“BARU hari pertama kerja dah beli handphone?”
Nada
terkejut Idlan hanya dibalas dengan gelak panjang. “Apa salahnya?”
“Takkan
kau dah dapat gaji kut?” Idlan masih lagi pelik.
“Advance.”
Syarizad tergelak-gelak. Alah... biarlah, Idlan bukan tahu pun.
“Aku
tahulah aku belajar tak tinggi. Pandai kau eh nak kelentong aku.”
Makin
kuat gelak Syarizad.
“Tak
adalah, kan aku kerja PA. Bos aku yang bagi handphone ni, senang
untuk kegunaan aku nanti.” Pembohongan pertama selamat dicipta. Syarizad
menyandar di sofa dengan bibirnya dikemam. Fokus mata tertancap pada skrin TV
yang sedang menyiarkan drama Melayu lakonan Remy Ishak.
“Ohh...”
balas Idlan. “Jadi kau okeylah kat sana? Tempat tinggal semua okey?”
Syarizad
mengangguk. “Yup, okey sangat. Insya-Allah tak ada apa-apa,” ujarnya.
“Lega
aku dengar. Bukan apa, takut jugak kalau-kalau kau sesat ke kat sana,”
kata Idlan lalu ketawa sendiri.
“Kalau
aku sesat, kau datanglah cari aku. Kau kan sayang aku...” Syarizad buat suara
mengada-ada.
“Banyak
cantik kau, Jad.”
Syarizad
ketawa.
“Aku
ada kerja ni. Nanti-nanti free, kau telefonlah aku ya...”
“Aku
pulak telefon kau? Kaulah telefon aku, baru gentleman,” cebik
Syarizad.
“Dengan
kau tak payah nak gentleman sangat. Aku rasa macam kawan dengan orang
lelaki jugak...”
“Kurang
asam!”
Idlan
ketawa berdekah-dekah sebelum mematikan talian.
Syarizad
menyandarkan kepala sambil merenung skrin telefonnya. Berkira-kira sama ada
perlu atau tidak dia telefon mak ngah. Kalau tak telefon, mesti mak ngah risau.
Padahal dia dah janji akan selalu telefon orang tua tu. Malas berbolak-balik
lagi, Syarizad akhirnya mendail nombor rumah mak ngahnya.
Agak
lama menunggu, barulah suara mak ngah memberi salam kedengaran di talian.
“Waalaikumussalam,
mak ngah. Ni Ijad...”
“Ijad?
Ya Allah... Akhirnya Ijad telefon jugak. Lama mak ngah tunggu tau.”
Syarizad
ketawa kecil. “Sorry, mak ngah... Ijad baru sempat nak telefon mak
ngah...”
“Ijad
sihat? Okey tak duduk kat sana? Ada masalah tak? Kerja macam mana?”
Bertalu-talu soalan diajukan. Nampak sangat Rosni betul-betul risau apabila
Syarizad hanya sepi tanpa khabar berita.
“Satu-satulah,
mak ngah. Ni tanya banyak-banyak, mana satu Ijad nak jawab?” gurau Syarizad
membuatkan mak ngah turut sama tertawa.
“Yalah,
mak ngah cuma risau aje...”
“Ijad
okey, mak ngah. Mak ngah tak payah risau ya...”
“Baguslah
macam tu, lega mak ngah dengar. Ni, Ijad betul tak nak telefon Yana?”
Sebut
aje nama Yana, Syarizad terus diam. Liyana Safirah, gadis yang sempurna segala
segi. Ada sebab kenapa dia tidak mahu menghubungi Liyana, tapi biarlah hanya
dia yang tahu apa sebabnya.
“Nantilah
Ijad telefon dia, mak ngah...” Hanya itu yang mampu dijawab. Karang cakap tak
nak, mak ngah kecil hati pula.
“Dah
lewat ni, mak ngah. Ijad pun dah nak tidur ni. Lain kali Ijad telefon mak ngah
lagi ya. Oh ya, mak ngah ambiklah nombor telefon Ijad ni.”
Rosni
diam mencatat nombor yang diberikan Syarizad.
“Yalah,
assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Syarizad
hembus nafas panjang. Telefon ditinggalkan di atas sofa lalu dia berjalan masuk
ke dalam bilik. Pintu almari dibuka luas-luas. Satu per satu baju di dalam
almari itu dikeluarkan dan diacukan pada tubuhnya.
