Friday, 18 February 2022

Lovely Badass - Bab 7

 

MACAM nak meletup dada Maisarah marahkan Iqmal. Puas dia memujuk Deborah agar ikut menyertai acara makan malam bersama teman-teman sekolah mereka. Sayangnya, si Iqmal datang bersama Syamsinar!

            “What the hell? Kenapa dia ada dekat sini???” tekan Maisarah saat Iqmal duduk di sebelahnya.

            “Dia muncul di depan tu tiba-tiba. Sorry, I tak berniat nak buat macam ni. Sebelum ni, dia marah bila I tak bawa dia datang waktu I pergi event,” ujar Iqmal perlahan.

            “Oh my...” keluh Maisarah kesal.

            “Penat I plan semua, Mal. Bukan senang nak pujuk dia. Alih-alih ex-girlfriend you ada sekali,” gumam Maisarah dalam bisikan.

            Iqmal terdiam. Dia bersandar memandang Syamsinar di sebelahnya. Lelaki itu hanya mampu berdiam saat Deborah muncul di situ. Lebih dahsyat lagi, wanita itu mahu duduk di hadapannya. Melihat wajah Iqmal, rasa sakit hati datang.

            Deborah berlagak seperti tidak mengenali Iqmal. “Lama tak nampak. Sibuk sangat cik kak kita ni. Kalah YB. Susah betul nak ajak berkumpul sekali,” ucap salah seorang teman mereka kepada Deborah.

            “I anak ramai. Kena jaga anak di rumah,” jawab Deborah selamba sambil menarik kerusi untuk duduk.             “Jacq dengan Isabel tak datang sekali, Deb?” tanya suami Maisarah.

            “Taklah. Diaorang takkan naknya ramai-ramai macam ni,” balas Deborah lantas tersenyum kepada lelaki itu.

            “Sorry, I ingat semua kawan-kawan I kecuali yang tu,” ucap Deborah lantas memuncungkan bibir ke arah Syamsinar. Dia tahu wanita itu bukan rakan seangkatan dengan mereka kerana wanita itu masih muda. Mungkin baru awal 30-an.

            “Syamsinar... I girlfriend Iqmal.”

            “I see... cik abang kita ni dah ada girlfriend rupanya. Yalah, selama ni kita tak pernah bertegur sapa pun.” Nada Deborah sudah mula berubah sinis. Kata-katanya ditujukan kepada Iqmal.

            Muka Iqmal dah lain macam. Syamsinar tidak sedar wanita yang pernah diceritakan Iqmal suatu masa dahulu ialah Deborah. Selamba dia bersalam dengan Deborah.

            “Sorry. I cuma kenal Iqmal sekejap aje. Dia budak BBBS. So, I dengan dia tak kenal sangat pun. Senang dapat berkenalan dengan you,” ujar Deborah. Sekali lagi dia menyindir Iqmal. Lelaki itu hanya diam memandang Deborah.

            Maisarah sudah senyap sunyi di tempatnya. Nada itu kedengaran seperti cemburu dan sakit hati. Syamsinar tersenyum sebelum dia memandang Iqmal.

            “Dia kata, dia girlfriend you. You kata, you dengan dia dah tak ada apa-apa. Apa cerita ni?” tekan Maisarah dalam bisikan kepada Iqmal.

            “I jelaskan nanti,” balas Iqmal dengan helaan nafas perlahan.

            Sakit hati punya pasal, wanita itu tidak memandang Iqmal sepanjang makan malam. Dia sibuk melayan orang lain. Bertambah berbulu mendengar Syamsinar menggelar Iqmal ‘abang’. Tetapi apa pula haknya untuk merasa cemburu? Jadi, dia buat-buat tidak nampak si Iqmal itu.

            “Oh no, dah pukul 10.30... I kena balik,” ucap Deborah sambil memandang jam tangan.

            “Alahai... awalnya nak balik.” Mereka yang lain mula merasa kecewa apabila Deborah jadi orang pertama hendak pulang.

            I’m sorry, guys. Anak I dekat rumah dengan pembantu rumah,” jelas Deborah. Padahal anak-anaknya

ditinggalkan di rumah ibu dan ayahnya. Dia mahu pulang kerana tidak tahan menahan rasa meluat untuk memandang wajah Iqmal.

