Vila Perwira, Pahang.
Malam pernikahan...
“ASSALAMUALAIKUM, Wilda Safiyyah.” Furqan menyeru nama isterinya.
Hati Wilda berdegup hebat. Mata bertentang mata kali yang keenam antara mereka. Kali pertama, dipertemukan berdua di sebuah kafe. Kali kedua, masing-masing menguruskan medical check-up di hospital yang sama. Kali ketiga, mereka bertukar-tukar maklumat untuk melengkapkan borang nikah. Kali keempat, mereka bertemu di butik pengantin untuk mencuba persalinan raja sehari sekali dengan membeli cincin perkahwinan. Kali kelima, petang tadi di Banglo Warisan saat termeterai ijab dan kabul. Kali keenam, mereka kini berada di sebuah bilik yang sama. Bakal tidur sebelah-menyebelah pula.
Oh my! This is so crazy, forks! Wilda kaget. Wajahnya tersipu-sipu malu. Pakaian pengantinnya masih lengkap di tubuh. Juga purdah putihnya menemani bersama.
“Waalaikumussalam, abang.” Wilda menyapa Furqan yang baru nampak bayang. Janji mesti ditepati. Dia wajib memanggil suaminya dengan panggilan ‘abang’, tanda hormat.
Katanya Furqan membawa mummynya menempah bilik hotel, tanpa Wilda diajak bersama. Tinggallah dia bertemankan Mak Mah dan sanak saudara di vila mewah milik Tan Sri Rafique. Segalanya asing bagi dirinya. Jam 12.00 tengah malam, dia langsung tidak dapat melelapkan matanya. Dia gusar. Esok hari persandingannya. Furqan langsung tidak nampak batang hidung.
‘Jangan si Alif tu lari sudahlah!’ detik hati kecil Wilda.
Tan Sri Rafique beria-ia meminta agar persandingan anak tunggalnya dilangsungkan di vila sahaja. Gabung majlis pihak perempuan dan pihak lelaki. Senang. Tidak banyak kerja katanya. Wilda ikutkan sahaja permintaan itu. Tapi tidak sangka pula begini layanan suaminya itu.
Jam di dinding bilik pengantin ditoleh sekilas.
Jam 1 pagi baru nampak batang hidung Furqan. Ke mana dia pergi? Dikerah cuci periuk belanga ke? Majlis sandingnya esok.
Furqan terus melabuhkan badannya di sisi katil pengantin. Manakala Wilda berlabuh duduk di kerusi meja kerja Furqan.
“Jauhnya duduk. Tak payahlah jarak sampai satu meter. Meh duduk sebelah I.” Tilam empuk itu ditepuk-tepuk perlahan.
Wilda masih kaku di kerusinya.
“When you watch an old movie, a man and a woman meet and fall in love in just two hours. That is how it was with us too.” Songkok hitam atas kepala ditanggalkan. Diletakkan terus di atas meja lampu tidur. “Wilda, you are so attractive. How could any man refuse a woman like you?” Samping berwarna krim pula dilucutkan.
Suara Furqan terlalu menggoda pada pendengaran Wilda. Rona wajahnya di balik purdah menjadi kemerah-merahan.
Tanpa pamit, kerusi yang diduduki Wilda didorong Furqan rapat ke arahnya. Lutut bertemu lutut.
Wilda menelan liur. Pandangan dijatuhkan pada lutut mereka yang bersentuhan. Terasa ada kuasa magnetik yang mengalir. Tujahan hangat mata Furqan bagaikan menggodanya.
“That must be why I came this far. I could not run away after meeting you, lady. Wilda Safiyyah, bersaksikan Tuhan I nak you layan I malam ni,” bisik Furqan halus di telinga Wilda yang berlapik. Selamba permintaannya. Sudah halal, kan?
Erk! Wilda kalut. Maksudnya? Sekarang Furqan nakkan dia? Sang suami yang telah menanggalkan persalinan baju Melayu putih di tubuh sasanya membuatkan dada Wilda semakin berdebar-debar. Aliran darahnya mengalir laju ke muka. Panas! Secepat inikah ya Tuhan? Dalam terbata-bata, dia merelakan tubuhnya ke dalam dakapan sang suami.
“I nak buka purdah you, boleh?” Tanpa pamit, laju tangan kekar itu beraksi. Terlerai purdah itu di riba Wilda.
“Subhanallah. You sangat cantik, Wilda. Sangat cantik pada pandangan mata I.” Jari-jemari Furqan laju mengusap kulit putih mulus itu. Lalu bibirnya pula dibenamkan pada bibir lembut sang isteri. Lama.
Furqan puas dapat menikmati belahan bibir seksi yang menggoda pandangan matanya. Akhirnya, persalinan pengantin pada tubuh sang isteri dileraikan satu per satu.
