.”
“Macam mana ni, Aira? Malas betul aku nak jumpa
manusia macam ni. Menyusahkan orang tak habis-habis.
Dia ingat aku ni apa? Lapang sepanjang masa nak melayan
kerenah dia? Dahlah aku tengok lelaki tu lembik semacam.”
Aku menahan senyum. Ni marah ke apa ni?
“No idea. But then, why don’t kau try explain pasal
konsep yang latest ni?”
“Huh! Dia tak naklah...”
“Do something, Iqa. Or else, you will end up in
trouble with the big boss.”
Iqa menggaru kepala.
“Aku faham... memang nasib akulah kan. Tak boleh
nak kata apa lagi.” Bunyi keluhan kuat keluar dari bibir
Iqa.
Aku pandang Iqa. Aku jatuh simpati pada kawan nan
seorang itu. Terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang
memeningkan kepala, memenatkan otak. Sungguh nasib
malang sudah jatuh ke atas riba Iqa. Dah nak dekat setengah
tahun juga Iqa bagi khidmat kepada pelanggan seorang ini
tetapi asyik tergendala aje. Lepas tu, sesedap hati aje nak
marah-marah orang bila benda yang patutnya dah selesai
masih tersangkut kat tengah jambatan. Sendiri buat hal,
salahkan orang pula... Itulah cerita Iqa.
“Guys... apa hal kau orang ni?” Rudi, Lilen dan Dot
menyendeng di dinding.
“Nah... have a look.” Dokumen di tangan dihulur.
Dan mata mereka tajam menatap. Satu per satu.
“22 hari bulan 3. Eh... kau tahu tak tarikh hari ni dah
berapa hari bulan? Bos tahu tak?”
Aku dan Iqa saling berpandangan. Mengulum
senyum, mengangkat bahu.
“Guys... boleh tak kita orang tak nak cakap?”
“We are so innocent girls in the picture.”
Rudi, Lilen dan Dot sama-sama angkat kening.
“Gila stres ke kau orang ni?”
“Not me,” kataku.
“Tapi aku!” Jari Iqa tunjuk pada dada sendiri.
Kami sama-sama tertawa dengan gaya Iqa yang jelas
nampak tertekan itu. Lepas tu, semua masuk ke bilik sendiri.
Banyak lagi tanggungjawab yang menunggu.
“AJRUN, AKU kat depan
ofis kau ni. Keluar sekarang jugak!”
jeritku di corong telefon. Memang aku dah tak sabar gila nak
balik ke rumah. Sampai dah terbayang tilam yang empuk lagi
nyaman.
“Ra... aku kat Damansara, ada date dengan client.
Kau datang ambik aku kat sini.”
Terbeliak biji mata aku dibuatnya. Date. Yalah tu.
“Apa? Kau jangan cari pasal dengan aku. Kenapa tak
beritahu dari tadi? Menyusahkan betullah.”
“Kredit aku habis.” Ajrun dah jerit sama.
Aku menghembus nafas perlahan-lahan. Ajrun ni
memanglah!
“Itulah kau... aku suruh guna postpaid, tak nak.
Kedekut betul,” rungutku.
Aku mula menghidupkan enjin balik. Dalam hati
dah menyumpah bagai. Berkecai impian nak sampai awal dan
rehatkan badan kat rumah.
“Ambik kat Damansara ye.”
“Mana satu? Bagi detil boleh tak?”
“Aku kat Sun Inns Hotel. Kau tunggu kat bawah,
nanti bila sampai, call aku. Maybe dalam pukul 6.30 macam
tu aku siap. Kau pergi makan ke jalan-jalan dulu.”
Aku ketap bibir dengan penuh perasaan apabila talian
diputuskan. Jalan-jalan? Dia ingat aku ni tengah bercuti ke?
Bila dah sampai di Kota Damansara, aku berhenti
makan di Djendela Giant Kota Damansara. Bukan main ramai
lagi orang. Aku memandang sekeliling. Persekitaran tempat
ini boleh dikatakan agak bagus, bersih dan ditambah lagi
dengan susun atur segala jenis kerusi dan meja makan yang
memang sekali pandang orang dah tahu ada kelas tersendiri.
