Wednesday, 11 April 2018

MR & MRS LIAR - BAB 7


“KITA nak pergi mana ni?” tanya Putra setelah Tania masuk ke dalam keretanya.
“Entah. Cepatlah jalan. Nanti mak long dengan pak long balik,” balas Tania. Gerak-gerinya seperti tidak tenteram. Jelas sekali dia sedang takutkan sesuatu.
“Kita nak pergi mana?” tanya Putra setelah keretanya menjauhi kediaman itu.
“Ke... kelab hari tu,” jawab Tania sedikit tergagap.
Are you sure?”
Tania diam pula. Kedua-dua jemarinya disembunyikan antara dua pahanya tanda dia sedang amat resah. Putra hanya diam tidak lagi bertanya. Kereta terus dihalakan ke tempat yang maksudkan Tania.
Lagu di dalam kelab hiburan itu terlalu membingitkan. Putra ralit memerhatikan manusia di lantai tarian sambil meneguk air dari dalam gelas. Kemudian dia menoleh ke sebelahnya. Gadis itu nampak seperti sedang
hanyut dalam menungan. Hairan. Dalam keadaan hingar begini, Tania boleh termenung pula. Kata hendak keluar berhibur?
“Hei!” Paha Tania ditepuk lembut oleh Putra. Spontan Tania menoleh kepada lelaki itu.
What’s wrong?”
What?” jerit Tania tidak mendengar bicara lelaki itu. Putra menyandarkan tubuhnya rapat kepada Tania. Bahu gadis itu ditarik ke arahnya.
What’s wrong with you?” ucap Putra setelah mendekatkan mulutnya ke telinga Tania.
Nothing,” jawab Tania lantas menggeleng sendiri.
Talk to me,” pinta Putra. Namun Tania hanya menggeleng. Putra bingkas bangun sebelum jemari gadis itu ditariknya.
I don’t want to dance,” tegah Tania.
Let’s get out from here. You’re not belong here,” ujar Putra bersungguh.
Tania segera mencapai dompet dan telefon bimbitnya. Sesak fikirannya membuatkan dia hanya rela membiarkan lelaki itu membawa dia ke mana saja.
Putra menyeret Tania sehingga ke keretanya.
“Kenapa ni, sayang? You’re not here with me. You kata you nak release tension. You tak suka ke kelab, jadi beritahu I di mana kita nak pergi sekarang? Atau you tak suka keluar dengan I?” tanya Putra setelah masuk ke tempat duduknya. Gadis itu dipandang lama.
It’s not about that...” Tania menghela nafas perlahan. Mata dipejam rapat-rapat untuk meredakan tekanannya.
“You nampak stress sangat ni. Ada apa?”
Tania kembali membuka mata. Dompetnya dibuka sebelum dia menyerahkan sesuatu kepada Putra. Wajah Putra berubah sedikit setelah terpandangkan benda itu. Sesuatu yang tidak pernah dijangkanya.
“Apa benda ni?”
“You tahu apa benda tu! It’s yours!”
Putra terpaku serta-merta merenung wajah Tania. Seketika kemudian Tania mengambil semula objek itu daripada Putra.
Sepi ruangan dalam kereta itu tanpa suara mereka. Putra menggerakkan kereta pergi. Bermacam-macam yang difikirkannya saat ini.
“Kenapa you diam?” tegur Tania pula. Adakah lelaki ini mahu mengelak pula?
What do you want to say? What do you want me to do?” ujar Putra sambil memandang ke hadapan. Sudah bersedia untuk mendengar jawapannya.
Tania menelan liur keresahan. Penghawa dingin kereta itu membuatkan tubuhnya terasa menggigil. Lidahnya tidak tergamak untuk meluahkannya.
I don’t know.”
“Jadi, untuk apa you tunjuk itu pada I? You nak I bawak you ke klinik untuk gugurkan? I hate that, Nia. It’s horrible.” Putra membalas sambil menoleh kepada gadis itu sekali.
What are you willing to do?” Pertanyaan itu cukup perlahan dialun oleh Tania.
“Apa saja yang you mahu. I akan turutkan, Nia.”
Please marry me, Putra.”
“Okey.”
 “You setuju?” tanya Tania agak terkejut.