JAM 4 pagi, Furqan kalut bangun. Meninggalkan Wilda Safiyyah termangu-mangu seorang diri di kamar pengantin mereka.
‘Ah! Kenapa pula dia ni?’
“I kena teman mummy di hotel. Lupa.”
Itu sahaja? Setelah Wilda dibawa ke suatu saat yang indah, terhenti di tengah pelayaran. Wilda tidak punya hak mendapat penjelasan yang lebih logik.
“Ab...”
Runaway bridegroom sungguhlah. Aduhai!
Berdesup bayang Furqan menghilang di balik pintu peraduan pengantin mereka. Sampai hati!
“Abang nak tubuh Wilda, abang datang. Abang tak nak, abang tinggalkan Wilda terkontang-kanting di peraduan pengantin kita. Abang, kenapa sanggup buat Wilda macam ni? Kenapa cepat sangat berpaling daripada Wilda? Abang benci Wilda ke? Tapi kenapa? Abang, sampainya hati abang tinggalkan Wilda pada malam pengantin kita. Sampainya hati abang...”
Tanpa sedar, mutiara jernih Wilda tumpah buat pertama kalinya di vila indah Tan Sri Rafique. Tersedu-sedu dia melayari malam itu. Bersendirian.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...
PASANGAN PENGANTIN itu menghantar pemergian Puan Charlotte di airport.
Beberapa hari lalu, bapa mentuanya menyuarakan hasrat untuk berhijrah ke Tokyo. Negara Jepun juga yang dipilihnya. Walaupun tidak diceritakan mengapa negara matahari terbit itu menjadi pilihan, Wilda sudah dapat mengagak. Bapa mentuanya ingin menambat semula hati bekas isterinya itu. Entah-entah dia ingin mengahwini semula jandanya setelah dua dekad ditinggalkannya.
Seminggu menjadi isteri Furqan, hanya sekali sahaja Wilda sempat bertemu dan berbual dengan wanita itu. Itu pun semasa majlis persandingan mereka. Orangnya cantik, ayu, putih melepak dan bertudung litup. Penampilannya sebagai anak Jepun elegan di mata Wilda. Kena dengan statusnya sebagai janda berhias.
Puas Furqan memujuk Puan Charlotte untuk tinggal sementara waktu di vila. Membazir air liurnya sahaja. Mummy dengan papanya sudah berpisah lama. Oleh itu, mummynya lebih selesa menginap di hotel mewah.
Furqan sangat manja dengan mummynya. Sepanjang Puan Charlotte berada di Malaysia demi menghadiri majlis kahwin anak kesayangannya, Furqan sibuk berkepit 24 jam dengan wanita itu.
Wilda cemburu? Eh, kirim salam! Wilda tidak cemburu pun. Dia pun belum mengenali Furqan dengan lebih dekat lagi. Siapa lelaki itu nak sayang, Wilda tiada hak mahu menghalang. Terserah kepada Furqan. Kuasa seorang suami itu ada pada Furqan. Wilda mahu menjadi isteri mithali. Asal kebajikannya dijaga baik, dia okey!
7 hari Puan Charlotte di Malaysia, 7 hari juga Wilda Safiyyah harus pandai-pandai membawa diri di dalam vila Tan Sri Rafique. Furqan tidak mengendahkannya. Melayaninya berbual apatah lagi. Mereka keluar pun berdua-duaan anak-beranak, tanpa dia diajak bersama.
Sadisnya, suaminya itu hanya datang apabila lelaki itu menginginkan tubuh seksinya. Esok harinya, dia dibiarkan terkontang-kanting keseorangan lagi di dalam vila mewah itu. Hanya Mak Mah menjadi peneman setianya. Inikah yang dimaksudkan pengorbanan seorang isteri?
Wilda perlu berkorban bak kata ibu. Kena reda. Semua telah tertulis suratan buatnya. Menjadi seorang isteri kepada Alif Furqan yang kehilangan seorang ibu pada usia seawal 5 tahun sangat kasihan. Belum puas lelaki itu bermanja, kata ibunya.
Panggilan untuk ke Tokyo kedengaran. Pintu perlepasan telah dibuka. Furqan menyalami dan memeluk erat tubuh Puan Charlotte. Tan Sri Rafique juga! Wilda menurut sama perlakuan itu dan Puan Charlotte sempat mengucup kedua-dua pipi gebu menantunya itu.
“Please bring my beloved mummy back, papa...” bisik Furqan halus sambil memeluk tubuh papanya. Semangat dititipkan buat perjalanan papanya.