Dia
memandang cermin sambil membuat macam-macam gaya. Senyuman mula terukir pada
bibir. Hari esok, hari yang baharu untuk aku! Tekadnya dalam hati.
PAGI esoknya Syarizad masuk kerja dengan semangat baharu. Mujurlah Kak Aiza
pun sudah sampai lebih awal jadi dapatlah dia minta Kak Aiza tolong ajarkan
mana yang patut. Paling penting kata Kak Aiza, setiap pagi segelas Nescafe
wajib ada di atas meja Ben.
Setelah
membancuh segelas Nescafe, Syarizad membawa mug di tangan ke arah bilik
pejabat Ben. Pintu bilik itu diketuk tiga kali. Sempat nafas ditarik dan
dihembus dalam-dalam sementara menunggu arahan masuk. Daun pintu ditolak ke
dalam. Syarizad masuk dengan langkah yang sengaja dilenggokkan. Bibirnya pula
diukir senyuman manis menggula.
“Nescafe,
Encik Ben.” Lembut suara menuturkannya sambil meletakkan mug di tepi
meja. Jari telunjuknya dimainkan di atas meja dengan gaya menggoda.
Ben
yang perasan tingkah Syarizad itu panggung kepala. Tak cukup dengan main jari
atas meja, jari kanannya pula menggulung-gulung hujung rambut. Ben mula terasa
lain macam. Liur ditelan.
“Yes,
ada apa-apa lagi?” tanya Ben. Walaupun terasa pelik, dia tetap menepis perasaan
itu. Semalam bukan main lagi menggelabah, hari ini pula berani semacam PA
baharunya itu.
Syarizad
menggeleng manja.
“Tak
ada apa. Saya keluar dulu ya,” ujarnya. Kemudian dengan penuh lenggok dia berlalu
ke arah pintu. Sambil memegang daun pintu, sempat lagi dia menoleh ke arah Ben.
Ternyata lelaki itu masih merenung ke arahnya tanpa kelip. Sebaik saja mata
bertentang mata, Ben segera menundukkan muka. Syarizad sembunyi senyum.
“Encik
Ben ada nak saya buat apa-apa ke?” tanya Syarizad dengan suara lembut. Entah
dari mana dia dapat keyakinan untuk beraksi ‘berani mati’ macam tu. Hilang
watak kasar, yang ada cuma watak manja yang entah dari mana dicungkil. Bakat
terpendam mungkin.
“Err...
tak, tak ada apa-apa,” jawab Ben. Muka Syarizad hanya dipandang sekilas
kemudian kembali memandang skrin komputer.
Syarizad
mengangguk dan terus keluar. Di depan pintu, senyumannya melebar. Wah, hebat
kau, Ijad! Macam itulah baru betul-betul semangat nak jalankan misi. Silap hari
bulan, watak penggoda dalam drama pun kau boleh pegang tau!
Syarizad
berlalu ke arah mejanya dengan ketawa yang disimpan.
“SYARI...”
Syarizad
angkat kepala. Muncul Ben di depan mata.
“Ya,
Encik Ben?”
“Ikut
saya pergi meeting kat KLCC,” ujar Ben.
Syarizad
terkejut.
“Sekarang?”
“Ya,
sekarang. Jom.” Ben malas menunggu lagi. Dah nama pun PA, haruslah
Syarizad ikut ke mana saja yang dia pergi.
“Okey...
okey...” kelam-kabut Syarizad bangun mencapai beg dan buku notanya. Dia tak
tahu apa-apa tentang meeting yang Ben maksudkan. Tak apalah, nanti dalam
kereta boleh tanya.
Syarizad
hanya mengikut Ben di belakang. Masuk ke lif, lelaki itu cuma mendiamkan diri.
Sikit pun tak cakap apa-apa. Tak sempat Syarizad buka mulut nak ajak berbual,
pintu lif sudah pun terbuka. Terpaksalah dia ikut saja Ben keluar menuju ke
tapak parkir.
Mulanya
dia ingatkan Ben pakai pemandu, rupa-rupanya dia yang pandu sendiri. Mungkin
dia jenis lelaki yang lebih suka memandu sendiri kut. Apa barang pakai pemandu?