“Yalah, I setuju. Apa lagi yang patut I buat selepas kita pergi sejauh ini? Takkan you nak I jauhkan diri daripada you? I bukan lelaki pengecut, Nia.”
Tania terdiam lantas memandang ke luar. Semudah itu?
“Bila?” tanya Putra tiba-tiba.
“I dapat dua hari lepas.”
“Maksud I, bila you nak kita kahwin?” ujar Putra lembut.
Tania diam pula. Entah. Dia pun tidak tahu jawapannya. Masakan dia hendak meminta lelaki itu menikahinya malam ini juga?
“You bersungguh ke?” tanya Tania. Masih dibaluti kejutan dengan jawapan lelaki itu.
“Nia, jangan tanya soalan kebudak-budakan. Please...”
Tania terdiam semula. Tiba-tiba dia merasa aneh. Tindakannya ini memang gila. Apa yang membuatkan dia rasa tidak percaya, Putra bersetuju untuk menikahinya. Putra tidak bertanya banyak. Keadaan itu membuatkan sukar untuk dia meneka.
“Nia...” Lamunan Tania pecah berderai disapa suara lelaki itu semula.
“I tak tahu apa yang I dah buat ni, Putra.”
“I tahu.”
“Apa maksud you?”
“You rasa keliru? You takut sebab I bukan lelaki yang baik? You bimbang kita tak serasi?” ujar Putra lembut.
“I tak tahu apa nak buat sekarang ni, Putra.”
Putra menoleh sekilas kepada gadis itu. Kemudian jemari gadis itu dicapainya.
I will marry you. You jangan takut, sayang. I takkan biarkan you macam tu saja.”
Tania diam. Bukan itu yang dia takutkan. Tidakkah perbuatannya ini melampau? Entahlah. Dia merasa tertekan dan terdesak.
Let me take you home, okay?” pujuk Putra lembut. Tania terus mengangguk.
Putra menghentikan kereta di tempat selalu. Tania perasan kereta Kamil berada di luar rumah. Menandakan sepupunya itu akan bermalam di rumah itu malam ini. Itulah malapetaka yang paling besar dalam hidupnya sekarang.
“I... I tak nak balik,” ucap Tania tiba-tiba.
What?” Putra mengerut kening. Tania menoleh kepada Putra serta-merta. Tersedar semula dari kekusutannya.
“You ada masalah dengan keluarga ke sebenarnya, Nia?”
Tania menelan liur agak payah. Sehari dua ini emak saudaranya membisu sahaja kepadanya. Membuatkan dia serba tidak kena. Rasa ingin pergi jauh sahaja. Tiba-tiba dia dipinggirkan Puan Sri Karmila disebabkan keputusan Kamil mahu menikahinya.
“Nia, cakaplah. I dengar ni,” pujuk Putra.
“Kamil...”
“Kenapa dengan Kamil?”
“Dia buat mak long marah dengan I.”
“Maksudnya?”
“Kamil nak kahwin dengan I,” ujar Tania perlahan.
Tanpa dilihat Tania, riak di wajah Putra berubah.
Hati lelaki itu mula terasa bahang.
“You nak ke mana? I boleh hantarkan,” ujar Putra lembut.
“I tak tahu nak pergi mana,” balas Tania tanpa memandang lelaki itu.
“Nia...” Putra menghela nafas perlahan. Jelas di matanya dia lihat gadis ini sedang tidak berdaya. Entah kenapa hatinya pedih. Tania gadis yang naif.
“You percayakan I?” tanya Putra perlahan. Tania menoleh kepada lelaki itu. Dalam keadaan terumbang-ambing begini, dia tidak punya apa-apa jawapan hendak diberikan kepada Putra.
“Nia, jangan takut. I tak akan mungkir janji,” ucap Putra lagi.
“Apa maksud you? Janji apa?”
“Janji yang I akan kahwini you. I akan jaga you dan anak kita baik-baik, Nia. You tak perlu larikan diri daripada Kamil lagi,” ucap Putra bersungguh.
Terkebil-kebil Tania memandang raut Putra. Dalam keadaan samar-samar di dalam kereta itu, dia hanya berdiam saat Putra menghidupkan semula enjin kereta. Tanpa kata Putra menggerakkan kereta pergi dari situ.
Kampung Selat Pulau, Pasir Salak.
