Friday, 5 October 2018

Benci:Benar-Benar Cinta - Bab 9

“ZARA!”
Ketika Zara baru keluar dari kelas tempat perjumpaan
kelab seni diadakan, Hakimi menegur Zara.
Zara yang terdengar namanya dipanggil seseorang
terus menoleh ke belakang.
“Nah, kau tertinggal buku kau.” Hakimi
menyerahkan buku Law of Torts in Malaysia karya Norchaya
Talib kepada Zara.
“Isy, macam mana boleh lupa ni? Kalau hilang ni,
mati aku nak beli balik. Thanks!” Zara menepuk dahinya
berkali-kali.
“Kau nak pergi tempat parking, kan? Saing
sekalilah,” ujar Hakimi.
“Saing?” Zara mengerutkan dahi.
Hakimi ketawa.
“Maksudnya, sama-sama. Kita pergi sama-sama.”
“Oooh, ingatkan kau nak lumba lari dengan aku
tadi.” Zara turut ketawa.
“Hakimi, aku nak tanya kau sikit boleh?” soal Zara
ketika mereka dalam perjalanan.
“Apa dia? Tanya jelah,” soal Hakimi sambil
membelek-belek skrip teater yang dipegang.
“Pengerusi kelab kita tu, dia tak datang pun. Dia tu
betul-betul wujud ke dalam dunia ni?”
Soalan Zara mencetuskan tawa Hakimi.
“Kau ni sengallah, Zara. Dia tu wujud, cuma... entah,
aku pun tak kenal dan faham sangat dengan perangai dia tu.
Macam Chipsmore je. Kejap ada, kejap tak ada.” Beritahu
Hakimi sambil menyimpan kertas-kertas di tangan ke dalam
beg.
“Suka hati dia je nak buat apa-apa pun yang dia
nak. Dia tu belajar kos apa dan part berapa? Teringin sangat
aku nak tengok muka dia.” Zara meluahkan ketidakpuasan
hatinya.
Hakimi tergelak.
“Kenapa? Kau nak pergi cari dia ke? Tak payah nak
cari pasallah, Zara. Untuk pengetahuan kau, dia tu anak
kepada pemilik Universiti Petra ni tau. Nanti tak pasal-pasal
kau kena buang pulak gara-gara bergaduh dengan anak bos
besar.”
Zara membulatkan matanya.
“Serius? Aku tak pernah tahu pun pasal hal ni.”
Hakimi memberhentikan langkah, dan mengalihkan
pandangan ke arah Zara.
“Memanglah kau tak pernah tahu. Sebab semester
ni baru dia masuk belajar kat sini. Sebelum ni dia belajar
kat overseas. Bahkan dari cerita yang aku dengar dari
budak-budak kelab, dia memang dah tinggal kat UK tu sejak
dia kecik lagi.”
“Wow, kiranya memang dah sedia lahir dalam dulang
emaslah ni?”
“Yup. Jadi kesimpulan dari cerita ni, kami tak boleh
nak cakap apa-apa pun walaupun Zairiel selalu tak datang.
Tapi tak kisah sangatlah, sebab kalau dia tak ada pun aktiviti
kelab masih berjalan.”
“Aku paling benci orang yang menyalah guna kuasa
macam tu.” Zara mencebik.
“Nak buat macam mana, dah adat dunia macam
tu. Aku dah inform dah si Zairiel tu, suruh dia datang
minggu depan. Kan ada audition untuk pemilihan pelakon
pementasan teater kelab kita. Nanti kau bolehlah jumpa
orang yang salah guna kuasa tu,” ujar Hakimi selamba.
Zara tertawa mendengar ayat terakhir Hakimi.
Seperti lelaki itu tu memerli dirinya.
“Eh Zara, kau masuklah audition tu nanti. Manalah
tahu ada bakat terpendam dalam diri kau tu,” saran Hakimi
tiba-tiba.
Zara menyerongkan bibirnya ke tepi.
“Aku, jadi pelakon?” Zara menghalakan jari telunjuk
pada dirinya sendiri.
“Hei, aku masuk kelab seni ni nak belajar melukis.
Bukannya berlakon.”
“Tapi tadi aku tengok kau berlakon okey je masa
testing tadi. Give it a trylah. Sportinglah sikit kau ni.”
“Errr... tak nak aku. Thanks but no thanks. Cari
orang lainlah, ya! Aku, jadi pelakon? Pfttt!” Zara ketawa
terbahak-bahak sambil menggeleng. Itulah benda paling tak
logik yang dia pernah dengar.

