Tuesday, 10 April 2018

KAHWIN PAKSA KE ? - BAB 3

“KAWAI!”
Suara Ariq yang berbunyi lantang itu membuatkan langkah kaki Kawai yang mahu diatur ke kawasan khemah penganjur terhenti. Terus dia terasa tidak sedap hati apabila Ariq sedang mengatur langkah ke arahnya.
“Dah habis press conference ke?” soal Kawai sambil tersenyum, cuba membuang rasa tidak sedap hati sendiri.
Ariq angguk. Bukan senang dia nak lepaskan diri daripada soalan-soalan tanpa henti para wartawan. Keputusannya untuk bersara secara tiba-tiba membuatkan keadaan agak gamat sebentar tadi. Telinganya hanya mendengar perkataan ‘kenapa’ yang terlalu banyak digunakan oleh para wartawan. Pening!
Amacam?” soal Kawai.
“Yang penting last race aku ni puaskan hati main sponsors. Diaorang dah sponsor aku banyak, jadi aku kenalah tunjuk super good performance. Kiranya aku bersara dengan
bermaruah jugaklah,” jawab Ariq sambil sebelah tangan memicit perlahan kawasan bahu yang terasa sengal.
“Sayanglah kau dah retire for good.”
Ariq senyum. Telinganya sudah lali dengan perkataan itu.
“Eh, by the way...”
Kawai mengangkat wajah. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati itu muncul semula disebabkan cara Ariq memandangnya sekarang. Jangan-jangan Ariq nak tanya tentang Dian.
“Aku nak tanya pasal budak perempuan yang pakai tudung tu.”
Kan dah kata! Kawai menelan liur. Mampus!
“Siapa?”
Ariq tergelak-gelak.
“Dia seorang je gadis litar hari ni yang bertudung, bro.”
Kawai tayang sengih dan tayang gigi sambil dalam kepala sedang merangka ayat-ayat untuk menyelamatkan identiti Dian daripada calon kahwin paksa tak jadi gadis itu a.k.a. Ariq Huzair Cheah.
“Ohhh... Bibs ke? Kenapa dengan dia?”
“Kau kenal dengan Bibs tu ke? Memang nama sebenar dia Bibah?”
Sekali lagi Kawai telan liur. Sudahlah dia tidak berapa handal untuk menjadi tukang cover.
“Aku tak kenal sangat dengan Bibs tu, Ariq. Yang aku tahu dia memang kenalkan diri dia sebagai Bibah or Bibs for short.”
Ariq mengerutkan dahi memandang Kawai sambil 18
anak matanya merenung tajam wajah lelaki di hadapannya ini yang nampak gelisah.
“Tapi aku dengar kau jugak yang scout dia as part-timer untuk assist aku hari ni, kan?”
Untuk sekian kalinya Kawai menelan liur lagi.
“Haah.”
“Tapi kau kata kau tak kenal dia. Then mana kau jumpa dia?”
Ariq berpeluk tubuh sambil menjongketkan kening memandang riak wajah Kawai yang semakin berubah.
Terkebil-kebil Kawai mendengar soalan-soalan Ariq yang semakin menjeratnya. Kenapalah calon kahwin paksa tak jadi si Dian ni banyak sangat menyoal?
“Instagram... sebab Bibs tu Instafamous. Bro, aku nak terciritlah. Chow dulu. By the way, congrats!” Cepat-cepat Kawai angkat kaki sambil tangan kiri menekan-nekan perutnya. Yang penting, dia selamat daripada asakan soalan-soalan Ariq. Dan yang lagi penting, telinganya selamat daripada menerima bebelan panjang berjela seorang Dian Eryna jika Ariq mengetahui identiti sebenar Bibs.
BABE, SERIUS ke ni?”
Dian terus membulatkan biji mata mendengarkan nada suara Nana yang tiba-tiba kuat. Dia dan Nana sudah lama berjiran sejak keluarga masing-masing berpindah ke kawasan perumahan ini. Rumah mereka hanya dipisahkan oleh pagar batu yang sederhana tinggi. Selalunya dia dan Nana akan menggunakan tangga untuk bersembang di tepi pagar rumah masing-masing.
 “Suara kau tu control sikit. Dengar dek abah aku, mampus aku! Dahlah dia tak tahu aku pandai-pandai jadi gadis litar. Ni dia tak tahu aku jumpa Ariq tapi Ariq tak kenal aku,” bisik Dian perlahan sambil sesekali dia menoleh ke belakang.
Yalah, abah dia tu macam spy. Pesara polislah katakan.
“Kau pasti ke mamat racer yang kau assist tu Ariq Huzair Dato’ Azhar Cheah? Calon kahwin paksa tak jadi kau tu? Mamat yang kau kata kerjanya menghabiskan beras kat rumah?”
Sekali lagi anak mata Dian membulat.
“Nana! Kau tertelan mikrofon ke apa?”
Nana terus ketawa mengekek. Bergoyang-goyang tangga yang menjadi tempatnya berdiri.
“Aku terkejut ni, noks!”