“I’ll try my best, son. By the way, please take care of our home. Tengokkan Wilda dan bahagiakan dia. Wilda, rumah papa tu buat macam rumah Wilda sendiri ya. Papa lama di sana. Tolong tengok-tengokkan rumah,” Tan Sri Rafique sempat berpesan kepada anak dan menantunya.
“Alif, jaga Wilda baik-baik. Ingat! Kamu tu dah jadi suami orang. Jangan suka melayan wanita lain. Layan Wilda seorang. Restu mummy sentiasa ada untuk perkahwinan kamu berdua.” Puan Charlotte pula berpesan kepada anak lelakinya. Ayat ‘wanita lain’ ditekankan kuat.
Tan Sri Rafique yang mendengar terbatuk-batuk halus sambil mengenyitkan mata kepada menantunya. Tersipu-sipu malu Wilda.
“Papa, isteri Alif tu. Jangan lebih-lebih...” Furqan berseloroh dengan papanya. Tahu papanya sekadar bergurau. Bahu Puan Charlotte dipeluk erat.
‘Ait, reti pula cemburu!’ getus hati kecil Wilda.
“Wilda, jaga makan pakai Alif ya. Pastikan dia pergi office selalu dan jangan biarkan dia berkurung dalam bilik. Walaupun Mak Mah ada dengan kamu, peranan kamu sebagai seorang isteri untuk jaga suami kamu ni. Apa yang dah berlaku, papa harap Alif sedar. Alif, janji dengan papa yang Alif akan jaga Wilda. Bahagiakan Wilda. Papa tahu Alif lama kesunyian. Bina hubungan dengan Wilda. Dia kini isteri Alif.” Tan Sri Rafique menggosok-gosok kepala Wilda yang bertudung bawal satin itu.
Wilda melontarkan senyuman manis buat bapa mentuanya walaupun dia pasti bapa mentuanya itu tidak akan nampak. Amanat yang disampaikan cuba dihadam.
“Terima kasih, papa. Wilda akan cuba sebaik mungkin,” janjinya.
“It’s hard to win me, dear...” usik Furqan sambil menjeling isterinya itu.
Eh! Menyampuk pula Furqan. Ingat sweet? Tan Sri Rafique menggelengkan kepala.
“Bukan untuk papa, Wilda... tetapi untuk kebahagiaan perkahwinan kamu berdua. Papa gembira bila kamu berdua gembira dan papa bersedih jika kamu berdua bersedih. Papa tak mahu perangai lama papa menjadi ikutan Alif. Menceraikan mummy bukanlah satu keputusan yang bijak selama hayat papa. Assalamualaikum,” titip Tan Sri Rafique. Sempat dia mengenyitkan mata kepada bekas isterinya.
Puan Charlotte hanya memuncungkan bibir merahnya.
“Waalaikumussalam.”
Setelah bayangan Tan Sri Rafique dan Puan Charlotte menghilang, pasangan pengantin itu beriringan meninggalkan kawasan airport yang sesak. Tiada pelukan di pinggang mahupun berpegangan tangan. Furqan berjalan mendahului isterinya.
Wilda terfikir, mengapakah mereka tidak seperti pasangan bahagia lain? Lelaki itu melayaninya nak tak nak sahaja. Berbual dengannya juga berat mulut. Ketua casanova?
Huh! Wilda seorang pendiam dan pemalu. Patutnya mereka saling melengkapi. Kalau dia tidak bersuara, Furqanlah yang harus buka mulut untuk bercakap. Ini, dua-dua diam kematu. Macam sekarang ini. Sunyi sahaja perjalanan pulang mereka. Tiada putaran lagu di radio dan tiada selang-seli tingkah berbicara.
Tiba-tiba Furqan berdeham.
“Mulai esok, I akan minta Mak Mah hanya datang pada hujung minggu. Tolong you kemas rumah dan memasak. Hari biasa, you yang kena uruskan segala makan pakai I dan jagakan rumah papa,” ujar Furqan.
Wilda ralit mendengar. Bukan sebab dia terpaksa mengambil alih tugas Mak Mah, sebaliknya panggilan yang digunakan suaminya itu tidak berubah! ‘I-you’. Aduhai... sedangkan mereka suami isteri yang sah!
“Kenapa diam?” Furqan mencuri pandang isterinya di sebelah. Tiada reaksi. Kematu sahaja.
Jeda.
“I lebih suka bercakap macam ni. You boleh terima, kan?” tanya Furqan. Senada sahaja.
Wilda mengetapkan bibirnya. Lelaki itu telah mendiamkan diri. Putaran CD lagu-lagu Inggeris romantik Richard Marx terpasang. Langsung tidak menyejukkan hatinya yang kepanasan. Sabarlah seketul hati Wilda. Furqan punya ego yang tinggi melangit.
KEPULANGAN FURQAN dan Wilda disambut baik oleh Mak Mah.
