Wednesday 11 April 2018

DEAR HUSBAND-TO-BE BAB 4


Dear Husband-To-Be,
Hari ni angah nak kenalkan his special someone kepada I. I hope she likes me!
DUA bulan berlalu dan tiada yang banyak berubah dalam rutin harian Deja. Rentaknya makin selesa dalam dunia baharunya. Hubungan dengan Jazlan pula dari hari ke hari semakin rapat. Deja bahagia. Tiada yang kurang dirasakan dalam hidupnya.
“Mana angah ni?” gerutu Deja. “Lambatnya! Nak dekat sejam dah kita tunggu dia.”
Aidan mengilas pandang jam di pergelangan tangan.
“Dee lapar... Along, jomlah kita makan dulu. Dee tak tahan dah ni...” rengek Deja lagi. Dia sudah tidak sabar menunggu. Rasa teruja ingin berjumpa dengan ‘seorang yang istimewa’ yang ingin diperkenalkan oleh Irfan kepada
mereka berdua pun semakin pudar. Kata Irfan, dia mahu Aidan serta Deja menjadi yang pertama berkenalan dengan si dia sebelum Irfan meneruskan dengan niat membawa si dia pulang bertemu dengan orang tua mereka tidak lama lagi.
“Okey. Biar along hantar mesej pada angah. Along akan suruh dia jumpa kita kat dalam restoran tu je nanti.” Aidan beralah. Hatinya turut panas menunggu Irfan yang masih tidak nampak batang hidung.
Mereka berdua mengambil tempat di dalam Restoran Uncle Jack. Aidan sengaja mengambil tempat di sebelah Deja dan membiarkan kerusi di hadapan mereka kosong untuk Irfan dan temannya nanti. Deja pantas membuat pesanan. Aidan juga begitu.
“Sebabkan angah, Dee cancel date dengan Jazz hari ni tau! Kalau tahu angah lambat macam ni, takdelah Dee nak datang tadi,” rungut Deja sebaik pelayan yang mengambil pesanan beredar daripada meja mereka. Panas hatinya dengan Irfan yang tidak menepati masa. Dah tahu lambat, mesej pun tak reti nak hantar ke?
Date?” soal Aidan. Terjongket keningnya. “Bukan Dee kata hubungan Dee dengan Jazz tak serius ke?”
Deja tersengih nakal.
“Bak kata retis, kita orang berdua dalam fasa ‘kenali hati budi masing-masing’. Teman tapi mesra gitu!” Deja menjongket-jongketkan kening. Bijak dia menggunakan alasan klise yang sering digunakan oleh pasangan artis di Malaysia ini. “Walaupun Jazz dah anggap Dee sebagai girlfriend dia, Dee masih belum bersedia nak serius. Tapi, Dee suka berkawan dengan Jazz. Dia baik, romantik dan pandai ambik hati Dee,” puji Deja melangit.
Aidan menahan muntah yang seakan mahu keluar daripada rengkungnya. Pleaselah!
“Kalau setakat baik dan romantik je, tu takkan
mampu nak bagi Dee makan esok-esok. Nak makan bunga dengan coklat je ke tiap-tiap hari? Kalau seorang lelaki ni malas nak cari kerja, macam mana dia nak tanggung anak isteri dia esok?” tegur Aidan.
Come on, long! Dee dengan Jazz baru 23 tahun kut. Masih belum terfikir nak kahwin semua tu. Jazz tu belum bersedia nak bekerja lagi, biarlah. Dee yakin yang tak lama lagi, bila dia dah tengok Dee selesa dengan karier Dee, dia pun akan cari kerja jugak. Dia nak risau apa? Syarikat papa dia kan ada. Bila-bila dia nak, dia boleh mula kerja,” bidas Deja bagi pihak Jazlan.
That’s not how a man should think and act, Dee...”
