Wednesday 11 April 2018

TUKANG MASAK CIK MAFIA - BAB 6



“ABANG langgar orang tadi sebab tu datang lambat.” Syed Haidar jeling sekilas ke arah Suhaila dan Khalis. Kedua-duanya pamer muka menagih cerita selanjutnya. Alang-alang sudah terlepas kata lebih baik dia bercerita.
Suhaila dan Khalis sudah pun berpindah tempat, duduk berhadapan dengannya. Dan kedua-dua mereka sedang merenungnya ibarat pesalah yang sedang disoal siasat. Semuanya gara-gara dia terlepas menyebut nama Cik Mafia tadi.
“Abang langgar sorang perempuan ni. Of courselah dia marah. Tapi marah dia lain macam. Dia ugut-ugut abang, nak tumbuk abang... nak pecahkan muka abang... itu saja.”
“Lepas tu?” Khalis dan Suhaila sekali lagi bersuara serentak. Kali ini mereka pandang Syed Haidar lebih tajam dari tadi.
“Lepas tu... three, four, five. Dah, dah sudah. Abang nak keluar. Nak tengok Badri bakar lemang. Besok lusa boleh
buat program Cef Haidar Raya. Tunjuk kat mat salih cara-cara nak bakar lemang.” Syed Haidar sudah pun bangun dari duduknya.
“Belum lagi Tuan Syed. Adik tuan tak puas hati lagi ni. Selagi tak dapat details, adik tak izinkan abang tinggalkan tempat ni.” Suhaila memberi isyarat mata agar abangnya duduk. Sengaja dia menegakkan badan dan tunjuk muka serius. Ada sesuatu yang pelik di sebalik cerita abangnya.
“Apa lagi... itu jelah ceritanya.”
“Duduk jelah Abang Syed. Kang mak buyung ni mengamuk payah pulak.” Khalis menggesa abang iparnya duduk. Sudah menjadi fiil isterinya, selagi tak puas hati jangan harap akan dilepaskan.
Syed Haidar kembali duduk. Cuba berlagak tenang menghadap Suhaila. Apakah yang adiknya mahu lagi? Dia sudah tiada cerita lagi. Syed Haidar beranikan mata melawan pandangan adiknya. Namun tidak lama apabila dia mengalihkan pandangan.
“Dah agak! Ada benda lain kan yang abang tak beritahu!” Suhaila boleh kesan bau-bau pembohongan. Buktinya lelaki itu tidak mampu melawan pandangan matanya. Mama dah beritahu kalau abang menipu pasti dia akan pandang tempat lain. Lagipun dia pasti sangat takkan itu saja yang abangnya buat selama berjam-jam.
“Dah nama kena langgar, mestilah abang hantar dia pergi klinik. Lepas tu ganti jeans dia yang koyak sebab luka. Itu saja, puas hati?”
“Tak puas hati! Kenapa abang sebut nama dia dan kenapa ada disaster? Takkan tiba-tiba sebut disaster. Pasti ada sebab. Jangan sorok apa-apa dari adik.” Suhaila tetap tak puas hati. Kalau Cik Mafia itu hanya singgah sebentar, kenapa mesti abangnya teringatkan perempuan itu? Dan kenapa dari gaya percakapan abangnya bagaikan ada sesuatu. Dia sekali
lagi pandang abangnya tajam.
Disaster sebab dia bakal jadi pekerja Heaven Kitchen. Lepas ni setiap hari abang akan jumpa dia. Baru jumpa sekali dah kena ugut, apa lagi kalau jumpa tiap-tiap hari.” Syed Haidar luahkan semuanya. Kalau boleh dia tak mahu Suhaila tahu. Pasti adiknya akan risau. Dan lebih menakutkan lagi kalau mak buyung tu menyerang Cik Mafia. Tapi nak buat macam mana adik perempuannya itu sudah memaksa.
“Kenapa Abang Syed bagi dia kerja?” tanya Khalis.
“Dia ugut nak report kat polis dia kena cabul. Lagi satu nak beritahu semua reporter fasal ni. Malulah abang nanti.”
