Thursday, 23 February 2017

Jujurlah... Sayang! - Bab 4



“YANG aku tahu, mamat tu memang cerewet
nak mampus. Semua kena complete. Sera dah pernah hantar
proposal. Memang kena campak masuk TS tau.” Laju je Alza
biru lembut milik Ruden membelah jalan raya. Nak racing
ke apa ni?
Masalah kereta rupanya tak habis lagi. Hari tu kereta
pa, lepas tu kereta Ajrun buat hal pula pagi ni. Malang tak
berbau, kereta aku berjangkit sekali. Berjangkit sebab kena
kebas dek Ajrun. Katanya ada hal penting benar. Jadi Ajrun
memang tak boleh naik teksi. Oh, dia tak boleh guna teksi,
aku boleh pulak?
“Okey... ini seram. Dah berapa lama company kita
bekerjasama dengan syarikat Xrex ni?”
“Baru enam bulan je. Sebelum ni Sera yang handle
kerja ID dengan company ni. Hari tu aku pergi dengan Sera.
Naik hantu Mr. Choo sebab proposal kena tendang ke laut.”
Sera dah pindah, ikut suami dia ke Abu Dhabi. Rezeki dia di
sana.
 “Dahlah Mr. Choo kenal dengan bos Xrex. Lepas tu
proposal kena reject pulak. Malulah weh. Xrex ni memang
popular among the wealthy. Tiptop services gitu.”
“Apa dahsyat sangat punya lelaki tu? Kalau ya
pun, cakaplah elok-elok... tak payah nak bagi masuk TS
sangatlah...” TS? Tong sampah. Singkatan yang digunakan
oleh kami apabila proposal kena tolak.
“Mana kau tahu lelaki?” Ruden dah gelak. Soalan tu
buat aku garu pipi yang langsung tak gatal.
“Entah... tiba-tiba aku rasa kaum lelaki je yang
kejam macam tu.”
“Ada juga perempuan yang jenis tak sayang mulut.
Aku ni apa? Lelaki separuh?”
“Aku tak cakap... kau yang mengaku...” Aku sambung
gelakkan Ruden.
Aku dan Ruden menjadi partner dalam tugasan
projek terbaru kami. Bekerjasama dengan syarikat Xrex
yang selama ini memang sepenuhnya di bawah seliaan Sera.
Tetapi disebabkan wanita itu sudah berpindah, aku dapat
satu lagi projek besar. Pelik betul Mr. Choo, kenapa tidak
diberikan kepada Iqa sahaja projek ni? Aku yang hilangkan
fail Puan Jamiliah, sepatutnya sampai ke sudah aku perlu
bertanggungjawab.
Paling buat aku menyampah, ada ke meeting pukul
11? What the heck is that? Dah hampir tengah hari kut.
Kalau presentation sangkut, terpaksa lanjutkan meeting dua
tiga jam, memang meranalah badan. Terlepas lunch. Tapi
disebabkan manusia yang atur itu namanya pelanggan, sabar
ajelah. Sabar kan separuh daripada iman. Kalau tak sabar,
pelanggan lari.
Aku tumpang kereta Ruden. Ingat nak naik teksi.
Tapi panjang pula bebelan Ruden. Siap masuk bab ‘apa
guna kawan sejati kalau tak boleh tumpang kawan’. Terharu
rasanya.
Eh, aku terkejut bila sampai di depan sebuah
bangunan. Macam kenal je. Ni bukan tempat Ajrun kerja
ke? Tingkat lain kut. Otak aku tengah terfikir-fikir, apa nama
tempat kerja Ajrun. Sahlah aku ni kurang prihatin. Maaf ya
dik, kakak tak ingat.
Aku dan Ruden berjalan seiringan ke tingkat 15.
“Ya encik, ada apa yang saya boleh bantu?” si gadis
penyambut tetamu itu menyoal aku dan Ruden.
“Ya... kami dari GS Design, ada appointment dengan
Mr. Jerrisson.”
“Oh ya... sekejap ya? Mr. Jerrisson is not around tapi
saya akan pass pada orang bawahannya.” Interkom ditekan.
Aku pandang Ruden.
“Baguslah tu... tak masuk TSlah kiranya proposal
kita.”
“Bukan bos besar yang campak masuk. Anak buah
dialah yang aku cakap tadi.”
Ala... habis terbang angan-angan. Tak boleh jadi ni.