Kereta mahal tapi tak boleh pandu sendiri, baik tak payah. Sempat lagi Syarizad
membebel sendiri dalam hati.
Masuk
ke kereta, Syarizad melilaukan matanya ke seluruh ruang. Wah... ini baru
betul-betul kereta mewah. Baunya saja pun sudah cukup untuk buat dia terpegun
sendiri.
“Err...
Encik Ben, nak tanya sikit boleh tak?” Syarizad bertanya sambil membetulkan
duduknya. Sengaja nak bagi skirt yang sudah memang singkat jadi semakin
singkat, menampakkan pahanya yang putih melepak.
“Tanya
apa?” Ben berpaling sekilas ke arah Syarizad. Pura-pura tidak nampak paha
Syarizad yang terdedah. Perempuan ni, makin lama makin menyeramkan pula.
Manalah mummy jumpa dia ni?
“Nanti
masa meeting tu, saya kena buat apa ya?” tanya Syarizad sambil menahan
senyum. Dia nampak tingkah gelisah Ben. Jelas ketara lelaki itu sedang menahan
debaran.
Soalan
itu membuatkan Ben tertawa kecil. Mulalah dia rasa pilihan mummynya itu
bukanlah pilihan yang terbaik. Tak apa, Ben. Bagi dia masa untuk sesuaikan diri
dulu. Pujuk hatinya.
“Masa
meeting tu nanti, awak cuma perlu catatkan apa-apa yang penting. Nanti
bila dah habis, awak kena siapkan report dan hantar pada saya. Pasal report
tu nanti, awak boleh tanya Kak Aiza tentang formatnya. Faham?” satu per satu
Ben menjelaskan.
Syarizad
terangguk-angguk.
“Okey...
faham.”
“Good.”
Ben tenang memandu.
Syarizad
di sebelah mengitarkan pandangan ke luar cermin tingkap kereta, memerhatikan
pemandangan Kuala Lumpur waktu siang. Cantik. Rasa terujanya jelas terbias pada
wajah. Apabila orang yang selama ni duduk bawah tempurung tiba-tiba dapat
keluar tengok sekeliling, inilah jadinya. Sebiji macam rusa masuk kampung.
Ben
yang perasan tingkah gadis itu hanya tersenyum. Sahlah, perempuan ni bukan
orang bandar. Kalau ikutkan dalam resume, dia asal dari Kedah. Satu
kampung dengan mummy. Tapi kenapa mummy beria-ia sangat nak dia
ambil Syarizad ni jadi PA? Entahlah. Sikit pun dia tidak nampak
rasionalnya. Tapi tak apa, okeylah daripada tak ada langsung.
Audi
A6 Ben berhenti betul-betul dalam petak parkir.
“Jom
keluar,” ajaknya. Tali pinggang keledar ditanggalkan lalu pintu kereta ditolak
ke luar.
Syarizad
ikut keluar. Namun entah mana silapnya, hujung skirtnya tersepit ketika pintu
ditutup. Belum sempat dia buka semula pintu, Ben sudah pun menekan kunci
penggera. Syarizad terus menarik skirtnya tanpa berfikir panjang. Dek kerana
tarikan yang kuat, hujung skirtnya koyak.
“Alamak!”
Ben
terkejut. “Eh, kenapa?”
“Skirt
saya!” Syarizad rasa nak menjerit masa tu. Skirt mahal okey. Walaupun dia tak
tahu harga skirt tu berapa, tapi dia tahu harganya mahal. Memang tak patut
koyak sebab tersepit pintu kereta. Grr!
Ben
segera menghampiri Syarizad.
“Kenapa
dengan skirt aw...” Kata-katanya terhenti di situ apabila terpandangkan skirt
Syarizad. Dahlah singkat, terkoyak pula tu. Tertelan air liur dibuatnya.
Cepat-cepat hatinya beristighfar. Wajah Syarizad yang cemberut dipandang.
“Macam
mana boleh tersepit?”
“Manalah
saya tahu. Encik Ben tu yang kunci cepat sangat,” rungut Syarizad. Hujung
skirtnya dibelek-belek. Rasa nak mengamuk pun ada.
Kalau
tidak dikenangkan Ben tu bosnya, memang sudah lama makan penangan ‘semburan’nya
yang pedas berbisa. Disebabkan sekarang dia sedang memegang watak seorang gadis
penggoda macam dalam drama-drama di TV, terpaksalah dia tahan amarah yang sudah
hampir meletus.
