Friday, 18 February 2022

Lovely Badass - Bab 6


PUAN?

            Menungan Deborah tergugah. Dia terpandangkan pemandunya sedang memandangnya dari cermin pandang belakang. Baru dia sedar, jauhnya dia mengelamun mengenang masa lalunya.

            “Kita dah sampai,” ucap lelaki itu lembut.

            Sorry,” jawab Deborah lantas membuka pintu kereta.

            “Terima kasih,” ucap Deborah sebelum menutup pintu semula.

         Longlai langkah wanita itu. Macam tiada mood hendak ke pejabat. Di sini bermula perkenalannya dengan bekas suaminya yang mengikat hati dan dirinya kepada lelaki bernama Zalman itu. Semenjak awal dia tahu Zalman ada cemburu yang aneh. Cemburukan hubungan rapatnya dengan adik lelaki kesayangannya itu. Dan cemburu Zalman itu memakan dirinya dalam diam. Dia rasa menderita. Dia rasa dirinya seperti sudah tersesat.

            Ketika melintasi kamar kerja Benjamin, dia berhenti di situ. Lelaki itu sedang bergayut di telefon. Benjamin mengangkat tangan meminta kakaknya menunggu seketika.

            “Macam mana tadi?” tanya Benjamin setelah meletakkan gagang telefon. Bertanyakan tentang urusan kakaknya di mahkamah tadi.

            I’m a free woman now,” balas Deborah perlahan.

            “Tapi you nampak sedih,” ujar Benjamin.

            Deborah memandang jam tangannya. Dia masih belum makan tengah hari.

            “You masih ingat kali pertama I bercakap dengan you tentang Zalman?” ucap Deborah lantas kembali memandang adiknya itu.

            Yup.”

            Date yang pertama I banyak bercerita tentang you kepada dia berbanding Desiree. Soalan dia tentang kita berdua lebih banyak berbanding tentang Desiree,” ucap Deborah.

            Benjamin diam memandang kakaknya.

            “Dia rasa itu tak normal kerana dia tak rapat dengan adik perempuan. Dia kata aneh apabila I terlalu rapat dengan adik lelaki berbanding adik perempuan. I rasa... betapa bodohnya I kerana mendengar cakap dia,” ucap Deborah.

            “Dia tak pernah kenal I,” jawab Benjamin.

            “Ya. Dia tak pernah terima you dengan rasional,” ujar Deborah.

            Cara Zalman memandang hubungan rapat dia dengan Benjamin seolah-olah dia sedang memandang adik dan kakak saling bercinta. Kerana adiknya suatu masa dulu sudah biasa mencium pipinya. Itu membuatkan dia menjauhkan diri daripada Benjamin. Itu kesilapan yang membuatkan dia tidak pernah memaafkan dirinya.

            Benjamin bangkit lalu mendekati kakaknya itu.

            “I nak ajak you lunch dengan I,” ucap Deborah perlahan.

            “Okey.” Benjamin memegang dua bahu kakaknya itu.

            You’ll be okay, Deb. I just want you to smile again,” ucap Benjamin perlahan.

            Ketika duduk berdua, Deborah akhirnya membuka kisah yang tidak pernah diceritakan mengapa dia dengan Benjamin menjadi renggang sebaik sahaja dia berkawan dengan Zalman dahulu.

            “Dia cemburukan kita berdua. Dia rasa I ketepikan dia apabila I utamakan keluarga terutama sekali you. I mengalah sebab I tak tahan bergaduh dengan dia,” ujar Deborah perlahan.

            Benjamin sekadar diam memandang kakaknya itu.

            “Patut ke I rasa kesal selama I bersama dia? Apabila I bersama dia, I korbankan ramai orang. You bawa diri jauh daripada keluarga. Lama-kelamaan I sedar, dia pilih I sebab dia ada tujuan dia sendiri. Mentua I tak pernah tahu I berketurunan Yahudi, Ben.”

            Bola mata Benjamin membesar serta-merta.

            “Betul ke?”

            “Ya. Dia tak pernah beritahu. Takut nanti keluarga dia tak suka,” ujar Deborah. Dia perempuan berduit, anak orang kaya. Jadi, mentuanya tidak selalu menjadikan dia sebagai masalah. Dia dengan ibu mentuanya tidak pernah gaduh namun tidak juga rapat.

            “Dia malu nak mengaku. I tak malu. Kita tak minta dilahirkan sebagai Yahudi, kan? Kita tak pernah bunuh orang lain,” ucap Deborah bersungguh-sungguh.

            “Betul. Jadi, mereka sebut you sebagai apa?” tanya Benjamin.

            “Serani,” jawab Deborah perlahan.