BEBERAPA HARI kemudian, ketika Zara baru nak melangkah
masuk ke dalam kelas, tiba-tiba Amira menerpanya di pintu
kelas.
“O.M.G! Zara, sampai hati kau tak beritahu aku!”
sergah Amira dengan muka masam.
“Beritahu apa?” Zara terpinga-pinga apabila tiba-tiba
disergah begitu.
“Yang kau ada audition untuk pemilihan pelakon
teater Anastasia petang ni.”
“Hah?” Zara ternganga.
“Ni, kau tengok ni. Fizri, boyfriend aku kan AJK
untuk teater tu. Dia yang beritahu.” Amira menunjukkan
mesej daripada teman lelakinya kepada Zara.
Zara mencapai telefon Amira. Pucat mukanya
apabila membaca isi kandungan mesej itu. Serta-merta dia
teringatkan perbualannya dengan Hakimi tempoh hari. Tak
syak lagi, ni mesti kerja Hakimi. Lahabau betullah mamat ni!
Zara terus mencapai telefonnya. Menaip dengan hati
yang membara sebelum mesej dihantar kepada Hakimi.
Woi! Apasal kau masukkan nama aku
dalam senarai audition tu? Kan aku dah
cakap yang aku tak nak.
Tak sampai seminit, Hakimi membalas.
Hehe. Bukan akulah, tapi Liyana. Dia
yang beria-ia sangat. Sebab dia kata dia
suka tengok kau berlakon.
Dia letakkan aku untuk watak apa?
Puteri Anastasia.
Mata Zara terus terbuntang. Puteri Anastasia? Watak
utama?
Satu lagi mesej masuk.
Chilllah. Kau datang je dulu. Buat
audition tu. Yang lain kita cerita
kemudian. Chow!
Zara mengetap bibir. Rasa nak menjerit sekarang
juga.
I hate you!!!
“Kau mesej dengan siapa tu, Zara?” soal Amira
apabila tengok muka Zara yang geram semacam.
“Hakimi, budak kelab seni tu. Dia dengan girlfriend
dia yang letak nama aku untuk audition watak Puteri entah
apa nama dia tu,” kata Zara dengan kasar.
Mendengar itu, Amira terus ketawa.
“Wei, masa Fizri mesej aku tu, sumpah aku tak
percaya. Tak boleh brain langsung. Kau... jadi tuan puteri?
Aku tak pernah nampak kau pakai skirt pun, tahu tak.
Akhirnya, Nurzara Anasuha akan memecah tradisi dan jadi
perempuan sejati.” Amira terus menghambur tawa sampai
keluar air mata.
Zara yang geram terus menarik bucu tudung Amira.
Tertarik tudung kawannya ke belakang dibuatnya.
“Gelak! Gelak sampai puas. Ah, stres!” Zara meraup
rambut kasar. Duduk di kerusi dengan muka bengang.
“Relakslah. Aku tahu, kau mesti boleh.” Amira sedar
yang kawannya itu betul-betul tengah tertekan sekarang. Dia
cuba menenangkan gadis itu pula.
“Yeah, whatever!” Zara mengeluarkan buku Law of
Tort in Malaysia dari dalam beg. Malas nak fikir apa yang akan
terjadi petang nanti.

No comments:

Post a Comment