“Mak Mah, Alif ada benda nak cakap dengan Mak Mah. Kita duduk jom.” Furqan memimpin perlahan tangan Mak Mah dan dibawanya ke sofa tunggal. Mak Mah diminta berlabuh di situ. Tubuhnya mengendeng pada lengan sofa tunggal yang sama. Matanya pula mengarahkan Wilda mengambil tempat di sofa berangkai dua.
“Since papa dah amanahkan Alif, Alif nak Mak Mah berehat-rehat di rumah. Hujung minggu baru Mak Mah datang vila. Tolong Wilda sambil berbual-bual dengan dia. Jadi Alif nak Mak Mah lebih banyak berehat di rumah Mak Mah. Dari kecil Mak Mah dah jaga makan pakai Alif. Jangan penat-penat lagi dah. Alif ada Wilda yang akan bantu Alif di rumah ni.”
Lunak gigi daripada lidah bicara Furqan. Lembut sahaja. Meremang telinga Wilda mendengarnya. Kalau bercakap dengan orang lain, boleh pula si Furqan ini guna bahasa yang baik-baik saja. Cuba dengan dia. Huh, dingin dan ego!
Setelah Furqan menyudahkan katanya, Mak Mah memandang Wilda.
“Tak mengapa ke, nak? Nanti Wilda sunyi sorang-sorang. Mak Mah bukan tak tahu, Furqan sama seperti Tan Sri Rafique. Kuat kerja. Jarang berada di rumah. Kalau balik pun sekejap sangat. Nanti keluar semula menyudahkan urusan.”
Wilda mengangguk faham, membalas renungan kasih Mak Mah kepadanya.
“Wilda okey. Mak Mah janganlah risau,” balas Wilda.
“Alif, Mak Mah nak cakap sikit.” Mak Mah merenung lembut anak mata Furqan. Jatuh sayangnya pada anak teruna itu. Telah dibelanya sedari kecil hingga dewasa. Sudah dianggap seperti anak kandungnya.
Furqan menanti butir bicara Mak Mah.
“Alif tahu kan Mak Mah sayang sangat pada Alif. Mak Mah anggap Alif macam anak Mak Mah sendiri. Mak Mah sangat tak setuju Alif layan Wilda macam sekarang ni. Dingin memanjang. Wilda ni isteri sah Alif. Halal bersama. Berdirinya dia di sisi Alif sebab dia perlukan kasih sayang Alif. Alif pun kena memberi. Jangan asyik menerima sahaja.”
“Wilda sebahagian dalam keluarga Alif, diri Alif. Jangan tinggalkan dia keseorangan, nak. Ke mana pun Alif pergi, bawa Wilda bersama. Jangan biar Wilda sorang-sorang. Kasihan dia. Layan Wilda baik-baik semasa dia ada. Mak Mah pesan ni sebab Mak Mah perasan cara Alif layan Wilda. Mak Mah juga sayang Wilda. Kamu berdua ni Mak Mah dah anggap macam anak kandung Mak Mah sendiri,” Mak Mah menyuarakan suara hatinya yang terpendam. Dia melontarkan senyuman keibuannya kepada kedua-duanya, mengharapkan mereka mengerti maksud kata-katanya.
Seminggu sudah cukup untuk membuatkan Mak Mah faham keadaan Wilda. Sungguh pun Wilda tidak bercerita kepadanya, dia boleh bau dan rasa kesedihan atas layanan Furqan terhadap wanita muda itu.
Mak Mah tidak tahu salah apa antara mereka sehingga Wilda dilayan seperti orang luar. Mak Mah juga orang luar. Sebetulnya dia bukan siapa-siapa pada ahli keluarga Furqan. Tetapi layanan Furqan dan Tan Sri Rafique kepadanya sudah seperti mereka itu ahli keluarganya.
Sedangkan, Wilda Safiyyah itu isteri sah Alif Furqan. Tetapi kenapa Mak Mah dapat rasakan Wilda itu dilayan seperti orang asing oleh suaminya sendiri? Persoalan ini hebat berlegar-legar dalam minda Mak Mah. Jatuh kasihan dia pada wanita muda itu. Wilda budak baik. Tiba-tiba, dapat suami yang banyak ragamnya. Ah, Furqan bukannya budak kecil. Dia harap lelaki itu boleh faham arah bicaranya ini.
“Janji dengan Mak Mah ya, Alif?” Mak Mah memasakkan pandangan tuanya kepada Furqan.
Furqan mengangguk perlahan mengeyakan kata-kata Mak Mah. Dari ekor matanya, dia memandang reaksi si isteri.
Wilda Safiyyah menghantar pandangan kasihnya kepada Mak Mah. Mak Mah memang terbaiklah!
No comments:
Post a Comment