            “Bila I fikir balik, betapa bodohnya I selama ini. I kehilangan banyak hal dalam hidup I. I tetap tak happy biar sebanyak mana I cuba untuk puaskan hati Zalman. Sekarang I rasa sangat sedih. I fikir anak-anak I. Mereka tak lalui hidup macam mana kita dulu. I tak macam mommy. Apa yang Zalman cakap kepada Erin... I malu. I tak tahu kenapa dia benci sangat dengan you. Sampai anak-anak I tak boleh sebut nama you pun depan dia,” ujar Deborah rendah. Anak bongsunya Isabel masih terlalu kecil. Baru berusia 4 tahun.

            Benjamin mendekatkan diri ke meja.

            “Janganlah macam tu. Masih belum terlambat. Isabel dan Jacqueline masih kecil. Keadaan itu boleh berubah,” ucap Benjamin lembut.

            Deborah diam memandang adiknya itu. Benjamin tersenyum untuk menghiburkan kakaknya itu.

            “I cuma nak lihat you kembali tersenyum dan gembira, Deb. Senyum sikit. You kena buat ni semua ni demi anak-anak you dan juga diri you sendiri,” Benjamin berkata lembut.

            “Ada banyak hal dah berubah. Baru sekarang I sedar,” balas Deborah lantas membuang pandangan. Lelaki boleh datang dan pergi daripada hidupnya. Tetapi yang akan setia bersamanya ialah ahli keluarganya sendiri. Biarpun dia sudah berubah, ahli keluarganya tidak pernah berputus asa kepadanya selama ini.

            “Don't think too much. The situation will begin to improve little by little. You just have to give yourself time,” ujar Benjamin saat Deborah berdiam.

            Deborah tersenyum sedikit.

            “I tahu. I akan okey nanti,” ujar Deborah rendah.

            ♫♪Tuhan, maafkan diri ini yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya...♫♪

 

HOW ARE you, Deb?” tanya Maisarah setelah mereka duduk berdua.

            Deborah hanya tersenyum kelat.

            “Okeylah,” balas Deborah lantas mengacau kopi di dalam cawannya.

            “Hal di mahkamah dah selesai?”

            “Alhamdulillah. I dengan Zalman dah sah bercerai. I masih dalam idah,” jawab Deborah perlahan.

            You should have let him go long time ago,” ujar Maisarah. Lega kerana akhirnya Deborah berjaya melepaskan diri daripada lelaki itu.

            Deborah hanya diam. Fikir tentang dirinya.

            “Bodohnya I,” ucap Deborah perlahan.

            “Tak. Jangan cakap macam tu.” Maisarah memegang bahu temannya itu. “Kata orang, berat mata memandang, bahu yang memikul lebih daripada itu. I tak sepatutnya cakap macam tu. Sorry,” ucap Maisarah.

            Deborah hanya tersenyum lembut. Tidak ambil hati dengan bicara Maisarah tadi.

            “Selepas ni, I tunggu perbicaraan tentang hak penjagaan anak. Dia nak hak penjagaan anak, yang mana...dia cuma nak drag masalah ni lebih lama lagi,” ujar Deborah.

            “I tahu. Tipikal lelaki tak boleh dipakai. Pelik kalau dia boleh lepaskan you macam tu aje. So, anak-anak you okey ke?” balas Maisarah lembut.

            “Macam biasa. Zalman tak ada ke, ada ke... tak ada kesan bagi mereka berdua. Tak ada lebih baik agaknya. Anak I nampak lebih happy bila dia tak ada di rumah,” jawab Deborah rendah.

            “Ibu tunggal... harap you kuat, Deb. I tahu you kuat,” ujar Maisarah lagi.

            “Sendiri lebih baik, Mai. I’m okay. Don’t worry about me.”

            “I know I don’t have to worry about you. I've known you for more than 20 years. Semenjak Jaya SS 14 masih ada sampai sekarang Jaya tu dah bungkus pun,” jawab Maisarah lantas tersenyum lembut.

            Deborah ketawa mendengarkan itu.

            “Sebut pasal kisah lama ni, boleh I tanya you sesuatu?”

            “Apa?”

            “I ada jumpa Iqmal baru-baru ni...”

            “Ya ke?” Deborah berlagak selamba sambil mencapai cawan airnya. Seolah-olah tidak terkesan mendengar nama itu. “So, kenapa kita perlu cerita pasal dia?” tanya Deborah setelah menikmati kopinya. Dia sengaja tidak memandang Maisarah yang sedang menanti reaksinya.

            “You pernah sukakan dia?” duga Maisarah.

            Deborah diam. Entah kenapa, saat mendengar pertanyaan itu hatinya menjadi amat sedih. Sedih yang amat jauh sekali. Kesedihan yang cukup lama tersimpan. Sempat terbayangkan pandangan lelaki itu kepadanya malam itu.