            Setelah Deborah berlalu, Maisarah menyepak kaki Iqmal di bawah meja. Lelaki itu mula menolak kerusi ke belakang. Meminta diri untuk ke tandas seketika. Syamsinar hampir terteleng kepala memandang Iqmal berlalu ke pintu utama sedangkan tandas arah lain.

            “Deb...” panggil Iqmal ketika wanita itu berjalan ke arah keretanya.

            Deborah hanya buat tidak dengar sahaja panggilan itu. Dia sibuk menyeluk beg tangannya untuk mencari alat kawalan jauh keretanya.

            “Deb...” panggil Iqmal lantas memegang lengan wanita itu.

            “Excuse me?” Deborah menarik lengannya semula.

            Iqmal menghela nafas perlahan.

            “Dah lama kita tak berbual. I tak harap kita akan berjumpa dalam keadaan macam ni. I’m sorry.”

            “Sorry untuk apa? Tak perlu minta maaf. You tak ada buat salah kepada I pun,” ucap Deborah agak dingin sebelum dia kembali mencari alat kawalan jauh keretanya. Setelah berjumpa objek itu, dia segera mendekati keretanya.

            “Deb, dia bukan girlfriend I. Kami memang pernah berkawan, tapi I dengan dia, susah sikit nak cerita.”

            “I tak berminat nak dengar. I nak balik,” jawab Deborah lantas membuka pintu keretanya.

            Iqmal lebih cepat menghalang dengan memegang lengan wanita itu.

            “You marah I?”

            Deborah kembali memandang lelaki itu. Namun saat itu, entah kenapa hatinya merasa amat jauh.

            “Kalau I tahu you akan ada malam ni, I tak akan datang,” balas Deborah.

            “You tak suka jumpa I semula?”

            “What about you? Suka jumpa I semula? Saja nak ambil kesempatan dalam keadaan I macam ni?” tekan Deborah membuatkan lelaki itu terdiam seketika.

            “I memang nak jumpa you. Look, I tak plan sama sekali nak bawa dia bersama. I dengan Syam, kami bukannya bercinta. Maksud I... I dengan dia berkawan. Tapi keadaan tu tak sama macam yang you bayangkan,” ujar Iqmal.

            “Eh, kenapa pulak you bersusah payah jelaskan kepada I?”

            “I tahu you jealous!”

            “I’m sorry. What?” Deborah ketawa kelucuan.

            Iqmal diam merenung tampang wanita itu.

            “I tak jealous. I cuma marah dekat you. Tak tahu apa yang I marahkan. I tak tahu apa nak cakap, Mal!” ucap Deborah sedikit meninggi. Dia cuba untuk masuk ke dalam kereta namun Iqmal menghadang dengan tangannya. “Please... I tak nak tengok muka you lagi,” ucap Deborah tajam.

            “Berilah I peluang untuk jelaskan...”

            “Jelaskan apa? Apa yang you nak daripada I lagi, Mal?”

            “Deborah Raymond... I buat kesalahan paling besar dalam hidup you. Kesalnya I bawa sampai ke hari ini. Tolonglah beri I peluang untuk jelaskan,” rayu Iqmal.

            “I tak nak dengar. Untuk apa lagi, Mal? Masa dah terlalu lama berlalu. Tepi!” Deborah cuba menurunkan tangan Iqmal. Namun lelaki itu menolaknya sehingga dia tersandar ke keretanya.

            “I salah sangka tentang you dengan Iqbal. I marah. I tak mahu berebut dengan dia.”

            “Are you kidding me??? Dia kawan I!!!” ucap Deborah meninggi.

            “I salah sangka kerana I rasa you cuba tarik perhatian I, dan you dekati adik I juga.”

            Spontan Deborah menampar lelaki itu. Turun naik dada wanita itu menahan marah. Iqmal hanya kaku

memandang Deborah.

            “I’m sorry... you nak tampar I lagi, tamparlah. Asalkan you maafkan I,” ucap Iqmal.

