Wednesday, 11 April 2018

MR & MRS LIAR - BAB 9


HOME sweet home. Coming in,” ucap Putra setelah mereka sampai di rumah awal pagi itu.
Tania berdiri lama tanpa berbuat apa-apa setelah masuk ke dalam. Masih segar dalam ingatannya, kali pertama dia berada di rumah ini. Hidup seperti telah celaka. Kini dia akan berada di rumah ini entah untuk berapa lama lagi.
“Nia...” panggil Putra lantas mendekati gadis itu. Tania berpaling. Langkah lelaki itu ke arahnya dipandang tanpa berkelip.
“Rehatlah dulu. Jangan banyak fikir. I bawak beg you masuk bilik dulu ya?” ucap Putra lantas tersenyum.
Seperti orang yang sedang dipukau, Tania masih juga seperti tadi. Dia sekadar memandang suaminya berlalu ke bilik membawa beg pakaian mereka. Seterusnya kembali memerhatikan persekitaran rumah itu sehinggalah Putra kembali semula kepadanya.
“Kenapa?” tanya Putra.
 “Tak ada apa-apa.”
“Semuanya akan baik-baik saja, sayang.” Lelaki itu berbisik sebelum mengucup dahi Tania dengan penuh kelembutan. Tania hanya terkebil-kebil memandang Putra berdiri di hadapannya. Diri seperti sedang berada di awang-awangan.
“Masih awal ni. Hari ni kita tak ada urusan penting. I rasa nak rehat di rumah aje.” Putra bersuara sambil menarik jemari isterinya ke arah sofa.
Tania membuka beg tangan untuk mendapatkan telefonnya setelah punggung dilabuhkan di sofa. Sekian lama telefon itu tidak dihidupkannya. Kini dia memberanikan diri menghidupkannya semula. Menderu-deru mesej masuk tidak lama kemudian. Ada 111 panggilan tidak berjawab daripada Puan Sri Karmila. Dan seterusnya berpuluh-puluh lagi panggilan daripada Kamil yang tidak dapat disambungkan kepadanya.
Tania memejamkan mata rapat-rapat setelah meletakkan telefon itu ke tepi. Kembali ke sini, perasaan gusar, takut dan tertekan itu kembali semula tanpa dipintanya. Sedar yang dia harus berterus terang dengan Puan Sri Karmila dan Tan Sri Falaq akan statusnya kini.
Tetapi tiba-tiba telefon itu berbunyi. Tania tersentak. Terpancul nama ‘mak long’ di skrin telefon itu. Dada Tania sudah mula bergemuruh.
“Jawablah. Tak selamanya you boleh mengelak,” ucap Putra.
Menggigil tangan Tania saat mencapai semula gadget itu. Antara berani dan tidak, Tania menyambungkan talian.
“Tania!”
“Mak long...”
 “Mana Nia pergi ni? Berkali-kali orang call tak pernahnya dapat! Apa Nia dah buat sebenarnya ni???” bentak Puan Sri Karmila segera. Tania tunduk setelah telinganya diterpa jerkahan itu.
“Jawablah! Jangan membisu aje!” Masih dalam bentakan Puan Sri Karmila bersuara lagi.
“Nia... Nia...”
“Balik sekarang!” tekan wanita itu garang.
“Mak long, Nia minta maaf sebab buat macam ni. Nia tak mahu balik. Nia tak mahu jumpa Kamil.”
“Di mana Nia sekarang???”
“Nia... err... Nia tinggal dengan Putra.”
“Apa Nia dah buat ni? Kenapa bodoh sangat ha???” jerkah Puan Sri Karmila kian meninggi. Betapa terkejutnya dia dengan permintaan Tania itu.
“Janganlah you terus tengking dia macam tu. Tanya elok-elok. Kalau you terus berkasar, lagilah dia tak mahu balik!” tekan satu suara di hujung talian.
“You tahu dia cakap apa? Dia bersekedudukan dengan anak musuh ketat you tu. Dah tak ada lelaki lain agaknya yang dia nak kan!” Balasan Puan Sri Karmila itu hanya didengari oleh Tania dengan hati yang pedih.
