“MORNING, long...”
Aidan mengangkat mata daripada surat khabar
yang dibaca.
“Morning, lang. Awal bangun? Bukan
malam tadi kau berniaga kat bazar ke?” Selalunya, pukul 5 pagi baru Nazran
pulang ke rumah. Dan sudah tentu batang hidungnya takkan kelihatan pagi-pagi
seperti ini, melainkan Nazran tidak ke bazar, tetapi pekerjanya saja yang
menjaga gerai.
“Aku balik pukul 1.00 pagi tadi. Dah ada dua
orang yang jaga gerai, aku pun ciao la...”
“Oh...”
“Morning!” sapa Irfan yang tiba-tiba
menyertai Aidan serta Nazran di meja makan. “Dee mana?”
“Entah. Tidur lagi kut,” teka Nazran.
Aidan mengilas pandang jam di pergelangan
tangan.
“Kau pergi klinik ke pagi ni, long?” soal
Irfan.
“Haah...”
“Esok jadi ke kita pergi piknik?” Irfan
bertanya lagi.
“Maybe...” balas Aidan.
“Eh, kenapa maybe pulak?” celah Nazran.
“Bukan dah confirm ke?”
“Ada orang merajuk dengan along,” sindir Irfan
sambil mata mengerling ke arah Aidan. “Siap dapat penampar baik punya!”
Membulat mata Nazran.
“Kau biar betul, ngah! Dee tampar along atau
along yang tampar Dee?”
Aidan meluku kepala Nazran.
“Lelaki sejati takkan pukul seorang perempuan,
lang. Dalam apa jua keadaan. Kau ingat tu baik-baik!” tegur Aidan keras.
Mengungkit pesanan yang sering dibuat oleh papa mereka.
Nazran menggosok kepala yang menjadi habuan
tangan Aidan tadi.
“Oh... maknanya kaulah yang kena tampar ya?”
Melihat Aidan tidak membalas pertanyaannya,
dia mencari mata Irfan. Irfan mengangguk sekali saja, bersama isyarat, ‘aku
akan cerita kemudian’.
“Tapi... esok jangan tak jadi pulak.
Aku dah ajak Siti,” tutur Nazran menyebut tentang teman wanitanya.
“Aku pun dah ajak Reen. Kau dah ajak Nia?”
Lambat-lambat Aidan mengangguk.
“Kalau tak silap aku, Dee pun dah ajak Jazz.
Cukup kuorum kita esok,” sambung Irfan lagi. “Speaking of Dee, mana
budak ni?”
“Bik, oh bik!” panggil Nazran.
Muncul pembantu rumah Puan Shamila dari dapur.
“Ada apa tuan?”
“Boleh tolong kejutkan Dee tak?”
“Eh, neng Dee sudah keluar awal pagi tadi.”
Riak hairan menghiasi wajah Bibik Sumati. Takkan mereka tak tahu?
Tergamam wajah si abang-abang.
“Keluar? Ke mana?” Irfan bertanya.
Bibik Sumati menjongket bahu tanda tidak tahu.
“Pukul berapa dia keluar, bik?” soal
Aidan.
“Dalam jam 7.00, tuan.”
“Awalnya,” bisik Irfan. “Hari ni Sabtu. Dee
tak kerja. Dia pergi mana?”
“Merajuk betul dia dengan kau, long,” ujar
Nazran.
Aidan mengeluh. Sekali lagi dia mengilas
pandang jam di pergelangan tangan. Sudah tiba masa untuk dia bergerak ke
klinik.
“Aku kena pergi klinik dah ni. Korang tolong
call Dee tanya dia kat mana ya? Apa-apa roger aku.”
Irfan sudah mencapai telefon bimbitnya.
“Takde nada dering langsung! Dee off
phone dia ni.”
Aidan yang baru berdiri kembali duduk.
“Off phone?”
“Haah, aku WhatsApp dia pun ada satu tick
je ni,” komen Nazran pula. “Maknanya dia belum terima WhatsApp aku.”
“Kau ada nombor telefon Lisa?” Aidan bertanya
pula.
Irfan dan Nazran sama-sama menggeleng.
“Nombor
Jazz?”
Geleng lagi.
“Hesy!” dengus Aidan.
“Cari kat FB atau IG. Aku dah lambat ni. Aku
gerak dulu.” Dengan hati yang masih diselubungi rasa bimbang yang amat sangat,
Aidan angkat kaki.
Di atas motosikal, Aidan cuba menutup rasa
gelisah yang melanda jiwanya. Dia mencapai telefon bimbit dari dalam kocek
seluarnya lalu menaip pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada Deja.
Along minta maaf pasal malam
tadi.
Benar kata Nazran. Mesej Aidan tidak diterima
oleh Deja. Jelas adiknya itu telah mematikan telefonnya. Bersama suatu keluhan
yang berat, Aidan menghidupkan enjin motosikal dan meluncur keluar dari
pekarangan rumah.
Dear Husband-To-Be,
I benci along. Kalau you nak I
happy, jangan jadi macam along!