Aku memesan cendol dan tomyam. Kemudian aku
berdiri kerana tak nampak satu pun tempat kosong. Sambil
tunggu tu, aku buat-buat layan telefon bimbit supaya tidak
nampak sangat aku ni macam orang kempunan nakkan
tempat duduk. Tapi mata masih melilau. Okey! Dah nampak.
Aku menayang senyum apabila makanan dah sampai.
Baru sahaja nak suap masuk mulut setelah lafaz bismillah,
suara seseorang mengganggu konsentrasiku.
“Cik, maaf... ni tempat duduk kami berempat.
Nampak tak kami ada tanda beg kat kerusi ni?”
“Hah?” Aku hampir-hampir ternganga bila kena
sergah macam tu. Padahal penyergah itu bersopan santun
benar. Errr... Aku mula keliru sama ada nak buat pekak atau
bawa diri. Tapi aku jatuh kasihan pula melihat perempuan
yang meminta itu. Ada bersama dengannya, tiga anak kecil
yang dalam lingkungan empat hingga enam tahun berderet
di belakang. Belum lagi dikira anak di dukungan. Aduh!
“Er, maaf puan. Tak nampak.”
“Saya pun minta maaf juga, cik. Memang tak adil,
tapi anak-anak saya ni dah kebulur sangat.”
Ya, aku nampak tu... Anak-anak itu terlongo melihat
makananku. Erk! Aku angkat punggung dengan berat hati.
Dua belah tangan dah penuh... aduh... mana tempat kosong
ni? Takkan nak makan sambil berdiri kut?
Okey... aci tak kalau aku bawak lari makanan ni
masuk kereta kejap? Lepas tu datang balik. Hesy! Idea nak
masuk lokap!
Anak mataku akhirnya singgah berlabuh pada kerusi
kosong. Tapi yang tak seronoknya, ada seseorang memakai
topi kat meja tu. Tengah baca majalah Mingguan Wanita,
mungkin nak hilang tension sementara tunggu makanan
sampai. Nampak macam lelaki je... tapi baca majalah
perempuan. Ke dia ni spesies dua alam? Tapi apa-apa pun,
aku tengah lapar ni. Hei... dia pakai fon telinga! Yes!!!
Idea
bernas aku dah muncul.
Perlahan-lahan aku menarik kerusi. Dengan harapan
makhluk alam kat depan ni takkan perasan dengan kehadiran
aku kat sini. Kononnya!
Dan aku sungguh-sungguh lega bila manusia kat
depan yang menutup muka dengan majalah tu memang tak
sedar pun. Terus aku menyumbat makanan selepas membaca
doa makan dalam hati.
Dua tiga minit selepas tu...
“Sir, your order... ” Pelayan kat situ tiba-tiba datang
bagi makanan. Alamak... Matilah aku kali ni! Erk... lelaki
ke?
Aku perasan lelaki itu mula jatuhkan majalah dari
muka dan terus tengok aku. Tapi aku masih pura-pura ayu.
Aira Al-Imani sedang makan sambil tunduk.
“Thank you.” Suara garau lelaki itu kedengaran.
Pelayan pun terus berlalu.
Rasa macam suasana sunyi sepi walaupun keadaan
sebenarnya hingar bingar. Aku buat selamba dan makan
sampai habis. Aku cuma nampak tangan lelaki tu yang tengah
pegang sudu untuk disuap ke mulut. Dan tiba-tiba aku dengar
lelaki itu batuk kemudian sambung makan semula.
Terima kasih sebab tak tanya apa-apa, getus hatiku
dalam senyuman manis. Aku mengambil mangkuk cendol.
Yummy... sedapnya! Lebih sedap daripada cendol dekat
Wangsa Maju. Selesai makan, aku terus capai beg tangan kat
riba dan bangun. Aku ayun langkah dengan perlahan tanpa
menyedari senyuman yang tersungging di bibir orang yang
kena tinggal dekat meja itu.
AKU MASIH senyum di dalam kereta. Senyum kemenangan
sebab tak pernah buat kerja gila, dan hari ni tercatat dalam
sejarah. Boleh beli buku 555 untuk tulis diari ni... Hahaha.
“Run, aku dah sampai.” Aku cakap kuat-kuat sambil
cari parkir.