Dian hanya menggelengkan kepala melihat telatah Nana. Banyaklah dia punya noks! Ngok ngek adalah!
“Dia tak kenal kau, tapi boleh pulak kau kenal dia? Bukan korang tak pernah jumpa ke?” Kali ini dahi Nana sudah berkerut seribu.
“Kau lupa ke mak cik? Kan aku selalu stalk mamat tu dulu.”
Nana sambung ketawa sambil menganggukkan kepalanya berulang kali. Dian dan idea-idea gilanya takkan pernah habis. Kelakar pula jika diingatkan semula.
“Yalah, kau excited bila abah kau suruh kau kahwin paksa dengan dia. Kau siap baca novel kahwin paksa, tengok drama kahwin paksa lagi. Serius, kelakar gila! Konon-konon fefeeling heroin,” balas Nana selamba. Kan dia dah kata, Dian dan idea-idea gilanya boleh buat Harley Quinn yang gila tu pun kalah!
Dian mengetap bibir memandang Nana yang sudah merah padam wajahnya kerana terlalu banyak ketawa sejak tadi. Cubalah kalau cakap itu berkias sikit. Sudahlah mengata dia depan-depan.
“Mulut kau ni memang tak ada insurans, kan? Aku tolak tangga kau nanti, memang kau akan jatuh ditimpa tangga sungguh!” balas Dian geram.
“Kau pernah dengar tak ada satu quote ni; quote tu cakap, your best friend is your best mirror. Jadi, aku tengah jadi cermin kaulah sekarang ni. Aku cuba pantulkan perangai gila kau tu. Orang tak nak kena paksa kahwin, tapi kau pulak nak. Tak ke gila namanya tu?”
“Eh, okey apa! Ada orang sakit kepala nak cari calon suami. Aku tak payah susah-susah, sebab abah dah tolong carikan. Pilihan orang tua ni berkat sehingga ke jannah, tahu tak!”
“Sebab tu aku kata kau ni sewel binti gila!”
Dian mencebik.
Anyway, berbalik pada cerita pasal Ariq tadi... sejak bila pulak dia jadi professional racer? Bukan kau kata dia tu anak orang kaya yang tahu menghabiskan beras dekat rumah je ke?” soal Nana.
“Manalah aku tahu. Itu hasil stalk aku tahun lepas. Manalah tahu Allah bagi hidayah dekat dia; dia berazam nak beli beras sendiri dan tak habiskan beras mak ayah dia dekat rumah?” balas Dian selamba dan Nana ketawa lagi.
“Kau ni memang otak sengetlah, Dian.” Automatik tangan Nana naik mahu menolak bahu Dian namun tak kesampaian kerana Dian dah menjerit dulu.
Yalah, kalau bukan Nana yang jatuh ditimpa tangga, tak pasal-pasal Dian pula yang jatuh ditimpa tangga.
“Kau pasti dia memang tak kenal kau langsung?”
soal Nana lagi.
Dian menganggukkan kepala. Harap-haraplah Ariq memang tak kenal dia langsung. Dia sudah berlakon sehabis baik tadi.
“Tapi dia tahu nama kau, kan?”
“Aku tipu nama aku.”
“Hah?”
“Aku beritahu nama aku Bibs, in full Bibah.”
Nana ketawa lagi sambil jari telunjuknya membuat isyarat berpusing di tepi kepala. Nak cakap Dian gila.
“Dia percaya?”
“Percaya.” Dian sengih. Percayalah kut!
So, macam mana?”
“Macam mana apa?”
Nana terus menepuk dahi sendiri. Kadang-kadang si Dian ni boleh tahan juga lurus bendulnya.
“Ariq Huzair itulah. Kau tengok dia tu macam mana?”
Jeda seketika dan Dian cuba mengingati seraut wajah lelaki berdarah kacukan Melayu-Cina itu. Sungguh dia tidak sangka yang dia bertemu dengan Ariq Huzair pada hari ini. Rasa-rasanya macam lagi handsome daripada gambar-gambar yang dia pernah stalk dulu.
“Aku rasa dia tu macam pelik sikit,” jawab Dian. Wajah si kawan baik dipandang lama.
“Biasalah... kalau dekat litar, ramai gadis-gadis litar yang pakai seksa-seksa. Biji mata lelaki lain asyik melekat dekat diaorang aje. Tapi...”
“Tapi?”
 “Ariq tu tak pandang sangat pun geng tu. Kau tahu dia pandang siapa?”
“Kau?”
Dian terus tergelak. Memang beruntung sangatlah kalau Ariq pandang dia, tapi memang elek!
“Mekanik dia.”
“Mekanik dia perempuan?”
Dian senyum memandang Nana.
“Lelaki.”
Terus bulat mata Nana memandangnya.
Babe, aku dah tahu kenapa Ariq tak nak kahwin paksa dengan kau.” Sekali lagi Nana mahu menolak tangga Dian namun Dian terlebih dulu sudah menjerit dengan kuat.
“Ariq tu gay kut?” bisik Nana dengan suara yang perlahan.
Dian terasa tangga yang sedang dipanjat bergoyang-goyang. Terasa seperti mahu terjatuh ke bawah. Tsunami datang secara tiba-tiba ke?


No comments:

Post a Comment