            “Sorry? You fikir I berkawan dengan adik you dan dalam masa yang sama I cuba pikat you??? Pernah tak you datang dan tanya I sendiri? I masih ingat ada waktunya you pandang I dengan pandangan sinis, Iqmal. You buat I terasa amat bodoh!” Meninggi suara Deborah saat meluahkan kemarahannya.

            “I cemburu...” jawab Iqmal.

            “Pernah tak you tanya I sendiri, Iqmal???” ulang Deborah.

            “Tak pernah. I hanya sangka begitu sahaja.”

“Get off me. I tak nak dengar lagi. I benci you.” Deborah menolak lelaki itu sekuat-kuat hatinya. Namun Iqmal memegang kedua-dua tangannya.

            “Deb, jangan pergi. I minta maaf, sayang. Jangan buat I macam ni. I dah tak sanggup lagi kehilangan perempuan yang I dambakan selama ni.”

            “Apa you buat ni? You tahu tak apa yang you dah buat dekat I selama ni???” jerit Deborah lantas menolak lelaki itu sekali lagi. Tidak mahu disentuh oleh Iqmal. “I kahwin dengan orang lain!!!” marah Deborah.

            Mereka berdua terdiam. Deborah memandang tajam lelaki itu dengan nafas laju tanda dia hendak menahan diri daripada menangis. Namun dia tidak mampu mengawal kesedihan yang dirasainya saat itu.

            I’m sorry...” ucap Iqmal perlahan sambil dia cuba mencapai jemari Deborah namun wanita itu menepis kasar. Longlai dirinya saat melihat Deborah menangis sambil tersandar di keretanya.

            “Deb, I minta maaf kerana buat keadaan kita jadi macam ni. I tahu fikiran I terlalu singkat. I tak boleh lupakan you. Tolonglah... jangan jauhkan diri daripada I.”

            “I menangis sebelum I pergi ke UK. Sebab you! I tahu you lebih awal tinggalkan Malaysia. I tak tahu apanak buat, Mal!” Deborah menepis kasar saat Iqmal cuba memegang pipinya. Saat itu dia menangis semahu-mahunya. “I kesal... selama ni you menghilangkan diri begitu saja. I tertanya-tanya. Kemudian you beritahu Maisarah sesuatu. Dan dia beritahu I. Waktu tu I ada suami! Apa tujuan you, Mal???” tekan Deborah sambil menangis.

            “I ada banyak nak dikatakan dekat you. I tak berani nak dekati you selama ni kerana you ada suami waktu tu. I tahu keadaan dah tak sama lagi. Tapi I tak mahu berputus asa. I hanya nak you tahu apa yang I rasa selama ni,” ucap Iqmal bersungguh-sungguh.

            “I dah tak nak dengar lagi. Tolonglah... I nak balik,” ujar Deborah lantas berpaling.

            “Deb, I dah tunggu terlalu lama. Tolonglah jangan pergi. Jangan abaikan I macam tadi. I mahu berada di sisi you!” tekan Iqmal lantas memegang erat tangan wanita itu.

            Deborah jadi kaku saat membelakangi lelaki itu. Entah kenapa, bicara lelaki itu membuatkan dia menangis sayu. Betapa saat ini dia tidak mahu Iqmal datang dekat kepadanya lagi.

            “I tahu keadaan ni tak sesuai. Tapi I tak mahu you pergi tanpa dengar apa yang sepatutnya I beritahu you bertahun-tahun dulu. I’m sorry. I ambil tindakan paling bodoh kerana biarkan masa pergi begitu sahaja. I tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati you,” ucap lelaki itu bersungguh-sungguh.

             Deborah berpaling memandang Iqmal.

            “Dah terlambat, Mal. Kita ada kehidupan kita sendiri. Cerita yang kita nak cerita ni cuma cinta monyet ketika umur kita 17 tahun. You tahu yang adik you tu playboy. Semua perempuan dia layan. You tak faham dia, sebaliknya you assume I yang jahat. Dia dekati I, dia dekati Dee, dia dekati Mai juga. Tapi yang teruk I?”

            “Katakanlah yang you ada perasaan yang sama terhadap I ketika itu.”

            “Untuk apa? Untuk apa you nak tahu tentang itu? Semua tu dah berlalu!”

            Iqmal diam saat menatap pandangan Deborah.