“Bila you layan dia macam tu... dia cari orang lain untuk berpaut kasih sayang, Mila. Sudahnya orang lain yang ambil kesempatan pada dia. Biar I cakap dengan dia!”
Tania tunduk menahan sedih. Hanya lelaki itu yang sering menahan dia daripada dibentak-bentak oleh emak saudaranya. Tidak lama kemudian suara bertukar kepada Tan Sri Falaq.
“Nia... balik rumah. Jangan buat macam ni,” ucap Tan Sri Falaq lembut
 “Nia tak nak balik.”
“Pak long faham Nia tertekan selama ni. Nia nak bebas. Tapi ini bukan caranya.”
“Putra baik. Dia layan Nia baik,” ujar Tania rendah.
“Nia, jangan cepat tertipu dengan luaran seseorang. Nia tak kenal dia siapa. Dengar cakap pak long. Balik rumah, ya? Kita selesaikan masalah ni baik-baik,” pujuk Tan Sri Falaq.
Tania diam pula. Biarpun tidak sampai hati mahu mengecewakan lelaki tua itu, hatinya tidak terasa ingin pulang. Dia senang hidup begini. Dia suka dibawa ke mana-mana saja oleh Putra. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia merasa bebas sekali! Dan dia ingin terus menikmati rasa ini.
“Nia, pak long tak mahu Nia terlalu ikutkan perasaan. Jangan lekas percaya kepada seseorang yang bermulut manis. Tak semua orang boleh kita percaya, Nia. Jangan musnahkan masa depan Nia kerana orang lain,” ucap Tan Sri Falaq.
“Nia... pernah terlanjur dengan Putra beberapa minggu dulu, pak long. Dia dah janji dia akan jaga Nia. Dia tak akan sia-siakan Nia.”
Penjelasan pendek itu cukup membuatkan Tan Sri Falaq terdiam di hujung talian.
“Nia minta maaf.”
“Nia masih terlalu naif untuk faham semua tu,” balas Tan Sri Falaq rendah. Sungguh dia merasa hampa mendengar itu. Tetapi kini dia mula menghitung kesilapan mereka dalam mendidik anak ini. Terlalu banyak silapnya.
“Ini hidup Nia. Nia mahu memilih apa yang terbaik untuk Nia. Nia tak mahu balik. Maafkan Nia,” jawab Tania. Seterusnya dia pegun di sofa itu setelah mematikan panggilan.
“Nia...”
Lambat-lambat Tania menoleh kepada Putra yang
duduk di sebelahnya.
“Dia marah you?”
Bola mata Tania berkaca tanpa dapat menjawab soalan itu. Dia benar-benar terasa lemah. Ingin menangis. Saat ini dia merasakan dirinya seperti berseorangan di dunia ini. Tidak lagi punya apa-apa. Mungkin emak saudaranya itu sudah membencinya.
“Jangan sedih, sayang...” Putra menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Dahi Tania dikucup berkali-kali.
“Bila kita memendam rasa terlalu lama, jiwa kita akan rasa sangat sakit. Kalau menangis boleh memberikan kelegaan, menangislah, Nia. Tak apa sekali-sekala kita nampak lemah asalkan selepas itu kita kembali kuat,” ucap lelaki itu lembut. Sungguh! Bicara itu membuatkan Tania benar-benar menangis.
Simpati. Putra mengusap belakang isterinya berkali-kali. Seketika kemudian gadis itu dipeluknya erat-erat. Agak lama mereka berdiam sehingga tangisan Tania berhenti sendiri. Tania pegun sambil bersandar ke dada Putra.
“Jangan lap hingus dekat baju I,” tegur Putra. Spontan Tania menolak lelaki itu. Melihat riak wajah Putra, dia tersenyum pula sambil menyeka air matanya. Malu membiarkan lelaki itu menatap kekusutan di wajahnya.
“Nia, dengar sini... I tahu keluarga you akan minta you kembali semula ke sana. I tahu mak long you minta you tinggalkan I. Tapi you masih ingat apa yang mek cakap dengan you sebelum ni? Inilah dunia you sekarang. Dengan I... dan apa pun keadaannya nanti, you jangan takut, sayang. I ada dengan you. I akan jaga you baik-baik.”