“KAMU NI bersungguh ke nak nikah, Nia?” Lembut suara Wan Basyariah kedengaran dari arah dapur. Tania menoleh sekilas cuma kepada emak saudaranya itu.
“Entahlah...” jawab Tania perlahan.
 “Entah? Kamu ni biyo bebenor sikit. Esok luse aje tok kadi nak datang. Kamu ni asyik duduk termenung. Ape ke halnye Nia oi?”
Tania diam pula. Fikiran kusut sehari dua ini. Lagi dua hari majlis nikah akan berlangsung. Orang sebelah menyebelah rumah sudah mula menghantar kawah yang akan digunakan untuk memasak buat majlis kenduri nanti. Malam esok majlis berinai akan diadakan.
Teruja? Ya. Ada sedikit teruja mengenang itu. Namun ada rasa takut dan bermacam-macam rasa yang mengganggu fikirannya saban hari.
“Wan...” panggil Tania lantas bangun mendapatkan emak saudaranya.
Ape ke bendenye Nia?” balas Wan Basyariah lembut.
“Kalau yong marah, macam mana?”
Wan Basyariah memandang Tania seketika. Seterusnya dia mencuci tangan lalu mendekati anak saudaranya itu.
“Kamu yang nak nikah. Terpulang kamulah,” ujar wanita tua itu setelah duduk di hadapan Tania.
“Nia takut nak beritahu mak long yang Nia nak kahwin,” balas Tania rendah.
Wan Basyariah merenung lama tampang anak saudaranya itu. Mengerti apa yang sedang bermain dalam diri Tania. Kegembiraan tidak akan mampu singgah sekiranya membuat keputusan dalam keadaan begini.
“Kamu yakin ke idok dengan lelaki yang kamu nak nikah tu?”
Tania mengangguk agak lambat. Yakin atas alasan yang amat ringan. Putra berjanji akan menjaganya. Hanya itu... sedangkan janji seperti itu mampu diukir oleh sesiapa saja. Masih banyak alasan kukuh yang mengajak dia
membatalkan sahaja pernikahan ini.
Ayah Putra tidak hadir ketika hari perminangan. Lelaki itu tidak suka setelah mengetahui dia adalah anak saudara kepada Puan Sri Karmila. Rombongan meminang yang datang beberapa minggu lalu hanya ada Puan Sri Marlina, ibu kepada Putra dan individu lain yang dia tidak kenal.
Persoalannya... mudahkah hidup mereka nanti jika ayah Putra tidak menyenanginya? Entah! Tania tidak tahu. Tambahan ibu saudaranya juga membenci seluruh ahli keluarga Putra tanpa diketahui apa sebab sebenarnya. Kamil dan Putra bermusuh. Mana mungkin dia akan mendapat restu daripada mak longnya dalam keadaan begini.
“Nia keliru, wan. Apa patut Nia buat?” ujar Tania setelah agak lama dia berdiam.
“Kamu ni banyok bebenor berpikior yang bukan-bukan,” balas Wan Basyariah. Dari mata kasarnya lelaki yang menjadi tunang anak saudaranya ini amat baik orangnya. Kerap menelefon semata-mata mahu mengambil berat tentang Tania. Cocok dijodohkan dengan Tania.
“Kalau yong tak suka macam mana?”
Ate... biyo aje ler. Kamu yang nak nikah. Kamu yang nak hidup dengan laki kamu. Bukannye diyee,” jawab Wan Basyariah selamba.
Tania menghela nafas perlahan. Kemungkinan yang paling dibimbangkan, emak saudaranya itu akan datang membuat kecoh di sini jika dia memberitahu yang dia hendak bernikah dengan Putra. Alamatnya sekampung malu. Biarpun dalam keadaan tergesa-gesa, bukanlah sekadar nikah koboi semata-mata. Majlis walimah akan diadakan macam biasa. Seluruh kampung dijemput hadir. Lebih daripada itu, dia tidak akan dibenarkan bernikah dengan Putra.
Udoh ler tu. Jangan banyok benor termenung. Itu
yang kamu jadi gini. Mari tolong aku kat dapur. Petang nanti deme datang nganto koghobo (kerbau),” ujar Wan Basyariah lembut.
Tania mengangguk. Nafas dihela panjang. Nekad. Apa nak jadi kemudian nanti, dia berserah saja kepada Tuhan

No comments:

Post a Comment