            “Demi Tuhan, I tak pernah lupakan you selama ni. I dah puas berusaha untuk teruskan hidup, tapi I tak mampu. Please, I’m begging you... I need you,” ujar Iqmal bersungguh-sungguh.

            “Iqmal, look at me. Apa yang ada pada I? Perempuan tu jauh lebih baik berbanding I, Mal. Teruskanlah dengan dia.”

                I can’t.” Iqmal menggeleng berkali-kali.

            “You tahu tak bagaimana rasanya setiap kali I pandang perempuan yang I sayang... dia itu isteri orang?” tekan Iqmal. Nadanya bertukar sedih dan sayu. “I merana bertahun-tahun! I hanya mampu pandang you dari jauh. Adik I kenalkan I dengan Syam, supaya I lupakan you. Tapi I tetap tak mampu. I tetap kenang you setiap saat dalam hidup I!” tekan Iqmal lagi. Bola mata lelaki itu berkaca saat menatap pandangan Deborah.

            “Mal, lupakanlah I. I tak mampu berikan apa yang dia mampu berikan. I masih dalam idah. Kesan penceraian masih terlalu teruk untuk I telan macam tu sahaja, Mal.”

            “I cuma harap you akan beri I peluang untuk dekati you. Deb, I tak mampu kembalikan kita pada masa lalu. Cuma, I harap you akan beri I peluang untuk tebus kekecewaan yang I rasakan selama ini,” ucap Iqmal lagi.

            “Tolonglah... I nak balik,” ujar Deborah perlahan. Dia berpaling untuk masuk ke dalam kereta.

            “I tahu dia layan you tak baik. I dapat rasakan dia tak hargai you selama ini,” ujar Iqmal sebelum Deborah menutup pintu.

            “Lelaki... waktu nak, dia boleh jadi sesiapa sahaja,” balas Deborah tanpa memandang lelaki itu. Pintu terus ditutup.

            Iqmal hanya mampu memandang kereta wanita itu berlalu dari situ. Walaupun ditolak, dia tetap berpuas hati. Sekurang-kurangnya dia dapat meluahkan isi hatinya kepada Deborah akhirnya.

            Maisarah memandang tanpa jemu saat Iqmal kembali ke kerusinya.

            “Macam mana?” bisik Maisarah.

            “Dia menangis,” balas Iqmal perlahan.

            Maisarah hanya diam. Sudah diagaknya. Kalau sudah Iqmal datang bersama gadis lain, masakan Deborah hendak terima pula. Mimpi sahajalah!

 

SUDAH TERBIASA menguruskan hidup sendiri...

            Selepas habis waktu pejabat, Deborah sempat singgah membeli keperluan rumah. Namun ketika dia sedang memilih susu untuk anaknya, Iqmal muncul di tepinya.

            “Hai,” sapa Iqmal.

            Deborah kaku seketika kerana terkejut. Susu di tangannya segera diletakkan ke dalam troli dan dia menolak troli untuk pergi.

            “Deb...” Iqmal lebih cepat menahan dengan memegang troli itu.

            “Boleh tak you jangan ganggu I?”

            “I dah minta maaf,” ucap Iqmal perlahan.

            “I tak maafkan!” balas Deborah lantas menolak trolinya ke lorong lain.

            Iqmal mengekori wanita itu. Dia menghela nafas perlahan sambil melihat wanita itu memandang barangan di rak. Dia mendekati Deborah lagi.

            “Kalau I mampu ulangi masa, I akan kembalikan masa lalu. Tapi I tak ada kuasa tu. Tolonglah pandang I sekejap,” ucap Iqmal.

            Namun Deborah hanya membisu tanpa memandang Iqmal.

            “Deborah, I masih sayangkan you.” Deborah ketawa sinis.

            “You anggap I ni perempuan murah ke? Semalam bercerai, hari ni dah boleh bersama lelaki lain?” selar Deborah tajam.

            “No. I tak maksudkan macam tu. Sayang, I tak maksudkan you perempuan jahat. I cemburu kerana you...Iqbal lebih pandai menarik perhatian perempuan. Mula-mula I sangka you ada hati dekat Iqbal. I tak mahu berebut dengan dia,” jelas Iqmal.