“DEE... JAZZ nak cakap dengan kau.”
“Lis, aku takde mood arrr. Aku tak nak
cakap dengan dia,” tolak Deja.
Deja mendengar temannya Lisa menyampaikan
pesanan kepada Jazlan melalui telefon bimbitnya. Bijak juga Jazlan menghubungi
Lisa. Nak menelefonnya, sah-sahlah takkan dapat.
Lisa mematikan telefon.
“Jazz sampaikan ucap maaf dia pada kau. Lepas
tu dia tanya, outing esok jadi ke tak?”
Deja menongkat bahu.
“Aku rasa tak. Aku malas nak pergi.” Dia
bersandar di dada sofa tunggal di ruang tamu pangsapuri Lisa ini.
“Lis, kalau kau nak keluar, kau pergi jelah
ya. Aku tak nak kacau rancangan kau. Aku datang sini pagi ni pun, secara
mendadak je.”
“Habis tu, kau?”
“Kalau kau izinkan, aku nak tumpang rehat kat
sini kejap. Kau tak kisah, kan?”
“Masalah kau takkan selesai kalau kau lari,
Dee.”
“Aku tahu... aku bukan nak lari... aku cuma
nak bersendirian untuk sementara waktu ni. Kepala aku serabut ni. Dengan kerja
aku, dengan Jazz, dengan along aku... Aku nak tenangkan fikiran aku je...”
“Bila kau kena pindah ke KK?” soal Lisa yang
sudah dimaklumkan tentang hal pinjaman Deja ke pejabat kawasan syarikat.
“Kalau ikutkan surat tu, aku kena pindah cukup
bulan ni.”
Terbeliak mata Lisa.
“Eh helo! Cukup bulan maknanya kurang dua
minggu okey! Ada berapa hari je yang tinggal?”
“Aku tahulah!”
“Habis tu, bila kau nak beritahu Jazz dengan
famili kau?”
Bahu Deja terjongket lagi.
“Entahlah... nanti-natilah!”
“Kau
rasa Jazz okey tak?”
Deja mencari mata Lisa.
“Kenapa tak okey pulak? Aku dengan dia
bukannya ada hubungan istimewa pun. We’re just friends!”
“Aku tak rasa Jazz berfikiran sama macam kau,
Dee. Aku rasa dia dah anggap kau lebih daripada seorang kawan.”
“Tu bukan salah aku. Aku dah cakap pun yang
aku masih belum bersedia nak serius dengan dia. Dan Jazz kata dia terima
pendirian aku. Alah, aku pergi bukannya lama pun... 3 bulan je.”
Deja menatap wajah temannya seketika.
“Lagipun... aku tahu kau ada hati pada
Jazz...” ujarnya perlahan.
Berubah riak Lisa.
“Dee! Mana ada?”
Koyak senyuman di bibir Deja melihat reaksi
temannya.
“Kau tak payah nak terkejut sangatlah! Aku
tahu...”
“Errr... errr...” Lisa
kehilangan kosa kata.
“Lis, aku tahu kita ni berkawan tak lama. Baru
setahun, macam tu. Kita kenal pun melalui Jazz. Tapi, aku perempuan. Aku boleh
tahu daripada cara kau pandang dia...” Sejak Jazlan memperkenalkan Lisa kepada
Deja, Deja boleh lihat betapa akrabnya hubungan antara Lisa dengan Jazlan.
Mereka memang berkawan baik.
“Dee,” potong Lisa. “Aku kenal Jazz dah lama.
Sejak sekolah menengah lagi. Tapi aku sedar yang dia hanya anggap aku sebagai
kawan baik dia je. Aku tak berharap apa-apa pun. Tapi kau... Jazz cerita
kat aku yang dia minat kat kau dah lama. Tapi, dia berani nak dekati kau pun
masa korang dah tahun akhir. Sebelum tu, dia hanya mampu pandang kau
dari
jauh je...”
Deja tidak membalas. Dia tidak tahu pula yang
Jazlan sudah lama menaruh perasaan terhadapnya, sedangkan mereka mula rapat
akhir-akhir ini saja. Walaupun mereka sudah mula berkawan lebih kurang setahun
yang lalu, namun hanya benar-benar rapat dalam 3 bulan terakhir ini.
“Kau tahu Jazz tu player?” soal Lisa.
Lambat-lambat Deja mengangguk.
“Tapi dengan kau, aku tengok dia dah berubah.”
“Entahlah, Lis. Aku memang rapat dengan Jazz
sekarang ni, dan aku selesa berkawan dengan dia. Tapi... aku masih belum
bersedia nak serius dengan dia. Aku malas nak fikir.”
“Bukan sebab dia playboy ke?”
Deja tidak bereaksi. Sejujurnya, walaupun dia
senang berkawan dengan Jazlan, namun untuk jadikan Jazlan suaminya sesuatu
perkara yang perlu difikirkan dalam-dalam. Sesungguhnya dia tahu, Jazlan
bukanlah lelaki yang akan mudah diterima oleh papa dan mamanya, melainkan
Jazlan berubah menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab.