Rudenlah punya pasal. Tapi aku bukan jenis yang rendah
keyakinan diri. Jadi kenapa nak gubra tak tentu pasal dengan
cerita kejam yang secubit cuma tu? Bentang elok-elok. Dah
usaha, tawakal!
Kami dibawa masuk ke bilik perbincangan. Aku
mula mengeluarkan designku.
“Cik Aira dan Encik Rusdi, Encik Arjun akan sampai
dalam lima minit lagi. Dia sampaikan kata maaf kerana
terpaksa biarkan tetamu menunggu. Ada urgent matter kat
tempat parkir katanya.”
Aku dan Ruden menghadiahkan senyum manis.
“Terima kasih. Tak apa. Kami tunggu.”
 “Harap-harap mood dia baiklah. Aku kenal kau.
Kerja tungkus lumus. Tak main-main. Aku yakin dengan kau,
Ra. Proposal kau tak pernah kena reject.” Ruden memberi
semangat.
Aku tersengih dalam diam. Tak sampai lima minit,
pintu bilik diketuk perlahan. Lantas kami berdiri sebagai
tanda hormat.
Dan demi terpandangkan lelaki itu, terus kaku
bibirku saat salam dilafazkan. Riak lelaki yang baru
menjengah masuk itu juga turut sama berkerut kening. Dia
menjongketkan kening sebelum melabuhkan punggung di
hadapan kami.
“Cik Aira Al-Imani Yasman?” soalnya senafas. Aku
perasan Ruden dah kerut dahi. Pelik agaknya nama penuhku
meluncur laju di bibir si teman urus niaga.
“Ya, saya!”
Lelaki itu menarik kerusi, melabuhkan punggung
dengan senyuman yang perlahan-lahan terukir lebar.
“Maaf kerana terpaksa buatkan you all menunggu.”
“Tak apa.”
“You must be expecting my boss to be here, but from
now on, anything related to this project, just contact me. My
boss sangat sibuk dan dia dah serahkan hal ini untuk saya
uruskan.”
“Dah berpindah tangan?” soal Ruden ingin tahu.
Ruden menyiku lenganku yang membisu sedari tadi.
“Ermmm... not really, but I can handle.”
“Shall we get down to business then?”
“Cik Aira, you senyap je? You yang bentang, kan?”
Aku mencebik apabila mendengar ketawa kecil lelaki
itu.
Pembentangan yang mengambil masa hampir
setengah jam itu berjalan dengan lancar. Aku menjawab
soalan demi soalan yang diajukan dengan tenang. Tidak
langsung mencampuradukkan hal peribadi dengan kerja.
Profesionallah katakan.
“Encik Rusdi, I nak hantar Cik Aira. You tak kisah,
kan?”
Ruden berpaling saat mendengarkan soalan itu pada
akhir perbincangan kami. Matanya dikalihkan kepadaku. Dan
Ruden jelas berkerut apabila aku mengangguk sahaja.
“Kau gila ke, Ra?” Soalan itu disambut dengan tawa
daripada si lelaki. Aku turut menyembunyikan senyuman.
Beberapa minit kemudian, aku sudah menuju ke lif
untuk ke basement. Adoilah. Aku rasa nak gelak guling-guling
sekarang ni. Tapi apabila fikir-fikir, baik aku gelak nanti. Mesti
si Arjun palsu itu pun akan tumpang sekaki. Cik kak manis
tu pun, sebut nama adik aku tu betul-betullah sikit. Ajrun
bertukar jadi Arjun. Ingat Arjun Rampal ke apa? Memang tak
dinafikan nama Ajrun tu unik dan tak pernah dibuat orang.
Agaknya sebab tu tergeliat lidah nak sebut.
Bentang proposal depan adik sendiri? Yang dikatakan
cerewet nak mampus tadi. Okey... memang boleh masuk buku
555. Punyalah masing-masing cuba tahan ketawa tadi.
“Auch... ma!”
“Berangan sampai terlanggar pintu lif ni kenapa?”
Errr... aku terkedu. Kaku. Kalau ditoreh muka aku
kala ini, tidak berdarah agaknya. Aduh! Banyak-banyak lelaki,
kenapa aku perlu bertembung dengan mamat ini sekali lagi?
“Langgar sampai amnesia.” Dia ketawa kecil. Sinis.
Pintu lif tertutup.
“Where to?” soalnya selepas menekan butang
nombor tujuh pada lif.
Aku mencebik. Sibuk je. Aku panjangkan tangan
dan tekan butang bawah sekali. Dia menjongketkan bahu.
