Wednesday 11 April 2018

MR & MRS LIAR - BAB 6








‘Belum cukupkah dirimu, rasakan cinta tulusku?’
“HANI, kenapa diam aje? Say something, please...”
Setiap patah kata yang diucapkan oleh Dato’ Azlan seolah-olah tidak masuk ke otak wanita itu. Sebetulnya dia ke sini untuk bertemu bukan untuk bercakap soal kahwin. Tetapi dia sesak kepala apabila isteri lelaki ini kerap mengirim mesej caci maki kerana Dato' Azlan sedang mabuk asmara dengannya.
“Susah sangat nak faham you ni.”
Hani hanya diam. Tunduk merenung air di dalam cawannya. Semenjak tadi sudu tidak berhenti digerakkan mengacau air sedangkan gula pastinya sudah larut semenjak tadi.
“Hani, I boleh berikan apa saja untuk you. I akan terima anak you seperti anak I sendiri.”
Hani mengangkat pandangan semula kepada lelaki di hadapannya itu. Dato’ Azlan masih setia memandangnya. Dia meletakkan sudu di atas piring sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi.
“Kalau I minta you ceraikan isteri you sekarang untuk kahwin dengan I, macam mana? I tak mahu bermadu.”
Wajah Dato’ Azlan berubah sedikit mendengar permintaan Hani. “Are you serious? I berkahwin dengan Maznah dah 28 tahun. Takkan I nak tinggalkan dia macam tu saja?”
“Jadi, you kena lupakan I, Dato’. I pun tak pernah bercita-cita untuk jadi pemusnah rumah tangga orang.” Hani menyambut biasa.
“Hani, I boleh pujuk isteri I. Memang dia tak akan setuju. Tapi lama kelamaan dia akan terima jugak.”
Hani diam mengulum rasa marah yang sudah lama disimpan kepada lelaki tua itu. Mengapa begitu mudah seorang lelaki menghancurkan hati seorang wanita? Sedangkan wanita itulah yang setia jatuh bangun bersama seorang lelaki. Berkorban apa saja untuk seorang lelaki bernama suami.
“Hani, I betul-betul sayangkan you,” rayu lelaki itu bersungguh.
Hani menghela nafas perlahan sambil membuang pandangan. Ucapan sayang itu juga tidak laku sedikit pun di telinganya. Lelaki memang bijak bermain kata-kata selagi belum memiliki. Itu dia tahu!
“Okey. Okey. Apa saja untuk you, Hani. I akan buat apa saja yang you nak.”
Really?” sambut Hani lantas ketawa kecil. Perangkapnya begitu senang mengena.
“Meminta you ceraikan isteri pertama demi I, itu tak
ubah seperti mengambil alih kebun orang begitu saja. Maaf, Dato’... untuk lelaki yang tak ada pendirian, jawapannya adalah tidak. I belum terdesak benar nak bermadu atau nak merampas suami orang buat masa ni.”
“Hani, I layan you baik selama ni. You tahu, kan? I perlukan zuriat.”
“I tahu kebaikan you selama ini ada sebabnya, Dato’. Tapi kebun orang tetap kebun orang. I tak mahu jadi orang ke tiga kepada hubungan you dan isteri you. I datang sini untuk you dan Datin Maznah. I tak mahu dia ganggu I lagi. I maafkan dia kerana menuduh I yang bukan-bukan. Tapi I tak akan maafkan you kalau you terus biarkan dia menyangka I ni perempuan simpanan you, Dato’ Azlan! I bukan mesin keluarkan anak!” tegas Hani. Alasan mahukan cahaya mata itu sedikit pun tidak laku buatnya.
“I tak pernah berniat...”
You’re wise man to know the truth. Kita tak pernah ada hubungan istimewa selama ni. Perbuatan you menyusahkan I. Tanpa sebab I dihina oleh isteri you. You rasa you boleh buat I tersepit sehingga akur kepada kehendak you. Itu sama sekali tak laku. It’s totally wrong, mister!”
