Thursday, 29 September 2022

Secret Wife Tuan Furqan - Bab 4


CUTI kahwin mereka telah tamat. Seminggu lebih cuti diambil oleh masing-masing. Nak lama-lama pun tidak seronok juga. Furqan bekerja dengan papanya manakala Wilda bekerja dengan orang. Dia tidak selesa bekerja dengan ayahnya.

Amanat papa Alif untuk jagakan syarikat sepanjang ketiadaannya terletak di pundak Furqan. Tiada bulan madu. Apatah lagi bercuti di tempat peranginan mewah. Cuti Furqan dihabiskan berdua-duaan dengan mummynya sahaja manakala Wilda dibiarkan terkontang-kanting berdua dengan Mak Mah. Huh!

Pagi itu, Furqan mengerah Wilda untuk menggosok segala pakaian kerjanya. Yalah, selalu ada Mak Mah yang menyediakan keperluan suaminya. Sedas bebelan Furqan bertepek-tepek di telinga Wilda pagi-pagi itu. Merah padam wajah wanita itu mendengar mulut suaminya yang bak bertih jagung itu.

“You dah bersuami, Wilda. Bukan anak dara lagi. You boleh lupa hari ni I pun start kerja ke? Cepat pergi gosokkan baju dan kot I. Dah lambat ni. Karang nak menghadap jammed tengah jalan lagi. Aduh!”

Ambil sedas bebelan mulut Furqan! Wilda akur. Silapnya juga. Dia lupa suaminya kini tanggungjawabnya. Hati dengan paksa rela menerima bebelan itu. Tergesa-gesa wanita itu menggosok pakaian kerja suaminya.

Wilda datang bulan, ABC. Allah bagi cuti. Waktu subuh memang sah-sah dia tidur mati. Alarm pun tidak dikunci. Furqan pula jenis manusia, kalau ada orang kejut baru dia bangun untuk menunaikan solat subuhnya.

‘Cubalah reti-reti bangun sendiri. Aku tak bangun, dia pun ke laut dalam. Ini lambat pergi kerja satu hal. Solat subuh burnt pun satu hal. Sia-sia berdosa,’ gumam Wilda geram.

“Abang, Wilda rasa tak sempat nak buat sarapan. 8.15 dah. Abang sarapan luar sahaja ya?” Takut-takut dia bersuara. Memang tanggungjawabnya menjaga makan pakai suaminya. Tetapi mahu menggosok set lengkap pakaian kerja suaminya sahaja sudah ambil masa setengah jam. Bila ketikanya dia sempat memasak nasi goreng atau membakar roti untuk sarapan suaminya. Masing-masing masuk kerja jam 9 pagi. Meskipun, Furqan anak bos besar, tetapi tidak patut dia menunjukkan attitude yang tidak baik kepada para pekerjanya. Be punctual and its the key of success! Bak kata Tun M.

Usai mandi, Furqan hanya bertuala putih separas lutut. Wilda terus menjadi sasarannya. Suaminya sudah nampak segar. Rambutnya basah. Air-air rambut menitik halus jatuh di atas bahu dan dada bidangnya. Perlahan-lahan menuruni lekuk-lekuk six packs waffle.

Gulp! Hati Wilda berdebar-debar lagi. Tubuh seksi suaminya pagi itu sangat menggoda. Merona merah pipinya. Panas. Ah, malu!

“Mana seluar I?” Ah, spoilt mood! Baharu Wilda nak feeling-feeling sudah dimatikan. Dia memuncungkan bibirnya pada penyangkut baju. Cepat-cepat Furqan menuju ke kabinet pakaian yang dimaksudkan.

“Kemeja tu gosok cukup makan dahlah. Nanti tutup dengan blazer juga. Tie gosokkan sekali. Warna senada dengan warna blazer.”

Arahan kuku besi. Wilda segera bertindak mengikut arahan. Tali leher bermotif batik berwarna biru pekat dipadankan bersama sut blouson. Cepat-cepat digosoknya tali leher itu. Hai, tali leher pun nak gosok! Gila perfectionist seorang Alif Furqan ini.

Fuh! Akhirnya siap tugasan menggosok. Wilda bergerak ingin mengemas cadar peraduan mereka. Tiba-tiba, lengannya disambar dek Furqan.

“Nak ke mana? Pakaikan tie I ni.” Senada Furqan meminta isterinya memakaikan tali leher. Muka masih dingin.

Erk! Wilda tidak pandai ikat tali leher. Macam mana ni? Kalau terjerut leher suaminya tu nanti, macam mana? Naya!

“Maaf abang, Wilda tak lulus lagi ikat tali leher,” jujur Wilda memberitahu. Polos wajahnya.

“Ayah?” Furqan mencuba nasib. Keningnya diangkat sebelah. Gaya sarkastik.

“Ibu kan ada. Ibulah yang ikatkan ayah punya.” Lancar bersahaja balasan isterinya.

“Good! Come here.” Itu yang Furqan nak dengar sebenarnya!

Furqan meraih kedua-dua bahu Wilda. Dia memusingkan tubuh isterinya berdiri betul-betul menghadap tubuhnya. Jarak mereka hanya dua tapak sahaja. Tersipu-sipu malu Wilda merenung wajah suaminya yang telah segak bergaya itu. Rambut tersisir rapi. Muka fresh. Sut blouson terletak elok pada tubuh tegap itu.