“Serupa macam Bibik Milenium. Suka ugut-ugut!”
Bie...” Suhaila letakkan jari telunjuk di bibir. Tak mahu Khalis menyampuk.
Khalis menunjukkan isyarat zip mulut.
“Kalau Cik Mafia ni ganas-ganas, abang beritahu adik. Nanti adik kasi pengajaran kat dia.”
“Adik sayang... kalau dia sergah bukan adik sorang yang melompat. Tu yang kat dalam perut tu pun bakal melompat sekali. Kang ada yang terkeluar awal. Hal Cik Mafia pandailah abang selesaikan.”
“Dengar tu bibik, jangan nak tunjuk ganas. Ingat sikit baby dalam perut tu.”
Suhaila melepaskan keluhan kasar. Sekali lagi dia terlupa di dalam rahimnya ada satu nyawa. Memang tak mungkinlah dia akan risikokan diri untuk berjumpa Cik Mafia.
“Adik jangan risau, Cik Mafia tu budak-budak baru nak up. Muda sangat lagi. Baru lepas SPM. Takkan dengan budak kecik macam tu abang tak boleh lawan.” Syed Haidar
cuba tanamkan keyakinan di dalam dirinya sendiri. Biarpun ada rasa gerun. Dia kena belajar cara mengawal Cik Mafia.
“Okey, kalau abang perlukan pertolongan apa-apa beritahu je. Adik sedia menolong.”
“Abang minta adik tolong satu je... tolong jangan buat kami semua risau lagi.”
Suhaila tersengih. Terkena juga dia. Dia mengangguk tanda faham. Senyuman dilemparkan buat abang tersayang.
“Dah, jom kita ke belakang. Kesian Badri sorang-sorang bakar lemang.”
Suhaila bangun dengan bantuan Khalis. Mereka berdua mengekori Syed Haidar ke bahagian belakang banglo. Suasana malam menjelang Syawal mula terasa bahang kemeriahan.
Melangkah saja keluar dari dapur kelihatan ibu dan mama sedang rancak berbual. Papa dan Aidan pula menolong Badri membakar lemang.
Kamelia dan anak Badri datang selepas berbuka puasa tadi. Aina sedang melayan anak Badri bermain bunga api. Suasana banglo gamat dengan telatah mereka berdua. Ini semua sebab Suhaila mengidam sangat nak makan lemang. Suasana malam ini tak ubah seperti malam raya.
“Pertama kali abang beraya di Malaysia. Syawal belum muncul lagi tapi kemeriahannya dah terasa.” Syed Haidar memandang Suhaila yang sudah pun berdiri di sebelahnya.
“Pertama kali jugak bagi adik beraya dengan keluarga.”
 “ORKED SAYANG... Orked tahu tak kenapa mama bagi nama tu?”
Orked geleng kepala. Apa yang dia tahu namanya sangat unik. Orked sendiri adalah nama bunga. Manakala Adelia juga bermaksud tumbuhan berbunga. Dia sendiri tidak tahu kenapa mama dengan papa memilih nama itu.
“Bunga orkid sejenis bunga yang mampu hidup dalam apa jua keadaan. Dalam hutan tebal ada orkid liar yang cantik. Bunga orkid jugak boleh jadi tanaman kesayangan. Mama mahu anak mama hidup tabah walau apa pun dugaan yang mendatang. Jangan pernah kenal erti putus asa dan jangan menangis dengan dugaan hidup. Orked kena ingat, Allah sayangkan kita. Allah sentiasa ada dengan kita.”
Orked kerut dahi. Kurang mengerti dengan penerangan mamanya yang panjang lebar. Pernah satu ketika dia benci namanya kerana sering diejek. Namun sekarang dia begitu sukakan namanya. Unik dan cantik kata orang-orang yang mengenalinya.
“Orked kena janji dengan mama untuk kuat.”
“Kenapa ma?” Orked pelik.
“Janji...”
“Orked janji dengan sepenuh hati yang Orked akan kuat. Okey tak?” Di sebalik rasa pelik yang menyelubungi dia memberikan janjinya.