Wajah Dato’ Azlan berubah sedikit ditempelak bicara Hani. Tegas! Wanita ini bukan sembarangan wanita yang boleh dipikat sekadar bermodalkan sedulang emas.
One last warning... I tak mahu you babitkan I dalam masalah you dengan Datin Maznah. Atau I akan pergi jumpa dia sendiri nanti. I berdiam sebab I malas nak layan isteri you merepek entah apa-apa. Tapi sabar ada hadnya, Dato’! Jangan cabar banyak sangat! I tak suka hal ini diperpanjangkan lagi. Enough!”
Lelaki tua itu menghela nafas hampa tatkala Hani bangun dari duduknya. Air yang dipesan tadi langsung tidak luak. Hanya terpandangkan lenggok wanita itu berjalan laju
meninggalkan restoran.
Di luar restoran itu, Hani berdiri seketika di tepi keretanya. Terdapat panggilan tidak dijawab daripada penjaga Daniel, Umi Mashitah. Lekas-lekas dia mendail semula.
“Assalamulaikum, Umi.”
Buat seketika Hani berdiri memandang ke hadapan sambil telinganya fokus kepada apa yang diucapkan oleh wanita di hujung talian.
“Dani, dia minta Umi bawakkan dia pergi Mood Republic. Boleh ke?”
“Apa tu?” balas Hani sedikit terkejut. Mana anaknya tahu tentang semua itu?
“Alah... karnival jualan yang sekarang tengah rancak kat PWTC sana. Dia kata kawan-kawan dia semua pergi dengan keluarga masing-masing. Umi pun tak tahu macam manalah budak-budak ni boleh tahu tentang tu semua.”
Spotan Hani ketawa kecil.
“Jangan layan. Dia mengada-ada aje tu. Kalau dia cakap lagi pasal tu, Umi cakap aje saya tak izinkan,” ujar Hani. Fikiran sarat berkisarkan aduan Umi tentang anak lelakinya itu. Tanpa sedar dia terus berdiri di tepi kereta sambil melayan bicara Umi.
Hani menoleh tatkala ada seseorang mendekatinya. Riak wajahnya berubah. Segera meminta Umi untuk memutuskan perbualan.
“Hani?” tegur lelaki itu perlahan.
“Ya,” sambut Hani perlahan.
“Baru datang atau dah nak balik?”
“Dah nak balik. Excuse me,” ucap Hani sambil memandang jam di pergelangan tangannya. Dia perlu kembali ke pejabat segera
 “Ada masa sekejap? Dah lama tak jumpa you,” ujar Kamil lantas bergerak merapati wanita itu.
“I nak masuk ofis ni,” jawab Hani lantas membuka pintu keretanya. Namun Kamil tiba-tiba menolak pintu itu sehingga tertutup semula. Hani pantas mencari wajah lelaki itu semula.
Why you do that?”
“You buat apa kat sini? I tahu Putra selalu datang sini,” balas Kamil tanpa menjawab pertanyaan wanita itu.
“Kenapa sibuk nak tahu? Kalau I jumpa dia pun, apa you nak sibuk?” Mereka saling berbalas soalan pula. Kamil diam seketika sambil menatap pandangan Hani. Namun ada rasa tidak puas hati hadir di hatinya dengan jawapan wanita itu.
“You nak apa sebenarnya ni? You nak tahu sama ada I masih ada hubungan dengan Putra?” tanya Hani dalam nada serius. Lelaki itu menghela nafas panjang. Macam sukar benar hendak meluahkan apa yang hendak diluahkan.
“Cakaplah apa urusan penting yang you nak cakap dengan I, Kamil. Sekadar nak berbual sebagai kawan, I tak ada masa untuk itu! I nak balik ofis ni.”
Okay, you may go now.” Kamil mengeluh perlahan. Entah kenapa hatinya merasa amat pedih.
I don’t need your permission for that!” tegas Hani dalam nada tajam. Entah kenapa, berbanding Dato’ Azlan, kemarahannya kepada lelaki ini lebih hebat lagi.
“You tak suka jumpa I semula?”