Bersahaja dan beriak selamba. Errr... Kedudukan kami yang
agak rapat membuatkan hidungku ditusuk bau wangian yang
semerbak. Spontan, aku menjauhkan jarak antara kami.
“You kerja kat sini? Bolehlah I ajak you dinner nanti.
Ataupun... kalau you nak guna tandas I, I boleh tumpangkan.”
Aku ternganga.
“Eh, helo encik. I tak sudi nak guna tandas encik lagi
ya. Hari tu adalah yang pertama dan terakhirnya. I nak buat
apa kat sini, suka hati Ilah. Jangan nak sibuk, boleh tak?”
“Tak boleh!”
Aku tercengang apabila dia menjawab spontan.
“Lelaki gila!” kutukku perlahan tetapi cukup kuat
untuk menerobos masuk ke gegendang telinganya.
Lelaki itu memandang jam di tangan, mungkin dia
kesuntukan masa. Tiba-tiba dia menekan setiap butang lif.
“You buat apa ni?” Aku cuak. Suaraku agak tinggi.
Mulalah aku bayangkan benda-benda tidak elok.
“Drag our time.” Suaranya berbaur nakal. Lantas, lif
itu berhenti, buka, tutup, buka, tutup.
“Hei... you ni memang...” Aku jengkel.
“Kalau you marah memang cantik, Cik Aira yang
manis.”
“Kalau you diam, you pun handsome.” Aku kerling
rambutnya. Handsome apa kalau rambut macam tu? Uweksss!
Lelaki itu bantai gelak.
“I rasa jodoh kita panjang. We've been bumping into
each other so many times, coincidentally...”
“Tak ada maknanya nak berjodoh dengan you.”
 “Jodoh rahsia Tuhan. Siapa you untuk halang? I tak
tolak kalau berjodoh dengan you.”
“Masalahnya I yang tolak!” tekanku.
“Till we meet again, my dear girl...” Ah... aku
terpinga-pinga apabila lelaki itu mengorak langkah keluar.
Rupanya sudah sampai ke aras yang ingin ditujunya.
Sepeninggalan lelaki Cina itu, aku termangu-mangu
sendirian. Berjodoh dengan dia? Eee... minta simpang!
Lelaki itu sekadar tertawa sahaja. Gelak santai yang
membuatkan hatiku tidak tentu arah.
“Cik Aira dari GS Design, jangan nak lembap sangat
boleh tak? Aku dah kebulur tahap kelapan belas dah ni...”
Ajrun muncul di hadapanku.
“Aku tunggu kau kat kereta nak dekat 10 minit, tak
muncul-muncul... apa kes?” Mati khayalanku dengan teguran
Ajrun.
“Saja melawat kawasan.”
“Kelakarnya... tahulah presentation smooth je,”
ejeknya.
Kali ni, aku ketawa lepas.
“Aku nak gelak sangat tengok muka kau tadi,
memang sakit perut aku tahan gelak.”
“You were not alone, Ra...” Kan aku dah kata, Ajrun
pun tahan ketawa.
“Tengok muka partner kau tu, dah kerut semacam
masa aku ajak kau lunch. Dia tak tahu ke kau ada kembar
handsome tak ingat dunia ni?”
“Hei... aku dengar kau cerewet nak mampus, betul
ke?”
Ajrun menekan alarm keretanya. Buka pintu dan
duduk di tempat duduk pemandu.
“Cerewet dengan perempuan tak reti bahasa, gatal,
gedik tahap nak gempa bumi... tak salah, kan? Hei... oh...
aku tahu ni mesti pasal aku campak proposal kat sorang
perempuan bulan lepas, kan? Memang padan pun, cuba kau
baca proposal dia. Tak teratur langsung. Naik berbulu mata
aku baca. Merosakkan mood aku je pagi-pagi.”
Errr... tengok Ajrun berceloteh bagai nak rak, aku
pula yang terpinga-pinga. Dia memang ada gaya cerewet ni.
Namun dalam diam, aku mengagumi peribadi Ajrun ketika
bekerja.

“MA... LAPAR!” Aku merengek manja macam budak tak
cukup umur kat dapur. Mentang-mentang ma baru balik
dari klinik, aku terus terjah! Pelik betul ma dan pa ni! Kerja
tempat sama... tapi selalu sangat balik asing-asing.
“Ma... just ignore.” Aku dengar suara Ajrun menjerit
kuat-kuat dari ruang tamu.
“Ajrun... kau diam!”