Well, tak semua orang berfikiran macam along. Mungkin suatu hari nanti, Jazz tu akan jadi orang yang lebih bertanggungjawab daripada along, who knows?” Deja masih mahu mempertahankan Jazlan. “Tak baik buruk sangka dengan orang tau.”
“Along tak buruk sangka dengan Jazz. I’m just saying! Kalau betul dia serius dengan Dee, dia akan tahu tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki.”
“Along pulak, kenapa sampai sekarang masih tak masuk meminang Kak Nia? Along dah lebih daripada mampu nak kahwin. Along pun serius dengan Kak Nia kan? Jangan mengata Jazz kalau along pun dua kali lima je,” Deja mengenakan alongnya.
“Siapa kata along serius dengan Kak Nia?”
Deja mencebik.
Are you seeing anyone else besides Kak Nia?”
Aidan menggeleng.
Is she seeing anyone else besides you?”
Geleng lagi
 “Dah 6 bulan, kan? Jadi jangan nak berdalih kata hubungan along dengan Kak Nia tak serius dan sekadar teman biasa,” tegur Deja. “Eleh! Seteruk-teruk Jazz kat mata along pun, sekurang-kurangnya dia tak malu nak mengaku pada Dee yang dia dah anggap hubungan kita orang berdua serius, tau! Along pulak yang tak nak mengaku.”
Mulut Aidan terkunci. Sedar yang apa yang lahir daripada bibir Deja tadi benar-benar belaka. Dia tiada alasan untuk mempertahankan dirinya.
“Kesian Kak Nia. Agaknya kan, dia tahu tak yang along tak anggap pun hubungan along dengan dia serius sedangkan Dee tahu yang dia dah anggap along ni kekasih dia? Tak baik tau, main-mainkan hati orang. Macam Dee, Dee dari awal lagi dah beritahu Jazz yang Dee anggap dia kawan Dee je.”
“Dee... along mengaku memang along dengan Kak Nia selalu berjumpa dan berhubung. Tapi along tak pernah kata yang hubungan kita orang ni serius. Salah along ke kalau dia yang beranggapan macam tu?”
Deja mendengus kecil.
“Along... walaupun along tak pernah cakap secara terang-terangan, daripada tindak-tanduk along tu jelas bagi signal pada Kak Nia yang hubungan korang berdua serius. Dee tengok cara Kak Nia pandang along pun Dee tahu. She is in love with you! Tak baik along buat dia macam tu. Along ni nak main-mainkan dia ke?”
Of course not! Along cuma... along cuma nak pastikan betul-betul yang she’s the one.” Tergagap-gagap Aidan mencari alasan.
Betul ke Nia mencintainya? Mengapa perasaan yang cuba dipaksa hadir untuk Nia masih belum menyapa hatinya? Perlukah dia memberi masa lagi untuk memupuk perasaan itu... atau perlukah dia akhiri saja semuanya? Adakah 6 bulan
suatu tempoh yang cukup untuk mengetahui sama ada cinta itu telah hadir atau akan hadir buat seseorang?
Makanan yang dipesan sudah tiba. Perbualan Aidan dan Deja terhenti begitu saja. Aidan tidak menemui jawapan pada setiap persoalan yang berputar dalam mindanya.
Tidak lama kemudian, kelibat Irfan bersama temannya masuk melalui pintu utama restoran.
Sorry, sorry kita orang lambat,” ucap Irfan tercungap-cungap seraya mengambil tempat di hadapan Aidan. Seorang gadis melabuhkan duduk di hadapan Deja.
Deja menjeling ke arah Irfan.
“Dah tahu lambat kenapa tak call? Lama along dengan Dee terpaksa berlapar sebab nak tunggu angah tau!” omel Deja keras. “Huh!”