“Eh... aku tak siap lagi.”
Kali ini aku rasa aku dah bengang. Sakitnya hati aku
dengan Ajrun hari ni.
“Aku tinggalkan jugak kau hari ni.”
“Ra... janganlah kejam macam tu sekali. Kau tak
kesian ke kat satu-satunya adik lelaki kau ni? Aku ni kawan
dan adik lelaki kau yang paling baik hati, mulus, sopan,
innocent, berwibawa, ber...”
“Make it short, Ajrun!” Keras suara aku. Panjang
berjela pula dia memuji diri sendiri.
“Opss... okey. Aku dah cakap pukul 6.30 kan! Ni baru
pukul 5.45. Sekejap ya. 45 more minutes. Ni klien penting
tau. Penting!”
Aku pusing-pusing kat situ sebab susah nak jumpa
parkir. Perut pula dah kenyang gila. Pendingin hawa kat
dalam kereta menambah rasa nyaman. Tiba-tiba aku rasa sakit
perut. Aku pegang perut. Aduh! Sakitnya. Berkerut-kerut
dahiku menahan sakit.
Aku cuba telefon Ajrun berulang kali tapi tak dijawab.
Apa aku nak buat ni? Aku menekan pedal minyak agak kuat.
Memandu kereta, mencari tandas awam kalau-kalau ada. Tapi
hampa.
Arghh! Aduh... dah tak tahan ni! Nak dekat 15 minit,
aku tersesat sebab yang aku nampak hanya banglo-banglo
serba mewah. Masya-Allah... aku dah tersesat masuk taman
perumahan elit pula ni.
Apa aku nak buat ni? Aku dah tak tahan. Aku brek
di depan sebuah banglo mewah dua tingkat. I need Waze.
Tolong pandu aku ke jalan yang benar lagi selamat. Haip!
Tapi
sungguh, perut aku memulas sangat ni. Buntu.
Aku keluar dari kereta. Tak tahan sangat. Kat dalam
kereta tu dahlah sejuk, menambah rasa sakit pada perut
aku aje. Mata aku berkalih pandang pada sebuah banglo di
hadapan mata. Boleh tak aku masuk ke dalam rumah ni
untuk tumpang tandas?
Tak sampai seminit, aku dikejutkan dengan sebuah
Audi S5 Sportback yang melintas di depan aku. Ternganga
mulut aku. Dalam sakit-sakit perut, aku sempat lagi
mengintai. Huish... Cermin gelaplah pulak.
Aku perhati lama-lama. Eh, ni rumah dia ke? Bila
aku tengok pagar banglo tu terbuka perlahan-lahan, aku dah
ada niat jahat. Ampun cik adik!
Bila Audi tu dah meluncur masuk ke dalam lot parkir
dan pintu pagar itu perlahan-lahan tertutup, aku terpacak di
hadapan pagar berwarna keemasan itu.
Aku gelabah apabila lelaki yang keluar dari dalam
Audi dengan telinga yang melekat dengan fon telinga itu
langsung tidak perasan akan kehadiranku. Bahagia sahaja
langkah diatur ke dalam rumah dan saat pintu tertutup
kemas, semangatku merudum jatuh. Oh tidak! Aku perlu cari
jalan untuk menunaikan hajat ini...
Aku menekan loceng seraya melaung kuat.
“Assalamualaikum!”
Senyap! Sunyi! Sepi!
“Assalamualaikum!” Salam aku beri lagi. Aku dah
cuak. Nanti tak pasal-pasal terburai kat sini. Hesy...
cepatlah
keluar. Aku menelan liur. Menahan sakit perut.
“Assalam...” Belum sempat aku menghabiskan
ucapan salam, terjengul seorang lelaki di situ dengan gadget
di tangan. Tidak lama kemudian, pintu pagar mula terbuka
perlahan-lahan. Aku terpempan. Mataku sedikit membulat.
Imej lelaki itu jelas menakutkan aku. Berjambang penuh satu
muka. Nasib baik tidak menutup mukanya yang agak cerah
itu. Aku meneguk liur yang terasa kelat. Keresahan menapak
dalam hati. Apakah aku sedang menyerahkan diri ke mulut
harimau?