Alamak! Wajah Wilda merah padam tiba-tiba. Mukanya masih belum bercuci. Alif boleh pula menilik-nilik wajahnya. Sembap ke tidak agak-agak wajahnya sekarang?

Ada tahi mata dan air liur basi menempel di pipi tidak? Ah, malu seribu tahun! Kedua-dua tapak tangan segera menutup mukanya. Malu ditilik-tilik sebegitu lama oleh suami sendiri.

“Yang pergi tutup muka ni kenapa? Meh, I ajarkan cara ikat tie. Tengok betul-betul tau. Lepas ni hari-hari you kena ikatkan tie untuk I. I paling malas pagi-pagi kena ikat tie. Leceh!” Laju suara Furqan memberitahu.

“Selama ni siapa yang ikatkan tie abang?” Wilda terus bertanya. Tiada konar-konar.

“PA I, Sarah.” Selamba jawapannya.

‘Wah, untungnya Sarah ya!’ Sarkastik Wilda berbaur cemburu.

Furqan perlahan-lahan meraih jari-jemari isterinya. Digerakkan mengikut ikatan tali leher satu per satu. Tanpa disedari Wilda, tangan mereka bertaut erat pada pagi yang hening itu. Berhemah sahaja gerakan-gerakan suaminya itu. Debaran hangat itu dirasai masing-masing.

‘Fokus Wilda! Kau ada misi.’ Dia perlu mengingat cara-cara ikatan tali leher itu. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati pusingan demi pusingan. Payah juga mengikat tali leher.

Furqan menyembunyikan senyuman geli hatinya. Seronok mengenakan isterinya pagi itu.

“Relakslah you. Tak mati pun kalau tersalah ikat. Unless you jerut leher I kuat-kuat. Memang boleh meninggal terus. Follow the flow. Step by step, okay honey.” Furqan berbisik romantis. Hidung comel Wilda dicuit sedikit.

Tanpa disedari, Furqan merapatkan wajahnya ke wajah Wilda. Terlampau ralit lelaki itu menyaksikan wajah polos Wilda pagi itu; Wilda yang terkebil-kebil, Wilda yang berkerut-kerut, mulut comelnya yang menggumam sorang-sorang. Ini kalau isterinya siap berpurdah, dia tidak akan nampak semua reaksi comel itu.

Wilda, Wilda... ini baru diminta belajar mengikat tali leher. Kalau diminta belajar teknik menggoda suami, huh... mahu pengsan agaknya dia.

Wilda gugup. Wajah mereka semakin dekat. Tali leher pun sudah tidak nampak hujung pangkal. Dia segan mahu membuka mulut. Malu untuk bertanya. Gusar mulutnya pagi itu berbau longkang. Busuk. Dia belum cuci muka dan gosok gigi lagi. Apatah lagi mandi. Pengsan suaminya karang. Pesan ibu, biar yang indah-indah sahaja diperlihatkan untuk suaminya ini.

Chup! Satu sentuhan hangat melekap di bibir Wilda. Matanya terbeliak. Terkejut. Cepat-cepat dia menarik kepalanya ke belakang. Perlakuan drastik Furqan pagi itu mengejutkannya. Merah padam wajah Wilda bagai udang kena bakar.

Furqan meredupkan kelopak matanya. Senyuman kemenangan dilemparkan. Wilda tertangkap leka menikmati sentuhan hangat bibirnya sebentar tadi. Itu belum digigitnya lagi. Auch!

“I have to go.” Furqan menjauhkan dirinya daripada Wilda. Tidak jejak office dia nanti dek penangan menggoda mata dan liuk lentok Wilda. Cepat-cepat Furqan beransur ke pejabat.

“Tapi, tie abang tu... senget,” Wilda menjerit kecil. Serba salah. Tiba-tiba, dia rasa malu ingin memandang suaminya lama-lama. Dek kucupan hangat tadi, tali leher itu tidak disiapkan ikatannya.

“Tak apa, I betulkan sendiri dalam kereta.” Furqan cepat-cepat menuruni tangga vila.

“Allah abang, Wilda tak salam abang lagi.” Wilda sekali lagi terjerit kecil dari atas. Diperhatikan Furqan telah menyarung kasut kerja di muka pintu vila.

“Esok I tuntut. Double! Oh ya, you drive sendiri, kan? Hati-hati. Good luck for your interview, okay.”

Double? Maksudnya? Wilda keliru dengan kata-kata terakhir suaminya itu.

Setelah pasti tiada lagi ngauman bunyi enjin kereta sedan milik Furqan, Wilda menekan central lock gate vila. Gilirannya pula mahu bersiap. Dia ada temu duga kerja pada pukul 10 pagi nanti. Dia telah meminta untuk dipindahkan ke cawangan Pahang. Mujur syarikatnya itu beberapa minit sahaja dari kawasan Vila Perwira.

Rutin mengemas dimulakan. Katil siap dikemas. Baju-baju kotor miliknya dan Furqan siap dicampak masuk ke dalam mesin basuh. Sejam lagi siaplah. Kemudian, Wilda menyejukkan tubuhnya dengan berendam di dalam tab mandi. Awal lagi untuknya bersiap-siap.

 

No comments:

Post a Comment