Tania sekadar mengangguk. “I tak nak balik pun,” ucap Tania perlahan.
Bersama Putra dia tidak perlu menadah diri dan
perasaan kepada tengking herdik emak saudaranya. Lebih dari itu tiada Kamil yang suka menambah kusut hidupnya. Bersama Putra dia rasa lebih selamat. Lebih tenang.
Good girl. Cium sikit, boleh?”
“Tak nak!” Cepat-cepat Tania menutup wajah dengan kedua-dua belah tangannya.
“Kenapa pulak tak boleh? Dah beberapa hari I mengidam ni. You yang pregnant. I pulak yang mengidam.”
Bicara Putra tiba-tiba perasaan Tania berubah. Dua tangannya itu dikalihkan dari menuntup wajahnya. Renungan Putra tidak mampu untuk disambutnya.
“Nanti kita pergi klinik sama-sama ya? I nak tengok rupa baby kita macam mana,” ujar Putra sambil menyentuh perut gadis itu. Tania diam menelan liur. Kelat!
“I nak pergi beli breakfast. Nak ikut?”
Tania segera menggeleng. “I nak mandi. Penat.”
“Okey. I pergi sekejap aje. Tapi jangan tidur dulu,” pesan Putra lembut.
Tania hanya mengangguk. Dia ikut bangun mengekori Putra ke pintu utama. Menunggu sehingga lelaki itu berlalu. Kemudian pintu itu ditutupnya. Tania tersandar di belakang pintu itu memikirkan segala-galanya.
Biar seberapa lembut atau baik lelaki itu kepadanya, dia tetap merasa hatinya kosong. Lelaki itu tidak mampu dibawa masuk ke dalam hidupnya. Dan dia tertanya-tanya mengapa dan sampai bila dia akan terus begini.
DO YOU like cooking?” tegur satu suara saat Tania sedang  
berada di dapur.
“Bolehlah sikit-sikit,” jawab Tania rendah.
Buat seketika Putra hanya berdiri memerhatikan isterinya menyelongkar peti ais. Lama Tania merenung isi di dalam tempat sejuk beku. Kemudian kepala digaru. Tiada apa pun di dalam sana.
“Kalau you nak masak, kita boleh pergi beli barang keperluan dapur. Macam mana you nak masak kalau semuanya tak ada,” ujar Putra. Dapurnya ini jarang digunakan. Dia tidak rajin memasak di rumah. Hanya ada sedikit barang keperluan harian yang berada di dapur itu.
Tania berpaling ke arah suaminya. “I malas nak keluarlah,” ujar Tania.
Putra tidak terus menjawab. Sebaliknya dia mendekati isterinya itu. Jemari Tania diambilnya. “Kalau selalu kena air inai ni akan pudar tak?”
“Taklah. Kenapa pulak you cakap macam tu?” jawab Tania hairan.
“I suka tengok inai ni. Jari ni nampak berseri. I tak mahu nanti inai ni jadi pudar sebab you selalu buat kerja di dapur,” balas Putra lantas tersenyum.
“Lama-lama akan hilang jugak,” ujar Tania biasa. Jemarinya ditarik semula dari pegangan lelaki itu. Sehari dua ini terpaksa menghadap keramaian orang, dia sudah penat. Dia hanya mahu berada di rumah.
“You ajelah pergi beli barang dapur. Lain kali baru kita pergi beli sama-sama.”
“Betul ni? Nanti kalau I salah beli, you jangan marah pulak,” balas Putra sedikit lunak.
Tania hanya diam sambil mencari sesuatu dari dalam kabinet di bahagian atas. Namun sedang dia terjingkit-jingkit mencari paket gula, ada tangan yang memeluknya dari arah
belakang. Spontan Tania berpaling lalu menolak tangan Putra.
Why? Tak suka I dekat dengan you?” tanya Putra biasa. Tidak lagi merasa terkejut dengan gelagat seumpama itu.
“Taklah. I cuma terkejut.” Tania berpaling semula. Cuba menyembunyikan rasa tidak senang dengan perbuatan Putra.
“You tahu... I tak suka pukul perempuan. I bukan lelaki begitu, sayang.” Putra bersuara lembut tatkala isterinya masih sibuk mencari kerja semata-mata mahu mengelak daripadanya.