Mata sepet itu memandangku. Sedang hatiku masih
berbicara waswas. Is this Wolverine? Gengster? Pak Arab?
Cucu Pakistan? Err... a Chinese?
Muka dia ni memang ada aura perogol bersiri.
Keningnya terangkat sedikit, dalam diam
menghantar pertanyaan... Apa yang aku mahukan?
“Who are you?” Suara serius itu buat aku melangkah
setapak dua ke belakang. Jawablah salam aku dulu.
Seketika kemudian, telefon dilekap ke telinga kiri.
“Yes...”
Okey, aku tak faham. Dia cakap bahasa Cina.
Aku pandang sekeliling. Aku rasa aku sedang menempah
malapetaka. Kalau aku tak lari, memang bala bakal menimpa.
Aku mulai takut dengan tindakan gila sendiri.
Aku mula mengundur tetapi tidak lama, belum
sampai dua tapak aku melangkah, lenganku dipaut agak kasar.
“Excuse me...” Bulat mata aku seraya menepis tangan
sasa itu. Kami saling berpandangan. Kali ini, telefonnya
sudah ditutup.
“Who are you?” Mata itu tajam mencerun ke arahku.
“I... I...”
“Friend of Jammy?”
“Hah?”
“Come inside.”
Bibirku terbuka sedikit. Aku bagaikan di
awang-awangan. Apa yang sedang berlaku ni?
“You can wait for Jammy inside. I'm going to take
my shower.” Aku terkebil-kebil di situ. Sakit mental ke
mamat ni? Jammy mana pulak ni? Ingat aku datang ke sini
sebab nak jamming ke? Bukanlah. Aku nak... errkk...
“Tandas mana?”
Matanya kian sepit mendengar soalan yang terpacul
dari dua ulas bibirku.
“Pardon?”
“I nak guna tandas kejap.”
Lelaki tu mengerutkan kening. Pastilah dia
kebingungan dengan permintaanku.
“You nak apa?” soalnya bagai kata-kataku sebentar
tadi tidak masuk ke telinganya. Aku agak tentulah dia
sekadar
mahukan pengesahan.
“Pinjam toilet,” balasku agak kuat. Bukan marah,
sekadar mahu meyakinkan dia bahawa aku tak ada masa
untuk bergurau senda saat ini.
“Near the kitchen.”
“Dapur kat mana?” Sungguhlah hari ni aku terpaksa
buat muka tak malu.
Kali ini mata sepet itu tajam merenungku.
Bertambah kerut di dahi lelaki tu.
“There.” Tangan ditunjuk ke sebelah kiri.
Aku berjalan laju-laju. Memang tak tahan sangat dah
ni! Segera aku mengorak kaki ke ruang yang dimaksudkan.
Akhirnya jumpa juga tandas kat sebelah dapur tu. Sebelum
aku melangkah masuk, sempat aku berpaling kepada lelaki
itu. Dari arah belakang, kulihat dia menggaru pelipis. Ah,
pedulikan dia!
Tidak menunggu lama, hajat yang kutahan daripada
tadi berjaya dilepaskan.
Beberapa minit kemudian, aku keluar dengan
perasaan lega. Okey, nak balik. Alamak... Ajrun! Baru aku
teringat dekat Ajrun bila perut dah rasa selesa. Aku jalan
laju-laju untuk keluar dari banglo ini.
“How did you get in here?”
Aku menghentikan langkah lalu pandang belakang.
Mataku membulat. “Maaa!!!”
Aku ketakutan. Terus lari lintang-pukang ke luar
banglo. Menggigil lutut aku waktu itu. Sungguh tak percaya
dengan apa yang aku lihat sebentar tadi dengan mata kepala
otak sendiri. Eh... bogel... bogel... lucah... rosak mata
aku!
Ma... pa... lari! Tolong! Seksi dan seksa!!! Hanya ayat tu
je
yang ada kat dalam kepala aku sekarang ni, membayangkan
apa yang aku nampak secara tak sengaja tadi. Kejam sungguh
kejadian yang menimpa diriku pada petang yang dah nak
masuk maghrib ni.