“Awak
salahkan saya?” Ben angkat dahi.
“Habis?
Salah saya?” Syarizad tidak sedar nada suaranya sudah naik sedikit.
Ben
tertawa kecil.
“Lain
kali, turun tu cepat sikit. Ini tak, terhegeh-hegeh,” kutuk Ben masih dalam
senyumannya.
“Saya
tak kira. Saya nak Encik Ben belikan saya skirt baru!”
“Huh?”
Ben ternganga sedikit.
“Bolehlah,
Encik Ben. Please...” dengan berani Syarizad memainkan jemarinya pada
lengan Ben.
Ben
pantas melarikan lengannya.
“Yalah,
yalah. Dahlah, saya dah lambat ni. Tak elok biarkan klien tunggu lama. Jom.”
Terpaksalah bersetuju saja sebelum Syarizad bertindak lebih berani. Dia sendiri
pun tak sanggup nak hadap.
Syarizad
menahan senyum. Namun apabila tunduk memandang hujung skirtnya, pantas bibir
diketap. Ni... skirt ni macam mana? Nak jumpa klien dengan skirt koyak macam
ni? Tak ada pilihan, Syarizad bertindak menarik kesan koyakkan itu supaya
tercarik sepenuhnya. Jadilah skirt itu semakin pendek. Nafas dihembus panjang.
Lantaklah...
yang penting, dia tak perlu malu sebab pakai skirt koyak! Lagipun tak apa koyak
sikit. Kan ke makin seksi? Syarizad tersengih. Memanglah kau ni makin berani
Ijad!
Langkah
dilajukan mengikut Ben dari belakang. Masuk ke sebuah restoran di KLCC, Ben
terus menghulur tangan untuk bersalam.
“My PA,
Syari.” Ben memperkenalkan Syarizad kepada Datuk Haslam.
Syarizad
menyambut huluran tangan Datuk Haslam. Bibirnya diukirkan senyuman manis
walaupun masih nampak canggungnya. Renungan semacam Datuk Haslam membuatkan
bulu romanya meremang. Itu belum dikira lagi dengan senyuman yang jelas nampak
gatal.
“Duduk,”
pelawa Datuk Haslam.
Syarizad
segera mengambil tempat di sebelah Ben. Dia perasan mata Datuk Haslam tidak
lepas-lepas merenung ke arahnya. Kalau setakat tengok muka, dia tak kisah. Ini
kalau dah asyik pandang bahagian kaki aje, manalah tak rasa macam nak bagi
penyepak.
Duduknya
sekejap-sekejap dibetulkan. Inilah padahnya pakai seksi. Padan muka kau, Ijad.
Bukan
Ben tidak perasan ketidakselesaan Syarizad sepanjang perbincangan itu
berlangsung. Satu yang dia pelik, kenapa mesti Syarizad rasa tidak selesa
dipandang kalau dia sendiri yang nak berpakaian seksi? Diibaratkan yakin pergi
terjun laut tapi sebenarnya tidak pandai berenang.
“Thank
you, Datuk. Saya harap kerjasama antara kita ni akan berjalan lancar
nanti.” Ben tersenyum menghulur salam setelah tamat perbincangan.
“Saya
pun harap macam tu,” balas Datuk Haslam. Wajah Syarizad masih lagi direnung
tanpa jemu.
Syarizad
mengetap bibirnya. Cepatlah masa berlalu. Dia dah tak sabar nak blah
dari situ. Eii, kalau tak fikir siapa lelaki tua gatal tu, dah lama
lelaki tu kena penyepak dia tau!
“Let’s
go.” Ben berbisik perlahan di telinga Syarizad.
Syarizad
hanya mengikut langkah Ben keluar dari kompleks itu terus ke tapak parkir
kereta.
“Petang
ni lepas habis kerja, awak free tak?” Ben bertanya setelah masuk ke
kereta.
“Hmm...
free kut. Kenapa, Encik Ben?” Syarizad memandang Ben dengan mata
membulat.
“Pergi
beli skirt baru,” jawab Ben tanpa memandang Syarizad. Makin pandang, makin
jantung bergetar satu rasa. Hesy... seram!
Syarizad
tersenyum. Dalam hati bersorak gembira. Yesss!
No comments:
Post a Comment