            “You pernah tanya adik you apa tanggapan dia terhadap I?” Iqmal menggeleng perlahan.

            “I hanya tanya dia beberapa tahun lepas tu,” ucap Iqmal.

            “Satu-satunya lelaki yang ada dekat dengan I tapi dia tak ada perasaan dekat I... you tahu siapa?”

            “Iqbal,” Iqmal menjawab perlahan.

            “Tahu pun. Kenapa, Mal? Semudah itu... you Cuma perlu tanya adik you sebelum you buat keputusan. Tapi you tak tanya. Tahu-tahu you dah pergi Kanada.”

            “You tak faham, sayang. I mengaku I khilaf tentang kita dulu. Ramai lelaki sukakan you. I tak mampu bersaing dengan semua orang. I terpaksa pilih masa depan I.”

Good. Jadi, kita dah tak ada apa yang nak diceritakan.You dah ada girlfriend pun. Nak buat apa bersusah payah pujuk I?” Deborah menolak trolinya meninggalkan lelaki itu.

            Iqmal terus mengekori wanita itu biarpun Deborah enggan bercakap dengannya.

            “Beritahu I macam mana untuk lembutkan hati you? I tak boleh biarkan you macam ni,” ucap Iqmal perlahan.

            “I janda, Iqmal. Tolonglah... I perlu fikir tentang anak-anak I dulu. Jangan dekati I lagi.”

            “I faham, sayang. I tak minta banyak. I hanya harap you akan beri I sedikit sahaja ruang untuk ada dekat dengan you.”

            “Ni tak cukup dekat ke? Nak dekat macam mana lagi? Ke you nak berada dalam kain I?” balas Deborah.

            Berubah muka Iqmal mendengar bicara tajam wanita itu. Deborah menjeling sebelum berlalu ke tempat lain. Lelaki itu hanya mampu memandang wanita pujaan hatinya itu menjauh. Deborah enggan didekati, jadi dia hanya mengekori wanita itu.

            “Sekurang-kurangnya I dapat berada sedekat ini dengan you. Itu dah cukup baik untuk I,” ucap Iqmal dengan ayat meminta simpati.

            Deborah menoleh ke belakang.

            “I tak suruh you buang masa untuk I.”

            Iqmal mendekati Deborah semula.

            “Ikutkan hati I, sekarang juga I ikat you bawa balik rumah. Senang I nak pujuk kalau you tak terus larikan diri daripada I,” ucap Iqmal.

            “I tak larikan diri. I cuma meluat tengok you dating merayu-rayu apabila I dah tak nak,” jawab Deborah.

             “I tak percaya,” balas Iqmal.

            “Apa yang you tak percaya?”

            “Yang you dah tak nak I,” balas Iqmal.

            Deborah buat-buat ketawa.

            “I memang tak nak you lama dulu. Penat terhegeh-hegeh!” balas Deborah lantas meninggalkan Iqmal di situ.

            “Deb...” Iqmal masih cekal mengekori wanita itu.

            Saat Deborah tidak mempedulikannya, dia berdiri di belakang wanita itu. Ketika Deborah berpaling ingin berlalu, dia tersekat oleh tubuh Iqmal.

            “I minta maaf sebab abaikan you dulu,” ucap Iqmal.

            “I tak maafkan. Tepi!”

            “Tak nak.”

            Deborah menghela nafas panjang dengan gelagat lelaki itu.

            “I tak nak tengok muka you dah.”

            “I nak tengok you selalu. You lebih cantik berbanding apa yang ada dalam fikiran I selama ini,” jawab Iqmal.

            “Tepilah!!!” gumam wanita itu dalam nada tertahan. Tubuh Iqmal ditolaknya agar menjauh. Rasa macam nak dipijak sahaja kaki lelaki itu agar tidak mengganggunya.

            Punyalah meluat, Deborah cepat sahaja pergi membuat bayaran.

            Iqmal hanya mampu memandang dari jauh apabila Deborah berlalu sesudah selesai urusannya di kaunter bayaran. Langsung tidak mahu memandangnya walaupun seketika. Lelaki itu menghela nafas perlahan. Hatinya bagaikan kaca terhempas ke batu.

No comments:

Post a Comment