“Akak ni makan bukan main banyak lagi, tapi badan
tak naik-naik. Risau ma tau.” Ma menggeleng tengok anaknya
yang sorang ni.
Aku menggaru hujung pelipis. Aku dah tahu apa
yang ma nak cakap.
“Akak kurus sangat. Ma rasa you need to have a
treatment.”
“Treatment apa, ma?” Aku buat muka malas nak
dengar.
“Naikkan berat badan, kena rujuk pakar pemakanan.
Atau mungkin cacing banyak sangat kut kat dalam perut.”
Aku betulkan pengikat rambut.
“Cacing-cacing jangan sebut, ma.” Macam inilah
kalau bercakap dengan doktor pasal makanan. Semua nak
dikaitkan dengan kesihatan. Bertabahlah Aira.
“Tak betul ke apa yang ma cakap?”
“Ma... this is not HKL and you are not a dietitian
right?” Aku sengih.
“Amboi... perli siapa ni?” Ma tepuk belakang badanku
lembut. Aku hanya gelak.
“Dah... dah... pergi ambil char kuetiau kat atas meja
tu. Ma beli dua. Untuk pa satu.”
“Yeay... sayang ma.” Pipi ma aku kucup bertalu-talu.
Aku dah capai bungkusan itu dan ambil satu sudu.
“Nakkk!” Ajrun menjerit bila nampak muka aku kat
sebelah.
“Siapa nak bagi?” Aku angkat makanan tinggi-tinggi.
Adegan berebut terjadi antara kami berdua. Akhirnya
aku mengalah. Sesudu disua ke mulut sendiri dan satu ke
mulut Ajrun.
“Thanks sis.” Ajrun sengih dan tengok semula
laptop di atas ribanya. Siaran CSI channel 701 di televisyen
tak diendahkannya.
“Aku kan akak penyayang dari dalam perut ma lagi.”
Aku gelak nakal.
“Banyaklah kau punya auta. Satu sudu lagi.”
“Kau buat apa ni, der?”
“Aku ada kursus kat Sarawak minggu depan, 3 hari.”
“Nak ikut!” Aku menjerit.
 “Huish... apa hal kau ni? Aku pergi kursuslah, ingat
nak makan angin kat Sarawak ke?”
“Siapa cakap kau nak pergi makan angin? Angin kat
luar tu pun tak mengenyangkan langsung.”
Ajrun julingkan mata selepas dengar lawak yang tak
berapa maha bijaksana daripada aku.
“Dah, jangan ganggu aku... syuh... syuh...” Dia buat
gaya halau lalat.
“Nak pergi jugak... dah lama tak naik flight. Plus...
aku tak pernah pergi Sarawak. Please!!!”
“Bukannya best sangat pun tercongok kat dalam
kapal terbang tu. Kau ni gaya cakap dah macam housewife
yang hidup goyang kaki tangan kat rumah aje.”
“Ala... aku nak pergi... tak apa, nanti aku minta cuti.
Lima hari pun boleh. Dah lama tak apply cuti ni, mesti lepas
punya. Jomlah survey tiket.”
“Aku punya flight, makan minum, accommodation
semua free... bos tanggung. Siapa nak sara hidup kau kat sana
nanti?”
“Kau ingat aku ni miskin sangat ke?” Aku ambil
laptop dan terus Google...
“Company aku hantar lima orang kat sana sekali
dengan bos. MASlah cik kak oi... pukul 10 pagi. 28 Mei...”
Ajrun membaca maklumat penerbangannya melalui laman
web AirAsia di laptop aku.
“Alamak... dah habis yang pukul 10 ni.”
“Ambil je masa lain. Nanti aku tunggu kau kat
airport.”
“Tak payah tunggu, nanti aku pergi sendiri. Hotel
apa?”
“Grand Margherita.”
 “Okey... Waaa... bestnya holiday. Dah lama
tinggalkan aktiviti ni...”
“Eleh... gaya macam 80 tahun kena kurung kat
dalam rumah.”
“Seriuslah... jangan jealous dengan aku.” Dengkilah
tu tak boleh bercuti. Padan muka! Aku gelak jahat. Dan mata
tiba-tiba jatuh pada satu benda yang bahagia bertapa di atas
meja empat segi kat depan TV tu. Aku angkat kening.
Ingatan terus terbang pada Wolverine kat Damansara.
Hoho... Aku ada idea baik, cantik lagi bergaya punya!!!

No comments:

Post a Comment