Irfan diserang rasa bersalah. Memang mereka lambat. Tiba-tiba si Rina buat perangai. Pagi-pagi dah terpe’ot. Nak pujuk saja pun dah satu hal. Namun, kerana sudah berjanji dengan Aidan dan Deja, terpaksa juga dia mengheret Rina ke mari. Padahal, Rina juga yang meminta perjumpaan dengan ahli keluarga Irfan dilakukan secepat yang mungkin. Tidak mahu bertangguh lagi. Tapi, tengoklah riak buah hatinya. Ketat saja. Langsung tidak mahu memaniskan wajah demi menjaga air mukanya di hadapan adik-beradiknya.
“Janganlah marah. I will make it up to okay, princess?” pujuk Irfan. “Ni, angah nak kenalkan kawan angah. Nama dia Rina. Reen, ni abang dan adik I.”
Hambar senyuman yang dihulurkan Rina. Tangan yang disua untuk bersalam dengan Deja pun nampak seperti terpaksa.
“Hai,” ucapnya. Nadanya bersahaja. Tidak mesra. Hati masih bengkak dengan Irfan yang tidak pandai memujuk dan menurut kemahuannya. Tambah panas mendengar si
kekasih hati boleh pula memujuk si adik dan memanggilnya ‘princess’ bagai! Eeee! Geramnya!
“Hai,” balas Deja. Hati yang panas sudah mula sejuk mendengar kata-kata Irfan. Aidan cuma mengangguk kecil ke arah Rina.
So... is this your special someone?” usik Deja.
Irfan menyengih. Jawapan yang terpampang jelas pada cahaya di matanya.
“Kak Reen kenal angah kat mana?” soal Deja mesra.
Sorry. Call me Rina ya. Reen ni hanya untuk Irfan,” tegur Rina tidak menjawab soalan Deja.
“Oh, okey. Sorry!” ucap Deja. Goyah sedikit senyuman di bibirnya setelah ditegur sebegitu. ‘Kerek gila girlfriend angah ni!’
“Kita orang kenal dah 6 bulan macam tu. Cuma serius baru 4 bulan.” Irfan yang menjawab soalan Deja.
Apasal Dee tak pernah tahu pun pasal Kak Rina ni? Oh... angah berahsia daripada Dee ya?”
Rina sudah membuat muka. Hanya seketika, namun masih bisa ditangkap oleh sepasang mata Aidan.
Irfan ketawa kecil.
“Sekarang kan dah tahu?” Dia mengerling ke arah Rina. “Reen, you nak makan apa? Orderlah...” Irfan memanggil pelayan. Lama si pelayan menunggu Rina membuat keputusan. Akhirnya, hanya Caesar salad menjadi pilihan.
Seketika itu, telefon Irfan berbunyi menandakan ada pesanan yang baru masuk ke aplikasi WhatsAppnya. Dia mencapai telefon yang diletakkan di atas meja tadi. Jari meluncur ke atas skrin. Sedang Irfan membaca mesej yang diterima, Rina menarik tangan lelaki itu. Tanpa izin, dia turut  
membaca mesej yang sama.
Deja berbalas kerlingan dengan Aidan. Masing-masing memahami isyarat yang cuba disampaikan. ‘What the hell? Teruknya perangai!’
“Tak payahlah pergi,” larang Rina tiba-tiba. Seakan memberi arahan kepada Irfan. “Bukannya penting pun!”
Come on, Reen. Dia kawan I. Mestilah I kena pergi. Tapi takpe. Kita makan dulu. Lepas I hantar you balik, baru I pergi sana.” Lembut suara Irfan.
Rina sudah menarik muka. Disebabkan ada Aidan dan Deja di hadapannya, mulut tidak jadi mahu berbalah kata dengan Irfan.
So Rina kerja kat mana?” Aidan pula menyoal.
“I kerja kat advertising company,” jawab Rina ringkas. Namun senyuman yang terbit untuk Aidan nampak ikhlas berbanding dengan tingkahnya terhadap Deja.