Sejak akhir-akhir ini mama begitu sugul. Mungkin ada masalah di tempat kerja. Dia pula tidak banyak masa untuk bertanya atau menemani mama. Beban peperiksaan menghambat dirinya buat sementara waktu. Tumpuannya hanya pada peperiksaan. Papa mahukan dia berjaya dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Good girl... hari ni last paper kan? Next week kita pergi holiday.”
Dengar saja perkataan cuti, Orked pamer senyuman lebar. Hari ini merupakan kertas terakhir yang perlu dia jawab. Selepas itu dia merdeka. Orked menyalami dan mencium pipi mamanya. Hari ini pelukan mamanya lebih kejap daripada biasa. Orked menolak perlahan tubuh mamanya. Sudah pukul tujuh setengah pagi. Dia perlu masuk ke kawasan sekolah.
“Tengah hari nanti mama jemput Orked. Kita keluar makan tengah hari sama-sama. Tunggu mama tau. Kita makan kat restoran kegemaran Orked atau Orked nak kita pergi shopping? Dah lama kita tak shopping sama-sama.”
“Wah seronoknya... tak sabar nak tunggu petang.”
“Buat yang terbaik untuk last paper hari ni.”
“Okey ma...” Orked tolak pintu kereta dan terus melompat keluar. Dia melambai ke arah mamanya.
“Mama lambat sikit tau, nak ambil papa dulu.”
Orked angguk dengan senyuman. Dia melambai ke arah mamanya. Hari itu dia berdiri menyaksikan kereta mamanya sehingga hilang dari pandangan. Dan saat itu adalah kali terakhir dia berbicara dengan mamanya.
“Maa...” Orked memeluk bingkai gambar erat-erat. Dia berbaring di tengah-tengah bilik dengan beralaskan tilam nipis.
“Adik rindu mama dengan papa. Tahun ni kali pertama adik beraya sorang diri. Beraya jauh dari rumah. Adik nak makan lemang... nak makan rendang...” Air mata Orked mengalir laju. Hari raya yang bakal menjelang membuatkan hatinya bertambah sayu. Hampir 8 bulan dia bergelar yatim piatu.
Hari terakhir SPM dia menunggu kehadiran mama dan papanya di sekolah hingga ke petang. Kehadiran jiran sebelah rumahnya membawa khabar duka membuatkan dia hilang arah. Dia kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam
sekelip mata.
Ketamakan dan nafsu serakah manusia menyebabkan dia terpaksa keluar dari rumahnya sendiri. Biarlah dia hidup susah asalkan hidupnya tenang tanpa gangguan sesiapa. Harta peninggalan arwah mama dan papa menjadi beban kepada dirinya. Dia tinggalkan semua demi membina hidup baharu.
“Mama tahu tak, tadi adik jumpa Cef Haidar. Dia memang handsome ma. Dia baik walaupun mulut dia jahat sikit. Dia panggil adik katik. Besok adik akan mula kerja dengan dia. Kalau dapat adik nak belajar masak dengan dia. Tentu mama bangga kalau adik pandai masak.” Orked tersenyum sendirian.
Teringat di saat mama memaksa dia belajar masak di dapur. Ada sahaja alasan yang diberikan. Lama-kelamaan mama bosan dan berhenti memujuk. Dia apa lagi memang seronoklah sebab tidak perlu masuk dapur. Sekarang Orked terkilan kerana mama pernah berhasrat untuk merasa hasil air tangannya. Satu-satunya masakan dia yang pernah mama cuba hanyalah Maggi goreng.
“Papa dengan mama mesti seronok kalau dapat jumpa dia. Dia memang calon menantu impian semua ibu-ibu kat Malaysia ni. Adik tak sabar nak kerja dengan dia esok,” sambung Orked lagi. Kelopak mata yang lencun dikesat.
“Orked akan jadi kuat dan tabah seperti yang mama nak.” Matanya mulai layu. Setiap malam dia berdoa agar mama dan papanya muncul dalam mimpi. Biar rindu yang menyeksa akan terubat

No comments:

Post a Comment