Lisa mengeluh.
“Dia mengharapkan kau.”
“Lis... kenapa kau tak pernah berterus terang
pada Jazz tentang perasaan kau?” Deja ingin tahu.
Sayu senyuman yang singgah di bibir Lisa.
“Sebab aku tak nak kehilangan dia sebagai
kawan aku. Persahabatan kita orang berdua lebih penting untuk aku.”
“Aku dengan dia belum ada apa-apa ikatan, Lis.
Kalau kau nak, aku boleh back off...” tawar Deja. “Tak guna kau nak
mengalah kalau Jazz memang takkan pandang aku macam mana dia pandang kau.”
Deja serba salah. Sedar yang Lisa sudah lama
menyimpan perasaan terhadap Jazlan, dan kehadirannya seakan-akan memusnahkan
harapan serta impian Lisa.
“Hei! Tak payah nak buat muka monyok macam tu.
Aku okeylah. Aku dah biasa...” ujar Lisa ingin menyejukkan hati Deja.
“Aku tak suka jadi orang yang...”
“Please!” potong Lisa laju. “Kau bukan
perampas okey. Lainlah kalau Jazz dengan aku memang sedang bercinta. Tapi
hakikatnya, Jazz memang pandang aku sebagai kawan rapat dia je.”
Lisa mengangkat telefon bimbitnya yang
berdeting dari atas meja kopi.
“Eh, siapa ni?”
“Kenapa?”
“Ni angah kau PM aku kat FB. Tanya sama ada
engkau ada dengan aku ke tak.”
Deja menayang wajah cemberut.
“Tak payah balas!” arah Deja.
Lisa menongkat mata.
“Dee... aku tahu kau marahkan along kau, tapi
jangan lampiaskan pada orang lain. Angah kau tak bersalah,” tegur Lisa.
Betul kata-kata Lisa. Dia sakit hati pada
Aidan, bukan pada Irfan.
“Kau cakap kat dia aku ada. Tapi, kalau dia
minta alamat kau, jangan bagi.”
Lisa akur. Pantas Irfan membalas.
“Dia
tanya kau nak balik rumah pukul berapa.”
“Aku tak tahu.”
Jari-jemari Lisa menaip lagi.
“Dia kata, jangan balik lambat sangat. Esok
nak pergi piknik.”
“Cakap kat dia aku tak nak pergi!”
Lisa menjadi posmen sekali lagi.
“Dia kata kalau kau tak pergi, dia akan call
papa kau dan cerita kat papa pasal malam tadi.”
“Hesy!” Kuat Deja mendengus. Sakit hati betul!
“Sikit-sikit nak repot... sikit-sikit nak repot. Menyampah!” gerutu Deja.
Seketika kemudian telefon Lisa berbunyi.
“Dia Messenger call akulah!” Lisa
menghulurkan telefonnya ke arah Deja. “Nah! Kau jawab!”
Masam wajah Deja, namun dia tetap menyambut
telefon yang dihulurkan.
“Helo!” ucapnya kasar. Diam. Lama.
Pelik Lisa jadinya. Nampak sangat hanya Irfan
yang bersuara dan Deja hanya mendengar.
“Hmmm... one hour!” ujar Deja akhirnya
sebelum mematikan panggilan.
“Kenapa?” soal Lisa.
“Angah ajak makan. Aku keluar jumpa dia kejap
lagi.”
Lisa tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“Dah terpujuk nampak?”
“Like you said, aku marahkan along,
bukan angah. Dah dia nak belanja aku makan, aku setuju jelah.”
Lisa ketawa.
“Kau nak join aku?” tanya Deja.
“No thanks! Aku dah ada plan untuk
lunch.”
“Thanks, Lisa sebab bagi aku lepak kat
sini dari pagi,” ucap Deja.
“Small matter,” balas Lisa.
Mereka saling berpandangan lalu berbalas
senyuman. Deja menghidupkan telefon bimbitnya semula. Bertali arus pesanan yang
masuk ke dalam peti inboxnya. Mesej tunggal daripada Aidan dibuka
dahulu. Dia mengeluh perlahan. Hati masih terluka dengan tuduhan yang dibuat
oleh abangnya malam semalam. Tak mampu dilupakan hanya dengan ucap maaf
daripada Aidan.
Mesej daripada Jazlan pula dibuka. Seperti
Aidan, Jazlan juga meminta maaf daripadanya kerana tidak menepati janjinya
untuk menghantar Deja pulang tepat pada masanya. Dia turut menyatakan rasa
kesalnya kerana telah berkasar dengan Deja malam semalam.
Tiada satu pun mesej yang dibaca itu dibalas. Telefon dicampak
saja ke dalam tas tangan. Dia tiada mood untuk menangani isu bersama
Aidan, mahupun Jazlan. Hati masih sakit... masih panas... Biarlah dulu. Tunggu
Irfan sejukkan hatinya dulu.
No comments:
Post a Comment