            “Deb?” tegur Maisarah saat Deborah tunduk merenung permukaan meja.

            “Dia tanya apa pasal I?” tanya Deborah tanpa mengalihkan pandangan kepada sahabatnya itu.

            “I yang tanya. You tak pernah sebut pasal Iqbal pun selama ni,” ujar Maisarah.

            “I cuma teringat dia lepas kami jumpa dekat majlis dinner tu. That’s all,” balas Deborah lantas menjongketkan bahu.

            “I kenal you lebih daripada 20 tahun, Deb. Janganlah nak tipu,” ujar Maisarah.

            “Apa yang you harapkan daripada seorang lelaki yang tak pernah cuba dekati you, Mai? Sombong! Tahu-tahu dia dah ke luar negara. I rasa macam orang bodoh, syok sendiri. Dia tak pernah tegur I pun selama ni. Tiba-tiba you kata dia ada hati dekat I selama ni. Waktu tu I dah ada anak seorang! Apa dia nak daripada I lagi???” ujar Deborah pantas.

            Maisarah diam memandang Deborah. Jadi, sahihlah memang Deborah juga suka kepada Iqmal. Cuma Iqmal dulu macam tunggul kayu, sudahnya mereka berpisah begitu sahaja.

            “I tak tahu kenapa I mesti jumpa dia semula. Kalau boleh, I tak mahu jumpa dia lagi. I tak mahu ingat apa-apa pun tentang dia,” ujar Deborah rendah.

             “Dia masih sukakan you.”

            “I dah tak kisah lagi. I dah ada anak 2. Apa dia harap kepada I lagi? Tentang I dengan dia dah terlalu lama berlalu. I malas nak ingat dah,” ujar Deborah.

            “Dia tak kahwin-kahwin sebab you.”

            “So, you nak I buat apa? Dia tinggalkan I tanpa apa-apa. Dia buat macam tak kenal I selama ni. I’m lost,”jawab Deborah kesal. Dia tahu tentang perasaan Iqmal bukan daripada mulut Iqmal, sebaliknya daripada Maisarah.

            I feel you,” balas Maisarah perlahan. Niat dalam hatinya hendak mendekatkan Iqmal dengan Deborah. Namun dia juga sedar, sahabatnya ini sudah banyak melalui pengalaman hidup dengan lelaki. Dan pengalaman buruk itu bermula dengan Iqmal.

            “I rasa serik. I susah nak percaya lelaki buat masa ni, Mai.”

            “Tak ada sesiapa boleh paksa you kembali kepada dia.”

            “Kembali kepada siapa? Iqmal? No. I dengan dia tak pernah ada apa-apa pun selama ni. I cuma pernah kawan dengan Iqbal. Orang gosipkan I dengan Iqbal. Dia diam aje seolah-olah bagi laluan kepada adik dia. You rasa apa perasaan I waktu tu?” ujar Deborah.

            “I tahu you terluka juga dengan dia. Tapi dia tak macam Zalman, Deb. You tahu... Iqmal tu tak mampu teruskan hubungan dengan semua wanita kerana you. Dia cakap dengan I, dia tetap nakkan you.” “Dia tu bermimpi. Dulu dia tak pernah cakap apa-apa pun dekat I. Dulu diam. Selama ni dia tak pernah dekati I. Kalau bukan sebab dia diamkan diri, I tak jadi macam ni! You tahu... berapa lama masa I ambil untuk buang dia daripada fikiran I? Lepas I kahwin pun hati I masih rasa kesal. Tak tahu apa yang I kesalkan. I tak tahu dia di mana waktu tu,” ujar Deborah. Suaranya menggigil menahan kesedihan yang sudah cukup lama dipendamkan.

            “Waktu I cakap dengan daddy I yang I nak nikah dengan Zalman, dalam fikiran I... I masih terfikirkan dia. Kenapa? Kenapa dia buat I macam ni? Dia lelaki pertama yang I sayang!” tambah Deborah.

            Maisarah diam seketika. Betul juga kata-kata Deborah.

            So, reunion kali ni jadi tak?” Maisarah mula menukar topik.

            “I tak tahulah nak pergi ke tak. Tiap-tiap tahun buat benda yang sama, Mai. I dah bosan. Datang berborak dan makan. Itu aje. Layan anak kat rumah lagi best.” Deborah ketawa kecil.

            Come on... kalau you tak ada nanti ramai yang akan bising, Deb. Dah banyak tahun you tak join sekali,” pujuk Maisarah.

            “Tengoklah. I tak janji. Kalau waktu tu I free, I pergi.”

            “That’s my girl,” balas Maisarah lantas tersenyum.

No comments:

Post a Comment