Why? You suka jumpa I semula? You masih sudi nak dengar cerita tentang kehidupan I selepas dihancurkan?” balas Hani lantas menarik pintu keretanya. Kamil terkedu mendengar bicara tajam wanita itu. Rasa tersindir entah kenapa.
 “You masih cantik sama macam dulu, Hani.” Kamil sempat meluahkan bicara itu setelah Hani masuk ke dalam keretanya.
“Hanya itu yang you mampu cakap selepas bertahun-tahun I begini!” desis Hani jengkel. Bicara itu tidak lagi membuai perasaan.
‘Pengecut!’ kutuk hati Hani yang kian dihambat rasa kecewa dan marah.
Sakit. Pedih. Menusuk hati saat kata-kata itu diucapkan kepadanya suatu dahulu.
HARI ITU ruangan pejabat kecoh dengan suara Puan Sri Karmila memarahi Kamil. Tania tidak berani hendak masuk campur. Tempiasnya terkena juga pada dia. Punyalah takut saat dia pula yang dipanggil bertemu dengan Puan Sri Karmila.
“Apa progress tentang tender tu?”
“Belum siap.”
“Ni lagi satu, tak boleh diharap! Dah dua bulan masa diberi, masih macam tu jugak! Satu sen pun tak guna! Kalau selalu macam ni, alamat lingkuplah syarikat ni,” jerkah Puan Sri Karmila serta-merta. Tania terkejut lantas menunduk.
“Kamil cakap dengan mak long tentang hal you dengan dia. Tak faham-faham bahasa! Sekali lagi mak long nak ingatkan, soal itu takkan berlaku selagi mak long masih hidup! Dan you jangan layan dia. Dah tak ada orang lain dia nak jadikan isteri selain adik sepupu sendiri?” bentak Puan Sri Karmila berang.
Tania hanya diam menahan sebal. Hati mula
menyumpah-nyumpah si Kamil. Tidak pasal-pasal dia yang kena marah.
“Jauhkan diri daripada Kamil. Keluar sana!”
Tania sekadar mengangguk sebelum dia berundur untuk keluar. Di luar bilik itu, semua kakitangan senyap sunyi membuat kerja masing-masing. Bimbang mereka pula mendapat giliran yang seterusnya. Malu kena marah, Tania hanya menebalkan muka kembali ke kamarnya.
Duduk semula di kerusinya, Tania termenung. Bosan menjadi orang yang lemah. Orang yang tidak mampu membawa apa-apa keuntungan kepada orang lain. Dia penat dibentak-bentak begini. Penat! Dia sungguh penat dengan setiap masalah yang dia tidak mahu.
Tertekan! Dia jadi tidak berdaya apabila kerap didesak dan dimarahi oleh emak saudaranya itu. Syarikat mereka perlu mendapatkan projek itu untuk terus menaikkan nama syarikat, hakikat itu terus dipasakkan ke dalam benaknya.
‘Aku tak mampu jadi macam dia,’ bisik hati Tania.
Dia sedar acuannya adalah emak saudaranya itu. Dia harus mengikut jejak langkah Puan Sri Karmila.
‘Sia-sia aku hilang harga diri kalau akhirnya aku kalah,’ bisik hati Tania. Spontan jemarinya mencapai telefon. Nombor Putra dipanggilnya.
“Hai, sayang. Ada apa panggil I? You ada seminit aje ni. I nak masuk meeting sekejap lagi,” ujar Putra di hujung sana. Ceria suaranya. Cemburu dia mendengarnya sedangkan dia terjeruk oleh rasa duka akibat dimarahi ibu saudaranya.
“I nak ajak you keluar esok malam. I bosan duduk di rumah.”
“Boleh. Nak I ambil di rumah?” balas Putra kedengaran ceria tanda sudah lama menantikan ajakan itu.
“Ya.”
 “I tunggu di tempat biasa ya? Bye!”
Tania memejamkan mata rapat-rapat setelah mematikan talian. Fikiran benar-benar tidak tenteram. Keliru dan buntu. Alang-alang menyeluk pekasam...
Biar mereka tenggelam sepenuhnya!

No comments:

Post a Comment