Mereka berbual sekadar ingin lebih mengenali diri Rina. Deja tidak banyak bersuara. Sekali-sekala saja dia mencelah. Aura negatif yang terpancar daripada diri Rina seakan tidak bisa disangkal. Ada sesuatu yang tidak kena dengan teman istimewa Irfan ini. Seolah-olah gadis itu tidak menyukainya. Sesuatu yang dirasakan agak pelik oleh Deja memandangkan ini kali pertama mereka bersua muka.
Setengah jam kemudian, Rina meminta diri untuk ke tandas. Dia bangun.
“Fan, lepas ni, I ada barang nak cari kejap. You temankan I dulu tau, baru you boleh pergi jumpa kawan you tu.”
Terjongket kening Aidan mendengar arahan daripada Rina. ‘Boleh pergi?’ Sejak bila Irfan perlukan keizinan orang lain untuk buat sesuatu?
Irfan hanya mengangguk. Malu dia dengan perangai Rina. Dia mengeluh dalam hati.
Errr... sorry guys pasal kita orang lambat tadi. And sorry juga pasal Reen. Mood dia tak berapa elok hari ni. Selalunya dia tak macam ni...” Irfan beralasan. Bukan dia tidak dapat menangkap riak Aidan serta Deja yang sedikit kurang senang dengan perangai Rina.
“Bila kau nak bawak dia jumpa papa dengan mama?” soal Aidan.
“Cadangnya minggu depan. Kan mama dengan papa nak buat kenduri doa selamat sempena anniversary diaorang kan? Masa tu nanti aku bawak Reen...”
Aidan mengangguk kecil. Mulut ketika ini, tidak mampu menyuarakan rasa tidak berkenannya dengan pilihan hati Irfan ini.
So Dee? Senyap je? Macam mana?” Irfan menjongketkan kening.
Deja memaksa bibirnya mengukirkan senyuman.
She’s very pretty.” Itu saja yang mampu diucapkan.
And she’s smart too!” sambung Irfan penuh bangga.
And bossy!” sampuk Aidan. Mata cuba menghantar isyarat kepada si adik yang nampak sudah kemaruk benar dengan Rina.
Irfan ketawa. Langsung tidak berkecil hati.
“Aku tahu Reen ni agak bossy, tapi aku tahu macam mana nak handle dia. Kau jangan risau, long...”
Kalau itu kata Irfan, tiada apa lagi yang mampu diucapkan oleh Aidan. Biarlah... mungkin benar bagai dikatakan oleh Irfan. Dia tahu cara melayan seorang perempuan seperti Rina.
Sebaik Irfan bangun untuk meninggalkan restoran bersama dengan Rina, Deja memandang ke arah abangnya.
 She doesn’t like me!”
Mata Deja ditatap.
“Maksud Dee?”
“Dee boleh rasa... obvious gila kut! Kak Rina tu tak suka pada Dee...”
“Perasaan Dee je kut?” ujar Aidan. Mahu mengiakan, takut hati Deja tergores, tapi mahu menidakkan, dia sendiri bisa merasakan apa yang dirasakan oleh Deja tadi.
“Dee tahu Dee takde hak nak kata apa-apa... tapi angah deserves someone better...” keluh Deja perlahan. “Mungkin tak adil untuk Dee cakap pasal ni sekarang sedangkan kita baru je jumpa dengan Kak Rina tu, tapi...” Jeda. Wajahnya kelam.
First impression selalunya tak salah, Dee.” Aidan menyudahkan kata-kata adiknya yang tergantung tadi.
“Along pun?” Bulat mata Dee memandang ke arah Aidan.
Aidan mengangguk kecil.
Deja mengeluh lagi. Sayangnya! Mengapa Irfan memilih untuk berdampingan dengan Rina sedangkan dia boleh mendapat jauh yang lebih baik daripada perempuan itu? Tapi... itu pilihan hati Irfan. Kalau Irfan dah suka, dia nak buat apa? Suka atau tak suka, Deja sedar yang dia tiada hak untuk berkata apa-apa!

No comments:

Post a Comment