“I tahu...” Perlahan sahaja balasan Tania.
“Tapi you masih biarkan I jauh daripada you. You masih merasakan I ni orang luar. Mungkin sama macam orang lain yang pernah melukai you. Kadang-kadang I rasa ada waktunya you tak suka I ganggu you.”
Tania terkaku dalam keadaan tubuhnya masih membelakangi Putra. Bicara lelaki itu memberi sedikit kesan ke dalam hatinya. Tidakkah lelaki ini juga pernah melukainya? Lupakah Putra akan kejadian malam itu?
“Nia...” ucap Putra lantas memaut bahu isterinya.
“You kata nak pergi beli barang dapur. I don’t want to talk. Not for now,” jawab Tania lantas menolak sentuhan jemari suaminya.
Get to know me better, baby. I’m not like him. Not even closed!” ujar Putra bersungguh.
“You cakap apa ni?”
“I tahu mengapa you jadi begini, Nia. Jangan nafikan. I tak sebodoh itu untuk tidak memahami apa sebenarnya yang you sedang buat. Makin you cuba sembunyikan, makin jelas kelihatan, sayang.”
Tania terdiam memandang renungan lelaki itu. Lembut menggambarkan kesungguhan dan keikhlasannya. Tetapi dia tidak tahu sejauh mana dia mampu mempercayai semua ini.
“Nia, I tahu apa yang berlaku pada you selama ni. Kesannya tidak mudah untuk difahami oleh orang macam I. But let me guide you. Let me give my love to you. Give a chance to yourself for loving people around you. Especialy me!”
“I takut,” balas Tania rendah. Putra menaikkan jemarinya ke pipi Tania.
I know. Sometimes I heard you cry in your dream. You’re in so much pained. Sayang, kalau you pandang I betul-betul, you akan sedar yang I tak serupa langsung dengan ayah you. Dan I tak pernah termimpi untuk melalui hidup yang tak bermakna seperti itu.”
Tania hanya diam membiarkan dua bola mata lelaki itu meratah seluruh wajahnya.
“Mak long you tak pernah cuba bawak you jumpa doktor?”
Tania menggeleng. “I ni cuma mengada-ada.”
“Tak apa. I boleh bawak you jumpa doktor. You need help, Nia. Keadaan tu tak boleh dibiarkan.”
I can hadle it. Don’t worry,” balas Tania. Bukannya dia tidak pernah bertemu doktor psikiatri sebelum ini. Tanpa Putra memberitahu pun dia tahu jiwanya bermasalah dengan kisah lalu yang memberikan kesan trauma panjang.
“Apa yang ada sekarang hanya tinggal sisa-sisa ingatan pada semua kisah dulu. I tak mahu makan ubat lagi,” luah Tania lagi.
Putra memandang lama tampang isterinya. Dia tahu Tania tabah. Jika tidak pasti dia tidak seperti mana sekarang.
 Do you want to talk about that?”
Later. You kena pergi beli barang dapur sekarang. Kalau tidak kita akan kelaparan dalam rumah ni,” ujar Tania lantas tersenyum sedikit. Sekadar mahu menyenangkan hati lelaki itu.
Putra mencapai jemari isterinya sebelum jemari itu dikucup penuh kelembutan. “I tahu bukan mudah untuk you letakkan kepercayaan kepada orang lain. Tapi I nak you ambil masa untuk ubah keadaan tu. I akan tunggu, sayang. If you want to talk, I’m here.”
Thank you,” balas Tania sedikit terharu dengan pengertian daripada lelaki itu.
“I nak tukar baju sekejap. You boleh listkan apa yang I kena beli,” ujar Putra dengan sedikit senyuman. Tania sekadar mengangguk sebelum mengekori suaminya keluar dari kawasan dapur.
Duduk bersendirian di ruang tamu Tania termenung merenung TV yang bercakap sendirian. Masih banyak yang Putra tidak pernah tahu tentang dirinya. Masih banyak! Dan dia tahu suaminya harus tahu tentang semua itu. Demi kebaikan mereka berdua.

No comments:

Post a Comment