Aku tak nampak apa-apa. Tak! Tak! Aku seperti sudah
tercabut wayar. Oh... what the hell! Pintu pagar berkunci.
Apa
aku nak buat ni?
“Hello, girl...” Kedengaran suara lelaki itu di
belakang. Aku rasa nak menangis sekarang ni. Mana aku nak
lari? Macam mana ni? Ya Allah!
“Hello Muslim girl... where do you think you're
going? You know you can’t get out from here.” Suara itu
seakan menyindir nakal.
Aku membalikkan badan. Tak mampu buat apa-apa
lagi. Kena hadap juga walaupun tak nak dan tak ingin. Dah
buat kerja gila, terpaksalah aku menghadap kegilaan ini.
Aku pandang dia. Err... tapi... nasib baik berbaju.
Eee... ada ke keluar tegur orang dengan sekadar bertuala
sahaja? Geli!
Aku tarik nafas. Kalau ikutkan hati, nak je aku
buat lompat pagar sekarang ni tapi acara lompat pagar yang
separas pinggang kat sekolah dulu pun tak lepas, inikan pula
pagar yang melangut tinggi ni.
“How did you get in here?” Dia bagi soalan yang
sama macam tadi.
Aku diam tak terkata apa. Apa makna soalan mamat
ni? Walaupun aku macam penceroboh, tetapi gelaran itu tak
valid lagi apabila dia sendiri yang membenarkan aku masuk
tadi.
“Hello... I am talking to you?”
“Talking to me?” Aku macam dah hilang akal kat
situ.
“Exactly.”
“You asked me to come inside.”
Ada senyum sinis di bibir lelaki itu. Pandangannya
penuh makna tersirat. Aku tidak mampu menebaknya dalam
keadaan gusar begini.
“Kenapa you masuk sini?” Huh! Ingatkan tak tahu
cakap bahasa Melayu mamat ni.
“Kan nak tumpang bilik air,” jawab aku.
“Bilik air? Bukan tandas ke?” Ayat perli tu buat aku
jeling tajam pada cucu Pakistan yang masih senyum sinis kat
sebelah. Huh... bukan cucu Pakistan... tapi mamat seksi yang
seksa.
“Lebih kuranglah tu.”
“Really?” Dia angkat kening double jerk. “Not to
me.”
“Terpulanglah”
“You are not a friend of Jammy?”
“Nope!”
“Then?”
“A stranger that want to use a toilet. Just for a
while.”
Terus lelaki Cina tu gelak kuat-kuat.
Bukan main panas lagi hati aku saat dengar dia gelak
macam tu.
“That’s funny, dear.” Tidak semena-mena ayat itu
terluah dari bibirnya. Ayat yang tak boleh diterima otak.
Apa
yang kelakar, aku pun tak tahu. Aku rasa percakapan kami
ketika ini bukan main serius lagi.
“Boleh tolong buka gate tak? I nak balik.”
“That easy? Without any thanks? Not so fast...”
Aku tayang senyum palsu. “Thank you!”
Gelak lagi.
“If I didn’t have work to do now, I wouldn't let you
go off so easily,” ujar lelaki itu sambil menekan remote
pagar
banglonya.
Aku menghela nafas lega. Aku mula angkat kaki.
Lelaki berkulit cerah yang sorang itu masih tidak berganjak.
Erm...
“Sir.”
“Yes?”
“I think you are rich enough...”
Dia menjongket kening, bertanya tanpa suara.
“To buy a shaver.” Aku gelak sinis apabila tengok
giliran si dia tu pula yang ternganga.
“Hey!” Aku terjerit
apabila lenganku digenggam
kejap. Aku cuba tepis tapi tak berdaya.
“Hands off!” jeritku.
“I'm also thinking that you are the first girl I’ve met
in my life...”
“Apa?” soal aku dengan muka berang.
“Who could finish a bowl of cendol tomyam while
completely ignoring me.”
Aku tenung lelaki itu dengan mata yang sungguh
terbeliak.
“Yes, you sat in front of me.”
Cengkaman di lengan terlerai. Tiba-tiba aku
merasakan kepalaku dihempap sehingga pengsan. Oh...
kegilaan apakah yang sedang menimpa diriku pada petang
yang mulia ini?
No comments:
Post a Comment